Sunday, November 4, 2007

puisi buat diri yang hilang punca dan arahnya

kebodohan itu tetap akan menjadi kebodohan,
jika ianya akan terus berlarutan,
kebebalan itu kan terus menjadi kebebalan,
andai itu dibiarkan dalam arus kekalutan,
kelemahan itu kan telus menjadi kelemahan,
kalau ini yang benar kau mahukan,

tiada yang akan membantu mu untuk bangkit berdiri,
selain dirimu sendiri,
kerana hanya engkau yang melakonkan watak didalam kisah cerita hidupmu ini,
BUKAN kita,
BUKAN ia,
BUKAN saya,
BUKAN mereka,
akan tetapi jika DIA dambanya,
maka persilakan sahaja,
akan tetapi jangan pernah kau lupa,
Perjanjianmu dalam 5 kali kau ungkapkannya dengan penuh rela,
maka persembahkanlah ia dengan sepenuh hatimu yang seraya berkata..

dan aku hanya sekadar seorang manusia,
yang mampu melantunkan puisi,syair dan gurindam buat semua,
bukan untuk dibaca,
malah direnungi dengan kesempurnaanmu yang ada,
bukan berlagak dalam berbicara,
aku hanya menukilkan sebuah puisi buat diri yang hilang punca dan arahnya,
agar kebodohan,kebebalan dan kelemahan itu tidak berulangan,
dan tidak lagi wujud dizaman mereka yang bakal dibangkitkan,
mereka yang kau katakan cahaya mata,
mereka yang kau nyatakan didunia atas maksud Cinta,
mereka yang kau sebutnya sebagai "anak"..