Wednesday, July 25, 2007

EL KHAMIS 260707-ISU ADAT

Kelmarin harinya,saya ada berbicara dengan seorang pelajar Muslimah dari Ireland.Pada awalannya,bicaranya manis belaka.Kemudiannya bila berbicara tentang hal ADAT Melayu,dia sangat-sangat tidak bersetuju dan menentangnya sekeras-kerasnya.Pelbagai tomahan-tomahan yang kesat dilontarkan kepada saya.Dan apa termampu saya buat adalah hanya membacanya,jari-jari saya kaku.iya,saya cukup tersinggung.dan hingga kini,saya dapat rasakan rasa bersalah itu masih menghuni diakal fikiran saya.Kerana saya mengakhiri perbualan itu dengan salam dan terus menutup perbualan YM kami.Dan berfikir sejenak..Kelu dalam berkata,Buntu dalam memikirkannya.Hingga kini saya menyapanya,masih tidak dilayannya oleh dia.wallahualam saya hanya mengharapkan akan sifat keterbukaanya untuk mencelikkan matanya akan alam kejadian dan kebijaksanaan Sang Maharaja Tuhan pemilik dan pencipta segalanya yang adanya dan tiadanya.

Demikianlah ianya,moga ada munafaat dan syafaat dari Nya bila post ini dibuat..

Kali ini saya ingin mengupas berkenaan adat-adat melayu. Mengapa adanya adat-adat yang merumitkan? Adakah benar orang Melayu merupakan bangsa yang rumit dan jumud diselimuti dengan adat-adat yang mengongkong? Pertamanya perlu dijelaskan, kita menghukum dan menilai selama ini melalui hasil penulisan dan kajian berat daripada orientalis dan individu-individu Melayu yang terpengaruh dengan gaya orde melayu baru (didikan British dan orientalisme) .

Adat bersendikan syarak,
Syarak bersendikan Kitabullah,
Syarak mengata, adat memakai,
Cermin yang tidak kabur,
Pelita yang tidak padam.


Perbilangan diatas menunjukkan hakikat adat dan cerminan kehidupan dibawah kesultanan Melayu Melaka. Mengapa kita sebutkan Melaka? Perlu diketahui bahawa pemerintahan melayu berhakikat aspirasi melayu Islam berhubung rapat dengan Khilafah Uthmaniyyah serta menjadi asal-usul kepada kedaulatan negeri-negeri melayu Islam yang lain adalah Melaka. Melaka adalah sebuah negara umat Melayu yang melaksanakan hampir kesemua sistem Islam termasuk hudud dan ekonomi Islam TANPA riba'. hal inilah yang perlu disedarkan melalui pukulan-pukulan penulisan dan wacana sedar yang ikhlas. Saya hanya menyerikan lagi temasya kesedaran ini melalui penulisan saya yang mungkin terbatas domain pembacanya.

Adakah Islam melarang adat?

Dalam perundangan Islam, sumber hukum yang menjadi antara sumber yang relevan dan kena dengan nilai kemanusiaan adalah uruf atau adat tempatan yang sebenarnya wujud secara fitrah. Fitrah ini muncul semestinya akibat faktor geografi, cuaca dan nilai ekonomi sesuatu bangsa dan kaum. Hal ini mewujudkan cara untuk mereka menunjukkan rasa sayang, hormat, marah dan berkomunikasi harian. Islam bukanlah agama bangsa Arab walaupun bahasa Arab adalah jelas bahasa ahli syurga dan bahasa Al Quran untuk kita semua. Sunnah nabi yang bersifat praktikal adalah berdasarkan Rasulullah sebagai manusia berbangsa Arab dan wajar diikuti walaupun kita berbangsa Melayu memandangkan konsep ittiba’ As Sunnah adalah konsep yang jelas dalam Al Quran itu sendiri. Walaupun begitu, Islam datang dengan membawa ‘sesuatu’ untuk mengisi kerangka ‘adat’ dan uruf yang sedia ada walaupun menasakhkan juga beberapa adat yang bercanggah dnegan ‘fitrah’ insani. Membunuh anak perempuan adalah adat tetapi adat yang tidak INSANIAH. Jadi Islam me Nasakhkannya (menghapuskan) .

Maksud A D A T.

ADAT kalau kita petik dari WIKIPEDIA bermaksud "gagasan kebudayaan yang terdiri dari nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di suatu daerah.

