Sunday, November 4, 2007

puisi buat diri yang hilang punca dan arahnya

kebodohan itu tetap akan menjadi kebodohan,
jika ianya akan terus berlarutan,
kebebalan itu kan terus menjadi kebebalan,
andai itu dibiarkan dalam arus kekalutan,
kelemahan itu kan telus menjadi kelemahan,
kalau ini yang benar kau mahukan,

tiada yang akan membantu mu untuk bangkit berdiri,
selain dirimu sendiri,
kerana hanya engkau yang melakonkan watak didalam kisah cerita hidupmu ini,
BUKAN kita,
BUKAN ia,
BUKAN saya,
BUKAN mereka,
akan tetapi jika DIA dambanya,
maka persilakan sahaja,
akan tetapi jangan pernah kau lupa,
Perjanjianmu dalam 5 kali kau ungkapkannya dengan penuh rela,
maka persembahkanlah ia dengan sepenuh hatimu yang seraya berkata..

dan aku hanya sekadar seorang manusia,
yang mampu melantunkan puisi,syair dan gurindam buat semua,
bukan untuk dibaca,
malah direnungi dengan kesempurnaanmu yang ada,
bukan berlagak dalam berbicara,
aku hanya menukilkan sebuah puisi buat diri yang hilang punca dan arahnya,
agar kebodohan,kebebalan dan kelemahan itu tidak berulangan,
dan tidak lagi wujud dizaman mereka yang bakal dibangkitkan,
mereka yang kau katakan cahaya mata,
mereka yang kau nyatakan didunia atas maksud Cinta,
mereka yang kau sebutnya sebagai "anak"..

Wednesday, October 17, 2007

adilkah kita?

setelah semuanya selesai,
setelah disambutnya kemeriahan,
terus kemana pula?
apakah artinya berpuasa?
apakah pengertiannya ramadhan buat kita?
dan apakah layak shawal disambut dengan kesukaan semata-mata?
tepuklah dada dan tanyakanlah pada iman didada,
jika masa kita untuk bertuhan hanya pada bulan itu sahaja maka adilkah kita?

Sunday, September 9, 2007

tertutupnya matanya dan kita merasa pemergiannya


16hb 8 2007
tarikh ketibaanku di Malaysia. Berpijak aku dengan penuh gembira, kenapa? kerana aku bisa meneruskan lagi perjuanganku bersama-sama sahabatku yang setia menunggu kepulanganku..
Jam 1740 waktu di MAS tertera didalam halaman KLIA.. Dari jauh setelah bagasi semuanya telahpun terhimpun, aku lihat adinda-adindaku yang setia menunggu setelah beberapa jam "delay" flight semasa transit di Singapura.
Setelah selesai solat aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan, iaitu berita pemergian salah seorang daripada guitarist awalin Dendang Anak. Mesra dikenali ramai dengan panggilan Che Lan, atau nama sebenar beliau Hazlan. yang tlah pulang kerahmat Allah.disekitar jam 1500 dihari yang sama juga..

Andai diselam kembali lautan zaman,
inginku lakukan,
yang tidak melukakan,
dirinya..ataupun diri sahabat-sahabatku,
kerna kini aku mengerti akan nilai "Sahabat" itu.
sangat tinggi nilainya,
tak terbanding akan yang lain.

Arwah adalah seorang yang sangat-sangat kelakar dikenali oleh kalangan sahabat-sahabat Dendang Anak. Seperti yang saya nyatakan diatas,beliau antara ahli yang awalin dalam titik mula kumpulan kecil bernama "Dendang Anak".. Berusia 42tahun beliau pergi meninggalkan kami dan menggesa kami untuk meneruskan perjuangan ini.Kalau diceritakan kenangan-kenangan bersamanya, banyak kisah-kisah yang melucukan bahkan sewaktu beliau terlantar dihospital pun masih boleh buat lawak walaupun beliau sudah kehilangan deria pendengarannya. Lebih menakjubkan adalah show terakhir dia bersama kami adalah dalam keadaan beliau pekak semata-mata. Tapi masih dapat main dengan baik seperti sebelumnya.
Begitulah serba sedikit ceritanya, saya mohon maaf kerana tak dapat meneruskan lagi kerana percaya ataupun tidak rasa sebak didada menahan kesayuannya masih belum pulih sebenar-benarnya..walaupun sudah 2 bulan berlalu. masih terasa seperti baru kelmarin beliau pergi meninggalkan kami semua.

atas maksud itu, sebagai "hadiah" penghargaan atas jasa-jasa beliau. pada masa mendatang saya akan menerbitkan koleksi-koleksi terhad "Memorial Seorang Sahabat bernama Che Lan" yang bakal dipasarkan dicawangan-cawangan Dendang Anak Enterprise.
Sebarang perkembangan terbaru,saya akan update disini insyaAllah..

tunggu lagu terbaru dari Dendang Anak, Kepulangan. Sebuah "tribute " buat Arwah daripada kami.

Monday, July 30, 2007

Sendiri itu masih teman ku

Usaha bagaimana mengundang petaka,
AKU tetap sendiri bersahaja...
teman suka ramai,
kawan ketawa ramai,
kenalan urusan ramai,
sahabat se saf diculik,
sungguh pelik..
Usaha bagaimana??
memang tetap Dunia akan menentangnya,
dan mereka sentiasa berada dibelakangnya,
bagai hujan aku ditimpa hujah-hujah bijaksananya mereka,
hingga ku tak tahu kemana?
masih..
aku tetap menangis pada Dia sahaja,
yang jauh..yang tak pernah kusentuh,
tak pernah ku tatap dengan rasa penuh,
Cinta Kasih dengan menyeluruh,
dan Dunia mengilai seperti aku sedang berseloroh,
pagi,tengah hari,petang,siang,sore dan malam tetap ku menghulurkan tangan kecilku ini,
ber Usaha agar ku disambut dari kecelakaan Duniawi.
namun,
sedalam mana ku selami,
setinggi mana ku daki,
seluas bumi ku jejaki,
sendiri itu masih teman ku..
selagi masih belum ku diketemu,
pada permulaan dan akhirnya diri Mu yang kurindu.

Sunday, July 29, 2007

dal

Dal itu daya,
daya melaksana,
tuntutan HAK tuhan dari pengabdiNya,
Dal itu dada,
dada menyemai sejahtera,
tenteram nama disebut,disahut...dirasa,
bergema-gema,
Dal itu dalil,
dalil yang berdaya..menyemai aman didada,
dalil yang berupaya...mengubati penderitaan dijiwa,
dalil yang bermaya..menjawab kebingungan dikepala,
dalil yang bersedia...mempersembahkan kenyataan nyata,
dalil bagi berusaha untuk menyempurna,
diri,
kembali,
pada pemilik dan pencipta "Dal" itu sendiri..
130707

surat buat yang namanya "Muhammad"

Muhammad,
Sempurna namamu..Mim menghadap kiblat,
Ha menghembus....Nufus menyerap,
melingkar Mim ketaatan mendakap,
Terduduk Dal..lambang dalil mengharap,
Bersimpuh penuh tertib dan adab,
Muhammad,
Adi pertama sifat,
Sempurna tauladan menjaga sempadan,
agar Ummat diikut dengan penuh pengertian,
Ummat dan Solat sempurna mahligai idaman,
kerisauanmu kini hanya jadi serpihan,
Muhammad,
Muhammad,
Muhammad,
Ku tangisi derita yang dikau rasa,
dalam kebodohanku ini kucuba menaburkan nilaimu disetiap cahaya,
agar kembali mereka dari kegelapan hitam hidupnya,
"sang purnama agama..bangkitlah dikau" ujar dicorong telinga,
sayup-sayup kedengaran entah dari mana,
aku tak pernah berhenti dalam berusaha,
aku tidak lagi takut pada kelam derita,
malam..hantu mahupun untuk ber Cinta,
kerana aku ngerti "Siapa" yang maha mengerti pada diriku yang bersahaja,
didalam ingatan mahupun lupa,
memandangku di singgahsanaNya tamra langit dan buminya,
setelah apinya dibakar aku tidak perlu berduka,
aku YAKIN pada lentera didalam dada,
membawa ku ke mana ingin dibawa,
"biarkan ia"..kerana Iman tidak akan mendusta,
bukan seperti manusia yang entah apa nilainya,
Muhammad,
Muhammad,
Muhammad,
Kini ku fahami setelah kau mengirimkanku sepucuk surat,
akan Dunia mencengkammu erat,
berdarah dan penuh keringat,
dibawa dalam zikirku tanda ingat,
dan kau katakan padaku dengan penuh hasrat,
"bukan DISINI istanamu bertempat",
Muhammad,
Jika dikau ada kini belum tentu manusia dapat kau diterima,
...ummatmu kini semakin BIJAK dalam berbicara,
sangat BAGUS dalam bersuara,
BETUL pada apa dikata,
Merasa BENAR pada sendiri..entah apa yang bisa dibangga,
ilmu secetek air di kemarau kering 7 purnama,
Muhammad,
Semakin hari berganti semakin sarat,
tak ku tulis surat ini anak-anakmu itu telahpun melarat,
dek kerna sibuk...terlambat bahkan sengaja untuk lambat,
Muhammad,
tidaklah hairan pemergianmu diratapi para Sahabat,
kerna penting adanya dirimu dalam memimpin kami yang sering tersesat,
tak tahu sebenarnya dituju..bila berkata itu tak pernah sama apa dibuat...

Thursday, July 26, 2007

Malam

Angin menderu diufuk utara,timur,barat,selatan malam,
Meninggalkan mereka berteraburan,
Bila kita berada dilena beradu aman…
Diselimuti segala keinginan,
Nikmat dikurnia turun bertaburan,
Tidur…dibelai jauh ke alam mimpi yang tiada kesudahan,
Mimpi disangka..padahal angan-angan,

Bila aku masih terjaga,
Entah mengapa..
Atau mungkin
Ingin merasa betapa hebatnya,
Ciptaan makhluk tuhan maha sempurnanya Dia,
Aku cuba belajar untuk setia,
Setia pada bulan dan bintang indah memancari pada kita,
Tidak kira dingin mahupun panas cuaca,
aku tetap akan menjadi
Yang mencintai Nya…

Aku mengadu…damba belaianNya,
Aku mengeliru..dalam berkata-kata sempurna padaNya,
Aku hanya terasa..hanyalah DIA,
Dalam lena..mahupun jaga,
Setiap saat,setiap detik,setiap kata yang ku petik,
HANYA DIA

Biar salakkan anjing memekakkan malam indahku,
Tetap kan ku coba setia menunggu Mu,
Walau diluar kenyataan impian dibuku,
kan tetap ku seru...NAMA MU

Wednesday, July 25, 2007

EL KHAMIS 260707-ISU ADAT

Kelmarin harinya,saya ada berbicara dengan seorang pelajar Muslimah dari Ireland.Pada awalannya,bicaranya manis belaka.Kemudiannya bila berbicara tentang hal ADAT Melayu,dia sangat-sangat tidak bersetuju dan menentangnya sekeras-kerasnya.Pelbagai tomahan-tomahan yang kesat dilontarkan kepada saya.Dan apa termampu saya buat adalah hanya membacanya,jari-jari saya kaku.iya,saya cukup tersinggung.dan hingga kini,saya dapat rasakan rasa bersalah itu masih menghuni diakal fikiran saya.Kerana saya mengakhiri perbualan itu dengan salam dan terus menutup perbualan YM kami.Dan berfikir sejenak..Kelu dalam berkata,Buntu dalam memikirkannya.Hingga kini saya menyapanya,masih tidak dilayannya oleh dia.wallahualam saya hanya mengharapkan akan sifat keterbukaanya untuk mencelikkan matanya akan alam kejadian dan kebijaksanaan Sang Maharaja Tuhan pemilik dan pencipta segalanya yang adanya dan tiadanya.

Demikianlah ianya,moga ada munafaat dan syafaat dari Nya bila post ini dibuat..

Kali ini saya ingin mengupas berkenaan adat-adat melayu. Mengapa adanya adat-adat yang merumitkan? Adakah benar orang Melayu merupakan bangsa yang rumit dan jumud diselimuti dengan adat-adat yang mengongkong? Pertamanya perlu dijelaskan, kita menghukum dan menilai selama ini melalui hasil penulisan dan kajian berat daripada orientalis dan individu-individu Melayu yang terpengaruh dengan gaya orde melayu baru (didikan British dan orientalisme) .

Adat bersendikan syarak,
Syarak bersendikan Kitabullah,
Syarak mengata, adat memakai,
Cermin yang tidak kabur,
Pelita yang tidak padam.


Perbilangan diatas menunjukkan hakikat adat dan cerminan kehidupan dibawah kesultanan Melayu Melaka. Mengapa kita sebutkan Melaka? Perlu diketahui bahawa pemerintahan melayu berhakikat aspirasi melayu Islam berhubung rapat dengan Khilafah Uthmaniyyah serta menjadi asal-usul kepada kedaulatan negeri-negeri melayu Islam yang lain adalah Melaka. Melaka adalah sebuah negara umat Melayu yang melaksanakan hampir kesemua sistem Islam termasuk hudud dan ekonomi Islam TANPA riba'. hal inilah yang perlu disedarkan melalui pukulan-pukulan penulisan dan wacana sedar yang ikhlas. Saya hanya menyerikan lagi temasya kesedaran ini melalui penulisan saya yang mungkin terbatas domain pembacanya.

Adakah Islam melarang adat?

Dalam perundangan Islam, sumber hukum yang menjadi antara sumber yang relevan dan kena dengan nilai kemanusiaan adalah uruf atau adat tempatan yang sebenarnya wujud secara fitrah. Fitrah ini muncul semestinya akibat faktor geografi, cuaca dan nilai ekonomi sesuatu bangsa dan kaum. Hal ini mewujudkan cara untuk mereka menunjukkan rasa sayang, hormat, marah dan berkomunikasi harian. Islam bukanlah agama bangsa Arab walaupun bahasa Arab adalah jelas bahasa ahli syurga dan bahasa Al Quran untuk kita semua. Sunnah nabi yang bersifat praktikal adalah berdasarkan Rasulullah sebagai manusia berbangsa Arab dan wajar diikuti walaupun kita berbangsa Melayu memandangkan konsep ittiba’ As Sunnah adalah konsep yang jelas dalam Al Quran itu sendiri. Walaupun begitu, Islam datang dengan membawa ‘sesuatu’ untuk mengisi kerangka ‘adat’ dan uruf yang sedia ada walaupun menasakhkan juga beberapa adat yang bercanggah dnegan ‘fitrah’ insani. Membunuh anak perempuan adalah adat tetapi adat yang tidak INSANIAH. Jadi Islam me Nasakhkannya (menghapuskan) .

