Thursday, April 30, 2009

kerapuhan waktu

kerapuhan waktu,
gapailah tanganku,
agar dapatku,
berpaut lari dari serba keliru,

kerapuhan waktu,
ia sedang mengekoriku,
didalam ruang debu,
yang penuh dengan kehancuran hatiku,

kerapuhan waktu,
mengimbas nan lalu,
menyingkap yang baru,
membuka halaman rindu,

kerapuhan waktu,
kerapuhan mu,
adalah kerapuhan ku,
kita bersatu,
kita lenyap begitu,

kerana kerapuhan waktu,
aku jadi tidak menentu,
hingga hilang dan buntu,
didalam kerapuhan itu.

Catitan Airmata-Khamis-30 April 2009

Jam 0535 pagi, tiba dirumah.
Pulang dengan perasaan yang serba keliru-keliru.. Adakala terasa sedih, sayu pun ada dan sukar bagiku untuk mengukirkan senyuman yang sungguh hipokritnya.
Kenapa? Kerana terjadinya sebuah kisah yang membuatkan ku terpaksa ceritakannya demi untuk kesedaran kita bersama. Sebagai seorang manusiawi yang berperikemanusiaan, rasanya wajar buat kita fikir-fikirkanlah akan cerita yang bakal diberitahu ini.

Bermulanya ia sekitar jam 2321 malam Rabu, ketika itu malam begitu dinginnya..Tubuhku yang tak tertahan dengan desiran embun yang melimpah halus-halus pada jasadku yang kurang sihatnya..Sepatutnya saya berada dirumah, walhal ada beberapa temujanji ditangguhkan atas alasan nak berehat kerana Demam. Tapi kerana panggilan Sahabat saya, Ahmad yang mengajak saya keluar untuk menonton perlawanan bolasepak UEFA Champions League di Bistro saya rasa saya perlu jugak keluar ambil angin.

Beberapa minit kemudian, Ahmad sampai dirumah saya. Kami keluar dengan Land Rover. Ketika itu lah berlaku satu kejadian, ianya berlaku ketika saya lalu dijalan tepi pantai lama belakang rumah saya. Sekilas pandang ketika berada didalam kereta, kami terperasan ada seorang warga tua berusia dalam lingkungan 70 tahun, bersongkok, janggut beruban, berbaju kemeja collar dan seluar slack dalam keadaan yang kusut sedikit. Bersamanya ada membawa semacam benda kerana tangan kirinya seakan-akan membawa sesuatu yang disimpan didalam bajunya itu.

Setelah berfikir dua kali, kami pun reverse semula dan tanya pakcik tu, dari mana dan nak kemana? Tapi jawabnya lain pulak, kelihatan mukanya agak sedikit keliru dan terkejut. Namun dia mintak tolong kami hantarkan dia balik, so kami tanyalah dia dimana rumahnya? Jawabnya, "Mok kite wi sokmo pitih ke kite dulu, lening takdok doh"... saya sangkakan pakcik ini sedikit masalah dalam pendengaran lah so saya ajaklah dia naik sekali dan pergi minum air dulu sebelum hantar dia dengan harapan agar nanti dia buka ceritalah.Rupa-rupanya dia menghidap penyakit "Demensia" atau nyanyuk..

Bila sampai di kedai, saya orderkan dia secawan Nescafe dan saya pula order Limau Nipis suam.. beberapa minit kemudian, sampailah air. Saya bagitaulah pakcik itu, "Minumlah pok. Karang(Nanti) sejuk dok sedak doh"..tiba-tiba pulak dia nak cuah separuh Nescafe tu dalam air saya tadi, katanya dia tak biasa minum dengan orang dia tak kenal. Saya cakapla kat dia bahawa saya tak ada masalahnyapun, kalau saya nak Nescafe saya akan order lah lagi. Tapi tetap dia berkeras nak jugak tuang, saya pergilah ambil gelas kosong satu dan kemudiannya saya yang tuangkan.. Dah selesai minum, pakcik pulak taknak berganjak dari tempat duduknya itu, puas memujuk sampai saya terduduk diatas tanah terus mengadap dia kerana lama sangat nak pujuk dia ikut kami hantarnya.

Hampir-hampir 20 min ada pujuk dia untuk naik kereta, bila ditanya lain dijawab lain. Tuhan sajalah tahu.. Tapi akhirnya kami berjaya memujuknya, saya pimpin dan bawa dia terus ke kereta. Oleh kerana pakcik itu rendah orangnya dan Land Rover itu tinggi keretanya, saya terpaksa mengangkat dia naik kereta. Bila dah bergerak kami terus menuju ke hospital besar. Sampai disini, saya turun ditempat emergency dan terus ke bahagian pendaftaran. Saya ceritakanlah keadaan saya dan bagaimana saya berjumpa dengan pakcik tersebut. Beberapa jawapan diberi dalam keadaan yang begitu dingin sekali, bagi saya walaupun sungguh bukan bahagian atau department dia pun. Wajarnya dia patut dan wajib fikir bagaimana nak bantu orang-orang begini, dah namapun kerja dengan kerajaan mestilah khidmatnya untuk masyarakat itu priority utama.. Saya akhiri perbualan saya dengan kakak di bahagian registration itu dengan berkata: "cube mu fikir skek(sikit) kalau mende ni jadi ke ayoh mu"..

Langsung terus saya keluar dan minta bantuan dengan orang-orang dibahagian menyambut pesakit kecemasan, saya ceritakan semula pada mereka dan mereka setuju untuk tengok pakcik tersebut dikereta. Setelah bertanyakan beberapa soalan dan check keadaannya. Mereka kata Hospital tak boleh terima warga tua sebegini, berbagailah alasannya diberi (yang saya enggan ulas panjang). Lepas tu, saya mengambil keputusan untuk ke Balai Polis sahaja setelah menerima syor daripada doktor in charge disitu, 10 minit perjalanan daripada Hospital ke Balai akhirnya sampai.