Apabila adat ini tidak dilaksanakan akan terjadi kerancuan yang menimbulkan sanksi tak tertulis oleh masyarakat setempat terhadap pelaku yang dianggap menyimpang."

kalau diikutkan dari segi pemahaman dan penfsiran usul bahasa Arab itu
""Adat" berasal dari bahasa Arab Adah yang berarti "kebiasaan-kebiasaan dari masyarakat".Jalaluddin Tunsam (seorang yang berkebangsaan Arab yang tinggal di Aceh dalam tulisannya pada tahun 1660)
Menurut saya sangat mudah,
"ADAT" adalah Penyesuaian mengikut keadaan,zaman dan era pada masa itu.ADAT ditubuhkan untuk diselenggarakan rakyatnya agar kita ADA satu FIKIR yang memanjat pada erti bersatu menuju Agama yang sejahtera,aman,sentosa.
dan kalau mengikut "definition" era sekarang(Menuju WAWASAN 2020 kononnya)
"ADAPT" dalam bahasa orang putehnya(yang BANYAK MENIRU BAHASA MELAYU dan berniat untuk menjatuhkan martabat bangsa lainnya,bangsa berdarah daging Islam paling tepatnya).

Secara jelasnya,kita faham bahawa ADAT termaktub bukanlah untuk berlaku kejam terhadap sesiapa,malah membantu membentuk diri yang berprinsip dan berwawasan.
Wawasan Akhir Zaman.

Adat-adat Melayu.

Bezanya Melayu daripada bangsa lain adalah, Melayu menganggap undang-undang sebagai adat yang mendisiplinkan manusia, membentuk norma positif serta baik pekerti. Kedatangan agama Hindu telah mengisi keinginan tersebut melalui prinsip karma dan dharma Hinduisme. Kedatangan epik-epik daripada Thailand dan India telah mewarnai seni dan adab melayu melalui penerapan adab, adat serta sikap taat kepada pemerintah melaluinya..

Risalah Hukum Kanun Melaka (jenayah dan undang-undang awam), Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang 99, Hukum Kanun Brunei, Kanun Kelantan, Undang-Undang Laut Melaka dan lain-lainnya adalah tanda bahawa Tamadun Melayu telah membina suatu struktur perundangan bertulis yang mendasari setiap perintah dan keputusan raja dengan dibantu penafsiran undang-undang berkenaan melalui majlis ulama’ dan mufti serta pemegang adat melayu iaitu "Bendahara".

Bila disebut "BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT" selalunya pemikir-pemikir kontemporari yang pro kepada pemikiran modernisme akan menyalahkan pepatah ini dan menyamakan Melayu sebagai bangsa yang taat membabi buta. Menilai prinsip melalui hanya melalui pembacaan Hikayat Hang Tuah adalah terlalu tidak adil memandangkan konsep sastera[1] tidak sama dengan konsep hakikat sebenar Melayu itu sendiri. Marilah kita meneliti beberapa sendi adat melayu agar kita cakna dengan tomahan negatif terhadap bangsa yang menjadi tuan kepada negara ini sebenarnya.

1) Adatullah
Inilah adat yang sebenar-benarnya adat. Melayu mengatakan syarak itu adalah adat. Perinsip Fiqh juga menyatakan bahawa Adah Al Muhkamah. Akan tetapi prinsip ini menyatakan bahawa adat (URUF) setempat boleh dijadikan sebagai hukum. Sebaliknya adat yang disebut Adatullah ini ialah meliputi kesemua FURU’ agama yang diterapkan oleh ulama’ Islam ke dalam istana. Biarpun terpaksa mengorbankan Fatimah Az Zahra, Baginda Rasul sanggup asalkan syara’ terbela. Bukankah itu prinsip agama yang diserapkan dalam perbilangan melayu lama? Salahkah pepatah itu?

2) Adat istiadat
Adat ini adalah suatu ritual keagamaan yang diadakan demi melambangkan protokol melayu sebagai bangsa beradab dan berprinsip. Islam tidak pernah melarang adat-adat penabalan Sultan kerana prinsip syura dan baiah yang ditinggalkan Nabi SAW adalah bersifat konseptual yang sesuai dengan kehendak setempat. Kita melihat bagaimana Muawwiyyah Radiallahuanhu telah melengkapkan istananya di Damsyik dengan kemewahan dan protokol yang ketat memandangkan bumi Syam memang menjadi tumpuan Rom dan Parsi serta menjadi maruah Islam yang perlu dijaga.

Lantaran itu sikap Muawwiyah tidak boleh terlalu mudah dihukumi oleh kita walaupun terdapat sedikit kelonggaran yang beliau laksanakan dalam pemerintahannya. Adat dan kehebatan serta “izzah” Islam dan lambang Melayu sebagai bangsa beradat bersendikan agama perlu dipaparkan melalui adat istiadat yang kemas. Bayangkan Melayu semasa Hindunya kelihatan hebat dan izzah akan tetapi dengan hadirnya Islam, Melayu kelihatan lemah dan tiada kedaulatan berbanding sebelumnya. Justeru boleh menimbulkan kelemahan dan membantutkan penyebaran Islam yang sebenarnya rancak melalui diplomasi Sultan-sultan melaka yang berdaulat, izzah dan hebat di mata orang lain.

