Monday, March 30, 2009

Celoteh tentang "gila"

Bercakap tentang gila ni, teringatkan saya pada seorang insan ni.. Dia ni istimewa lah orangnya, asbabnya menjadi istimewa adalah kerana side effect daripada pengambilan dadah yang berlebihan. Dulu dia adalah seorang yang berkarier dan berkerjaya orangnya, Executive lagi dulu. Oleh kerana terikut-ikut dengan "ingin mencuba" ataupun nak jadi yang paling "happening" dikalangan kawan-kawannya, maka jadilah begitu. wallahualam, cerita sebenar hanyalah dirinya yang tahu, namun itulah yang saya dengar dari pakcik saudaranya ceritakan..
Kalau zaman kita ni, kebanyakkannya tak panggil orang-orang seperti ini "istimewa", selalunya kita rujuk orang "istimewa" tu pada insan-insan cacat dan kurang upaya, kalau yang normal jadi macamni kita akan gunakan definisi gila je. Memang dengarpun kasar, rujukan gila tu kadang-kadang macam hina je.
Namun begitu, kita pernah ke terpikir akan sejauh mana "normal" nya kita ni yang selalu tengok orang yang berpakaian compang camping duduk tepi jalan, sering ketawa sendiri itu yang kita bahasakan "orang gila"?..yang selalu masyarakat menjauhkan diri padanya?.
Kita ni normal sangat ke soalan saya??..
Ambil ruang untuk kita fikir sejenak,
duduk dan lihat diri pada cermin, cuba buat apa yang saya suruh ni

ok, imbau balik kenangan lama yang membuatkan anda nak gelak sampai nak terkencing,
merasai itu, anda rasa sangat bahagia.

selepas itu cuba ingat balik kenangan yang paling pahit yang membuatkan kita rasa marah sangat-sangat,
saat tu, anda akan rasa perasaan berkecamuk. Sedih ada, Kecewa ada, Geram ada..

dah buat?

nah, sekarang andapun keliru. Kerana anda baru sahaja melakukan salah satu perbuatan yang sering orang "gila" buat,
orang "gila" yang sering kita katakan..
so siapa yang gila?
kita ataupun dia yang lebih gila?..kita yang hidup ada susunan, berakal pun kita buat sesuatu yang jauh lebih yang dijangkakan.. Even "orang gila" pun tak pernah buatpun ada.

Jadi yang mana kurang siuman, kita ataupun dikalangan mereka yang kita selalu rujuk sebagai "orang gila","sakit jiwa","iseng"?
Apa yang menjadi kecewa pada diri saya adalah kita sendiri langsung tak ada perasaan kesian pada orang seperti ini, memanglah barangkali itulah akibatnya apabila kita bertindak tak mengikut aqal fikiran kita. Pernah tak kita terfikir bahawa mereka ini sedang menanggung balasan dosa mereka didunia? Saya rasa hanya segelintir yang ada fikir begitu, kalau adapun dikalangan orang ramai itu mungkin was-was pun ada. Payah nak ada yang suka membantu, walhal kita sesama manusia tetap sama dan kenyataan itu kita mungkin tak jelas fahaminya namun di kampung Akhirat nanti, kita ditelanjangkan diatas padang yang digelar padang mahsyar. Disitu kita dinilai... Takkanla nak tunggu mati nanti baru nak reti paham, dah terlambat la brader. Namun sehina-hina itupun mereka, mereka tetap dijanjikan Syurga apabila mati nanti, itu janji Tuhan pada mereka..
Sementara kita ni, belum tahu dimana tempatnya. Kalau kita mulai bercakap facts tentang kehidupan dan menghubung kaitkan dengan Tuhan, dah dikata pulak Ceramah. Seakan-akan cakap perihal agama ni satu benda yang berlainan dari usul hidup, kejadian dunia dan sebagainya. Kita duk ikut apa Discovery channel bagitau, tapi ada ke pernah anda terbaca ataupun terdengar bahawa ini semua dicipta oleh tuhan mana-mana?
Tak kiralah kita mana Tuhan kita sembahpun, rata-rata Saintis kristian pun tak ada pun nak kait kejadian dengan Injil nya. Kalaupun Yahudi Saintis nya, tak ada pulak nak kait dengan Taurahnya. Yang sedihnya, Saintis Muslim pun tak ada nak cerita bagaimana kait hubung yang kukuh dari Al-Qurannya.. Hanya hujah-hujah melalui refference yang bertulis dan fakta saja. Terpulanglah pada apa kita fikirkan.
namun conclusion nya , Science tak akan menyebut ataupun mengaitkannya pada Tuhan. Semua seperti menggambarkan ianya terjadi dengan sendiri sahaja. Senang cerita, kehidupan Atheism..Bersandarkan pada Syariat je.
wallahualam.