Maksud A D A T.

ADAT kalau kita petik dari WIKIPEDIA bermaksud "gagasan kebudayaan yang terdiri dari nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di suatu daerah.

Apabila adat ini tidak dilaksanakan akan terjadi kerancuan yang menimbulkan sanksi tak tertulis oleh masyarakat setempat terhadap pelaku yang dianggap menyimpang."

kalau diikutkan dari segi pemahaman dan penfsiran usul bahasa Arab itu
""Adat" berasal dari bahasa Arab Adah yang berarti "kebiasaan-kebiasaan dari masyarakat".Jalaluddin Tunsam (seorang yang berkebangsaan Arab yang tinggal di Aceh dalam tulisannya pada tahun 1660)
Menurut saya sangat mudah,
"ADAT" adalah Penyesuaian mengikut keadaan,zaman dan era pada masa itu.ADAT ditubuhkan untuk diselenggarakan rakyatnya agar kita ADA satu FIKIR yang memanjat pada erti bersatu menuju Agama yang sejahtera,aman,sentosa.
dan kalau mengikut "definition" era sekarang(Menuju WAWASAN 2020 kononnya)
"ADAPT" dalam bahasa orang putehnya(yang BANYAK MENIRU BAHASA MELAYU dan berniat untuk menjatuhkan martabat bangsa lainnya,bangsa berdarah daging Islam paling tepatnya).

Secara jelasnya,kita faham bahawa ADAT termaktub bukanlah untuk berlaku kejam terhadap sesiapa,malah membantu membentuk diri yang berprinsip dan berwawasan.
Wawasan Akhir Zaman.

Adat-adat Melayu.

Bezanya Melayu daripada bangsa lain adalah, Melayu menganggap undang-undang sebagai adat yang mendisiplinkan manusia, membentuk norma positif serta baik pekerti. Kedatangan agama Hindu telah mengisi keinginan tersebut melalui prinsip karma dan dharma Hinduisme. Kedatangan epik-epik daripada Thailand dan India telah mewarnai seni dan adab melayu melalui penerapan adab, adat serta sikap taat kepada pemerintah melaluinya..

Risalah Hukum Kanun Melaka (jenayah dan undang-undang awam), Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang 99, Hukum Kanun Brunei, Kanun Kelantan, Undang-Undang Laut Melaka dan lain-lainnya adalah tanda bahawa Tamadun Melayu telah membina suatu struktur perundangan bertulis yang mendasari setiap perintah dan keputusan raja dengan dibantu penafsiran undang-undang berkenaan melalui majlis ulama’ dan mufti serta pemegang adat melayu iaitu "Bendahara".

Bila disebut "BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT" selalunya pemikir-pemikir kontemporari yang pro kepada pemikiran modernisme akan menyalahkan pepatah ini dan menyamakan Melayu sebagai bangsa yang taat membabi buta. Menilai prinsip melalui hanya melalui pembacaan Hikayat Hang Tuah adalah terlalu tidak adil memandangkan konsep sastera[1] tidak sama dengan konsep hakikat sebenar Melayu itu sendiri. Marilah kita meneliti beberapa sendi adat melayu agar kita cakna dengan tomahan negatif terhadap bangsa yang menjadi tuan kepada negara ini sebenarnya.

1) Adatullah
Inilah adat yang sebenar-benarnya adat. Melayu mengatakan syarak itu adalah adat. Perinsip Fiqh juga menyatakan bahawa Adah Al Muhkamah. Akan tetapi prinsip ini menyatakan bahawa adat (URUF) setempat boleh dijadikan sebagai hukum. Sebaliknya adat yang disebut Adatullah ini ialah meliputi kesemua FURU’ agama yang diterapkan oleh ulama’ Islam ke dalam istana. Biarpun terpaksa mengorbankan Fatimah Az Zahra, Baginda Rasul sanggup asalkan syara’ terbela. Bukankah itu prinsip agama yang diserapkan dalam perbilangan melayu lama? Salahkah pepatah itu?

2) Adat istiadat
Adat ini adalah suatu ritual keagamaan yang diadakan demi melambangkan protokol melayu sebagai bangsa beradab dan berprinsip. Islam tidak pernah melarang adat-adat penabalan Sultan kerana prinsip syura dan baiah yang ditinggalkan Nabi SAW adalah bersifat konseptual yang sesuai dengan kehendak setempat. Kita melihat bagaimana Muawwiyyah Radiallahuanhu telah melengkapkan istananya di Damsyik dengan kemewahan dan protokol yang ketat memandangkan bumi Syam memang menjadi tumpuan Rom dan Parsi serta menjadi maruah Islam yang perlu dijaga.

Lantaran itu sikap Muawwiyah tidak boleh terlalu mudah dihukumi oleh kita walaupun terdapat sedikit kelonggaran yang beliau laksanakan dalam pemerintahannya. Adat dan kehebatan serta “izzah” Islam dan lambang Melayu sebagai bangsa beradat bersendikan agama perlu dipaparkan melalui adat istiadat yang kemas. Bayangkan Melayu semasa Hindunya kelihatan hebat dan izzah akan tetapi dengan hadirnya Islam, Melayu kelihatan lemah dan tiada kedaulatan berbanding sebelumnya. Justeru boleh menimbulkan kelemahan dan membantutkan penyebaran Islam yang sebenarnya rancak melalui diplomasi Sultan-sultan melaka yang berdaulat, izzah dan hebat di mata orang lain.

3) Adat yang diadatkan.
Adat ini adalah umpama “Siasah syariyyah” di dalam konsep pemerintahan Islam. Sebagai contoh akta-akta dan ijtihad ulama’ dan umara’ melayu telah menggubal suatu perlembagaan yang membantu melicinkan pentadbiran bandar, zakat, kehakiman, perdagangan dan sebagainya. Inilah undang-undang yang boleh kita lihat sehingga kini. Adakah adat atau perlembagaan ini bercanggah dengan syarak’? Mari kita lihat beberapa bukti lain. Fasal 41 Risalah Hukum Kanun Melaka menyatakan bahawa selagi mungkin undang syara’ boleh digunakan, maka undang-undang lain wajib dikemudiankan. Fasal 33 dalam Undang-Undang Minangkabau menegaskan bahawa Al Quran, Hadis adalah sebagai rujukan utama iaitu sumber undang-undang Allah.

4) Adat jahiliyyah.
Adat-adat yang telah berakar umbi sejak pra-Islam telah menjadi sebahagian daripada kelakuan harian bangsa Melayu. Segelintir besar orientalis telah menuduh adat melayu sebagai punca “kemunduran” kerana majoritinya daripada adat Hindu dan Buddha. Benarkah tuduhan sebegini? Melayu hari ini tidak kenal beza adat dan sikap melayu yang sebenarnya. Mereka keliru antara adat dan sikap. Mereka hanya tahu cerita tentang melayu (bangsa mereka sendiri) melalui pembacaan buku orientalisme, buku sejarah mengikut kerangka British serta tidak melalui pengalaman bergaul dengan oang-orang tua. Akan tetapi kita wajar mengakui masih banyak adat Hindhu yang masih diamalkan kita serta wajar dibenteras secara hikmah.

dan setelah kita menelaah serba sedikit atas tadi,adakah orang melayu dulu itu MEMBABI BUTA atau KITA yang MEMBABI BUTANYA dalam memperkatakan sesuatu TANPA ada usul periksa dan pemahaman yang jernih dan dalam?

Saya berminat untuk memberi beberapa contoh hubungan erat dan mesra Melaka dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah. diantara adat-adat serta perayaan Turki Uthmaniyyah yang diterapkan dalam kehidupan Melayu adalah adat berkhatan, adat merisik, adat berkahwin, adat bersalin, adat mengaji kitab di pondok agama, adat rumah dan tetamu, adat jenazah, adat memuliakan ahli bait, adat tadarus, berzanji dan Burdah serta adat menghormati orang tua.

Semua adat-adat ini merupakan ‘hadiah’ akibat keeratan hubungan Turki Uthmaniyyah dengan Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh kerajan Patani Darul Salam, Brunei, Johor Lama, Acheh dan Pasai. Kita lihat bagaimana kerajaan Turki telah menghantar beberapa kapal perang untuk membantu Melaka berlawan dengan Portugis walaupun gagal sampai ke Melaka akibat dihalang oleh tentera Mamluk (kerajaan Syiah ini bersekongkol dengan Alfonso De Albuque).

Moga ada baiknya dalam usaha kita mengenal dan memahami Bangsa kita sendiri.Perjuangan Melayu itu bukan Rasis sepertimana dikatakan oleh pemikir-pemikir yang kontemporari yang sangat pro kepada modernisme.Kita mempertahankan Identiti kita pada Bumi kita,sama seperti di Negara China, Negara India dan dimana-manapun didunia.Tidak sia-sia sahaja ciptaanNya menjadikan kita dalam keadaan berbeza,suasana berbeza,ADAB yang berbeza dan ADAT yang juga ada bezanya..Pernah dipetik pada blog sebelumnya secebis hadist mengatakan "Dijadikan kita berlainan rumpun bangsa itu untuk dikenal-kenalkan bukan untuk dilaga-lagakan.wallahualambissahwa'
setakat ini dulu saya undur diri.segala pertanyaan boleh langsung sepertibiasa melalui email..dan pada pembaca yang baru,tujuan saya menutup comment box disini adalah untuk memberikan penumpuan yang jitu dan pendapat sendiri tanpa dipengaruhi oleh komen-komen orang lain.Bukan bermakna saya takut pada kritikan..harap maklum

salam sayang
qu badr
25072007

Tuesday, July 17, 2007

THALATHA

Thalatha..
bertandangnya ia berganti silih kemari,
diajak tidak namun datangnya ia menghuni,
Thalatha..
penuh tipu daya,
usahlah kita berurusan dengan mereka,
kerana nyata punya beza,
Thalatha..
angka tiga menjatuhkan umat manusia,
dengan THA sebagai saksinya,
pada Har Tha kita disongsangkan antara,
pada Wani Tha disalaherti saksama,
pada Takh Tha disengsarakan semua,
Thalatha..
peringatan Raja segala Alam terang dan kelam,
moga mengemudi pelayaran,
tidaklah tenggelam diperbudak-budakkan,
maka bertasbihlah tidaklah karam,
bersyukurlah pada perletakkan,
Thalatha..
semoga marak menyala api lentera,
mantera syahadah dibaca dengan penuh sempurna,
pembuka fatihah anggota duniamu sentosa,
sepuluh jari disusun peringatkanlah kita,
bukan bermoco semata-mata,
tunaikanlah ia agar tidak terlupa,
pada langit..dan dibumi berkuasa,
Thalatha..
sesama kita masih berusha,
pada yang dihati bertakhta,
apa pula DIA yang mencipta,
AL-WADUD kita,
YA-HAQ itulah kado NYA.

secebis kisah mengenai KECEWA

satu nama terdetik dengan nada irama,tanpa bunyi kita sendiri mengerti bahawa hidup pentas pada drama dillema dunia,terasa diherdik,disentak sampai terkala terjatuh dan kemudiannya kita merangkak rangkak untuk berdiri pada bumi kita bertapak..
satu persoalan,
kenapa kita KECEWA?
adakah Tuhan membenci kita?
adakah Tuah tidak menyebelahi kita?
adakah Tuan/Puan ditakdirkan sedemikian rupa?
saya dikerumuni persoalan sebegini diajukan,taulan-taulan yang rupawan,kawan-kawan yang dermawan,teman-teman yang setiawan,Sahabat-sahabat yang mulia semulianya penuh dengan pengertian..

KENAPA kita Kecewa?
iya,definition "kecewa" banyak huraiannya...pelbagai pemahaman,
bila pengharapan tidak kesampaian maka itulah kekecewaan.
dihajatkan menjadi tapi tidak terjadi,didambakan dikabuli namun tidak direstui.
saya tidak menafikan bahawa saya tidak pernah kecewa ataupun dikecewakan,
sebagai manusia yang sangat biasa..saya didatangi perasaan sebegini,kerana didalam hati saya ada yang namanya "Pengharapan"..saya berharap,kerana itu saya berdoa.tanpa harapan mustahil saya akan berdoa,mustahil KITA dapat mengenali DOA.
secara tak langsung maka kita tahulah bahwa Tuhan menciptakan Kekecewaan pada diri tiap insan bernama manusia itu atas maksud kita kembali...kembali mengharap,kembali meyadari bahawa TIDAK sempurnanya semua perkara TANPA mengharap padaNYA..
perlu ditegaskan bahawa segala yang tertulis didalam blog ini BUKAN nya sebuah ceramah,BUKAN nya syarahan..saya tidak layak diletakkan pada darjat semulia itu,saya masih belajar dan terus mempelajari lagi ilmuNya..selepas ini harapan saya moganya pada pembaca-pembaca tidak memberikan gelaran sebegitu rupa..saya takut dan saya harap semuanya sedia maklum.saya hanya menulis kerana ini lah fakta yang perlu kita fahami andai benar kita hidup dalam beragama,benar kita mau mengenali siapa Tuhan..atas realitas ini saya harap cukuplah kita memahaminya.
jadi saya sambung kembali yang tlah saya tinggal tadi,
Kekecewaan BUKAN penyiksaan...andai kita faham tatacara bagi menyusunnya,
Kekecewaan BUKAN penganyianyaan..andai kita jelas pada kaedah dalam menanganinya,
Kekecewaan BUKAN penindasan..andai kita tulus dan ikhlas dengan segala belas bersedia untuk mengenal Tuhan,
Tuhan itu maha kebijaksanaan,dijadikan perasaan ini agar kita tidak lupa pada SIAPA kita sebenarnya wajar dihadapkan..bukannya berhala keakuan,kesombongan pada diri,
SIAPA kita sebenarnya patut diharapkan..bukannya manusia pada utamanya,tapi Tuhan adi pertamaNya DIA.

