Tuesday, November 30, 2010

Harga Rasa

setiap rasa punya harga,
"pilih yang mana?" ada swara yang bertanya,
pantas ku jawab diatas pilihanku
"adalah pastinya yang sakit",

kerana?

itu sahaja yang membuat aku percaya,
Tuhan itu ADA..
sementara aku ini sekadar yang tak berdaya..tanpa upaya..cuma seorang maling yang hina.
mencuri dan menuntut hak yang sudah terjamin pasti bukan milik sahaya,
beribu tahun sudah termaktub kisahnya, tak ada nama, tiada yang menyatakan itu kamu punya melainkan kekuranganmu..

iya,
sepertimana kamu-kamu dan kamu yang meneladani prasaanmu kepada seorang wanita,
dan kemudian mencerca sesamamu untuk mencapai kebanggaanmu yang seorang sahaja,
menghapus wujudku atau wujud yang dikandung cemburu,

sepertimu..aku terburu kerana gelisahku,

ku didalam penjara yang aku bikinkan sendiri atas keinginanku yang ku julang ia selaku perjuanganku,
bayarkan harga rasaku ini hanya buat kali ini sabelum luruh seluruhnya,
agar dapat ku bersama,
kali ini sahja,
dan moga ada halaman selama mengelilingi sua yang disana,

tiada hangat,
tiada udara,
tiada keringat,
tiada apa..sekadar aku dan dirinya.

dan tiada mengulangi yang sa-belumnya.

05:21
27|11|10

Sunday, November 21, 2010

apa tak ada

rumah tak berdinding..beratap langit..beralaskan bumi,


kitab tak berdakwat..lupus muka dan kulit..penulis yang sembunyi,


hari yang tak malam..belum siang..tidak pagi,


apa semua ini?


wujud kamu kerana kamu. tapi sebelum kamu itu sebelum cahaya.


pening kepala pada apa tak ada, kemudian kau kata aku ada-ada saja atau aku ada?


tak apa,


semua tetap ada.


semua bakal ada.


semua wujud dengan tiada.


Dia yang berpunya..

Wednesday, November 10, 2010

Salam Pahlawan

perhati akan siapalah yang sebenar Pahlawan,

jika diibaratkan "Gunung Merapi".

yang meletus akan gunung berapi marak gejolak semangatnya menyebar jauh dari pedalaman,

melelehkan darah likat membara itu mencairkan apa sahaja menentangnya,

Air yang sekadar hiburan,

Angin sebagai gurauan,

Tanah dijadikan pementasan..Api tetap yang terlahir dari bara-bara kekuasaan,

kita yang terkandung antaranya kalangan para pembangkang mulia..para penganjur majlis umpat-umpatan ini pula menuduh merekalah penentang, merekalah kesialan, mereka itulah BALA!

tapi kalau benarlah ia BALA, terus bagaimana BALA tiba jika tiada undangan kita yang begitu sengaja-sengaja?....

namun diakhir kejadian..prang terlesai dan ternyata merekalah penabur benih pedoman,

kesuburan mereka sudah memberi kehidupan lain,

yang jelas oleh kerana merekalah terjamin kehidupan!

apa ia agaknya yang disapa damba mereka ini-lah para Pahlawan?



kini kita telah bersandar aman..menyamai raja yang bersemayaman,

apa diinginkan menjadi gampang dipintakan,

tapi itu bukan kah kerana "mereka" yang dimaksudkan hamba tadi begitu atau mungkin terlalu inginkan yang aman?..



akan tetap nya,

kesaktian Pahlawan tiadalah berkhususi selaku pekerjaan tabib,

yang datang kepadamu untuk merawat kesakitan,

mereka tukang mahir Prang!..

oleh itu carilah penawarnya..didalam berjalan atau barangkali didalam diam?,



sambutan kita tahunan bukan dirai tinggi pada kesukaan semata-mata,

sepatutnya disambut menyamai hari kematian,

saat meninggalkan liang yang tertanam..kita terkesan,

dan lalu kita merasa,

"ya, Tuhan itu dan ini benar-benaran"..

terus, air mata perlukah diteruskan didalam ketahuan kita ini pemegang kunci perubahan?



dan untuk menjadi seorang pahlawan bukanlah suatu pekerjaan,

ia peranan!..



kalau Pahlawan gelarnya, pasti bersenjata,

dan satu senjata paling digeruni semua,

adalah Fikir dikepala..yang menentukan segalanya.

atur cara fikir yang mana mengubat sakit yang tiada ubatnya?



pada para pembrani, pemikir Kebebasan Umat untuk kembali memuja dan memuji Tuhan TANPA sekatan atau kekangan.