Saya minta sahabat saya pergi masuk ke dalam sementara saya menjaga pakcik itu. Saya tak putus asa dan masih terus cuba bertanyakan dimana tempat tinggalnya. Namun jawapannya tetap sama sahaja, hinggalah seketika kemudian dia diminta masuk ke balai untuk disoal siasat agar dapat dibuat laporan. Saya bawa dia ke dalam balai dan bermulalah satu lagi scenario yang kurang menyenangkan bagi saya, mungkin sebahagian daripada anda setuju menggunakan teknik kekerasan untuk mendapat informasi dengan mesra namun adakah patut agaknya warga tua ditarik-tarik bajunya dan dihembas ke kerusi? fikirkanlah.. Sehingga sekarang, saya masih merasakan bahawa salah itu datang dari saya, kerana tak kiralah apapun kerjaya kita pilih namun kita tetap perlu ada adab serta tertib sebagai manusia biasa.. Saya ulang, tak kiralah siapa kitapun, hormat tetap no 1.

Jadi perkara seterusnya yang berlaku tidaklah saya salahkan pakcik itu, dia lari dari keadaan disitu kerana rasa diancam agaknya, namun begitu saya cuba pujuk dirinya tetap cakap elok-elok hinggakan sampai kehujung pagar balai pun dia terus berjalan. Saya pujuknya sekali lagi naik kereta dan bercadang untuk bawanya berehat di Markaz Persatuan HATI terletak di Nibung yang tak jauh dari situ.

Sampai sahaja di Nibung, pakcik itu terus beragam. Nak ke warung pulak pada jam 1 pagi..Saya cakap padanya mana ada bukak warung masa macamni. Dia enggan mendengar dan terus melulu ke tengah jalan, Ahmad pergi teman dan pujuk dia sementara saya cuba menerangkan kejadian yang berlaku pada salah satu anak pada tuan rumah dikampung tu. Sebentar lagi, dengar pulak suara pakcik tu dah naik. Dia marah-marah dan mengamuk pulak dan begitu tidak senang dengan tindakan kami, katanya kami ganggu dia dan bertanya pada kami "Apa salah saya?...Mu nok buleh sakit ke?" sambil berlegar-legar ditengah jalan besar sekitar kampung tersebut. Kawan saya macam tak reti dah nak pujuk macamana lagi.. Saya pulak pergi pujuk dia dan menariknya dari tengah jalan, dia naik berang dan marah lagi. Tiba-tiba ada kereta datang pada arah jalan yang kami sedang berada dan pakcik tu pulak betul-betul duduk ditengah jalan. Saya tarik dia dan sekali lagi dia marah, genting betul saat tu kereta dekat sangat dengan dia..Saya pulak bimbang dengan keadaan dia begitu, dia berdegil tiba-tiba saya pulak angin dan marah dia, "dok reti ke ni tengoh jalan??! cuba ingat Tuhan, bawak mengucap panjang!!"...dia tak berlawan tapi terus kan berjalan hingga bermain didepan tanah perkuburan berhampiran situ pulak. Dah mula nak capai dan cari kayu pulak nak bedal kami, kehulu kehilir cari kayu. Kejap pegi terus, kami heret dia ke Markaz dia pergi semula..Hinggakan saya dah naik buntu, tak tahu macamana lagi nak pujuknya. Kami biarkan dia pergi sebentar tengok sejauhmana dia berjalan, kami fikir lambat laun dia naik penatlah. Tapi tak penat jugak, masih main dicelah-celah rumah orang...Sekejap Ahmad pergi dekat dia, saya perhati dari jauh. Sekejap lagi saya pergi dekat dia, Ahmad pulak perhati dari jauh...Begitulah sehingga saya minta kawan saya di Markaz itu ambil kereta saya yang enjinnya belum lagi dimatikan, ditinggalkan begitu saja di depan Markaz..

Sejenak selepas itu, lebih kurang 2 Km dari tanah perkuburan Nibung, pakcik tu duk main-main didalam kawasan rumah orang yang berpagar pulak. Kami tak berani dah nak masuk, kereta sampai dibelakang dan saya naik. Saya dah tak tahu sangat apa nak buat, saya duduk bingung..Kerana tak tahan sangat sebak didada, selepas tinggalkan pakcik tu dan hantar kawan saya di Markaz, sayapun menangis. Iya, buat tahun ini saya menangis buat kali pertama.. Saya tak pasti sebab utama mengapa saya menangis, kerana keadaan yang berlaku sepanjang bawak pakcik itu terlalu bercelaru, penuh dengan rasa kekecewaan perbuatan manusia yang tak ada nilai kemanusiaan, anak yang penting diri, tak ada ihsan dan sangat-sangat hipokrit dengan diri.. Segalanya tersingkap didalam secebis kejadian. Apa yang pasti adalah saya yakin saya mampu bantu dan buat yang lebih baik dari itu, dan meninggalkan dirinya begitu saja menunjukkan saya ini Muslim yang Munafik..Pembohong dan pendusta semata-mata.

Kami sepakat untuk cuba buat terakhir kali, kami pusing semula ke tempat terakhir pakcik tadi berada. Saya turun, dan kemudiannya pakcik itu lari ke rumah belakang pula, dia capai batang penyapu didepan rumah tersebut seperti memberi maksud "jangan ganggu aku" tapi kali ini kami pula yang cuba berdegil. Namun kali ini, ujiannya sedikit dahsyat lah. Dari mula, paling teruk pun pakcik itu hanya naikkan suara sahaja, tapi kali ini dah gertak nak hayun dengan penyapu pulak. Bila kami tak ganggu dia, dia ganggu rumah orang pulak. Dia ketuk-ketuk pintu rumah orang tu, saya tengok di anak tangga selipar-selipar yang ada hanyalah selipar kecil-kecil saja yang banyak dan hanya ada 2 pasang saja yang besar. Menandakan anak-anak kecil ramai dirumah itu, pakcik tu ketuk-ketuk bagai nak gila. Hinggakan saya terperasan rumah-rumah jiran semua menjenguk menyaksikan telatah pakcik itu. Sementara Ahmad berada di rumah hadapan bersama anak tuan rumah menceritakan hal sebenar yang berlaku untuk mengelakkan salah sangka. Saya pulak jenuh memujuk, "Sudah-sudahlah pok, ni rumah orang, jangan buat gitu..mari saya hantar balik"..pakcik tu berhenti kejap, kami heret ke kereta hingga sampai nyaris-nyaris pintu kereta tu kena saya kerana pakcik tu tutup sendiri dengan begitu kuat, terkejut jugak tambah pulak percubaan dia untuk gigit tangan saya berkali-kali. Saya pulak ketika itu memang dah dekat dengan dia, dia tepis dan terus menuju kerumah belakang tu kemudian ulangi lagi perbuatan tadi iaitu mengetuk pintu suruh bukak.. MasyaAllah..saya sampai rasakan seperti seorang anak yang memujuk ayah je. Kalau saya dah sampai gitu fikir, saya rasa tak hairanlah kalau pagi nanti jiran-jiran akan sangka benda yang sama. Kalau abang rumah depan tu tak ceritakan hal sebenar. Dan begitulah hal yang berlaku, kali ini.. Lama sangat ambil masa untuk buat keputusan, saya dan Ahmad bermesyuarat.