Saya tak kata Science itu teruk, dari segi logic ada betul. Apa kita lihat jelas dimata buktinya. Namun kita letak limit pemikiran kita pada tahap tu ajalah..Tuhan yang buat, pastu tak tahu kenapa Tuhan buat benda tu untuk apa dan munafaatnya pada hidup kita.

Akhirnya, apa saya halakan disini hanya untuk kita fikir dengan lebih dalam pada sesuatu. Kalau kita sering saja kata pada sesuatu hanyalah kerana "orang kata macamtu", sampai bila kita tak akan maju. Idelitas kita adalah kedepan dan terus kedepan. Kalau kita kedepan tanpa ada peta, sudah tentu kita akan sesat..
Celikkan mata didalam merenung dunia didalam sudut yang positif dan membangun, leceh bagaimanapun agama kita katakan, agama itu menyusun kehidupan kita menjadi seseorang.
Bukanlah sampai jadi mat skema yang perasan alim sangat hingga kita terlupa pada hubungan sesama manusia yang bersosial dengan pemikiran terbuka..Tak kira apa warna kulit bangsa kita, kawan semua sementara peluang hidup untuk kita masih diberi, janganlah pandai-pandai membataskan had kerana orang kata. Kita hidup dengan cara yang kita mahu, bukan cara apa orang suruh.Kalau nak ikut orang, biarlah orang itu ariffubillah yang tak menuntut apa-apapun. Dan isu "orang gila" tadi, ada baiknya kita cuba memandangnya sebagai orang istimewa bukan dihina-hina kerana fizikalnya yang kotor dsbnya.Ke ada an mereka didunia ni pun boleh dikatakan sebagai pengajaran buat kita, berterimakasih lah pada mereka dengan menghormatinya. Hidayah itu akan turun dimana-mana melalui apapun, jangan mengambil semua yang hina itu hina dan yang mulia itu mulia. Hargainya kerana semua untuk kita-kita dari siapa kalau bukan Tuhan.
Bagi saya yang gila tu adalah yang selalu cakap tentang sesuatu yang mereka tak boleh penuhi, janji kosong, mulut manis kerana makan gula, namun terlalu manis akan mudharatkan diri. dan yang kedua dalam senarai top 10 gila saya adalah yang suka tuntut wang untuk ilmu yang belum tahu lagi dia kuasai sepenuhnya atau tidak......................Gila.

Agama bermula dari Hati..selagi Hati belum ikhlas untuk beragama,selagi Hati belum terbuka untuk berkorban untuk Agama. jangan memandai nak kata-kata orang. Ingat tu..

Kehadapan manusia akhir zaman p 1

Kehadapan manusia akhir zaman,
Sejarah mengalir didalam darahmu bertulangkan renungan,
suatu pelajaran pada kehidupan yang bakal kita kerjakan,
buat anak-anak serta cucu cicitmu,

Kehadapan manusia dizaman,
maka kamulah penentu,
Aqal, Qalam, Qalbu serta Rohmu yang satu,
Usahlah dipersia akan amanat Insan,
Kitalah pencari kesejahteraan,
Kitalah pembentuk lambang keamanan,
Kitalah pencoret warna kedamaian,
kitalah penentu saat meraih kesentosaan,

Kehadapan manusia akhir zaman,
Pembawa cahaya kedalam lubuk hati kesunyian,
Kehadapanlah!..
Kehadapan dan terus ke hadapan,
Belakang itu bukanlah tujuan,
Dibelakang itu penyesalan.