BAGAIMANA mengatasi KEKECEWAAN?
soalan ke dua ni sangat "terkenal" kita dengari,kita saksi..benar,tiap satu masalah yang ada perlu ada kaedah dan tatacaranya untuk mengatasinya,namun perlu ingat bahawa Masalah itu ibarat seperti gelombang Ombak pada lautan,amat mustahil untuk dihapuskan,ia akan terus memukul-mukul perahu pelayaran kita dalam menuju tuhan agar ia tersorong,tersimpang pada arah yang lainnya..
yang perlu kita tahu adalah bagaimana kita mengemudi perahu itu dalam menyelami lautan dunia ini?atau lebih tepat bagaimana mengATASI gelombang itu?
ini adalah sebahagian cara yang biasanya saya amalkan bagi mengatasi Kekecewaan yang mendorong pada lembah Masalah dan Mushkilah:

Pertama:kenalpasti APA? masalah itu dan himpunkan satu persatu.
Kedua:mengerti dengan pastinya dan bermulalah penyusunannya.
Ketiga:fahami dengan pasti akan kepentingannya,jika ianya tiada membawa faedah pada diri.maka saranan saya buangkanlah dengan tidak memikirkannya lagi..yang penting adalah sejauhmana kita JANJI pada diri akan melupainya,mustahil andai kita NEKAD ia akan melekat diubun kepala kita.
Keempat:telusi dengan pasti moga kita dapat menembusi kekecewaan itu..
Kelima:yakin pada diri,bahawa kita dijadikan sebagai umat yang beragama,berprinsip dan berpendirian teguhnya ia..yakin pada Penciptanya.

akhirqalam,kita perlu jelas bahawa TIDAK semuanya dijadikan olehNya secara KEBETULAN yang sering kini diungkapkan..segala-galanya meliputi langit dan bumi dijadikan dengan penuh penelitian,atas nama tuhan,Ya Hakim(yang Maha Bijaksana)..
perlu juga saya jelaskan akan maksud sebenar kerana ramainya kita memberi tanggapan yang salah semata-mata pada pengertian sebenarnya,
KE BETUL AN adalah pengesahan,kita mengesahkan bahawa ianya benar/betul berlaku..
tapi kini kita memahami dalam mengungkapnya dalam keadaan yang ketidakpastian.tidak yakin..lebih tepat,KEBETULAN dimengertikan sebagai sesuatu yang SIA SIA pada kejadian Allah.secara tidak langsung kita mempersoalkan akan kebijaksanaan Allah,kita lebih "terer" dari tuhan,seakan-akan Tuhan itu telahpun buat kesilapan,andai benarlah Tuhan pernah membuat Kesilapan maka tak layaklah Tuhan itu bergelar Tuhan kerana Tuhan itu Maha Sempurna..tapi bila kita sendiri,mengakui dengan confident dalam kalimah syahadah,dalam diam masih mempertikainya..macam mana tu?

KECEWA itu sebenarnya KEBAIKAN
"andai hidup ini senang,
maka itu bukanlah hidup,
gambaran hidup adalah pelangi,
ada kegelapan warnanya,
ada kecerahannya warninya,"
pernah saya dengar dulu makcik saudara saya pernah beritahu,hidup adalah seperti roda yang berguling,adakalanya kita diatas,adakalanya kita dibawah..ada benarnya,ada salahnya juga bila saya imbas kembali sedalam pengertiannya..
tapi itu bukan persoalan yang ingin saya bahaskan,yang mendingnya kita mengertinya dengan membawa kearah yang positif,
oleh kerana kini kita mengerti bahawa rasa Kecewa itu adalah menyakitkan,benar ianya menyakitkan..tak siapa dapat menafikan..tapi lupakah bahawa kesakitan itu adalah NIKMAT kurniaan Tuhan yang mendalilkan bahawa DIA sedang memerhati diri kita?
syukur sangat kerana dikurnia rasa itu..benar saya kata,meskipun kadangkala kita rasa keseorangan,kesepian tak ada orang mengerti keadaan kita.benar.saya tak kata ianya salah..tapi kita lupa satu point,iaitu dalam berjuta-jutaan manusia,bermillion2 trillion yang tiada hentinya bilangan penghuninya makin lama makin sarat dunia dibuatnya..kita "terpilih" antaranya untuk merasakan Nikmat itu.
bukti bahawa Tuhan ingin kita Kembali mengingati kehadiran Nya.
pada masa sama juga,kebaikan disebalik kekecewaan itu,sedikit sebanyak kita semakin MATANG dalam pelbagai segi,cara berfikir kita menjadi semakin kedepan.kita semakin serious dalam hidup.kita memahami antara-antara kriteria-kriteria setiap manusia dalam progress untuk menjadi seorang "Pemimpin".iya,antara "makanan" pemimpin adalah dengan menghadapi kekecewaan..bernafas didalam kekecewaan yang menuju pada arah yang positif maksudnya.contoh yang simple,kita lihat Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwassalam sendiri,walaupun baginda digelar Kekasih Allah..baginda sendiri merasai kekecewaan yang bertubi-tubinya sedangkan baginda adalah KEKASIH ALLAH.Kekasih kepada pencipta segalanya,cuba kita bayangkan??andai baginda diletakkan dalam keadaan macamni,apa lagi kita?
moralnya adalah kita contohi,teladani dan usuli perjalanannya..inilah contoh yang sejelas-jelasnya kita boleh lihat.Tuhan menurunkan baginda untuk kita mengerti bahawa Tiada 1ST class treatment dalam usaha mengenal hidup,mengenal agama,mengenal Tuhan..even so,instead kita mengertikan ia dalam negative side.marilah kita mulakan hidup kita dengan memahami bahawa terbaiknya kita mengamalkannya ke arah kebaikkan,sangka baik terhadap segala perkara..POSITIVE..bukannya untuk kebaikkan orang lain,tapi penting..DIRI kita yang merasa,DIRI kita yang bakal menghadapinya..
apa saya nak terangkan adalah kita guna kebijaksanaan dalam melihat kekecewaan itu sebagai satu medium yang memupuk kita untuk terus bangun,bangkit dari rebah itu dan menjadi seorang hamba yang berjaya didunia dan seterusnya insyaAllah..

demikianlah sebuah sketsa,dunia singgahan sementara,pondok yang didirikan dengan indahnya,akhirnya reput dan binasa,segalanya binasa dan kembali pada asalnya,namun kita punya 2 pilihan untuk abadi selamanya bahagia tertawa,Syurga kah?atau Neraka kah?..kecewa dunia tidak mengapa,jangan kecewa pada usaha kita untuk berAgama..jadilah yang terbaik,maka kamu perolehi yang terbaik,jika sekarang masih belum terbukti maka tunggulah nanti,kerana Tuhan tidak pernah LUPA pada JANJI.

Monday, July 9, 2007

oh ibu..tamparlah anakmu yang biadab itu pt1

Jam dahpun 8:23Am di Kaherah,saya masih lagi belum tidur dan sedang memikirkan apa yang tlah terjadi,pada diri,pada antara kita,pada Dunia yang semakin tuanya ia..masih tidak lagi dengan kebiasaan saya yang tidak suka tidur pada sebelah malamnya,
ada satu perkara yang saya terfikir dan ingin kongsisama juga,setelah mengepos diari saya pada hari ini..saya masih rasa seperti mahu mengongsi sesuatu lagi,mengemukakan satu lagi topik yang mungkin jadi satu topik yang pernah dibahaskan di wilayah Nusantara Benua Tanah Melayu,Malaysia,Temasik,Indonesia,Brunei..

artikel ini sebenarnya baru saja dikeluarkan oleh seorang saudara kita yang bertajuk
"korbankan Melayu demi Islam?"
ringkas,bernas tapi bagi saya rasa masih belum lagi "padat"..

atas maksud itu,saya akan tambahkan apa yang saya rasa wajar ditambahkan agar kefahaman itu benar2 melekat diakal fikir kita,insyaAllah..
menurut artikel beliau juga benar,realiti kehidupan dan pemikiran kita di Malaysia(sebagai skop yang kecil)amatlah terhad,kita yang sengaja mengehadkan daya pemikiran kita yang mampu menyelimuti bukan sahaja Benua Nusantara,tapi Samudra Dunia.
tambah si penulis lagi,"Puas saya menganalisa kemelayuan saya. Di manakah ciri Melayu saya yang telah memburukkan Islam? Saya tidak berjumpa." sama juga dengan saya,saya tak ada nampak sedikit yang menjadi masalahnya.
Didalam BerAgama,BANGSA dijadikan sebagai Identiti antara kita,supaya kita dikenal-kenalkan dan dirapat-rapatkan Silaturrahimnya,isu Rasis tak pernah wujudpun sebenarnya..
kalau rasis itu wujud dalam beragama dengan mementingkan warna kulit untuk dibanding-bandingkan..payahlah.itu bukan agama.
dalilnya jelas ada pada surah Al-Hujarat,

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai BANGSA dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu). (Al-Hujuraat 49 : 13)

sesiapapun boleh beragama,dan kalau masalah di Malaysia yang suka mempertikaikan Bangsa dengan Agama ini adalah salah sama sekali..tak patut adapun isu ni.kita sendiri jelas faham.

MELAYU VS. ISLAM?

"Saya bimbang, dalam usaha kita untuk memurnikan Islam, kita menyalahkan Melayu secara melulu. Apakah ada pertentangan di antara menjadi Melayu dengan Islam?

Kini, kita selalu mendengar kisah betapa persoalan Melayu telah menjadi taboo dan menyulitkan sesetengah saudara kita yang mahu memeluk Islam. Mereka mahu Islam tetapi mereka tidak mahu kepada Melayu. Mereka mahu menukar agama dan kepercayaan, bukan adat dan budaya warisan.
"

amatlah sukar sebenarnya bila kita berusaha untuk merubah akan diri yang telahpun sebenarnya ditentukan sejak dari Azali.kesimpulannya simple,TAK PAYAH nak tunjuk terer..itu je.
jangan menyusahkan perkara yang remeh macamni.sekali lagi,tak patut pun ADA isu macamni..tapi pemikiran kita meletakkan garis antara Melayu dan Islam.yang baik itu semuanya datang dari islam manakala yang buruk-buruk itu Melayu kita.
dan kerana hal sebegini terjadi maka wujudlah pula istilah "Islam tulen" pulak,yang menolak dalam mana2 budaya dan adat.
BODOH sebenarnya,

MELAYU BURUKKAN SIKAP?

Saya tidak nampak, di mana kemelayuan Melayu yang mengajar manusia jadi biadab dan kurang ajar. Malah secara jujur, saya faham sebaliknya. Melayu amat menitik beratkan adab sopan.

Tidak memanggil orang yang lebih tua dengan nama.

Menerima berlapik, menolak beralas.

Menjaga bahasa berselang budi

Semua itu mendarah daging di dalam kemelayuan Melayu.

Orang Melayu orang yang tertib. Tertib yang dikukuhkan oleh Islam yang menyuntik nilai Akhirat pada kebaikan yang dibuat.

yang benar "kurang ajar" adalah antara diri sendiri yang memenuhi ruang diri dengan nilai-nilai kebencian,keAKUan,kekaguman pada diri yang entah apa nak dikagumkan sebenarnya.disuruh belajar,tak mahu.dah belajar,perasan pandai pulak,nafikan semua pendapat orang sedangkan dalam berilmu patut menerima pendapat orang lain demi kebaikan diri..namun itulah berlakunya.

setiap bangsa diciptakan atas identiti-identiti dan adab,adat resam yang "unique" atas maksud untuk mengembalikan diri kepada tuhan.Bukan pada kepentingan diri atau apapun..dijadikan semuanya adalah untuk menguji diri sebenarnya,sama ada kita mentaati SUSUNAN yang dirancangkan oleh orang terdahulu yang mempraktikkannya..kalau kita tak taat atau malas untuk mentaati pada susunan MANUSIA,maka tak usahlah kita bermimpi untuk mentaati susunan TUHAN..nak mendaki gunung kenalah ikut tata caranya,tata tertibnya sebagai kelengkapannya,amat mustahil kita boleh NIAT dan terus ada dipuncaknya,
AMAT MUSTAHIL.

SEMUA BANGSA ADA ‘DAKI’NYA

Siapa yang dapat menafikan kebiadaban dari bangsa lain?

ujar si penulis,
saya ceritakan pengalaman saya berada diKaherah ini yang telah hampir 8 bulan disini..saya rasa,dah cukup masaklah dengan melihat orang-orang arab ni..
dulunya saya anggap,bangsa Arablah yang patut dimuliakan,kerana darah daging mereka masih lagi dekat dengan keturunan-keturunan para anbia-anbia..

dalam hari-hari memerhati diri mereka ni,saya sangatlah penat melihat mereka..sangatlah meluat terkala,kencing merata-rata di khalayak orang ramai,pancut di dinding macamtu je(maaf atas bahasa saya gunakan)..setiap pelusuk saya pergi disekitar sini sudah cukuplah..bau hancing di dinding tu tak sah kalau tak ada.
saya faham,scenario ini juga berlaku dinegara kita,tapi..paling tidaknya,mereka masih lagi ada MALU.dibanyak-banyak tempat pernah saya pergipun yang selalu baunya pun di Pusat-pusat hiburan,belakang bangunan2,dan ada kalanya di tempat parking kereta kalau dimalaysia..tapi sekurang2nya orang kita masih mengerti MALU,cuma tak reti bahasa.
tapi kalau disini,merata-rata,walhal didalam keretaapi pun ada..boleh kata semua tempat laluan awam ada.jijik..sangat jijik,mengalahkan anjing.

Seburuk-buruk orang Melayu, ponteng Solat Jumaat sorok-soroklah juga.Sembunyi-sembunyi..MALU.Tetapi yang ’Arab’ boleh lagi relax duduk dikedai membilang orang yang ke masjid.Tak malu.sedangkan mereka itu boleh dikatakanlah seperti quran yang berjalan.

Tidak amanah, suka menipu, kaki gaduh
dan
malam JUMAAT tu dijadikan malam Pesta,pergi ke shopping complex,lepak,jual kereta,tengok wayang,party semua malam ni memekak memekik..sedangkan kita masih lagi HORMAT malam ni yang dikatakan malam penghulu segala hari.masih ramai yang tak berani nak keluar malam ni kerana masih HORMAT..namun itulah asam garam dunia sekitar saya selama bermastautin di Dunia Arab.