Keputusan terakhir setelah berbincang, akhirnya kami sepakat untuk tangkap pakcik tersebut dan masuk kedalam kereta secara paksa. Dengar seperti kasar perbuatannya, namun saya rasa ada baiknya jika saya tinggalkan pakcik ini di tengah-tengah bandar daripada di celah-celah perkampungan. Kalau dah nak ajak balik ke Markaz untuk berehat semalaman pun tak nak dengar, usah kata bawak balik. Alternatif terakhir adalah tinggalkan dia ditengah-tengah pusat bandar Terengganu dengan harapan agar anak-anak atau saudara mara pakcik itu berjumpalah. Untuk "tangkap" pakcik tu, Ahmad terpaksa cuba terkam dia ikut belakang sementara saya pulak kena cepat tarik batang penyapu tu dari genggamannya. Dah buat benda tu, dia buat pulak satu lagi hal iaitu menjerit-jerit minta tolong. Ikut hati, memang kasihan sangat. Cuba anda bayanglah warga emas merayu mintak tolong, tak sampai hati, batal niat kita kalau buat apapun. Namun saya terpaksa berkeras, begitu juga dengan Ahmad.

Dah berjaya masuk dalam kereta, saya minta tolong Ahmad drive kereta sementara saya jaga pakcik itu dibelakang. Siapa kata tak melawan? Melawan lagi, siap gertak nak tumbuk. Saya bimbang kalau dia tumbuk nanti karang saya pulak bertindakbalas semula, jadi saya ambik risiko peluk dia..Berdebar-debar jantung rasanya, teringat pulak kisah Mike Tyson gigit telinga Holyfield semasa saya berpelukan dengan dia. Alhamdulillah tak ada apa-apa, hanya percubaan dia untuk keluar dan mengamuk dalam kereta ajalah. Tak boleh duduk diam, khuatir dia ganggu driver, silap haribulan ketiga-tiga pulak arwah karang...Terpaksalah saya sendal dia rapat ditingkap sampai dia tak boleh bergerak buat sementara sehinggalah sampai di Tanjung dimana kami sependapat untuk tinggalkan dia disitu kerana suasananya yang selalu ada orang.

Apabila sampai disana, kami turunkan pakcik itu. Dan kelihatan ditepi benteng ada beberapa orang sedang memancing, saya pergi kat diaorang dan jelaskan kisah yang berlaku dan bagaimana kami berjumpa pakcik tersebut hingga terpaksa kami tinggalkan dia disini kerana kami fikir disini sahaja tempat yang terbaik. Adapun pemuda disitu, rasanya orang kampung situ cakap dia rasa pakcik tu familiar disini, maksudnya sering dilihat bermain sekitar Tanjung ni. Katanya lagi anaknya adalah seorang peniaga kedai makanan disekitar kawasan ini. SubhanaAllah...dalam hati saya, setelah saya cuba pelajari dan fahami Asma ul Husna, saya yakin bahwa Allah itu Ya Wajid melalui pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang pengalaman hidup saya dan kali ini juga benar lagi bahawa Allah itu Ya Wajid, Allah itu Maha Menemukan..dan tak saja-saja apa dilakukan. Bahkan kejadian inipun dah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, namun perihal diri manusia itu masih masalah kita. Kita tak reti untuk buat keputusan dan kita sombong diri pada Tuhan, kita rasa kita puja Tuhan padahal kita menyembah berhala ke Aku an diri sahaja..

Besar harapan saya, kali ini biarlah kisah ini kita baca dengan penuh penghayatan dan pemahaman, gila atau tak gila, demensia atau tidak itu no 2. Namun ayah tetap ayah, ibu tetap ibu dan keluarga tetap keluarga. Soalnya, mengapa ada diantara kita suka sangat biar tanggungjawab pergi begitu sahaja?
Walhal, merekalah yang mengusahakan kewujudan kamu bahkan merekalah asbab lahirnya kamu. Dimana dalil kesyukuran kita? dimana erti pengorbanan kita dan dimana bakti kita pada mereka? Dimana???

Tambah pulak para cerdikpandai, Ustaz-ustaz dan semua ilmuan yang kebanyakkannya bercakap tanpa berbuat. war-war tentang kebaikan tapi dalam diam sanggup makan bangkai saudara kita sendiri..Yang banyak "perasankan" pada hari depan, padahal hari depan sendiri pun yang semabo.
Pernah tak kita terfikir pada nilai kemanusiaan?
Kalau ada betul, dimana persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib mereka-mereka yang inginkan bantuan?
Yang jelas dipandangan mata dan fakta, saya rasa kalau nak bandinglah dengan Islam. Agama lain jauh lebih bersungguh-sungguh didalam membantu sesama kita. Siap hulur bantuan dan beri tempat perlindungan. Kita ada tak?? Mungkin kalau ada pun yang tak berapa bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana tak ada untung, welfare. Tambahan pulak event welfare ni boleh lari dari cukai.. Maksud kita ada tak itu masih belum terjawab lagi, kerana kita sering buat tidak kerana dari diri namun kita slalu pentingkan pandangan orang lain. Dan bila orang lain caci kita, kita kecewa pulak.
Kisah ini mungkin perkara baru bagi saya, bagi anda wallahualam.

Namun itu yang sangat menyedihkan saya..kita diambang kematian pada bila-bila masa saja namun kita masih berlagak seperti esok itu milik kita.
dan moga catitan airmata ini berakhir disini sahaja.

Asslamualaikum.