langkah hidup

Ada hari aku sering jadi runsing,
ada kalanya dilain hari-harinya aku berketawa sendiri,
gila..mungkin ku sudah jadi gila, bahkan kebarangkalian gila itu sudahpun wujud didalam diriku,
aku mungkin bukan insan fana' didalam berharap akan keredhaan,
aku mungkin bukanlah manusia yang suci perinya hingga memiliki roh yang quddus,
padahal aku juga mungkin bukanlah hamba yang redha pada ketentuan yang tlah ditetapkan sejak azali,
aku masih memberontak adakalanya mengamati kerakusan sang api,
apatah lagi merenung kearah dewi-dewi,
didalam perjalananku ini,
ku amati...ataupun ku cuba mengamati bahawa apa sebenarnya yang menjadi erti didalam hidup di dunia ini?,
apakah nilai hidup ini?,
adakah kebahagiaan akan menjamin keabadian?.
adakah benar kekecewaan itu suatu balasan?..bukankah itu nikmat pemberian Tuhan?,
aku mengambil langkah yang sukar didalam merumitkan keadaan yang padahal menyenangkan.

Friday, March 27, 2009

sebuah ceritera dari tok ayahmu oleh ku bad

Mari aku ceritakan,
kisah yang jarang diperdengarkan,
ada didengar tapi riuh dengan penafian,
akan ada penentangan,
bakal berlakunya pembunuhan,
pada kebaikan..yang sering digadaikan,
ingatlah anak-anak ku..berbisik-bisikkan,
hebah-hebahkan namun usah di gunakan,
jangan ditanyakan kelak hikmah disingkapkan,

kan..kan..kan..kan...kan....kan....cu nak andaikan,

kan ada yang benci,
kan ada yang tempelak,
kan ada yang geli,
kan ada yang menyepak,
kan ada yang caci,
kan ada yang berkepak,

kan ada pulak sang perkasa yang gah konon-kononnya berkata,
sanggupnya ia melakukan apa sahaja,
darah dibaiahkan diatas nama korban..boleh apa jua,
hingga mati itu rela dijadikan pertaruhannya,
namun malam tiba berlari-lari tercirit-biritlah pula,

"tidakkah kita hairan pada penakut gelap gelita,
yang sering menyatakan ketakutannya yang entah apa-apa?,"
tanya si atuk..kemudian jawab cucunda pula,
"padahal zahirnya manusia sebelum cahaya,
dimanakah ruang bagi kita untuk mengenali dan memahaminya?
saya mushkilah akan ketidakjelasan manusia"

itulah dia manusia kini,
jangan ulangi ujar tok ayahmu ini,
usahlah mengejar-ngejar duniawi hingga menjadi babi,
bersungguhlah mengenali yang maha illahi,
hingga sampai mati,
tak mengapa..jangankan sampai menjadi Tuhan pada diri sendiri,

berjaga-jagalah pada kehidupan dunia,
andaikata berjagalah dari tidurmu esoknya...

beringat-ingatlah akan mati..kerana kematian itulah ilmu,
dan ilmu itulah kematian,
kematian itu adalah kunci pada kehidupan.

qul..qul..qul..qul..berkata anak sang malikul,

qul, auzubirrabbil Falaq,
qul, ya aiyuhal Kafirun,
qul, hu Allah hu Ahad,
qul, auzubirabbin Nas.

tidurlah sayangku..Allah itu Kasih Sayang yang maha mengasihi Makhluknya,
Dia sangat pengampun pada yang terlupa, pemaaf pada yang teralpa, pengingat pada yang terlalai dan pendengar pada yang tersalah.

Demi sesungguhnya gagap itu adalah lebih baik daripada bermulut lancang dan lantang berkata dan berjanji pada yang sia-sia.

Apa sebenarnya?