3) Adat yang diadatkan.
Adat ini adalah umpama “Siasah syariyyah” di dalam konsep pemerintahan Islam. Sebagai contoh akta-akta dan ijtihad ulama’ dan umara’ melayu telah menggubal suatu perlembagaan yang membantu melicinkan pentadbiran bandar, zakat, kehakiman, perdagangan dan sebagainya. Inilah undang-undang yang boleh kita lihat sehingga kini. Adakah adat atau perlembagaan ini bercanggah dengan syarak’? Mari kita lihat beberapa bukti lain. Fasal 41 Risalah Hukum Kanun Melaka menyatakan bahawa selagi mungkin undang syara’ boleh digunakan, maka undang-undang lain wajib dikemudiankan. Fasal 33 dalam Undang-Undang Minangkabau menegaskan bahawa Al Quran, Hadis adalah sebagai rujukan utama iaitu sumber undang-undang Allah.

4) Adat jahiliyyah.
Adat-adat yang telah berakar umbi sejak pra-Islam telah menjadi sebahagian daripada kelakuan harian bangsa Melayu. Segelintir besar orientalis telah menuduh adat melayu sebagai punca “kemunduran” kerana majoritinya daripada adat Hindu dan Buddha. Benarkah tuduhan sebegini? Melayu hari ini tidak kenal beza adat dan sikap melayu yang sebenarnya. Mereka keliru antara adat dan sikap. Mereka hanya tahu cerita tentang melayu (bangsa mereka sendiri) melalui pembacaan buku orientalisme, buku sejarah mengikut kerangka British serta tidak melalui pengalaman bergaul dengan oang-orang tua. Akan tetapi kita wajar mengakui masih banyak adat Hindhu yang masih diamalkan kita serta wajar dibenteras secara hikmah.

dan setelah kita menelaah serba sedikit atas tadi,adakah orang melayu dulu itu MEMBABI BUTA atau KITA yang MEMBABI BUTANYA dalam memperkatakan sesuatu TANPA ada usul periksa dan pemahaman yang jernih dan dalam?

Saya berminat untuk memberi beberapa contoh hubungan erat dan mesra Melaka dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah. diantara adat-adat serta perayaan Turki Uthmaniyyah yang diterapkan dalam kehidupan Melayu adalah adat berkhatan, adat merisik, adat berkahwin, adat bersalin, adat mengaji kitab di pondok agama, adat rumah dan tetamu, adat jenazah, adat memuliakan ahli bait, adat tadarus, berzanji dan Burdah serta adat menghormati orang tua.

Semua adat-adat ini merupakan ‘hadiah’ akibat keeratan hubungan Turki Uthmaniyyah dengan Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh kerajan Patani Darul Salam, Brunei, Johor Lama, Acheh dan Pasai. Kita lihat bagaimana kerajaan Turki telah menghantar beberapa kapal perang untuk membantu Melaka berlawan dengan Portugis walaupun gagal sampai ke Melaka akibat dihalang oleh tentera Mamluk (kerajaan Syiah ini bersekongkol dengan Alfonso De Albuque).

Moga ada baiknya dalam usaha kita mengenal dan memahami Bangsa kita sendiri.Perjuangan Melayu itu bukan Rasis sepertimana dikatakan oleh pemikir-pemikir yang kontemporari yang sangat pro kepada modernisme.Kita mempertahankan Identiti kita pada Bumi kita,sama seperti di Negara China, Negara India dan dimana-manapun didunia.Tidak sia-sia sahaja ciptaanNya menjadikan kita dalam keadaan berbeza,suasana berbeza,ADAB yang berbeza dan ADAT yang juga ada bezanya..Pernah dipetik pada blog sebelumnya secebis hadist mengatakan "Dijadikan kita berlainan rumpun bangsa itu untuk dikenal-kenalkan bukan untuk dilaga-lagakan.wallahualambissahwa'
setakat ini dulu saya undur diri.segala pertanyaan boleh langsung sepertibiasa melalui email..dan pada pembaca yang baru,tujuan saya menutup comment box disini adalah untuk memberikan penumpuan yang jitu dan pendapat sendiri tanpa dipengaruhi oleh komen-komen orang lain.Bukan bermakna saya takut pada kritikan..harap maklum

salam sayang
qu badr
25072007