Monday, April 27, 2009

halaman kerinduan

Aku bagai berpaut pada angin,
yang tak berbentuk..tak berwajah...
Harapanku padamu ku tabur,
pohonan keyakinan..andai dikau jaga subur,
pasti kau kan ketahuan,
Bahwa setiap dedaunan yang hidup dan gugur,
semua tertera kalimah-kalimah kesyahduan,
Aku yang terlalu tunduk dan akur,
Pada hadirnya saat pulangku pada......
halaman kerinduan.

Monday, April 20, 2009

renungan tak bertajuk

aku sanggup,
demi keranamu..
katakanlah jika seurat benang sahaja yang tinggal diatas diriku ini yang pada kemudiannya menjadi sangat berharga,
jika itu dapat menghubungkan jurang antara dirimu,
aku sanggup gadaikannya,

demi keranamu..
walaupun debu hati yang telah hancur berkecai itu dapat memberikan semacam penawar pada kebahagiaan,
aku sanggup hadiahkannya,

demi keranamu..
sungguhpun setitik darahku ini dapat mereda serta menghapuskan api kebencian,
ambil lah,
jiruskanlah ia..akan ku korbankan ia dengan relanya,

kerana aku tidak pernah pun meminta untuk dijanjang, dijunjung, dijinjing ataupun dijulang..
apa yang ku harapkan hanyalah kita,
sesama manusia,
ada keterbukaan, kesyukuran, keihsanan dan keikhlasan.

dan ku tahu airmataku ini terlalu murah buatmu,
kerana itu aku menulisnya bersama tinta dengan titisan kudrat keringatku,
wahai makhluk Tuhan paling mulia,
berhentilah meratapi nasibmu kerana dirimu penentu segalanya,
dan renungan ini akan tiada tajuknya dan akan sentiasa menjadi begini kerana itulah mahunya jikalau kita tidak memanfaatkan sepenuhnya akan kewujudan kepala.

Sunday, April 19, 2009

El-Ahad 19 04 2009

Hampir-hampir 2 minggu rasanya saya hanya banyak bermain dirumah saja, kondisi kesihatan yang tak begitu mengizinkan saya untuk membuat kerja, sungguhpun begitu saya begitu tidak sabar untuk kembali berjalan dan terus berjalan disetiap pemandangan dan memerhatikan setiap seni kehidupan memantulkan nilai-nilai keindahannya.
Disetiap kejatuhan kita akan mulai berusaha untuk bangun kembali dengan kekuatan yang melebihi kekuatan sebelumnya. Maksud ertikata ini, dengan panduan yang benar,pemahaman yang jelas,keterbukaan yang meluas dan ketulusan yang sejati secara tidak langsung, kita jadi lebih berilmu diatas kesilapan yang telah kita lakukan. Jangan bertanggapan salah, bukannya saya menganjurkan kita membuat kesilapan demi untuk menjadi lebih matang, seandainya kita sengaja berbuat demekian, saya rasa kematangan itu tak akan tercapai sepenuhnya oleh yang demikian, sentiasa memerhatikan setiap apapun yang berlaku pada diri kita. Jika terjadi sesuatu yang buruk, cepat-cepatlah kembali pada menyoal pada diri dahulu, kenapa terjadi begitu? mengapa anda disitu? apa menyebabkan ia berlaku? dan sebagainya yang anda rasa perlu lah.
Pokoknya kita jangan terlalu judgementalis pada sekeliling, salah kan diri dahulu demi memperbaiki diri kerana tak siapa yang dapat bantu diri melainkan diri sendiri.

Erm..apa yang buat saya jadi asyik sangat mengulangi perkataan "diri" ni banyak lah saya pelajari hari-hari dirumah ini. Dengan tidak keluar pun, saya dapat tahu diri saya dibenci oleh beberapa kelompok jenis manusia..dengan tidak keluar pun, saya dapat tahu diri saya disukai oleh beberapa gelintir manusia,tapi ini tak bermakna saya nak bersyok sendiri. Ini fakta, dan hal ini common ummumi berlaku dalam hidup sesiapapun. Namun begitu soal dibenci tu, kenapa saya kata dibenci kerana golongan "mereka-mereka" ini seperti sependapat diatas kesalahan yang saya lakukan. Dan yang kelakar dan hairan rasa bagi sayalah, ada daripadanya ni mengajak orang lain untuk bersekutu dengan mereka dan cerita kesalahan saya dengan besar harapannya si fulan itu mendengar dan percaya akan apa dikata. Maka terciptalah beberapa buah kumpulan yang membenci saya, keahlian tak dibayar, modalnya hanya cari silap sikit aja pun dah cukup untuk dijadikan bahan huraian dan ulasan, tempatnya kedai kopi ataupun warung-warung siber yang adanya sekarang dizaman "Modern" ini. Saya cukup terharu kalau ikut kata hati sebenarnya, kerana hati saya dah terlalu lama pun hancur berkecai dimusnahkan, yang ada hanyalah perasaan yang berlegar-legar disekitar dada saya bersama serpihan-serpihan hati saya. Apa?ingat saya berkias ke? haha...ini cerita betul lah, apa yang tertulis disini semua adalah berdasar kehidupan sebenar sayalah.
Jadi kenapa saya terharu pulak sedangkan ada sekumpulan ini begitu membenci saya hingga sanggup buat itu semua, orang yang suka pun belum tentu nak tubuh FC. Setakat ini tak ada lagi RB FC,Ku Bad Dendang Anak FC ke apa, sebab saya ini masih biasa saja. Cuba tengok orang-orang yang masuk TV dan jadi glamour, pastinya ada FC tersendiri kerana ia bukannya boleh tambahkan kenalan yang meminati seorang individu ini, malah boleh buat business lagi, guna nama boleh laris kedai makanan, guna nama boleh laris produk ya da ya da macam-macam lagi lah!..hal tu saya kurang minat, tapi moral nya kita kebanyakkannya hanya nak jadi pak angguk aja, kalau kawan kita kata tak suka, kita pun tak suka, kalau suka kita suka, kalau tanya kenapa jawabnya meraban-raban cari jawapan..
Soalan nya, sampai bila nak begini? Sampai bila kita nak ikut orang kerana orang kata patut ikut tapi pada masa yang sama kita pun tak tahu apapun, kalau tahu pun mungkin sedikit atau sekadar syarat saja.