Apa sebenarnya maknanya?,
bila kita sering sahaja mengada-ngada,
berada didalam keadaan berpinta-pinta,
berkata penuh dusta,

puisi doa yang penuh terhina,

ku tadahnya dengan penuh beban kebencian,
yang mengharungi seluruh tubuh badan,
ku lontarkan jauh ke dalam lubuk kesucian,
didalam penuh pengharapan,
semoga bumi ini segeralah bergoncang,
merobohkan segala gunung-ganang,
yang mereka panggil.."kebanggaan",

Apa sebenarnya makna kebanggaan?,
adakah untuk diri sendiri atau untuk digelar Tuhan dibumi?,
dimana niat yang sering kita mulakan?,
dimana?!!

Mahadusta sungguh kamu boneka iblis,
dipandang mulia untuk dunia,
agar manusia terlupa dengan sempurnanya,
kisah Tuhan yang bernama Allah ini rekaan semata-mata,

buat terakhir kali ku bertanya,
Apa sebenarnya makna semuanya??..

Thursday, March 26, 2009

"jange royak keburuke, royak kebaike, kalu orghe buruk sokmo..kito baik sangat ko?"

Asslamualaikum,
menyelami tiap hari kita lalui slalu..ok gini ar.saya cerita pasal apa saya slalu lalui hari-hari la..
dengan hubungan kita seharian sesama manusia kan, saya mungkin akan terima pelbagai maklumat, info dan cerita menarik daripada orang-orang yang berbeza. Masing-masing membawa presepsi/pandangan yang berlainan, masing-masing ada cara yang berbeza baginya untuk menilai sesuatu kejadian ataupun seseorang subjek itu. Tapi pada akhirnya, jawapannya tetap berakhir pada 2, ya'ni mengiyakan sesuatu ataupun menafikan sesuatu. Olahannya yang kadangkala panjang lebar macam cerita telenovela, penuh ekspresi diraut wajahnya bagi merealisasikan keadaan sebenar kejadian itu dan nada suara yang beralun-alun naik turunnya tona dan getarannya. Itu yang sering saya bayangkan setiapkali orang bercerita, tapi yang paling membosankan adalah saat bila bermulanya penceritaan mengenai keburukan sesuatu, selalu je berlebih-lebihan..kalau kuah pada nasi tu, sampai dah naik kembang sepinggan.. Sampai dah tak nampak rupa nasi. Cuba kita berhenti jap, fikirkan. Betul tak? walaupun pernah seketika saat tu, saya cukup yakin, pasti ada merasakan yang sama. Hanya bezanya adakah kita ni ambil berat ataupun tidak je.
Saya hairan gak adakalanya, namun nak kata hairan gila-gila pun tak adalah. Sebab saya pun ada masanya pun begitu jugak bila mula bercakap dengan seseorang tentang orang yang saya sangat-sangat bengang, sebab difikir saya setiap orang itu layak untuk melakukan sesuatu lebih baik dari sepatutnya dibuat. Mereka wajar tahu persis bahawasanya tiap individu itu pemegang kunci pada dua gerbang pilihan. Kepala otak yang waras ada untuk memberi keputusan yang jelas, bukannya yang "jem gleng"....
Masa saya di Kota Bahru untuk show Zoom Pesta Makanan bersama group saya Dendang Anak. Saya dengan tiba-tiba je terlintas dikepala nak menulis sesuatu, lalu saya type ajalah di hp saya yang berbunyi:
"jange royak keburuke, royak kebaike, kalu orghe buruk sokmo..kito baik sangat ko?"

..maksud yang ingin saya sampaikan adalah jangan selalu menceritakan keburukan dengan orang yang tak berkenaan,itu dah jadi mengumpat namanya..sebab kita saja nak cerita keburukan orang untuk berkempen agar orang yang kita ceritakan tu sekutu dengan kita,lainlah kalau cerita keburukan tu bersama sahabat handai yang juga kenal dan mengenali diri si fulan tersebut dengan ada fikir bagaimana kita nak tegur si fulan agar si fulan itu sedar?.. itu berbincang namanya.
yang "royak kebaike" saya maksudkan tu cerita ajalah kebaikan dia pada orang-orang yang baru nak mengenalinya, tak rugi pun, mungkin ada perubahan pada dirinya..siapa tahu kan?..
akhir sekali "kalu orghe buruk sokmo..kito baik sangat ko?"..itu renungan pada diri kita la, kalau kita check semula pada diri dan dapati bahawa diri kita pun belum tentu dapat hadapi ujian si fulan sedang hadapi, jangan cakap lah. Kalau kita dah rasai bagaimana keadaannya, kita tak akan Mengumpat. Kita akan fikir bagaimana kita nak tegur, macamana kita nak sedarkan diri si fulan agar dia rasa berterimakasih dengan kita.
Macamtu..
Jadi, moral nya..
Jangan jadi babi buta,
langgar ikut dan,
kita manusia yang bertelinga,bermulut,berakal dan bermata,
ada kisah-kisah yang penuh dengan pedoman.