Walaupun saya lazim memuji orang Mesir kerana University Al-Azharnya yang dimana dikenali sebagai University yang TERTUA DIDUNIA..sudah tentula saya respect ilmu2 mereka,tetapi banyak juga kelat pahitnya mereka yang saya temui.Manusia khianat, berbahasa kesat,mungkir janji..kata besok tapi nyatanya 2minggu baru buat(ini bukan saya sahaja yang terkena dengan janji2 orang MESIR,hanya tau kutip duit pastu hilang)... tetap ada dan sebahagian daripada realiti kehidupan mereka.banyak dah saya dengar kisah ustazah-ustazah dari Malaysia,Singapura,Indonesia dicabul kehormatan,diraba dan sebagainya..
kesimpulannya,saya tak nampak dimana Budaya dan Adat mereka sebenarnya yang mereka masih kekalkan..tak ada,rata-ratanya semua dah kebaratan.
kalau dah semuanya suka memekak didepan rumah orang diwaktu malam bermakna dah tak ada adab dah..kitapun masih reti nak perlahankan suara waktu malam2,walaupun ada juga spesis macam ni kat tempat kita tapi saya percaya masih ramai masih RETI BAHASA.

HURU HARA=itulah keadaannya disini,wallahi saya cakap..
sedangkan undang-undang jalanrayapun tak nak ikut,apa lah lagi undang-undang lainnya..takpayah nak cakap..(ini bukan bermaksud untuk mewujudkan masyarakat yang skema,tapi undang2 jalan diadakan untuk memudahkan keadaan,kita juga yang senang)

namun itulah MANUSIA,tak lari dari salah..tapi pengalaman saya disini sudah cukup bagi menyatakan sebegitu rupa agar kita sedar betapa untungnya KITA.masih terjaga,masih dinaungi insyaAllah..dan walaupun kita mampu menterjemahkan satu quran belum beerti kita sudah beriman,belum tentu kita sudah faham belaka,belum tentu kita ini lah yang berdiri sebagai Al-Quran..belum tentu andai tiada perlaksanaan dari kata-kata.

TEGAS DALAM SOPAN

Melayu mengajar anak-anak beradab sopan dan menghormati orang tua, tetapi Melayu tidak menetapkan bahawa caranya ialah dengan menengking kanak-kanak dan memaksa mereka diam tidak bercakap.

Melayu mengajar anak-anak berlapik cakap dan tahu memilih kata, tetapi bukan sampai terbisu dari menyatakan kebenaran.

Maka janganlah dibebankan Melayu atas nama Islam, kerana bukan Melayu punca kelemahan Islam.

Segala-galanya harus berbalik kepada faktor manusia.

Manusia yang memilih untuk baik atau buruk.

Manusia yang memilih untuk berbudi bahasa atau biadab busuk bicara.

Manusia yang memilih untuk menjadi Muslim yang baik,atau Muslim yang cela.

Tidak ada pertentangan di antara menjaga kemelayuan Melayu, juga kecinaan Cina atau keindiaan India… pada jalan menuju Taqwa.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya Cina, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.

Jika ada manusia yang mencemar Islam, dan bangsanya India, bukan bangsa itu yang menjadi puncanya.

Manusia sebagai manusia memilih untuk menjadi jahat dan baik, bukanlah kerana genetik tubuhnya pada bangsa, keturunan atau bahasa. Jahat manusia adalah pada nafsu yang ada pada semua bangsa, dan hasutan syaitan yang menghasut semua bangsa.

Maka, dalam usaha untuk memurnikan Islam, islahkanlah manusia, Perbaiki akal, hati dan nafsu manusia agar dia bertaqwa.

Tidak perlu bangsa dimusuhi, kecuali bangsa yang mengangkat kepentingan dirinya atas nama bangsa, mengatasi agama dan jalan Taqwa.

Junjung Islam kerana ia menjelaskan siapa Tuhanmu, pelihara Melayu kerana ia menjelaskan SIAPA dirimu

tak salah kita bangga dengan bangsa kerana "mereka",
tak salah kita sanjung bahasa kerana kehalusannya,
tak salah kita anjung adat kerana ketertibannya,
tak salah kita junjung adab kerana semuanya dibuat demi kesinambungan A G A M A..

wallahualam
insyaAllah bakal kita bahaskan lagi..

EL ITH'NAIN 9th July 2007

Hari ni baru saya dapat tengok video yang menyatakan bahawa ada sejadah yang mengaji dan duduk antara dua sujud..

pertamakali bila terlihat,saya tak adalah merasainya sebagai satu benda yang hairan ataupun pelik..kerana kitapun wajib mempercayai dan meyakini akan kehadiran makhluk2 ghaib dan juga alam mereka..merekapun abdi pada Allah malah andaikata nak dibandingkan dengan kita sesama,mereka jauh lebih taat pada Allah..dalil2nya dah jelas ada didepan mata kita,
sebagai contoh..cuba kita lihat pada pokok,yang sentiasa terpacak dan begitu taat pada ketentuan dan yang paling penting REDHA ia pada penciptaNya..kena hujan,ribut petir taufan..situ jugak ia terpacak,tak ada pulak macam pokok dalam filem Lord Of The Rings,boleh jalan2 lagi..haha

perkara seperti ini tidaklah menghairankan sebenarnya,malah saya sendiripun pernah mengalaminya dalam pelbagai keadaan..pernah juga sekali bila saya sedang solat maghrib saya dapat merasa "ditepuk" pada bahu kanan semasa membaca Fatihah di rakaat pertama(saya dah terbiasa dengan membaca dengan jelas dan tidak berbisik2 seperti biasanya kita solat berseorangan..bagi saya dengan membaca begitu dapat saya meluahkan segala penghayatan saya pada ayat2 dibaca..tapi satu hari tu saya terlupa)..dan saya teruskan dengan membacanya seperti biasanya..
pengalaman pertama ditepuk macamtu memanglah cuak,siapa tak cuak kan?tapi kita jangan pula selfish dengan memikirkan dunia ini milik kita dan ada kita sahaja didalamnya,oleh itu wajarlah yakin akan kehadiran "mereka" juga..berpeluh2 saya dibuatnya,seolah2 ruang solat saya itu dipenuhi dengan ramai orang padahal pada nyatanya hanya saya seorang saja..

ada satu lagi pengalaman saya yang dimana saya pernah jadi makmum tika itu pada sahabat saya dan solat Maghrib di Resort saya yang bernama The Aryani di Rhu Tapai,Merang.
saya ceritakan serba sedikit gambaran resort saya macamana,
resort yang dibina oleh usaha kedua bonda dan ayahnda saya ini dibuat dengan berkonsepkan Seni Melayu Nusantara dalam bentuk contemporary.bilik2nya ada dua pecahan,satu binaan mengikut senibina modern,rumah batu la senang ceritanya..satu lagi,timber house atau rumah kayu melayu lama yang dipasang balik mengikut "taste" ayah saya.rumah kayu ni pulak ada 3 biji je available.1 untuk spa,1 untuk disewakan guest honeymooners dan yang 1 lagi rancangnya nak dijadikan pusat rawatan hemopati,tapi sampai sekarang masih lagi tiada apa2 keputusan dibuat dan juga rumah ini terletak paling hujung di kawasan resort.
so masa tu saya tengah tunggu panggilan Uitm dan saya berkerjalah disitu dalam department Front Office..disebabkan ruang solat yang tlah disediakan berada didalam keadaan yang tak seberapa memuaskan,kotor sebenarnya.saya selalu solat disana,rumah lama itu dibahagian verandahnya,even jauh sikit saya tetap nak solat disana kerana disana saya dapat merasakan ketenangan,dan disitu sajalah dapat saya larikan diri saya dari kesibukkan didalam office..so datanglah ilham saya untuk membuatnya sebagai SURAU since di Resort tiada surau yang tetap lagi yang dibuat memang khursus buat solat.

ayah agree apa lagi mak.tapi maklum jelah..time tu masing2 staff busy dengan melayani guest2 yang keluar masuk tak henti2.kena pula waktu tu tengah bulan,boleh juga dikatakan "peak season" sebelum ketibaan musim monsoon yang dimana ianya adalah "bad luck" pada pengusaha2 resort2..
berbalik pada cerita tadi,atas niat saya untuk dijadikan ia surau so saya selalulah bersih2kan sikit2 tempat tu.cuci bilik ait..etc.
ada satu hari,masa tu saya dapat project untuk design balik website aryani.so saya ajaklah sahabat2 saya yang pro dalam bidang ni.photography utamanya..
kerja itu memakan masa selama 3 hari 2 malam.kami tak tidur untuk tunggu shot untuk "magic hour" yang dimana ianya berlaku perantara jam 6 ke 7 pagi dan juga 6 ke 7 maghrib..waktu perantara perubahan alam siang ke malam,malam ke pagi.
so kami selalulah solat disana,malam pertama kami tulah berlakunya kejadian itu..dan yang lagi meyakinkan antara kami adalah perasaan kami tika itu sama,kami rasa seperti ramai sangat sertai bersolat bersama2..berpeluh2 masing2 sedangkan berada di verandah yang OPEN AIR dan TEPI PANTAI pulak tu pemandangannya.takkan terputus dari ditiupi angin bayu..pada rakaat kedua solat maghrib kalau tak silap saya,tika kami baru berdiri dan nak sujud,dah dapat dengar hentakan2 seperti ada orang dibelakang yang dahpun sujud.iyalah,rumah kayu lama,lantainya bukannya marble ke apa..hanyalah lapisan kayu sahaja..degam degum bunyi sedangkan masing2 masih lagi berdiri,tapi imam dah sujudla..kita sebagai makmum ni masih tercegat berdiri,apa cerita?
hehehe..

demikianlah kisah terjadi pengalaman sebenar saya dalam memahami rukun iman yang ke-3 ya'ni beriman pada Malaikat.
namun,apa saya nak kongsi sama ni bukanlah satu kepelikan ataupun satu pemikiran yang kolot,dimana ada sesetengah tu menafikan sehabis-habisnya akan kewujudan jin dan sebagainya.yelah,suka orang melayu ni kuat sangat berimaginasi kan??cerita karut?..no offence lah,kita tak pernah alami,tuhan belum tentukan masa yang sesuai lagi mungkin,tapi dalil jelas kita dapat lihat ialah dalam Al-Quran..yang dimana menjadi kewajiban dalam beriman padanya,rukun iman ke-4.siap ada satu surah yang memang dah specific atau khas untuk menjelaskan akan kewujudan mereka2 ini..surah AL-JIN...ZAMAN TIDAK akan merubah fakta itu..kalau betul ZAMAN merubahnya,maka samalah dengan Quran.buat apa kita nak ikut?Quran tu dah lapuk gila kalau nak ikutkan,dari zaman nabi,nabi tu bukannya duduk tahun 20an bro,berabad2 bezanya..andai kita tanggapkan orang melayu suka mereka2 cerita dongeng mengarut dan karut2 untuk takut2kan kita,samalah dengan kita yang mempercayai isi tersurat di Quran.lagi lama..zaman berzaman..sedangkan range era melayu dengan kita sekarang ni bukanlah lama sangat..dekat sangat sebenarnya.
cuma kita tak appreciate,maka butalah semua dan sempitlah pemikiran kita..maaf,tapi itu hakikatnya..kan?kita tak appreciate the past,itu masalahnya.oleh itu marilah kita sama2 kita cari identiti sebenar diri kita..learn from the past to be the better for the future..insyaAllah..

atas maksud itu,saya letak jela video ni,atas maksud moga kita fikirlah,sepertibiasa yang selalu saya minta..dan jangan terlalu taksub pada hal ini,ianya biasa je sebenarnya,cuma kita masih terhijab.takut terlalu takut pada perkara2 macamni sangat melebihi takutnya pada perasaan takut pada Allah..ini baru makhluk2 Dia yang beriman,belum lagi Setan.andai terzahirkan Syaitan Al-Laknatullah tu,mungkin kita sendiri akan sembah dia,kerana setan akan menggoda dan memperdaya diri kita dengan pelbagai cara..tak hairan la andaikata kita bertuhankan syaitan lepas melihat syaitan..siapa tahu kan?nauzubillahiminzalik..minta jauh2kan..
tapi fikirlah,betapa syukurnya kita,Allah dah mudahkan kita dalam beragama,apa lagi kita di Tanah Melayu,Indonesia,Temasik..KITA ni sangat2 bersyukur andai nak banding2kan dengan nasib ummat islam di negara lain,ditindas,dibunuh,kebuluran kerana nak pertahankan Agama..boleh kata kita ni dah 1st class dah dalam nak beragamapun,selamat,aman,damai sini masih ada..bukan tak ada..dan perhatikan lah,even kita tak tahu sejauhmana kebenaran video ni.apa saya nak kita faham adalah betapa taatnya dan maunya makhluk yang kita panggil Sejadah tu jadi bahan untuk masuk syurga..katanya Sejadah nipun mengaji,saya ada dengar jugak..tapi tak taula edit balik ke apa,teknologi ni kadang2 mengelirukan..kadang betul tu jadi tak betul,salah jadi betul..sama lah dengan keadaan kita sekarang..
insyaAllah,kita fikir samalah demi Allah..bukan untuk sesiapapun pandang.

Sunday, July 8, 2007

kenyataan

kita tidak akan merasa SALAH jika kita BENAR,
kita tidak akan terasa PATAH bila kita di CABAR,
kita tidak akan rasa di MARAH andai kita SABAR..

EL AH'AD 8th July 2007

Waalaikumussalam wa rahmatullahi wa barakatuh,
Sebelum ni,saya tak berapa menggalakkan dalam mengemukakan pertanyaan yang dihantar oleh “Teman-teman” saya ataupun bisa juga saya istilahkan sebagai pembaca setia saya lah..kali ini ada sedikit kelainan,mungkin pada kali ini saya akan viewkan ia kepada Awam via blogger ni,kerana soalan yang diajukan sangat bagus..walaupun begitu,tetap akan menjaga privacy pengirim atas sebab2 tertentu..
Si ** menulis:
""salam..yep.thanx.da bce da blog yo.nice.i like perahu tu n d words..hm..nk tanye nie..but no offense ya?

em..yo mang dr dlu cmni ke? i mean realisation about islam n everythng..or yo br gk "brhijrah"? wat mke u change n how did u cope wif d new life or shud i say a new lifestyle..i mean..sure its different rite from our previous lifestyle..hm..sorry ** tanye cmni..but juz curious..em..cmne nk maintain realisation tu?hm..hw to put this..hm..ntah la.mebi yo mang da btol2 faham islam kan.hm.hidayah Allah..hm..praise to God..""