Sampai bila kita nak jernihkan mata fikiran kita untuk menilai serba sesuatu dengan kebolehan kita sendiri?

"tak boleh la sebab orang yang berkata itu orang tua, mereka lebih tahu.."Siapa kata lebih tahu? Ada aja yang dalam persekitaran kita yang tak tahu apa itu Sifat Solat. Orang tua tu..nak royat ke deme blake, hormat tetap no 1 namun pemahaman dan pengetahuan itu kita jangan cepat yakin, kena banyak belajar dan disitulah kita gunakan kebolehan dan kebebasan untuk bertanya. Tanya ajalah apapun, itu kan kebebasan?

Terlalu penat kah untuk berfikir?

"boleh tahan lah, sebab aku kena fikirkan komitmen aku terhadap benda lain..orang kata yang tu kita ikut sudahlah.." nah, ini contoh orang yang begitu malas untuk guna apa yang tak ada pada kucing, tak ada pada beruk, tapi masih memilih jalan untuk jadi malas macam ba...? anda sambung sendiri lah. Itulah sifat binatang bernama khinzir, malas nak gerak duduk berkubang dalam najis buatan sendiri. Bangunlah, kalau betul fizikal anda tak larat nak bangun dan lihat sesuatu yang boleh buatkan fikiran anda terbuka dengan meluas (kalau saya, saya pilih laut atau langit) maka berbaring pun tak apa, pejam mata, bawa bertenang dan fikirkan mengikut logic akal tentang sesuatu itu. Soal diri anda wajarkah ini dan wajarkah itu? dan kalau boleh biarkan jawapan itu tergantung, insyaAllah anda akan dapat jawapannya pada masa akan datang melalui praktikal kehidupan kita.

atau terlalu lama kah masa untuk anda berfikir?

"lama jugak tu..sebab dalam sangat tuuu.kejap lagi lah!"..
alasan ni antara yang paling kelakar bagi saya, kerana ini jugak berbalik pada diri saya sendiri satu masa yang dulu, lah yang semua diatas tu semua melalui pengalaman saya jugak apa sebab tu boleh ceritakan balik. Tapi ni lah top sekali yang kelakar, sebab kita lupa pada panduan asas untuk belajar jadi orang yang bijak, ya ni orang yang bijak akan selalu fikirkan matinya paling minimum 7 kali sehari dosage nya. Itu Nabi kita punya guideline.. "Kenapa pikir mati itu jadi bijak pulak?" "Ade ke gitu?" "Tak baik cakap macamtu.."frasa-frasa popular yang sering saya dengar tiap kali saya cakap "saya tak tau lagi esok ada ke tidak, kot2 tidur karang mati kita tak tau"
Budaya mana ntah ajar kita benda ni, tapi pasti dan yakin dan juga confident BUKAN Melayu ajar macamtu, Kematian tu macam suatu yang "taboo" bagi dikalangan besar antara kita. Sebut mati aja orang kilas ke lain, seolah-olah kita tak nak terima dan tak redha langsung pada ketentuan Tuhan. Jangan gitu, sebab kalau kita macamtu, automatic Rukun Iman kita pun dah fail satu. Macamana nak kata beriman kalau itu pun dah fail?

Begitulah seadanya, saya sebenarnya tak adalah rasa kecewa, buat apalah nak kecewa pada manusia? Dah tau ada orang berbagai ragamnya kan?
Namun betul kita tak boleh elak dari menanggung kepedihannya, kita ada limit jugak atas daya tahan kita. Kita masih perlu seorang teman untuk diluahkan, namun penceritaan pada teman itu masih belum lagi 100% tepat fahami apa kita rasai.
Kita masih perlukan Tuhan, yang bagi Agama Islam yakin dan percaya Allah itu dimana-mana sahaja, namun Allah itu hanya satu. Dialah pemilik segala-galanya.
Dan bagi saya, saya rasa Allah itu seperti "Big Boss" saya yang memegang dan melihat dunia ini hanya seperti sebutir pasir saja. Saya akan adu padanya bila saya rasa sangat-sangat sedih ataupun susah, apa susah?..

Hal pemikiran tu, saya harap sudah-sudahlah kita ikut budaya groupie nih, ikut cara Jemaah sebenar, kita berfikiran dan pendapat lain, bermazhab lain, namun tetap kita berimamkan satu dan mengadap Kaabah sebagai satu tumpuan yang mentauhidkan dan membuktikan bahawa Allah Hu Ahad. Itulah keindahannya.

So be it..go on dengan hidup sendiri yang tak ada sangkut paut dengan mereka yang membenci awak, kalau tak suka biarlah tak suka, biarlah kita berundur dari mendaruratkan keadaan, tiba masa nanti Allah, TUHAN YANG BUAT KITA DAN KEHIDUPAN ini akan tunjuk pada mereka. Biarlah apa dia nak buat, letak dalam surat khabar front page pun banyak hikmah kita dapat, dahlah lagi popular kita bermakna kita yang dibenci inipun dapat masuk muka depan tau...jangan jeles, tambah pulak cerita kita tu rongak-rongak ceritanya tak cukup bukti yang sahih, kalau yang "bijak sangat" tu dia okay la terima aja input paper tu tanpa ada rasa nak rujuk pada source mana diambil. Biarkan dengan cara mereka.. Tuhan itu Ad Dharr dan jangan lupa Tuhan itu Al-Haq pada Yang meWadud akan diriNya.

terimakasih pada pembaca setia saya, sampai setakat ini kita berjumpa lagi insyaAllah..
Salam Sayang,
Ku Bad

Bawah ini hanya dedikasi special saya pada yang benci saya,
saya harap anda akan terus membenci saya lagi! benci lah lagi!
wekk..
guane? menyenyes tak?ditambah pulak comment box tak ada bawah tu..
saya buat blog ini untuk yang sudi membaca, yang berfikiran luas dan terang, dan sekiranya ada comment, saya galakkan pembaca saya mencurahkannya didalam email sebab ianya lebih detail dan indepth bagi seseorang.
Kalau nak comment jugak, email la.. saya spam slalu.
wakakakakakakaka..