Wednesday, March 11, 2009

Pernikahan Shahirah dan Syahrul part 2



photo by syuk
http://www.flickr.com/photos/xuk/3340007331/

bersambung lagi kita....
setelah selesai majlis bersiram, kami buat final soundcheck hingga jam 1220 tengah hari.
orang dah ramai sampai. Kamipun rushing bersiap sedia. Setelah selesai diberi briefing oleh Ayahnda Ku. Kami berjalan beramai-ramai menuju ke medan perjuangan kami, diatas stage. Kali ini perjalanan kami melalui jalan yang jauh, bermula dari pondok kami dihujung sebelah kanan Aryani, melalui entrance depan hinggalah ke belakang stage.. Saya duduk didepan sekali diikuti adinda Ayie dan seterusnya sahabat-sahabat Dendang Anak saya.
Saya rasa sangat bangga membawa angkatan Dendang Anak, saya bukanlah ketua kumpulan ini namun Zul adalah Amir kami, namun Ayahnda Ku memberi tanggungjawab pada saya untuk tampil ke hadapan untuk menceritakan Apa itu Dendang Anak,
Dendang Anak...Kami bukan Celebrity namun kami adalah orang yang berseni, Dendang...Anak...Kami berdendang untuk Anak-anak, agar generasi akan datang tidak lupa Usul diri kita, dimana Jiwa kita, apa Budaya kita dan kemana Martabat kita sebagai orang Melayu.
Perjuangan kami bukan rasis, kami berjuang untuk menampilkan Identiti kita sebagai orang Melayu, MELAYU yang padanya Mim Muhammad pemimpin, Lam Alif pada Kalimah Layar La ila ha Il Allah, Ya pada Maqam/Tempat kesucian, yang menjamin Kekudussan kemudi Wau kita..MELAYU itu perjalanan pada tarikahnya, MELAYU itu sebuah pelayaran..dan tidaklah Tuhan menciptakan manusia itu berbangsa-bangsa adalah untuk kita saling kenal mengenal.
itulah kebangaan saya bila bersama Dendang Anak.
setiap langkah saya adalah diatas kesyukuran dan kebanggaan.
kelihatan orang ramai dari atas balai ketibaan semua bertumpu pada kami yang berjalan mengikut barisan, dengan bertanjak hitam, berbaju putih,bersamping hitam dan berseluar hitam warna Trangganu Darul Iman.
hinggalah tiba di belakang pentas..
setelah mendendangkan lagu medley "Penghijrahan,Al-Baqi dan Keroncong Untuk Ratna" bagi mengiring ketibaan pengantin perempuan dan lelaki terus selepas itu mengiringi pengantin mengadap Tengku Ampuan Intan Zaharah dari Terengganu dan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Tengku Puan Pahang dengan lagu Beraneka Bunga selang seli dengan tarian dari Briged Seni Terengganu dan Permainan Gamelan sekaligus menimbulkan suatu suasana yang saya rasa terkembalinya kepada era kegemilangan Melayu dahulukala.
Atas izin Allah juga kita berpeluang mengalaminya dan memainkan peranan yang penting juga. Dengan perhiasan pelamin oleh Raja Alfirafindra daripada Siak, Saudara jauh saya dan Azhari Ibrahim/Angah yang banyak pengalamannya membuat prop dan wardrobe untuk teater kebudayaan termasuk PGL Musical. Diikuti pula dengan bantuan sahabat-sahabat suffah saya yang berpejuangan sama mengenakan pakaian melayu lama dengan rambut panjang dan janggut melengkapkan identiti Melayu sebenar.
Pokoknya hari itu sudah 96% kemelayuan itu ada cuma tolak para tetamu yang berpakaian kemeja dan sebagainya..