Indonesia Raya, Pattani, Temasek, Brunei bahkan Malaysia sendiri yang saling berkongsi kisah Pahlawan sebelum tercipta adanya Negeri atau Negara.

telapak si Tuah masih segar di tanah lembut khatulistiwamu,

sambungkan lah kembali jalan ini sebagai satu langkah Penyatuan.

yang diusahakan,

bukan sekadar duduk..apa lagi membiarkan.

Fikirkan, hai Pahlawan!



Salam Hari Pahlawan.

dari Bhumi Trangganu Darul Iman.



10|11|10
Mandalika

Sunday, November 7, 2010

kemudi alif nun

kemudian,
ada mengelamun..

kemudian,
kau disamun,

kemudian,
kau tegak pada rukun,

kemudian,
kau berlagak pada santun,

kemudian,
kau kemudi..

kemudi dalam perjalanan panjang,

kau berdiri pada alif,

kau terbit pada nun,

tahu sudah apa lah ia kemudian.

khayalan

titipkan salam buat ibu pertiwi,

nanti insyaAllah kita bertemu dan kembali..



kirimkanlah surat di perumahan ayahnda yang sejati,

moga dalam tahu atau tidak tahu bahkan tidak teringin untuk tahunya bakal dimengertikan..



satu hari yang malang,

dua hari merangkak-rangkak bak jelmaan Sangkuriang,

tapi esok lusa itu sedikit demi sedikit rasa itu terasa..rasa berkenan sungguh dihati kepada seseorang,

bila dikata suci disangka miang-miang, apalah sudah termaju oleh otak pemikiranmu sayang?

akhir kisah Asmaraloka tersebut disemadikan bersama khayalan yang sengaja olehnya telangkupkan pada sebuah sebutan baku ia itu pra-hu.. kalau tidak diselak padanya, mustahilah mereka tahu, dan kemudian aku pula yang tahu.



semalam malang, hari ni malang..bersungutan dwa tiga titik waktu yang panjang,

selera makanpun sudah seperti Emak yang berpantang..itu ini tak boleh akannya.

malu lah dengan rela hatimu kepada binatang,

yang memilihpun tidak apatah membangkang.



khayalan difikir jadi terusir,

pa bila timbul para anasir.. menghalau kami ke hujung pesisir,

kau kata kau dari kalangan ahlul tafsir..tapi memang kenapa harus digesa geser?

apa kena kepada kita yang sering bersangka baik bukan pada orang lain namun diri yang kononnya serba gemilangnya dimana sudah tentu jua berakhir?

kejatuhan bukan sifir. ia sudah terukir.



sementara aku berkhayalan mengadu domba segala pada ibu tanah keamanan,

tiada teman,

melainkan Tuhan yang ku sengaja iman-imankan pada kehidupan,

dilihat abad sejagat mengubah diri jadi musibat iri hati seharian,



jika dah rumah sendiri dan semua seisinya pun sudah di anak tirikan demi helah.

serba serbi amalan kejujuran jadi tak betul dan salah.

apa yang dikepala membuatkan ia betul pun tiada menunjukkan arah..

apa lagi dapatnya orang seperti kita ini buat sekadar berkhayal untuk menundukkan amarah dan lawamah,

mencelikkan kamilah.

susah sememanglah payah,

nikmat pemberian sebegitu memang tak terbanding pada apa-apa,

siapa-siapa tak mampu memberikan kepadamu,

walaupun persemayaman pejabat orang yang diharapkan itu letak setinggi 7 tingkat mengatasi paras ketinggian kepala.



kemanisan itu, kita tlah berjaya berkongsi bersama,

walaupun secamca khayalan,

yang terdapat pada penantian sesekian lamanya,



marhaen seni,

prajuit seni,

mahadewi dewata seni,

berkhayal lah kamu setinggi-tinggi....benarkanlah mimpi.

agar ia bergelumang bersama menjadi satu inti pati,

yang padu kuat memuji sang Illahi.



6|11|2010

Saturday, November 6, 2010

luar biasa

kalau Biasa..


kita tak berpunya,



kalau kita Luar Biasa..


pasti berpunya.



namun!


ia tiada.


kerana itulah ia Luar Biasa.


untuk Luar Biasa,


kau tak mampu menduga, memahami apatah berkata pada kewarasan akal..


sangka yang mana tetap ia tak sama!