Saturday, April 18, 2009

tentang kehidupan

"kita TIDAK mengajar kehidupan,
kehidupan itu yang mengajar kita,
justeru itu..kehidupan lebih lama wujud dan lahir dari kita,
orang yang Marifat pada Tuhan,
faham pada kehidupan yang sempurna,
namun mencapai tahap Marifat itu bukan semudah dikatakan,
kalau tidak Marifat pada Tuhan,
bergurulah pada Kehidupan mencari Tuhan.."

pada orang diluar sana yang berlagak tahu belaka, baca diatas ni berulangan sampai faham apa itu kehidupan yang sebenar.

Friday, April 10, 2009

warkah Hina

Pertama,
Kedua,
Betapa,
Indahnya,
inilah dia kiasan Cinta,
Mengenalmu disaat titik mula,

Hati,
Qalbu,
Menanti,
Merindu,
Tersimpul mati,
hanyalah pada mu,

Gunung,
Tinggi,
Agung,
Berdiri,
Dalam sarat kutanggung,
Kasihku padamu tiada galang ganti,

Bayu,
Puteh,
Salju,
Masih,
Suci budimu dewiku,
buatmu....ku ukirkan erti kaseh,

Mimpi,
terlena,
ini Puisi,
juga Pusaka,
ku nukil dari tinta mimpi,
Buatmu setelah saat terjaganya,

Selang,
Api,
Terang,
Mati,
Rindu kita baharu sahaja bermula,
entahlah mengapa setakat ini,
ku harus padamkan ia,
mungkin dikau begitu diistimewai,
dan aku sekadar hamba..hina,
tiada ku sanggup menunaikan apa diimpi,
kerana sekali lagi..hamba inilah yang maha hina dan memilikimu sudah jauh panggang dari api.

Biru,
Berkaca,
itu,
airmata,
yang datangnya dariku,
kerana perasaan ini terlalu nyata,
namun kita tak mungkin bersama..kerana hina ku sungguhlah malu untuk diberitahu.

Hanyalah warkah Hina ini yang ada bersama..tiada apa-apa, hanyalah "saya".

Sepatah dua berpatah tiga dan berempat

sekarang ku tlah patahkan dua belahan hati menjadi tiga,
dan ketika tiga itu ku patahkan lagi menjadi empat,
demi kesejahteraan ummat,
sepata dua berpatah tiga menjadi empat kini,
dan tiada erti penyesalan yang akan datang kembali,
menghantui diri..
aku akan berdiri dengan berani,
biar keji sekeji dikeji.
biar mati,
biar tiada... air mata.
biar dituding nista,
asal suci dari dosa.

kepada seseorang...

kepada seseorang..yang menyukai dirimu,
mereka yang sering membuat dirimu menyala dengan amarah,
meluat,
menyampah,
namun tidak ingin dirimu tahu..bahawa telah terlalu banyak perkara gila dan menggila telah dilakukan olehnya..buat dirimu,
demi fikir terbaik buat dirimu semata-mata,
untuk dirimu..yang ada hanya yang terbaik sahaja,

kepada seseorang..yang menyayangi dirimu,
mereka jarang memujimu bahkan terlalu banyak mencaci dirimu,
yang sering mengadukan ketidak sempurnaanmu,
kecacatan,
terpulanglah apa sahaja kejelekkan dirinya yang pernah terlintas dibenak fikiranmu,
namun tidak siapa tahu betapa jelasnya hatinya terhadap dirimu,
berbeza daripada yang sering memujimu penuh dengan kepekatan nista,
tak pernah pula oleh dirinya memberi janji padamu,
kerna terlalu takut daripada mengecewakan harapanmu,
walaupun kamu tidak pernah mengharap padanya,
mereka ini tetap memetakan sebuah kehidupan yang paling bahagia dan aman buatmu,

kepada seseorang..yang mengasihi kamu,
mereka sering timbul dan tenggelam saat kebahagiaan tawamu,
namun tidak pernah sesekali terlupa dimana saat dirimu menjatuhkan airmatamu,
kerna disaat itulah mereka akan ada dan mengesat airmatamu,
tidak kiralah berapa lama harus dia menunggu..sungguhpun selautan airmata,
mereka sanggup melakukannya,
kerana saat ini..kamu akan mengerti bahwa hatinya berdenyut-denyut,
dan senantiasa bergetar-getar dan berdoa..hanyalah buatmu,

kepada seseorang yang men Cintai kamu,
kini fahamilah sejelasnya..bahwa "mereka" itu hanyalah satu dalam sejuta,
mereka itu bukanlah mereka, bahkan hanya dirinya sahaja,
dan ketahuilah bahwa "seseorang" itu sedang menulis penuh dengan titisan airmata dipena,
dengan penuh rasa,
yang menCintai dirimu demi Tuhannya,
dan mungkin dia tidak mempunyai alasan mengapa ia menCintaimu,
Dia hanya tahu bahwa dimatanya, hanya ada wajahmu,
di setiap nafasnya, ada hadirmu,
di setiap kata, ada suaramu,
dan bagi dirinya..di dunia ini hanyalah dirimu segala-galanya,
yang membawa Cinta itu kepada maha penciptanya.

Thursday, April 9, 2009

dialog hati berbunyi

Cinta..Apakah ertinya Cinta?
adakah pengertiannya membawa segala rasa yang sempurna hinggakan terwujudnya satu kekuatan yang abadi?