Selepas majlis merenjis, kami mendendangkan lagu Ulik Mayang,Usul Bangsa dan selepas itu sepatutnya sudah selesai. Namun atas permintaan Tengku Puan Pahang, kami mendendangkan satu lagu lagi iaitu lagu wajib kami...Puja Puji.
setelah selesai semuanya kami menerima pelbagai penghargaan dari semua pihak termasuklah YB Datuk Zaabar Mohd Adib bahagian Kebudayaan Terengganu, Datuk Johari Salleh iaitu pakcik saya adik kepada Bonda saya seorang pensyarah bahagian muzik di Malaysia, yang terharu sekali kakak saya iaitu Pengantin Perempuan yang benar-benar menyatakan rasa bangganya pada saya dan ayie didalam penglibatan Dendang Anak.
Alhamdulillah semuanya dari Allah hu rabbil Alamin, bukan saya ataupun sesiapapun, kami hanya asbabnya sahaja, bahkan mungkin kami hanya minority yang kecil sahaja... Semuanya Allah dan tetap Allah.


photo by Dome,
http://www.digitaldome.org
Jadi begitulah seadanya, sayapun nak sembang panjang mungkin malam ni saya akan ulas lagi..Saya di Bandung sekarang buat pengetahuan pembaca. Saya akan pulang bagi menghadiri jemputan Dendang Anak di Kelantan sempena pesta Makanan pada 15hb ini dan pada 20hb pula di Kuala Terengganu di acara Pesta Air di Taman Tamadun Islam.
InsyaAllah..
dan akhir sekali ingin saya ingatkan bahawa dalam hidup ni ada dua perkara sahaja yang kita sendiri tak boleh jangka:
iaitu Ajal dan Jodoh.
selainnya adalah atas "Pilihan" kita. Jadi seruan saya, pilihlah yang terbaik dalam hidup kerana dalam Quran ada berkata:
"Lelaki Baik adalah untuk Wanita yang baik, dan Lelaki Jahat adalah untuk Wanita yang jahat".

Pernikahan Shahirah dan Syahrul part 1

Alhamdulillah syukur setelah selesai majlis perkahwinan kekanda saya Raja Shahirah Aishah dengan Syahrul Reza akhirnya dapat saya berehat seketika di Bandung ini.
Sejak dua menjak ni sangat dan tersangatlah sibuknya hinggakan tak sempat untuk update blog ini...saya mohon maaf banyak2.

4 hari berlangsung sebelum, semasa dan selepas majlis tersebut, bermacam-macam kejadian yang berlaku. Ada yang menarik dan ada yang rasanya tidak mahu saya kenangkan lagi. Apa yang membuat saya rasa terharu adalah dengan kehadiran semua saudara mara saya baik di sebelah Bonda saya ataupun Ayahnda saya. Mereka bertandang sama dan membantu agar majlis ini berjalan dengan sempurnanya, insyaAllah.