Dulu yang dimaksudkan ** tu bagi sy,tak adalah terlalu lama dan juga tak terlalu baru..its even.but honestly apa nak saya share is the way of my thinking tu yang paling sy kagum terhadap diri sy,kagum pada ciptaan tuhan yang menjadikan diri ini sebagai teman hidup dan sahabat yang paling setia,karib dalam mengharungi pelayaran hidup ini..tiap kali bila saya berniat untuk melakukan satu kesilapan je saya akan terdengar diri saya bercakap pada saya yang benda tu salah,ini itu dan diikuti dengan rasa degupan jantung yang laju(Anxiety andai kita rujuk pada doctor,ya ni ia berlaku pada tika kita Nervous).tapi pada saya Tiap masa ianya berlaku,andai saya ditempat2 yang kotor contohnya tiap kali saya ke Station Bus di Terengganu,saya sangat nervous,tak selesa yang teramat dan rasa itu sendiri saya tak pasti kenapa..hinggakan terkala berpeluh2 hinggakan hampir pitam..wallahi.
selama pengalaman 20tahun hidup,inilah yang saya rasakan dan saya tak kata diri saya keramat ataupun lebih teruk,mu’jizat..itu sangat salah untuk diperkatakan pada diri saya..yang sangat2 lah biasa,lemah selemah2nya dan jahil sejahil2nya pada diri saya..dan perlu ditegaskan apa saya tulis ni bukanlah untuk menimbulkan kagum terhadap diri saya yang mempunyai kelebihan sedemikian rupa..tidak setidak2nya..demi Allah..
Tapi apa nak diceritakan adalah kita sebagai manusia ADA kelebihan masing2 yang ditentukan Allah sejak dari azali,sebelum kita dihantarkan ke dunia ini..semua dah tertulis dan hanya masa menentukan bagi seseorang itu untuk dilahirkan.Anak adalah kurniaan dari Allah kepada kedua ibu dan ayah,dan pada setiap diri “anak” itu tersemat..AMANAH,dan amanah itulah yang bakal kita pikul dibahu kita bebannya..nak tahu apa amanah utamanya?
NAMA SEBAGAI AMANAH PENTING DARI TUHAN
Lihat lah pada NAMA sendiri dan fahamilah apa maksud namanya itu..tersirat dan tersurat..PENTING sangat2 bagi kita memahaminya,
Ok sebagai contoh,saya ambil maksud nama saya dan terangkan sedikit sebanyak,
Nama penuh saya,RAJA BADRUDDIN HAKIM SHAH
RAJA =sudah umum orang tahu raja itu adalah raja,yang berkuasa,yang bertitisan keturunan raja yang terdahulunya,yang dimuliakan,dan kalau dalam persuratan aka nada YM didepannya tanda memuliakan..
Tapi ramai tak tahu,apa sebenarnya raja itu sebenarnya,orang hanya tahu kata raja itu adalah orang yang berlagak dan pentingkan status drajatnya..saya tlahpun melalui pelbagai jenis manusia dalam 20 tahun ni so saya sendiri mungkin faham bagaimana tanggapan orang terhadap orang yang bernama RAJA,TENGKU,ENGKU dsbnya..namun penderitaan itu takkan saya ceritakan kerna sendiri yang memikulnya sendiri merasa,tapi apa yang nak dihighlight kan adalah sikap kita,iya antara kita yang suka,gemar akan meletakkan sesebuah tanggapan itu sebagai kemuktamadan dan tanpa mengerti APA itu sebenarnya..DIMANA asal dan usul ia,BAGAIMANA seorang raja itu dilayakkan bagi mendapat gelaran raja itu..kaza kaza kaza..
Bottomline,kita memandang remeh akan pengertian sesuatu nilai2 yang ALLAH sendiri tetapkan.NAMA bukan sekadar nama,
NAMA itu perjalanan hidup kita,setiap abjad itu ada maksud tersirat dan yang paling penting AMANAH yang wajib ditunaikan bagi mengerti DIRI itu SIAPA sebenarnya..
Kalau kita ambil tahu tentang kisah2 raja2 dulu kita tahu mereka2 ini mentadbir,menjaga rakyatnya dengan adil,aman,sentosa,sempurnanya..raja ialah golongan antara terakhir sebagai penguasa yang akan menepati suruhan dan ajaran Rasulullah sendiri,membawa rakyat kembali kepada Allah..AGAMA,AGAMA,AGAMA..asbab kesinambungan AGAMA lah adanya raja yang Amri(beriman),kalau kita tengok dinegara tanah arab yang mengamalkan usul tarikah sekarang masih ada pemimpin yang dipanggil Sultan.Tidaklah menjadi sesuatu yang sulit dan pelik bagi kita fahami kenapa adanya raja ditanah nusantara dulu mulanya..bagi penyesuaian mengikut zaman,dari situlah adanya SIASAH(penyesuaian diri pada tempat mengikut pemikiran yang fatonah/bijaksana)..Adat diwujudkan untuk dipatuhi agar kita “belajar” mentaati perintah Amir(pemimpin).jangan hairan kalau ada cerita dulu siapa yang tidak mentaati perintah Amir akan dihukum berat,itu bukan penindasan malah itulah yang akan menyedarkan antara kita betapa pentingnya KETAATAN itu pada seorang amirul mu’minin atau dalam ertikata lain,Sultan.
Kalau kita tak reti nak taat pada manusia macamana kita nak taat Allah?kerana langkah pertama bagi kita untuk Ma’rifatullah(mengenal Allah) adalah dengan menjaga Habluminannas(hubungan dengan sesame manusia)sebelum pergi lebih kepada Habluminannar(hubungan sesama makhluk ghaib) dan terakhir Habluminallah(hubungan dengan Allah).Amat mustahil bagi kita mencapainya dengan sebegitu sahaja,Allah menjadikan tiap perkara untuk kita BERUSAHA untuk mendapatnya,kalau tidak kenapa adanya “Doa”?..kita tidak akan mendapat sesuatu dengan sekelip mata jika tanpa usaha.Percayalah.Allah tidak akan memandang doa orang yang MALAS kerana MALAS itu sifat NAFSU,bukan DIRI.
Allah maha bijaksana sebab itulah DIA menciptakan segala kejadian didepan mata kita ini untuk mengertinya bahawa atas nilai USAHA itulah yang bakal Allah nilaikan,dalam USAHA perlulah IKHLAS..jika usaha tanpa keikhlasan,separuh jalan belaka kerjanya…tak percaya?cubalah buat..
Benar jika Allah nak menjadikan sesuatu maka jadilah ia,kun fa ya kun..namun begitu,bergantung pada keadaan.keterdesakkan kita yang sangat sangat sangat mengharapkan..bila dah tak ada sesiapa yang bisa membantu.TAWWAKAL memainkan peranan yang penting dalam hal ini.tapi kalau ikut logic fikir,memang sangatlah susah bagi kita meyakini akan sesuatu yang tidak jelas dipandangan mata,apatah lagi sesuatu yang kita memanggilnya Allah,kita mengikuti segala perintahNya tanpa ragu tapi bila ditanya siapa Allah kita sendiri tak tahu nak jawab macamana..betul tak?
Dan atas maksud itu,saya mengertinya untuk memotivatekan diri saya untuk menjadi seorang pemimpin yang adil,pemimpin yang insyaAllah,AL-ZUL JALALI WAL IKRAM..menunaikan hak tuhan yang seharusnya insyaAllah dan BUKAN untuk dibanggakan,yang dibanggakan adalah pada keturunan2 saya yang terdahulu yang banyak berjasa demi mempertahankan Agama dan menjaga Bangsa.hinggalah kita sendiri sekarang yang masih lagi beragama dan menyadari kepentingan AGAMA dalam hidup..
Untuk nama saya kedua:
BADRUDDIN
Kalau dalam bahasa arab BADR bermaksud BULAN PURNAMA dan UD-DIN itu adalah AGAMA..
Jadi apa kaitan bulan dengan agama?bulan adalah lambang Agama..yang menyinarkan cahayanya pada malamhari untuk para penCinta beribadah pada diriNya,memuji dan memuja namaNya dengan tenang,aman dan damai dihati bagi yang benar2 ikhlas pada Nya..
Dah tersangatlah sempurna akan SUNATULLAH itu dijadikan,dari dulu sampai sekarang kita diajar untuk MENCARI pada pagi hari,dan malam untuk para2 pencinta MENCINTAI..andai nak dibandingkan malam dengan siang,malamlah yang paling indah pemandangannya,tak terucap pada kata2..kita dapat tengok bintang2 dilangit tergantung tak bertali dan berkelipan.”ibarat” sekeping kertas dilukis,dicoret,diisi warna biru2 kegelapannya,dihias awan2 yang terkalanya ada dan terkalanya tiada,diserikan dengan bintang2 yang tak pernah boring untuk berkelip2..dengan ada bulan maka sempurnalah malam itu..picture perfect..
cuba kita tengok malam tanpa bulan,seperti rakyat bintang2 itu kehilangan pemimpinnya,mencari2 mereka..dimana bulan?itu yang selalu saya bayangkan..gelap dan suram malam tanpa bulan,dan bila ada bulan,seolah2 kita dapat rasa keceriaan malam itu..
Begitu juga konsep beragama,andai kita tak berguru kemana nak kita pandu?
Rujuk dan sebagainya..BULAN dan BINTANG adalah sangat bermakna bagi kita untuk memahami,terlalu banyak dapat kita huraikan..terserah pada empunya bagaimana nak describenya tapi ingat biarlah semuanya berbalik pada tuhan..
Pada itu,saya suka sangat membayangkan diri saya sebagai bulan,kerana kalau ikut tafsiran bahasa arab,saya lah bulan..so bila tengok bulan tu seakan2 saya sedang menatap wajah saya sendiri diatas..
Sebab tu mungkin dari dulu sampai sekaran saya amat suka membantu orang2,kadangkala saya tahu ada kawan2 saya menipu saya,tetap saya tolong setakat yang termampu,kalau ikut jujur cerita dulu2 time saya terlibat dalam team bolasepak sekolah menengah dulu,saya pernah mencuri kasut ayah saya untuk diberikan pada kawan2 saya untuk memakainya,bukan sepasang tapi kalau tak silap 4 pasang..ayah saya adalah fanatic bola,dia suka mengumpul koleksi kasut2 bola so tiapkali dia ke outstation dia akan bawa balik kasut2 terbaru..kerana terlalu banyak saya lihat so saya ambil sepasang dua untuk kawan2 saya untuk apa?untuk tengok kawan saya suka bila memakainya,sebab saya tahu mungkin dengan sepasang kasut yang berharga hampir RM500 lebih yang original,tak mampu bagi dia untuk membelinya..so saya rasa saya suka buat benda tu even kalau ikut sebenarnya salah,saya lagi dimarah2 dan saya sanggup lagi menipu lagi pada ayah saya demi memenuhi hajat kawan2 saya yang pada akhirnya sekarang,tiadapun masih berkawan dengan saya..namun itu bukanlah sebab untuk saya bersedih atau menyesal..saya tahu apa saya buat yang pentingnya..NIAT terutamanya..so macamtulah konsep yang saya cuba praktik kan dalam hidup saya,maksud saya bukanlah mencuri untuk menyenangkan yang lain tapi berusaha untuk melihat raut senyuman dari usaha kita..kerana bagi saya,melihat senyuman yang datang dari perbuatan kita yang menyenangkan itulah nikmat yang tiada taranya dibanding..walaupun dengan wang selautan dunia diganti 7 kali belum tentu dapat “senyuman” itu..
Sebagai bulan yang menyinarkan nilai2 agama,itulah saya..walaupun begitu,saya masih banyak lagi perlu belajar dalam hal agama dan juga hidup ini.saya tak mengakui bahawa saya alim,warak atau bijak dalam semua perkara ini..tapi apa yang saya tahu,saya bagitahu,apa yang boleh dibantu,saya bantu,kalau tak boleh,saya akan usahakan sejauhmana hingga benar memang TAK BOLEH.
Ketiga:
HAKIM
Senang,dalam bahasa arab ditafsir dalam bahasa melayu adalah adil.so sebagai diri saya HAKIM saya wajib teliti dan mengadili sesuatu perkara dengan segala adil nya ia..namun dalam detail saya rasa saya perlu ringkaskan dulu.
Keempat:
SHAH
Mashur kalau ikutkan sebenar maksudnya,
Mungkin pada masa bonda dan ayahda menamakan nama saya dan seluruh adik beradik saya dengan akhirnya SHAH adalah kerana mereka ingin kami semua masyhur,masyhur dimaksudkan bukan nakkan diri disanjung tapi ADA hasilnya yang membuatkan semua kagum.ke arah kebaikan Agama utamanya,kagum pada ciptaan tuhan ini dan moga ada kebaikkannya dapat dicontohi,diteladani atau apapun..wallahualam.
Namun bagi saya,saya Cuma nak kata2 saya di masyhurkan..itu sahaja..saya inginkan kata2 saya diingati nanti bila saya dah tiada lagi didunia ni.sebab tu saya suka mengarang syair,gurindam,puisi..mungkin satu hari akan meninggalkan kesan pada masyarakat,who knows kan?saya amat berharap dengan kelebihan yang ada saya dapat berkarier dan menenggelamkan puisi2 Shakespeare..
Pada akhir kata,
“kita tiada apa-apa,hanya PESANAN jadi PUSAKA”
Demikianlah akan pengertian nama saya sebagai contoh atau gambaran sahaja,sebenarnya itu masih lagi belum pengertian sebenarnya..kerana mungkin bila diceritakan,boleh jadi berjilid2..so saya taknak terlalu detail,saya Cuma nak kita benar2 memahami nama yang ada pada diri untuk mengenal diri,siapa,apa,kemana,dimana,bagaimana? Itu wajib sangat2 ditanya..
HIDAYAH ALLAH
Sebenarnya,hidayah Allah tu ada dimana-mana sahaja..tapi iman itu payah nak cari,macam lagu raihanla Iman mutiara(even saya sendiri kureng sikit layan nasyid,mendayu2 sangatla..harap maklum ya)..tapi yang tak dapat dinafikan adalah wording dalam lagu tu memang ada betulnya.
Kita rasa angin berlalu menyapu diri kita,sangat-sangat lembut hingga kita sendiri tak dapat nak tangkap dengan kedua belah tangan kita..itu adalah Hidayah,yang bermulanya dari rasa “Kesyukuran”..bila kita buka pintu hati itu dengan penuh rasa syukur,hidayah akan mengalir kedalamnya,
sama jugak dengan rumah yang kosong,tingkap tak dibuka..pintu terkunci..terkurung,panas,rimas,gelisah dibuatnya..itulah bahang NAFSU AMARAH..buat itu tak kena,buat ini tak kena..bila tingkap-tingkap KESOMBONGAN dibuka,bila pintu ANANIAH(KEAKUAN) itu dibuka dengan menggunakan kunci KESYUKURAN,HIDAYAH akan mengalir masuk kedalamnya dan memenuhi setiap ruang..
kita takkan dapat merasa kesyukuran jika kita tak menghargai perkara sekeliling,macamana nak penuhi rasa itu?
Kita redha dengan segala perkara,demi kerana Allah..
ILLAHI ANTA MAKSUDI WA REDHA KAMATHLUBI
Itu lah sebaik2nya,
Bf/gf yang kita sayang sangat meninggalkan kita,meninggal dalam kemalangan tragic ataupun curang terhadap kita..kita penuhi diri dengan rasa syukur pada Allah..huh,kenapa pulak?
Yela,mungkin ALLAH nak tentukan kita dengan pasangan yang lebih baik dari dia,yang lebih bagus dari dia,yang setia pada kata2 nya dan yang penting dapat mengajak kita kearah kebaikan dalam beragama…
Pemikiran seperti itulah yang akan menyelamatkan kita dan akan menjadi guideline dari terjatuh dari melakukan dosa.dari terjebak kepada benda2 yang dulunya yang kita sesali..tapi yang paling penting,BERGURU..hidup tanpa guru ibarat kapal kertas yang kita diletakkan ia kedalam longkang..terus je dan tak tahu tujuan sebenar,hingga akhirnya karam begitu ditelan air..
Saya suka relatekan semua perkara dengan ALLAH dan bertanyakan pada diri saya kenapa ini,kenapa itu..dan selalunya jawapan yang bakal saya dapat akan terjadi secara langsung dan tidak langsung dalam hidup saya..saya akui,saya juga bukanlah searifmana dalam menafsirkan hadis atau apapun..saya bukan Al-Ustaz,Syeikh ataupun Mufti yang berkelulusan tinggi university UIA,AL-AZHAR dan apa2..sebab tu lah saya rasa saya masih lagi belum berani untuk menCUT and memPASTE kan cebisan2 hadis kat page ni untuk mendalilkan kata2 saya,cukuplah sekadar apa yang ditulis ini berupa FACTs OF LIFE untuk difahamkan..tak berani saya bermain2 dengan tafsiran atau hadis tanpa memahami sebenarnya,apa lagi menggunanya untuk mengaut untung wang..u know what I mean kan?kepada orang2 yang suka sangat guna hadis dan tafsir quran untuk promote business..yang kemudiannya jelas kita tahu hanya untuk memenuhi keuntungan masing2..wallahualam.
tapi itu bukan halangan bagi saya menceritakan pendapat saya,apa yang telah saya alami saya rasa perlu diceritakan pada mereka2 yang mahu membaca dan mendengarnya agar dengan pemikiran sebegini dapat menguatkan dan menambahkan keimanan pada diri..dan hidup sebagai siapapun kita,yang penting bila kekuatan didalam dijaga insyaAllah akan selamat..bi iznillah..
mail seterusnya:

""i dunno..sumtimes i wud like to chnge..tp cm upside down tau d feelings..cm still confuse2 lg...x ready lg..hm tau..mesti yo tanye,kalo tggu smpai ble nk ready kn? hm..well,im still learning la actually..blaja skit2 sme bnde...ble da tau tggjwb as a muslim tu mse mle2 mang sgt takot... ;( pnh tlintas kat ati better if x tau coz if tau d responsibilities lg brat kan.. ;( dat y im scared..cm dri sndri pon x qualified lg..bt im tryng la..skit2..hm..""

TAK,saya tak cakap macamtu,memang betul kita tak boleh nak tunggu je sesuatu bergolek datang kat kita macamtu apalagi bercakap tentang agama,
jelas kita faham bahawa agama islam itu bukan agama paksaan,Allah Cuma memberi instructionNya atau panduanNya..terserah pada kita untuk macamana..
umum dalam hidup seorang manusia,kita tahu kita bakal melalui 5 alam atau evolusi,
kalau tak percaya,tengok pada jari jemari kanan kita..
jari kelingking yang paling halus adalah alam bayi,kecik sangat,comel halus dan sangat lemah andai digunakan dengan mengharapkan jari kelingking sahaja.
Jari manis yang kedua adalah kenangan2 indah dan manis..masa inilah pengenalan hidup sebenar..yang kita panggilnya alam remaja
Jari hantu ialah alam dewasa,yang menentu arah tuju sebenar hidup kita..dikatakan bahawa jari ini dipanggil jari hantu kerana alam ini lah zaman kemuncak bagi nafsu..andai nafsu itu dibawa kepada kebaikan maka Alhamdulillah lah ia,jika sebaliknya..maka HANTU lah jadinya..sebab itulah kalau mengikut ukuran tubuh manusia yang normal,jari ini yang paling panjang dan inilah bukti bahawa segala apapun keputusan perlu dibuat dengan semasak2nya..once dah tentukan,theres no turning back.
Jari telunjuk yang menunjuk kepada satu arah..kematian,itulah peringatan segala kejadian yang berlaku keblakangan kisah yang tlah berlaku..alam tua,dimuliakan dalam solat dengan mengangkatnya tika tahiyyat..ditunjuk bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Allah itu hanya satu..
Memuliakan itu juga diaplikasikan dalam adab kita sebagai seorang muslimin n muslimah yang beradab agar tidak biadab..
Yang terakhir..Ibu jari..dari mula asalnya kita dari rahim ibu dan akhirnya juga bakal kita temui ibu.Ibu dimaksudkan disini adalah tempat asal kita,dimana datangnya kita?dikatakan bahawa kenapa jari ini lebih berisi jika nak banding dengan jari lain adalah lambang kematangan.matang dalam berilmu dan beramal yang tlah kita dapat dan buat semenjak dari usia kecil..maka di alam inilah kita akan kembali kepada asalnya kita..dalam lagu ulik mayang ada berkata:
Yang laut,balik kelaut…yang darat,balik ke darat…
Wallahualam setakat ini sahaja buatmasa sekarang saya membentangkan hal jari ni..insyaAllah kemudianhari akan saya ceritakan dengan lebih detail..
But one thing u shud learn from it..be serious with life..
Tak salah nak suka,saya pun ada kala bergalok2..melalok2,saya dengar music macam2 jenis,dari Slipknot,Cradle of Filth,Craig David,Good Charlotte,Sex Pistols,Ramones,Gerhanaska,Official,RootsnBoots dan banyak lagi mengikut mood ketentuan saya..sepertimana apa saya cakap tadi,saya tidak berapa dengan mendengar irama nasyid..hanya sesetengah sahaja yang saya pernah dengar contoh Rabbani,Raihan,Brothers,Sami Yusof..
Kenapa?
Kerana saya manusia biasa,saya taknak terlalu alim dan taknak zalim pada masa yang sebegini,maksud saya bukan nak enjoy life sangat2 namun berhibur dalam beragama dalam belajar..sepertimana sirah Nabi Muhammad s.a.w.beliau mendapat wahyu tika berumur 40,peringkat umur dalam bahasa dajjalnya MIDDLE AGE atau alam dewasa..irama mendayu2 nasyid tak kena dengan jiwa saya,sangat bosan dan boring sebenarnya.maaf berkata tapi benar kan??....saya fikir dengan cara ini selamat saya dalam berilmu dan belajar..dan paling penting,saya paling tidak suka sesiapa menghukum seseorang berdasarkan dengan apa diluar TANPA memahami diri seseorang..kamu belum duduk dengan orang itu,belum tidur sebantal dengan orang itu,belum makan setalam dengannya jangan sesekali kamu menghukum orang yang pada kebenarannya kamu sendiri tidak pernah member ruang untuk memahaminya dulu..orang seperti ini adalah zalim.dan orang zalim dibenci Allah..nauzubillahiminzalik..
Jadi apa nak difahamkan adalah pada usia sekarang,kita BELAJAR dalam apa yang kita fahami dan perhalusilah ia,dan ingat..ilmu yang tidak dikongsi sama adalah juga zalim.maka sebarkanlah ilmu yang kita faham itu dengan niat untuk dakwah,kerana dengan menyampaikan sepotong hadis ataupun sebaris surah al fatihah itu juga dakwah jika dakwah itu benar niat kita.. Jadi tak mengapa pada salah,yang jangan pernah berputus asa dalam beragama,kecewa pada dunia tak mengapa..
Never think that dengan bertudung labuh tu beriman,berkopiah itu orang2 beriman..dont..siapa tahu andai tuhan pilih sebaliknya??saya tidak memandang sesuatu perkara pada satu sudut,antara asbab saya berkata sedemikian kerana saya sendiri ada ramai kawan yang saya kenal sepanjang hidup saya,ada nya yang bertudung dan adanya tak bertudung..dan paling menghairankan adalah kawan2 yang tak bertudung inilah yang banyak bertanya pada hal agama,bagaiman ini bagaimana itu?dan ada juga yang solat mengikut waktu manakala yang sebaliknya berlaku..lebih teruk jika saya nak bandingkan..namun itu semua mungkin kelemahan masing2 bukan maksud saya untuk mengaib2kan mereka tapi nak bagi skop pandangan yang kecik dulu sebelum tgk pada skop besar secara meluas..
Malah apa yang lagi menyedihkan lagi bila kita dengar dan lihat sendiri melalui internet ni gambar2 perempuan bertudung macamni melakukan maksiat yang sangat memalukan..lebih JIJIK dari perempuan yang tak bertudung..
Inilah antara scenario-scenario yang berlaku dikalangan masyarakat kita sekarang..namun bukanlah niat saya untuk tidak menggalakan orang bertudung,yang bertudung itu biarlah bertudung dan tak bertudung,berusahalah untuk bertudung..tapi ISITQAMAH dalam melakukan sesuatu dengan hati yang IKHLAS lillahitaala/kerana Allah taala..yang bertudung tu tanya2kanlah kenapa wajib bertudung?sebalik mengenal dosa sahaja kenalilah akan nikmat dan kebaikannya..bukan kah dengan memakai tudung membentuk seorang wanita yang benar2 baik dalam menjaga maruahnya,dihormati dan menghargai pemberian tuhan..paling penting..semua itu hanya dihadkan untuk bersama suami sahaja..alangkah romanticnya susunan Allah?
Luaran is just a minor thing dalam first step mengenal agama,yang penting menepati cara dan keadaan sesuatu tempat itu..

Take the risk..kalau kita sanggup buat apa saja demi orang kita sayang,apa lagi dengan tuhan kan?tak lagi sayang,tak lagi kasih tapi CINTA..
..satu nasib baik seorang pelajar adalah walaupun kita buat salahpun Allah taala sendiri akan ampunkan selagi niat dalam belajar dan mahu belajar..
Jadi jika BELAJAR pula kena ada GURU,dan jika berguru kena:
TAAT
MULIA
KHIDMAT pada guru.
Anggaplah orang paling penting bagi diri adalah dirimu,bukan orang lain..usahakan pada diri terdahulu,pada masa yang sama..apa yang kita tahu,sebarkanlah ia…
Anggaplah dirimu itu ibarat membina sebuah bahtera yang bakal dimuatkan oleh orang2 yang kamu sayangi,menuju pada Tuhan..jika perahu itu separuh sempurna..bagaimana nak belayar??
Agama Islam tlah ada dan tlahpun tertulis pada diri kita dari azali lagi..sebelum adanya tiada,dan tiadanya ada,dan adanya ada..haa pening tak?itulah dia..ini baru belajar bab syariat dan berkiaskan juga tarikat tapi belum lagi hakikat bagi mencapai marifat.demikianlah katanya Allah itu maha memperbaharui segala yang baru dan tak akan ada yang dapat dibandingkan atau dikagumkan akan keesaan tuhan dan susunanNya..agama itu luas,agama itu fatonah,agama itu membawa kebaikan..
sekian sahaja setakat ini saya amat berharap kita memahami konsep dalam beragama..apa yang saya amalkan dalam kehidupan saya..insyaAllah akan membantu sedikit sebanyak dalam membuka fikir kita dan persepsi kita dalam beragama…amin saya doakan..
moga ada manfaat pada yang lainnya..keep on posting ur wonderfull mails n questions..salah dan silap saya mohon ampun..sekian wassalamualaikum

Friday, July 6, 2007

Juma'at 6th July 2007



Asslamualaikum buat semua,
hari ni saya ada dapat satu kiriman dari seorang teman,dia suruh saya tengok video ini..
saya harap adalah munafaatnya bagi kita sama2 untuk merenungkan akan "APA sebenarnya yang Allah mahu kita fikir dan sedarkan??"
palsu atau tidak saya tetap menyuruh tiap antara kita melihatnya walaupun sekali sahaja..
hari kelmarin kita dihebohkan dengn cerita anak yang durhaka yang dimana katanya ramai orang anak itu dijelmakan atau lebih tepat,di sumpahkan kepada seekor pari2..wallahualam sejauhmana kebenarannya kita sendiri tidak tahu,
namun
apa yang wajar dan patut kita fikirkan walaupun ianya rekaan semata2 ataupun benar sebenar2nya adalah Moral disebalik kisah itu.Janganlah hanya tau nak condemn semua perkara tapi cuba TERIMA apa yang telah ada dengan seadanya,
iya,
bagi saya itulah inti maksud dari ini,sama ada benar atau tidak itu terserah pada yang melihat dan menilainya tapi saya tegaskan bahawa jika Allah taala mahu menjadi kan ia maka JADI lah ia..Kun Fa ya kun..
tiada mustahil pada Allah kerna Dia yang maha memperbaharui segala yang baru.Dia yang maha berkuasa atas segalanya dan sebagai ummat islam yang taat padaNya WAJIB meyakini itu semua..
jadi berbalik pada perkara tadi,
waktu saya melihat video ni,saya tertanya2 juga macammana agaknya kelahiran itu?adakah ibu itu melahirkan ular?adakah ibunya meninggal dunia?
tidak,
menurut kisah katanya sang ibu ini sangat berharap akan kelahiran seorang bayi lelaki kerana menurut salah seorang doktor yang merawatnya,sang ibu itu telahpun ada 2 orang anak perempuan dan pada kandungan ketiga ini dia amat berharap untuk mendapatkan anak lelaki pula..
setelah di diagnosa didapati anak kandungannya BUKAN lagi lelaki sepertimana yang dia inginkan,dan atas kerana itu,ibunya sangat kecewa,dan asbab itu bila orang2 bertanya pada dia tentang kandungannya dia,
adakah anak lelaki atau perempuan?
berseloroh mengatakan yang dia sedang mengandungkan anak ular..
mungkin atas sebab dia tidak dapat menerima bahawa hajatnya tidak tertunai lagi.
yela..sebagai manusia biasa apa lagi wanita yang mahukan anak,setiap anak mempunyai amanah masing2 untuk dipikul,anak adalah simbolik ataupun pancaran DOA dan harapan mereka,dan kerna itulah kita dikurnia dengan nama2 yang indah..atas persefahaman antara kedua pasangan mak ayah itu mencetuskan sesebuah nama dan ilhamnya datang dari Tuhan..
anak perempuan atau anak lelaki masing2 ada kelebihannya dan kekurangannya,
dah memang menjadi fitrah kehidupan anak lelakilah yang selalunya akan menjaga keluarga,
memimpin pabila kedua ibu bapa lagi tidak berdaya..kalau tak percaya boleh rujuk pada hadis mengenai pembahagian wasiat dan siapa yang lebih diutamakan dan kenapa? yang pentingnya perlu ditanya..

