Tuesday, September 28, 2010

ibu bangsat

ya kasih,
sedang kamu membiarkan yang kesat,
menganjurkan hasad,
lihat dan lihat,
apa tlah jadi kepada anakmu yang sedang melarat,

ya kasih,
sebelum sempat,
dikurnia padamu amanat,
waris pusaka purvakala dibela stlah mendapat,
menyorong tanganlah pada yang dikhianat,

ya kasih,
yang dimulia para adam sepanjang hayat,
ajarlah anakmu bermuafakat,
hidup biar terang pada nyala berkat,
pada suami mu wajiblah ditaat,
agar tidak digelarkan padamu..yang bangsat.

inti pati

....hai, hai, hai,

kerendahan, kerendahan, kerendahan,

kenderaan pagi petang dan malam,

kerendahan, kerendahan, kerendahan,

memaksi tujuan dalam meniti haluan,

kerendahan, kerendahan, kerendahan,

keringnya dahan kerana kerendahan,

kerana ketinggian yang disaksikan,

maka ku pohon kekuatan pada kerendahan,


hayyu, hayyu, hayyu,

hayat bergaul pada kehidupan,

nyawa bergelumang dalam diam,

disentap kemudian dilepaskan,

kerendahan yang memampatkan,



aku dalam kerendahan,

pohon bantuan,

aku yang berkeinginan,

naik tinggi menyaksi pendirian,

membawa jagat kepada pengertian,

dan kau tetap bukanlah Tuhan.

Saturday, September 25, 2010

mahar sabar

membuat baik tidak salah, berbuat-buat baik itu tak betul,

janganlah marah, andai kebenaran itu tak dijelajah saling tangguh untuk diisytihar,
tunggu..sungguh ia akan muncul..mesti dan pasti kan muncul,

inilah pribadi seorang manusia yang buatannya benar,

kerana itu mereka begitu unggul..

sekadar olehku menyampaikan mahar,
pada hari ini ku menyimpul sanggul..
atas rasaku yang terbakar atas katamu yang mencakar-cakar,
mungkin disuatu hari akan diserlahkan yang sugul,
moga datang barangkali..mahar sebenar manusia yang menjulang sabar.

Monday, August 9, 2010

kalau tuhan itu kamu

kuasa mutlak letak pada inginmu,
sejauhmana hendak kau rubah sekeping batu,
agar dibina keangkuhan sebesar mahu,
kau kata kau mampu..kalau Tuhan itu kamu,

yang tertunai merampas sekalian waktu,
semesta masa tlah dibuang begitu,
terulang hari,bulan,tahun,zaman tak siapapun tahu,
kau kata kau perlu..kalau Tuhan itu kamu,

biarkan sahaja yang benar dari swaraku,
apakala yang menentang ada dihujung itu,
akan mereka tahu betapa maha hebatnya AKU,
kau kata ini fardhu..kalau Tuhan itu kamu,

kalau Tuhan itu kamu,
kau pasti,
kau mesti,
ku yakini....WAJIB halal bagiku, untuk ku katakan kau akan jemu akan yang dinamai tetamu.
dan kerana itu kau bukan Tuhanku..dan takkan bisa menandingi betapa Mahanya Dia Allah hu rabbil alamin itu..tetap Tuhanku.

Tujoh tengkujuh

menunggu teman terdiamlah dipinggir kali,
apa ada pada diri..sekadar mulut tak bergigi,

tenunan songket disarung warna warni,
aibmu tetaplah Dia ketahui..kemaluanmu tak perlu ku cari,

melangkah kaki bersilang kanan kiri,
kalau taat hilang dari diri..laknatnya terucap sepanjang hari,

siang bernyanyi maka petangnya menari,
malangnya hati yang sunyi..kerana berlagak sendiri,

madahnya bintang bersungguh memuja yang tersembunyi,
jika nafi itu teramat memberahi..terhijablah sebenar dari dikenali,

lancang sungguh cengkerik berkata dan kodok lantang berpuisi,
andai haram itu babi maka yang menyerupai itu lebihlah menyalahi apa dijadi,

barangsiapa mendindingkan diri asyiknya memadam akan pelita-pelita hati,
akibatnya bakal diketahui nanti..apa yang terang dimaksud oleh hidup ini,

perak dibuang..emas diberi-beri,
berkiranya apa disini..mati masihlah dataran yang sepi,

tujuh rangkap tlah ku turunkan,
tujuh ucap tlah ku himpunkan,
kepada yang tumbang..dibangunkan,
kepada yang hilang..dikembalikan.

Sunday, July 25, 2010

tahu

tak tahu, mati dalam tahu, dengan tahu disoal jawabnya tak tahu, akhirnya ada yang tak mahu untuk tahu..setelah itu..ku tahu,
dan membezai antara dunia dan syurga. ingat dan lupa.
akhirnya kitalah penentu bahagi segala fardhu.
namun masih ada yang meragui rasa ingin tahu, sekali sekala mencuranginya,
samalah seperti si ibu yang menipu suaminya..ayah membohongi anaknya.
cucu yang mencela moyangnya....maka laknatlah belaka.
Ya Muakhir itu guruku..telah ku tahulah sudah agar tidak terlalu tahu.

Saturday, July 24, 2010

tempelak

dan dijulang tinggi masih tetaplah yang Berhormat,
sedang hormat itu tidaklah dipinta,
oleh kerana syukurku belum lagi terlupa,
terimakasihlah yang tiada terhingga,
pada kalangan pembela yang diharap..akhir kenyang melapah tenaga pekerja buruh sepenuh masa,
pada para pendita yang membiarkan semua..mengangguk-anggukan kepala,
mengiya-iyakan segala helah,
sedang bernas mahkotanya itu..
bukanlah untuk dibikin timba yang mengaut harta rakyat jelata,
apa bendahara itu sahaja kah melubangi dinding-dinding kebersamaan kita?
tidak mengapalah..adalah yang pentingnya bagi kita agar memaafi perbuatan yang mungkin belum sengaja,
baiki sahaja kesilapannya hai si pandai tukang,
namun ku bingung,
se keras batu membingung,
se kabut kelamnya dibingungi,
gerangan apa Raja yang begitu sibuk pagi petang senja malam dengan istananya,
kalau sekali kamu kesana,
maka tahulah apa kisahnya,
bagaimana dayang-dayang melayaninya..
bala tentra berdarjah kebesaran sebesar-besarnya begitu membelanya,
diagung tinggi memuncak..
ku fikir-fikirkan andai khabar ini sampai ke telinga baginda..pasti memencak,
hidupku diperkampungan ini pasti semakin sesak,
apa tlah terjadi dari kalangan sesaudara ini pada semenjak dua menjak kini,
ku nantikan pembela yang benaran pada bicaranya,
biar saja dia menempelak kepala yang terpaling dimulia itu,
biar dia tahu..belum tentu adanya sebuah Negara tanpa "kita" yang begitu "bersama".