Pagi hari Jumaat, semasa berlangsungnya majlis Khatam Quran di rumah kami. Kekanda Shahirah membaca surah-surah lazim, tak pasal-pasal rasa "bangga" sangat-sangat.
Sangat bangga dengan pengorbanan Ayahnda Raja Kamarul Bahrin yang dikenal ramai sekarang dengan cerita bawak lari anaknya Iddin dan Shahirah dari Australia ke Malaysia, walaupun saya pada masa tu kecik dan tak tahu apapun, kami di Terengganu bagi full support atas apa beliau buat. Memanglah banyak spekulasi dibuat, pandangan manusia tu pasti berbeza namun ada tak orang ambik tahu sejauhmana kita Cinta pada Agama hingga terkorbannya Masa, Tenaga, Harta ataupun Nyawa?
Bagi saya, di zaman ini. Kisah inilah buktinya..
Saya pernah teringat, waktu beliau baru bawak pulang abang dan kakak saya. Saya pada mulanya bersama Ayie masa tu agak janggal, kerana tiba-tiba aja kami ada abang dan kakak. Walaupun saya pernah menerima baju dari mereka namun saya tak sangka pun ia dari abang dan kakak saya,yelah budak-budak katakan..
Pertemuan pertamakali kami di Istana Terengganu, Kuala Lumpur. Masa tu lewat pagi, Bonda kejut kami dan suruh kami bersalaman dengan dua beradik yang berkulit putih, berbeza dengan kami yang berkulit hawa-hawa sawa matang(kalau saya "pak hitam" la), standard Melayu. Rupa-rupanya itulah abang dan kakak kami.. Setelah panas media membuat liputan pagi petang siang dan malam ketika itu.
Syukur Allah tlah susunkan saya untuk belajar pra tadika di Saint Teresa untuk mendalami pertuturan bahasa Inggeris,kemudiannya dipindahkan ke Al-Arqam 4 bulan selepas itu ke Tadika Yayasan Islam Terengganu. Jadi saya tahu dan fahamlah apa mereka katakan, cumanya mereka kurang tahu apa yang kami katakan. Saya jadi translator masa tu, antara ayat yang saya ajar adalah "makan is eat" dan tak boleh blah tu "berak is shit" dan "bengong is stupid"..wakakakakakaka.....
secara tak langsung, atas kisah-kisah lucu seperti ini lah yang menjalin hubungan kami menjadi lebih utuh.
Kami berkongsi Ayah yang sama dan Ibu yang mencurahkan kasihnya pada semua anak-anaknya termasuklah abang iddin dan kak sha. Adakalanya sampai tahap main hati jugak saya jealous punya pasal.hehehe...
Sampai mereka di Terengganu pulak, tak silap saya Malaysia Hari Ini buat liputan live dirumah, kami disuruh duduk bersama-sama dan mengaji beramai-ramai. Betapa indahnya saat itu, hingga timbul rasa betapa "unity" nya Agama ini. Dan itulah yang mengimbas kembali saat kakak saya membaca Quranulkareem ketika Majlis Khatam Quran. Saya pada hari tu sebenarnya disuruh ambik gambar majlis tu jadi tak senang duduk, rasa macam nak duduk sebelah kakak saya dan dengar dia bacakan sampai habis..bacaan tu seakan-akan menusuk hati.MasyaAllah.