jelas tidak..malah ianya adalah merupakan seorang bayi yang menyerupai seekor ular..
pertama kali bila ternampak wajah bayinya saya amat terkejut dan hmm...masyaAllah saudara2 ku..memang tak pernah saya menyangka sebegitu rupanya terjadinya..
saya sebak "automatic" bila tengok bayi itu menggeliat2 waktu cameraman/women? tu tengah shoot satu tubuh dia..kasihannya ya Allah..
apa lagi bila terdengar suara dia menangis..masyaAllah..macam nak nangis je rasanya..sebak..

saya terfikir jugak "andaikata" ia benar berlaku..macamana hidup budak ni andai dia masih hidup nanti?
andaikata perkara ini berlaku di tempat kita,masyarakat kita,
adakah kita akan mengakuinya sebagai manusia ataupun sebaliknya?
andai satu hari dia datang pada kita dan minta bantuan,adakah kita SUDI membantu dia?
saya amat ragu2 akan kita ini sebagai manusia biasa dan tidak juga lupa terkala bersikap amat luar biasa..kalah semua makhluk dibumi,
hanya tahu nak ambil keindahan dalam beragama tapi lari2 bila diajak bermujahadah..
"hah mujahadah? apa tu??" pulak ditanya..
sedangkan anak yang CACAT je kita tak hirau,bila berhadapan kita pulak rasa macam mereka yang aneh..padahal kita yang sebenarnya ANEH..
sedih bila kita renungkan sebenar betulnya DUNIA ni..
dah sangat tua,uzur,berjutaan tahun lamanya ia,
dari sebelum ADAM alaihissalam diturunkanpun dah ada..dihuni oleh makhluk2 lain ciptaan tuhan,
cuba kita bayang,usul seusul-usulnya asal kita?
hijrah nenek moyang kita untuk dapat kan kita,
dari mekkah semuanya bermula,akhir2nya turun ke bumi nusantara,yang kita jejaki..alangkah jauh itu dan alangkah lama nya masa diambil untuk sampai pada terjadinya kita??kita naik flight jauh2 pun dah tak tertahan bosannya dalam kapal terbang..untunglah sekarang dah ada Tv dalam flight..jadi taklah rasa boring,jangankan itu sahaja nikmat dalam flight,makanan pun nak 1st class semua,kenyang perut,takpayah masak,semua dah siap untuk kita suap dan telan,
tapi pernah tak kita fikir apa lagi nenek2 moyang kita ni?
yang berhijrah hanya dengan mengemudikan bahtera SAHAJA untuk bolehkan sampai menyebarkan zuriat2 dan munafaat untuk agama kita seterusnya..panas terik mataharipun bukan penghalang mereka,makan apa yang ada je,ada yang terkorban sakit..sampai pulak berjalan lagi hingga ke kaki gunung,bukannya ada kereta dulu..bukannya ada kedai ke apa masa mulanya kedatangan manusia dibumi Nusantara..TAK ADA APA2!!cuma ditemani makhluk2 binatang2 je..
kalau tanya diri kita pulak apa nasib kita?...kita senang!
betul tak?
eh tak mana ada,ada jugak susahnya..camni camtu pulak di dalihkan kita,kan?
sesungguhnya kita memang pandai,kekadang tu TERlalu pandai sangat,hingga pandai berdalih pada Hadis dan Quran itu sendiri mengikut kepuasan nafsu sendiri..keselesaan diri..
yela macamni,yela macamtu..yela itu Rasul..yela itu Nabi...
HABIS KITA NI BINATANG?
come on man,tolonglah buka sikit pandangan sempit tu..
Rasul,Nabi bukan ke manusia biasa?
yang bercarahidup biasa?
ada masa sakit ada masanya terjatuh pabila tersepak batu?
bahkan,MEREKA lagi teruk diuji..kita yang dah semua sedia maklum dengan sirah2 nabi semuanya diuji,TAK ADA yang tak diuji..
Nabi Muhammad sallalahualaihiwassalam sendiri dilontarkan najis,direjam batu..KEKASIH ALLAH NOMBOR SATU tu..tapi kenapa kalau betul lah kekasih Allah? kenapa Allah tak lindungi baginda dan memudahkan segala urusan dalam menyebarkan agama kita ni??
bukankah Allah BOLEH buat macamtu???
tapi tidak,maksud yang Allah nak kita pelajari dari kisah2 nabi itu adalah untuk menyatakan SESIAPAPUN boleh masuk syurga,
sesiapa yang saya maksudkan bukanlah pada agama lain selain islam,islam dah terbukti agama yang paling sempurna dan orang yang berpaling pada agama ini adalah kafir,yang beragama islam dan kemudianhari berpaling(Murtad) pula WAJIB dibunuh kalau mengikut hukum sebenarnya..akan tetapi semuanya bersyarat.
sesiapa yang dimaksudkan adalah kita yang beragama islam,dan mempercayai,meyakini segala apapun didalam kitab dan quranul kareem..
7 pintu syurga dibuka dengan beratus2 negeri,daerah didalamnya tersedia buat kita semua.untuk menikmati nikmat yang tiada tolok bandingnya.(kalau ikut kenyataan saya:andai nikmat syurga ni nak dibandingkan dengan nikmat sedang kamu rasakan,ia hanyalah celah gigi syurga je..eh tak,taik gigi syurga je..eh tak juga,debu yang terlekat dicelah gigi je.)
tidak lupa
7 pintu neraka juga terbuka dengan beratus2 negeri,daerah,perkampungan disediakan buat kita yang degil pada suruhan Allah..untuk merasai azab yang tiada terbandingnya dengan kepanasan sinaran matahari..

saudara/saudari,tidakkah kita merasa keuntungannya???
kenapa kita masih lagi sengaja membutakan nikmat yang telah ada?
manusia sessungguhnya tak pernah SYUKUR pada yang ADA,sibuk mencari yang tiada untuk memenuhi NAFSU sendiri....kehendak sendiri yang sebenarnya hanya berupa sementara...

saya amat sedih sebenarnya,saya faham saya juga manusia yang biasa,seperti kamu juga,ada juga salah ada juga tersilapnya,
yang penting BELAJAR,bagaimana untuk menghindarkan atau mengatasi dari ia terjadi lagi..melakukan kesilapan berkali2 bukanlah kesilapan,tapi kesialan..yang kita sendiri ciptakan penyakit itu untuk kita ada2kan masalah(inilah manusia yang CREATIVE sangat2)..
apa yang saya tulis ini hanyalah sekadar luahan yang saya rasa patut kita ada fikir ke arah itu..
dah terlalu ramai syahid terkorban dalam pelbagai peperangan yang bersilihgantinya ia mengikut zaman demi untuk mempertahankan AGAMA kita,
dah terlalu banyak petanda yang wujud untuk mendalilkan bahawa DUNIA bukan kekal selamanya,
saya bercakap hal ini bukan kerana asbab video ini sahaja,dah terlalu banyak petanda2 kecil beranak pinak dan andai dimuat turunkan dalam blog ini harus mungkin saya buta(lama sangat depan computer),
saya akan mengupas satu demi satu kejadian insyaAllah pada hari mendatang,saya amat berharap dari video ini dan apa yang telah kamu bacakan,saya ajak kalian untuk belajar mengerti apa itu SYUKUR?
syukur bukan hanya letak diqalam tapi dihati,
melaksana kan kesyukuran bukannlah kerja senang jika adanya RASA TERLALU BENAR pada diri,

sekian saya mohon maaf andai ada kesalahan dari segi perkataan,harap maklum saya ini seadanya,"Raja" juga manusia,Raja bukan untuk dibangga2kan pada diri,tapi sebelum saya ada,itulah yang saya sanjungi.tiada mereka,tiada saya.
wallahualambissahwa,
salam

Wednesday, July 4, 2007

peranan #6

terkala..
kita terhuyung kekiri,
adakala..
kita terhanyut kekanan,
tapi PERANAN,
tetap berjalan,
tetap bagaimanapun kau usahakan,
bagai air mengalir pada hari dan malam,
tidak pernah letih mentaati suruhan,
jangankan,
disebabkan ITU kamu berpatah arah pada
satu-satunya tujuan,
satu-satunya impian,
satu-satunya matlamat yang kau idam..

Tuesday, June 26, 2007

22JUN07,KAHERAH

AKU mengenal erti persahabatan yang didambakan,
melalui penganyianyaan,
AKU mengerti akan "teman",
dalam merasai didungukan,
AKU mengamati rasa demikian,
dikala keseorangan,dalam suasana sarat dengan keheningan husnul dzhan,
ku rasa akan,
kesepian,
kesayuan,
keharuan,
di saat itulah aku bangkit dari segala kejatuhan,
mungkin ada kesedihan,
bila air mata ini berderaian,
kehampaan...
AKU mengaliri perasaan,
dalam mengungguli kalimah yang mengugurkan,
dihamparkan,
tertulis,dimana-mana sahaja,
di 7 tingkatan langit,
di 7 lapisan bumi,
terteranya:
la ila ha ilallah...muhammad arrasulullah.

meskipun peristiwa 22 Jun ini antara kisah hitam dalam kembara ini,
namun dalam mengetahui kini,
AKU tiada akan lagi bersendiri,
kerna ALLAH berserta pada yang di zalimi,
dan bukan Hak AKU untuk membalas dia,

dan kisah hitam yang ku maksudkan adalah kesalahan AKU,
kerana memarahi dia,juga makhlukMU,
atas perkara yang bukannya salah ku,
namun kerana perihal mereka berdua yang merumitkan kepala fikirku..
memaksaku berbuat begitu,
walaupun sudah lewat 3 tahun ianya tiada berlaku,
kini aku amat kesal atas salah ku,
kerna memarahi dia,makhlukMu,
maaf kan AKU,
Tuhan ku.
22JUN07,KAHERAH

Sunday, June 24, 2007

FIKIR

"Fikir yang kuat memikul berat
Agar dapat taat demi mencapai akhirat

Fikir yang tajam menembusi qalam
Agar dapat faham demi kerana islam

Fikir yang luas tidak terhias
Namun demi tugas menjaga batas

Fikir yang dalam disebalik alam
Agar diselam agar tidak tenggelam
"
pada yang tajam akalnya..berfikirlah
pada zikir,
pada yang telus hatinya..nilailah pada
tafsir,
dimana mula..pasti ada akhir,
dan dimana akhir?
tentukanlah arah pelayaranMu...

HITAM #1

sampai bila kita mahu takut pada kegelapan,
bilamana tidak pernah kita mahu mengerti
siapa kah makhluk tuhan yang diberi nama
"HITAM".
apa kita tahu adalah untuk lari dari
keadaan yang gelap itu meskipun sendiri tahu
satu hari bakal jua kita temui kegelapan
"HITAM" itu.

Sunday, June 17, 2007

Ummat Islam seakan-akan menyerupai katak yang hanya sibuk memanggil hujan

Asslamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh pada yang sudi menjenguk,
yang sudi mendengar dan membaca.Diajak kita bersama merenungkan sejenak tentang hidup kita sekarang,kedudukan kita,nasib orang-orang diluar sana yang mengalami kepahitan hidup sedangkan kita merasai kemanisan gula tanpa ingatnya kita pada yang diluar sana..

Lewat kelmarin kita dikejutkan dengan berita pelajar Al-Azhar di Al-Kaherah(Cairo) yang dibunuh kejam dan yang sedihnya antara mereka ini adalah seagama,seperjuangan..tapi apakan daya,ujian tuhan amat dahsyat..malah itu hanya satu scenario yang kita dapat lihat.khabar berita ini amat mengejutkan diri saya,kerana menurut salah seorang sahabat saya disini,walaupun pada sekitar 2 tahun lalu,ada satu insiden salah faham pada awalannya yang mencetuskan pergaduhan,pergelutan,dan terus pembunuhan,

kisah ini melibatkan satu pergaduhan antara seorang penuntut Malaysia yang berkeluarga,mempunyai seorang anak dan isteri dengan seorang penuntut dari Indonesia.Katanya cerita ini bermula bila berlakunya perselisihan fahaman antara kedua mereka melibatkan masalah keewangan.Difahamkan bahawa kedua mereka membuka perusahaan kedai makan disini,Madinatul Nasr atau dikenali sebagai Nasr City disini.Masalah demi masalah yang masing2nya tidak dibawa berbincang hingga satu hari Jumaat,penuntut Indonesia itu datang ke rumah si polan dari Malaysia itu.