Bagaimana Cinta itu kita tahu ini Cinta? Apa benar kah ianya rasa yang begitu mendalam didalam hati? Bagaimana dapat kita jawab pasti dengan kita rasai, dapatkah rasa itu terbukti dengan kata?
Nah, itu persoalan saya..Buat saya buntu dan mendungu, terbelenggu adakala hidup juga jadi tak menentu.
Ada pula diri didalam diri saya bertanya pula, "Apakah perlu kau kaji hingga begitu?"
Iyalah, jawab saya. Kerana tiap perkara yang berlaku didalam hidup ada jawabnya, ada sebab musababnya yang menjawab persoalan mengapa ini dan itu,begini dan begitu. Kalau Gula itu manis kerana campurannya, kalau Garam itu masin kerana kandungan intipatinya jadi apa jawabnya pada Cinta pula?
yang adakalanya terasa sakit, nikmat, rindu dan menyeluruh hinggakan mempengaruhi tubuh. Intipati-intipati itupun kita tak dapat jawab, kenapa sakit? kalau ada jawab sakit kerana otak kita mentafsirkannya sebagai satu "threat" pada tubuh badan, merujuk pada amaran bahawa ianya suatu benda yang berbahaya dan perlu diubat.
Kenapa Cinta itu satu soalan yang hingga kini tak dapat kita, manusia simpulkan dengan jelas sekali, tiap kali sebut Cinta.. Ada saja definasi berlainan, pendapat yang berbeza namun membawa maksud yang sama, masih lagi Cinta.
Mengapa begitu?
Adakah kerana rasa ini suatu yang begitu mendalam hingga kita pun jadi tak tahu?
Ada yang berkata, jangan terlalu Cinta manusia khuatir nanti memakan diri kita.Menguasai kita dan pada masa yang sama memperbodohkan kita. Kenapa macamtu pulak? Bukan ke Cinta ni tercipta untuk kalangan Adam dan Hawa? yang kemudiannya disalah guna untuk sesama kaum pula.Gila apa?! ada yang kata begitu, namun itulah hakikatnya, hingga akibatnya kita salah letak apa pengertian Cinta itu.
Sekali lagi, jadi lagi buntu. Dan membuka pelbagai soalan lain yang bercabang-cabang pula...Ada mengkaji ini pernah menjadi gila hingga menjadi serik untuk mengenali apa itu Cinta, menunjukkan bahawa hal ini tidak mampu untuk ditanggung didalam kepala kita. Ianya sering memperbaharu mengikut masa ke semasa..hmm..betul ke?
ataupun saya ini mengarut-mengarut dan mengelirukan anda semua?
Saya tak rasa begitu,
saya rasa kita wajar tahu,
kenapa kita buat apapun biarlah ada jawapannya yang tepat,
kerana kalau kita tak tahu maka samalah cara hidup kita dengan makhluk lain, namun kita berbaju, berseluar, berumah, berkereta, beralas tika berjalan..Bagaimana pula dengan penjelasan itu pulak? Kalau betul cara hidup kita dengan makhluk lain didunia maka telanjang lah anda, tapi kenapa perlu berpakaian dan sebagainya pula. Kerana panas? kerana sejuk?
Lah, kenapa mengada sampai begitu kita?? Nanti ada pula ada bagi jawapan kerana kita ini berotak..Abistu monyet pun ada otak, lembu pun berotak,boleh dikatakan 90% haiwan berotak didunia ini.
Itulah, kita yang berakal dalam otak ni jarang notice. Kewujudan Akal itu beza utama mengapa kita(manusia) dengan makhluk lain berbeza. Kita ada akal dapat fikir bagaimana nak membalut diri dari kepanasan dan kesejukkan dengan alasan untuk melindungi. Jadi apakah itu Cinta? Akal ada cuba kita gunakan sebaik-baiknya sepertimana kita menjaga diri kita.
Aduh..jadi apa jawabnya??
Beginilah kalau kita berfikir dalam keadaan menafikan adanya Tuhan, semakin kita kaji semakin bercelaru, tak akan pernah ada jawab pastinya. Kita cari Subject dan mencari Jawabnya berpandukan fakta yang ada, banyak yang saya lihat dalam kenyataan sekarang begitu. Tak berani kita untuk iyakan kenyataan Quran,Kitab ataupun Hadist. Dan apabila perbicaraan yang berkaitan menyebut nama Tuhan, tak kiralah Jesus,Dewa Krishna atau Allah hurabbil alamin, kita sombong dan lari darinya, kita perlecehkan dan anggap satu perkara yang tak perlu kita fikirkan."Tua-tua nanti fikirlah, bertaubatlah...Masa panjang lagi"..Bagaimana boleh begitu? Mati bukan kawan kita, dan andaikata kita bersahabat dengan Mati belum tentu usia kita dilanjutkan lagi..Mati tetap milik Tuhan dan Mati tetap patuh dengan suruhan Tuhan. Kalau anda mati hari ini pada sekian-sekian waktu, anda nak kata apa? Bukan nyawa ini milik andapun, tak ada benda yang boleh kita tuntut melainkan amalan baik kita buat.
Kita bersandarkan pada kebaikan, nilai murni serta kebajikan yang kita buat itupun jika kita betul ikhlas kerana sesuatu yang tak terlihat yang diberi nama Tuhan.
Soal Cinta tadi pun sama lah dengan ini, kita tak boleh buktikan sesahihnya dengan hukum alam ataupun fakta kerana sebelum ia ada dahpun ada. Tuhan buat kita pun dengan penuh rasa Cinta Nya..Nak kata apa?
Sesuatu medium yang batin, itulah Cinta. Kuasa dan pemangkin. ianya mutlak semutlaknya, Cinta itu milik yang maha mencipta. Bukan untuk lelaki yang kononnya Cinta girlfriendnya ataupun isterinya, ianya tidak adil jika kita letakkan begitu rupa. Itu pada pendapat sayalah, kerana pada Apa lagi nak kita beri pada sesuatu yang tlah beri kita kehidupan dan peluang untuk berada didunia ini kalau tidak Cinta?
Bagi saya, mansuhkan erti Cinta kita pada sesama manusia. Itu adil. Gunakan Kasih sahaja. Kalau menurut apa yang telah diajarkan pada saya, ada 3 Maqam sebelum mencapai Cinta:
Pertama: Suka- itu pada Nafsu.Apa kita "Nak" itulah dia.Apa kita "Suka", selesa dengan diri kita itulah Suka.
Kedua: Sayang- itu pergaulan sesama kita, kenangan yang dilalui membentuk semacam perasaan yang itulah diberi nama Sayang.Dalil sayang adalah kemesraan.
Ketiga: Kasih- itu datang dari Hati. Dalil Kasih adalah Rindu yang tak terhingga akan dirasa, bukan kerana kenangan tapi pada diri orang itu yang rasa saling memerlu. Dan sungguhpun Hati itu satu, kita wajib tahu bahawa Kasih itu imbuhannya Pengorbanan terhadap seseorang itu. Bagi lelaki, inilah tahap tertinggi baginya untuk berhubungan dengan wanita. Bukan Cinta.
Keempat: Cinta- makan terakhir,inilah puncaknya, dan layaknya menerima hanyalah Tuhan.The ultimate, dan tiada penduanya.