Setelah selesai majlis tersebut, sekitar jam 2 saya bersama angkatan Dendang Anak ke Aryani Resort bagi sesi pertama Sound Check. Tengah hari garing rasa nak pengsan ada dengan tak cukup rehat lagi. Degam degum degam degum...tamat soundcheck sekitar jam 6, saya,ayie dan kawan saya bergegas pulang ke rumah di Kuala Terengganu untuk bersiap-siap bagi majlis Akad Nikah jam 830 malam di Masjid Terapung, Masjid binaan Ayahnda saya sendiri dijadikan saksi pernikahan itu.
Sembang punya sembang dalam kereta sekitar jam 730 kami dah tiba di Traffic light, Batu Buruk. Pada mulanya kelihatan ada kereta selang satu didepan kereta kami gabra tak boleh start dan rosak ditengah jalan, dalam hati rasa kesian pulak. Nak ditolongnya kamipun nak cepat, bila lampu dah hijau kereta kami pulak tak boleh start..waduuuuu....apa lagi? tolak la sampai kat depan Medan selera Pantai Batu Buruk.
check punya check tiub air di engine putus dan bersembur habis air dalam boot depan.
Mujur ada "si gemuk" fendi abah masa tu yang follow kami sekali, dia call foreman kereta. Foreman sampai dalam 10min lepas tu n bagitau suruh potong tiub yang terkoyak tu dan sambung semula buat sementara waktu. Jam dah pukul 8 masa tu, tonggeng punya tonggeng sebab clip penghubung tu terjatuh dicelah-celah engine, pulak tu engine tengah panas. Nak taknak kena cari..20 min jugak ambik masa, bila dah bersambung kami pun sesi terimakasih la kejap then kena rushing balik. Baru je tayar golek 4 round foreman tadi kalut skali kelihatan ditepi kereta. Disuruh jangan bergerak, uhuhuu...dalam kepala saya ni pikir apa pulaklah ni..
rupa-rupanya foreman terlihat minyak cylinder bocor meleleh ditengah jalan, itu dia suruh berhenti. Bila check skali lagi, rupa-rupanya gasket la suda bocor besar. Conclusionnya tow kereta, masuk bengkel.
Fendy jugak yang ngantor naik van Aboh nya, sampai kat umah dah 840..mandi lebih kurang, siap-siap dan terus shoot ke masjid terapung untuk iring kak shah,Pengantin Perempuan.
Saat dinanti-nantikan, selepas Shahrul atau abang ija diberi khutbah ringkas dari tok imam mana ntah. Abang ija terpaksa melalui satu lagi cabaran, kerana Akadnya bukan dibuat oleh Tok Imam tu, tapi big boss...Raja Bahrin.
Mau berdebarnya, saya disisinya pun gementar semacam.wakakakakaka...
tiba saatnya, "the moment of truth" dalam bahasa dajalnya..
Round 1:
"Wahai Shahrul Rizal,aku nikahkan dikau dengan Raja Syahirah Aishah dengan...Tunnnaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaiiiiiii!!"
dijawabnya,
"Aku terima akan nikahnya dengan mas khawin.......(terhenti)"
orang ramai jadi kalut..apatah lagi pengantin lelakinya, dah start berpeluh, pucatnya dah dari tadipun.
Round 2:
"Wahai Shahrul Rizal,aku nikahkan dikau dengan Raja Syahirah Aishah dengan.....Tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"
sentapan kedua dari big boss nampaknya dah membuat Pengantin lelaki lagi tak tentu arah.
dibalasnya,
"Aku terima akan nikahnya dengan mas khawin...(terhenti lagi)"
huuuu....bukan pengantin saja cuak, saya pun naik berdebar. kalau ikut tradition kampung tak pas round 3 ni kena jirus air lah alamatnya. Jadi saya bagitau abang ija, berselawat dan selawat! diikuti dengan orang ramai yang memberi semangat untuk berselawat. Big boss buat lawak apentah, tergelak dia agar pengantin lelaki cool sikit la..tak la nervous semacam.
tibalah masa kecederaan, kalau bola ni dah kira sudden death.
Round 3:
"Wahai Shahrul Rizal,aku nikahkan dikau dengan Raja Syahirah Aishah dengan.....Tunaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii!"
disapanya,
"Aku terima akan nikahnya dengan mas khawin...Tunaiiiiiiiiiii"
akhirnya berjaya,
big boss tengok kiri dan kanan tanya saksi macamana, kesemua saksi kata sah. Dan secara rasmi dan halalnya, Pernikahan itu selesai. Bermulalah sesi bersalaman keluarga pengantin..
Namun selepas selesai itu belaka, perjuangan saya bersama Dendang Anak masih belum selesai bahkan baru sahaja bermula.
Setelah selesai di Masjid, semua ke rumah pengantin perempuan untuk jamuan. Sekitar jam 1 pagi saya ke Aryani semula untuk raptai, setelah selesai hampir jam 4 pagi saya berehat di dewan conferrence room..cuba la bayang dari KL ke KT tak cukup rehat, tidur hanyalah 3 jam untuk 2 hari.huhu...esok pagi bersanding pulak di Aryani.
Jam 9 dah start majlis bersiram.
baru boleh lelap kejap, saya dikejutkan oleh kesejukkan aircond dan yang paling tak tahannya "kroooooooooooooooooooooooooooooh" oleh abang sihat, Fendy dan Shawal, kedua-duanya Pemain Rebana Dendang Anak. bukan sahaja kuat slapping diatas stage namun di arena tidurpun lagi hebat. Fuhh...sakit jiwa rasa kejap.waakakakakkaka....
tahan punya tahan, kejap lelap, kejap terbangun, sampailah Farick datang kejut kami..jam 640.
tak mandi tak apa terus naik stage untuk sound check final.
tak sempat nak mixing, orang dah sampai n majlis bersiram nak bermula. Kenalah berhenti kejap.....