Terus selepas bertemu mereka,mereka berbalah dan terus bila yang si polan dari Malaysia tu kalau tak silap saya,minta si polan Indonesia itu balik.Tapi menurut cerita,dia enggan terus si polan Malaysia tu ke dapur mengambil pisau,pada mulanya cuma nak takut2kan terus jadi pergelutan,pergelutan tu menyebabkan si polan Malaysia tu tertikam.Cerita tu tak habis disitu,kalau orang dah ditikam mestilah lawan balik menyelamatkan nyawa sendiri.Terus si polan Indo tu pula ditikam ditangan.Selepas pergelutan tu berlaku dalam beberapa lama si polan dari Malaysia pula ditikam bertubi-tubi hingga tak bernyawa.Kerana panic dan takut,si polan Indo tu terus membunuh anak dan isterinya pada tika itu kalau tak silap tengah tidur didalam bilik.Dibakar rumahnya takut ada tinggalan kesan.Perlu diingatkan sekali lagi bahawa perkara ini berlaku tika hari jumaat semasa waktu ummat islam mengerjakan Solat Jumaat..dan bila api dah marak menjulang dapat dilihat orang ramai yang baru selesai dari Solat tika itu,selang 2 hari pembunuh ditangkap dan isu ni dah jadi satu isu yang boleh dikatakan HANGAT diperkatakan dan kerana isu ini,telahpun wujud satu isu perPUAKkan antara Indonesia dan Malaysia.Isu ini hangat diperkatakan masa tu,sampaikan yang akrab jadi renggang.Masing2 sibuk pertahankan kebenaran masing2 dan so on..this worthless thing melarat.
dan saya boleh bagi 5 sebab KENAPA?
kerana
1.pertama sudah tentu kerana AGAMA sama,tak tahula kalau ada yang separuh kafir ke ape.
2.kita bercakap bahasa yang SAMA,yang hanya antara kita yang faham.Even ada bahasa JAWA,SUNDA,MINANG,SLANG KEDAH,SLANG GANU,SLANG NOGORI etc still maksud yang sama,yang boleh je faham dari body language ke ape..bottomline,kita berumpun yang SAMA..MELAYU jugak
4.NIAT sama datang ke Mesir ni,katanya belajar atau mencari,mendalami,mengerti ILMU Agama kat AL-AZHAR,Universiti yang tertua DIDUNIA.secara tak langsung,sesapepun ada "passion" sama.BELAJAR demi kesinambungan Agama..sayang la kalau niat suci camtu dicemarkan dengan benda REMEH TEMEH SENGEH SENGEH NYAAAA kita bermusuh,berpuak2..baik balik je duk kat kampung diam2 belajar kenal diri dulu sampai pas.
5.kita ni MANUSIA,tak lari dari silap.tak semestinya orang ini,orang itu je yang kita boleh cakap MACAMTU..NEGARA bukan FACTOR utk memperbedakan apa-apapun..MANUSIA jugak semuanya.sebagai manusia,kena la neutral pada apa benda pun.MANUSIA pada awalnya,NUR MUHAMMAD pada USUL kejadiannya,come on la..lain negara bukan alasan kenapa nak berkasta-kasta atau apapun..masing2 ada lebih ada kurangnya,yang lebih kita tambah pada diri yang kuran,yang kurang tu sewajarnya kita cuba carikan cara MACAMANA nak atasi atau kalau pada si teman yang datang dari tempat lain tu ada perkara yang tak elok,fikirkanla guna Fatonah camne nak sampaikan nasihat dengan thoyyeb(baik).

wallahualam dari kisah tu moga sama2kita ambil iktibar nya,lebih banyak nak dikupas,andai benda tu masih lagi tidak berkesan.
sepanjang saya mengenali penuntut2 pelajar Al-Azhar disini,banyak hal didengar,tapi bottomlinenya,

amatlah JARANG sekali perkara serious seperti ini berlaku lebih-lebih lagi pelajar yang berasal dari Malaysia ataupun Indonesia..bangsa Melayu dikenali oleh orang-orang arab sebagai bangsa yang layak diberikan penghormatan.kerana keperibadian yang sangatlah merendah diri,baik dan sangat2lah bertolak ansur pada apapun keadaan mereka diletakkan..pulak tu belajar agama,orang-orang arab sangat RESPECT bila dengar orang datang dari jauh,KORBAN SEMUA kerana nak timba ilmu kat tanah diorang duduk tu.
sungguhpun begitu,cerita orang arab ni satu hal jugak.tapi mungkin bakal saya ceritakan dan ulaskan sedetail2nya tentang diri mereka..biiznillah.
Tapi apa nak di "highlightkan" dalam cerita ni adalah BUKAN itu sahaja cerita yang sedih,bukan di Cairo sahaja.
Malah cuba kita belek surat khabar ke,internet ke ape tu..Tengok,SIAPA yang jadi HEADLINE?
SIAPA YANG JADI BAHAN KETAWA,BAHAN PERCAKAPAN KALAU BUKAN ORANG ISLAM KITA SENDIRI???
saudara/saudari
tengok la reality sebenar,
this life BUKAN lagi tempat atau "TAMAN" yang kita ingat bila kita turun dunia dengan suasana keamanan dan kesentosaan,kita patut "cherish" it,
come on la,if u want happiness,u should work for it,usahakan..apa yang ada depan mata tu BUKAN "saya punya" atau "dia punya",
semua benda Allah bagi bukan untuk PERCUMA,
LOVE pun sama..BUKANNYA PERCUMA2 macam tu je nak dapat,u have to SACRIFICE for it,
RUKUN ISLAM,RUKUN IMAN semuanya tuntutan Allah yang nak kita buat sebagai balasan,
itu pun dah nyata kita tengok bahawa tuhan sendiri nak kita belajar,
u want anything,u can..but u have to learn to earn it first..

Tapi sudah tentu tak ramai yang tahu akan keadaan negara jiran kita yang mengongsi kiblat atau ARAH tuju yang sama dengan kita kan?
ada antara kita yang tahu,tapi buat tak tahu,ada yang cakap "yela,itu tempat diorang..bukan kita""yela,itu salah diorang..siapa suruh buat camntu""yela,habis tu nak buat macamana?""yela,bla bla bla"...kita sibuk berdalil sesama sendiri dengan kebenaran,kenyataan..sikitpun tak ada rasa nak ambik pengajaran atas apa yang jadi,tak ada rasa nak tengok diri sendiri macamana,padahal setiap perkara yang berlaku semua endingnyapun pada diri sendiri..agama sama.tujunya sama.

Bila diimbaskan hal-hal berlaku di GAZA,HAMAS dan AL-FATTAH berperang sesama sendiri masing-masing berbunuhan dan berburuan,
di Iraq yan golongan Sunnah meletupkan Masjid Sayyidina Ali kaum Syiah,
the aftermath atau akibatnya,kaum syiah berazam melenyapkan kaum sunnah.
itu antara kisah yang ADA didalam berita,namun disebalik cerita ni.Masih terdapat berbagai2 lagi kejadian dan kebodohan yang berlaku antara kita sendiri yang kononya nak tegakkan kebenaran agama.Walhal Allah subhanahuwataala dan Rasulullah tidak menuntut perkara seperti ini untuk berlaku.
Conclusionnya,
Yahudi Nasara bertepuk tangan,Iblis dan Syaitan bersorak-sorakkan menyaksikan kebodohan ini.
Pada yang merasa Dunia ni adalah tempat kita untuk bersuka ria,saya minta fikir balik akan perletakkan tu.Kerana kebenarannya jelas menyatakan bahawa Dunia dah pun terlalu kacau.Orang Islam dah tak kenal Siapa Tuhan bila dahpun tertipu pada kebodohan sendiri.
Ummat Islam seakan-akan menyerupai katak yang hanya sibuk memanggil hujan.

kembalilah,
kembalilah,
kembalilah..pada jalan dan landasan sebenar berpandukan ajaran Rasulullah,dirujukkan Al-Quran dan Hadis..jangalah sekadar merujuk pada sesuatu yang kena pada kehendak nafsu sahaja,itu tidak adil jika nak dibandingkan dengan kurniaan tuhan pada kita.
dan perkara pertama yang perlu dirujuk adalah kembali MENGENAL DIRI sendiri.
wallahualam,
setakat ini sahaja,
akhirkalam harapan saya moga kita sama doa2kan dan memikirkan apa yang Allah dah tunjuk pada kita,takkanla nak tunggu benda ni berlaku pada family sendiri baru nak terkesan dan baru nak taubat?..fikirkanlah

Thursday, June 14, 2007

RISAU

RISAU by qu badr

RISAU itu sifat MUHAMMAD,
RISAU itu menyatukan UMMAT,
RISAU itu menyeru AKHIRAT,
RISAU itu RHA YA SIM ALIF WAU pada KALIMAT,
RISAU itu pasti pada TUHAN sentiasa TERIKAT.
wallahualam moga kita sama meneliti,
meniti diatas titian usang ini,
dunia dah tak lama buat kita sandari,
HARTA + TAHTA(pangkat) rumusan yang sempurna dijadi,
bagi kita merosakkan diri sendiri,
dari mencintai syurga yang menanti,
kita lebih HUBBU DUNIA dalam sedar atau tidak lagi,
dari saya..
Teman yang berpesan,
Kawan yang mengesan,
Sahabat yang menjanjikan "HASSAN'T",
bagi diri saya..buat kalian,
yang saya curahkan dari salur perasaan,
RISAU yang tiada penghabisan.
qu badr

Sindrom Tsa'labah

Sindrom Tsa'labah

Dalam hidup di dunia ini ada manusia yang disempitkan rezekinya buat seketika. Ada yang diberi rezeki melimpah ruah. Ini semua adalah ujian belaka." Dan sekiranya Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi ini. Tetapi Allah menurunkan rezeki dengan ukuran yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui hamba-hamba Nya lagi Maha Melihat (Al-Quran 42:27)

Walaupun dalam kesempitan ketaatan kepada Allah masih tetap utuh. Mereka tetap patuh sungguh. Kesempitan yang mereka alami merupakan sebahagian daripada kebijaksanaan Tuhan Semesta Alam.

Mungkin golongan yang kesempitan ini kiranya dikurniakan kekayaan menjadi lupa daratan ataupun menjadi "Malim kundang" Malah waktu kita miskin jarang tidak kita ke mesjid. Sembahyang jemaah tidak pernah tinggal. Ada masa untuk duduk berzikir bersama kawan. Berbual mesra. Bertanya khabar.

Waktu untuk bersama keluarga tidak pernah kesempitan. Keluarga menjadi cukup ceria. Bila perniagaan kita belum maju ada masa untuk berjumpa dengan kawan serta menziarahi sanak sudara.Masa untuk berbual dengan jiran sentiasa ada.

Bukankah kita mula bertegang leher apabila organisasi mempunyai dana yang cukup besar. Sering bertengkar sesama sendiri. Mula ada sifat curiga mencurigai. Fitnah sudah mulai menjalar kesegenap pelusuk hati. Bisikan syaitan semakin menjadi ikutan.

Rasuah semakin menjadi-jadi kerana ingin menjadi jutawan dan hidup senang lenang. Orang soleh tergelincir kerana kesempitan lalu menjadi orang salah. Ketika rezeki melimpah ruah waktu untuk beribadat semakin kurang. Solatpun jarang-jarang. Malah sudah berani melakukan maksiat. Tidak lagi segan silu minum minuman keras! Malah menjadi semacam suatu kebanggaan.

Ketika menjadi mahasiswa daya juangnya cukup tinggi. Dia menjadi aktivis kampus yang cukup terkenal. Suaranya cukup lantang. Ia sanggup tidur di mesjid kerana kesempitan wang. Di mesjid ia menghabiskan sebahagian malam berzikir dan bertahajud.Tetapi setelah tamat pengajian di universiti dan berjawatan besar sebahagian besar malam dihabiskan di kelab malam yang penuh dengan maksiat. Tidak ada zikir dan tahajud lagi!

Ketika menjadi aktivis di kampus suaranya lantang memperkatakan ketidak adilan pemerintah. Rakyat miskin dan tertindas menjadi agenda utamanya. Golongan proletar sentiasa bermain dibibirnya. Kalimat kapitalis sentiasa bergema dalam setiap ucapannya.Tidur dan makan bersama mereka setelah puas berdemonstrasi. Tetapi setelah menjadi Dato Bandar semua habis. Rumah setinggan habis diruntuh demi pembangunan negara. Ia tegak berdiri bersama pemaju perumahan. Wang sudah menjadi raja yang cukup berkuasa. Yang betul disalahkan, manakala yang salah diluruskan. Persoalan akhlak sudah diketepikan. Semuanya boleh. Anda boleh dibisukan dengan wang. Ini bukan perkara luarbasa.

Zaman sekarang semua boleh! Asalkan ada wang. Wang menjadi anda lupa kepada kebenaran dan keadilan. Akhirnya anda akan jadi beruang.

Ketika Tsa 'labah yang hidup miskin melarat itu mengadap Nabi memhon agar dia dilimpahi dengan rezeki yang melempah ruah Nabi s.a.w. menolak. Nabi s.a.w. bersabda," Harta yang sedikit lebih baik dripada yang banyak kerana engkau tidak sanggup mensyukurinya."

Tsa'labah tidak berpuashati dengan sabda Nabi s.a.w. itu. Beliau terus mendesak Rasulullah supaya mendoakannya. Tsa'labah cukup yakin doa Nabi saw dimakbulkan Tuhan. Nabi mendoakannya. Doa Nabi diperkenankan. Tsa'labah menjadi kaya. Binatang peliharaanya semakin hari semakin membiak. Tsa'labah sudah jarang-jarang ke mesjid.

Sekian banyak binatang ternakannya semkain jauhlah ia dari mesjid. Dan akhirnya masjid sudah tidak lagi dikunjunginya. Ia jarang-jarang bertemu dengan saudara-saudaranya kaum Muslimin. Bila diperintah membayar zakat beliau menangguhkannya. Bila diturunkan ayat Al-Quran memperingati tentang kewajipan berzakat keluarganya menangis. Mereka menangis kerana ayat itu ditujukan kepada Tsa'labah. Tetapi Tsa'labah sedikitpun tidak menghiraukannya. Zakat tidak juga dikeluarkan sehingga akhir hayatnya. Beliau mati dalam keadaan munafik dan kebakhilan.

Dan jika hari ini Anda susah berdoalah kepada Allah supaya diberikan pelindungan daripada kekafiran. Jika Anda kaya ingatlah kepada Abdul Rahman Bin Auf dan Abu Bakar As-Siddiq tetapi jangan lupa dengan "sindrom Tsa 'labah."

puisi aku tak mengerti...

...kenapa kita sesama umat saling bertengkaran,
bertikam tikaman sesama sendiri?
pertikaian demi pertikaian kau bersungut sesami,
berpuak puak kau memutuskan hubungan,
dalam berjalannya masa berganti,
masih tak mengerti,
semua kononnya hendak menegakkan kebenaran Agama,
padahal dalam diam itu semuanya demi kepentingan diri,
perasaan yang "benar" sangat pada sendiri,
aku tak mengerti,
aku tak mengerti,
aku tak mengerti...
mungkin aku masih jahil dan terus dijahili,
pada kecetekan akal fikiran ku ini,
akan tetapi..perasaan yang jelas dirasai,
tidak bisa dibohongi,
PERASAAN HANYA datang dari tuhan yang maha menjadi,bukan dibuat-buat,bukan dilakon-lakonkan,
aku tak mengerti,
padahal diakhir cerita sedih kini,
kita sendiri tahu dan bisa mengerti,
bahwa
.. KITA berdiri mengonsi,KIBLAT yang SATU INI,PADA TUHAN YANG SATU INI,ALLAHURABBIL ALAMIN...
jadi kenapa masih dibiarkan KESOMBONGAN itu menyerapi?
aku tak mengerti...