Namun atas kitalah menilainya, sejauhmana betul atau tidak, saya tak berani menghukum kerana saya bukanlah Nabi, Wali atau apapun. Saya masih "mengembara" didalam hidup. Selagi belum bertemu titik noktah itu, selagi itulah saya akan mencari.
Dan bercakap tentang dialog hati ini, saya sebenarnya dah terlalu serik bahkan merasai betapa kecewanya pada karenahnya, kesetiaan digugat, kerinduan tak pernah terubat-ubat...takut nak cakap lagi,kalaulah hati ini berupa, entahlah bagaimana hati saya agaknya, kalau rasanya dah pedih dan sakit..Entahlah, biarlah ini jadi rahasia saya saja. Namun kerana anda semua saya tetap akan terus menulis. Kerana saya menulis bukan untuk pulangan, tapi faedah kebersamaan kita bersama. Saya sayang semua, biarlah ada antara kita tak pernah bersemuka namun saya tetap sayang, kerana tiapkali membuat penulisan ini saya selalu merasakan anda bersama saya, kita saling berkomunikasi dan adakala andalah penyebab kenapa saya berada disini.
Jazakallahualakhairankasiran pada anda semua.
insyaAllah saya tidak akan menghampakan anda semua dimasa akan datang.

Tuesday, April 7, 2009

bila anda kecewa..kembalilah pada Gua

Pernah satu malam setelah penat mendaki di puncak Jabbal Nur.
duduk mengadap diluar pintu gua hira, saya dapat melihat jelas betapa tersusunnya agama.
Mengapa saya berkata sedemikian rupanya?
kerana kalau kita baca semula sirah Nabi Muhammad salallahualaihiwasallam, baginda mendaki gunung jabbal nur dan duduk di gua hira untuk menyendiri buat seketika, ada kata menyepi pun boleh guna. Dan adapun saya pernah dengar dari sahabat-sahabat saya yang cerdik cendekia belaka pernah berkata bahawa Agama itu bermulanya dari gua,
mengapa gua?
dan kenapa agama mula di gua?
apa simbolik gua hinggakan ada hubungkaitnya dengan alam perut ibu(rahim ibu) dan sehinggakan senibina mihrab itu sendiri ada yang katanya inspirasinya adalah daripada gua juga. Tak cukup dari itu, ada satu surah dalam Al-Quran Khas untuk Gua disebut suratul Al Kahfi. Saya tak kata betul, jika saya kata betul maka saya ni berat sebelahlah pada orang yang berpandangan tidak betul. Maka saya minta anda semua perhatikan sendiri dan fikirkannya. Dimana Gua nya?
Gua itu tempat Muhammad ibni Abdullah "merajuk" dengan dunia. Sebagai manusia biasa, Muhammad ada perasaan yang sama seperti kita, yang akan tersenyum bila melihat sesuatu yang disukai, yang akan tersinggung bila dicaci dan dihina. Boleh dikatakan bahawa baginda pada satu saat, dah sangat-sangat kecewa dengan perihal yang berlaku didunia, jangankan apa dikata orang nak dengar, nak memandang dirinya pun orang dah jelek.. Buta huruf lagi, kalau zaman sekarang orang buta huruf apa pandangan kita? Pasti orang akan kata bodoh kan?..Disini saya minta saudara dan saudari jangan perbandingkan zaman ketika itu dan ini ada kemajuan dan bla bla bla..Kita tengok logically, kalau Tuhan nak buat Muhammad ibni Abdullah itu seorang manusia yang educated gila dan pandai baca dan tulis, boleh aja kan? Persoalannya kenapa Allah letak keadaan sebegitu pada diri seorang Rasul Allah? Kekasih Allah tu.. Mengapa?
Pendapat sayalah, apa yang lebih penting adalah ilmu yang kita amalkan jauh lebih baik daripada ilmu yang kita baca dan belum tahu boleh amal dengan sempurna. Kehidupan itu sendiri adalah guru bagi kita yang Allah telah siapkan buat kita, ianya seperti satu Sylibus lah kalau belajar tu. Berperingkat-peringkatnya.. Ujian itu penentu pada sejauhmana kita memahaminya, kalau tak faham lagi.. Dont worry, tetap akan datang perkara yang sama seperti itu namun berkeadaan lain sedikit. Ke guane? itu sekadar apa saya fahami berdasarkan apa yang saya pernah alami sepanjang kehidupan saya ni. wallahualam.

Berbalik pada isu gua tadi, mengapa gua itu Tuhan sibuk sangat nak highlightkan pada kita yang tak reti-reti ni? Apa yang sangat special pada gua tu?
ok, saya akan cuba terangkan pada apa saya fahami tentang gua ni.
Gua merujuk kepada terowong semulajadi yang terbentuk ke dalam bukit atau gunung yang disebabkan oleh hakisan air atau sebagainya. Gua boleh jadi hanya beberapa meter ke dalam atau boleh menjalar sejauh beratus-ratus kilometer dan kadang-kala sehingga tembus ke pintu gua yang lain. Gua yang biasa di lihat berada di bahagian atas tanah, tetapi kadang-kala terdapat gua yang menjalar sehingga di bawah tanah, dan kadang-kala pula di bawah paras air, menyebabkan gua tersebut berisi air. Itu menurut taarif dari wikipedia, pada kejadiannya.
Namun apa pula kaitannya dari segi Tarikah,ia disebut dalam surah Kahfi:
“Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah selain Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmat-Nya kepada kamu dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk menjayakan urusan kamu dengan memberi bantuan yang berguna”. (al-Kahfi: 16)
Maksud disini, kalau kita tak dapat elak daripada terpengaruh dengan sesebuah perkara yang tak elok, kembalilah pada Kahfi, dan berlindung maksudnya adalah kembali pada basic semula, dengan syarat juga tempat tersebut haruslah suci daripada segala kekotoran, terlindung dan terjaga oleh alam.
Rahmat dari Allah itu adalah kemurahan dari Allah, maka jika kita bersyukur dengan Nikmat maka ditambahlah Kemurahan..kalau sistem jual beli kalu wi harga mahal, ye buh koho mahal. kalu muroh, ye wi koho muroh. Itulah dia..

Hakikat Gua pula adalah bilamana kita berada didalam gua dan merasainya, kalau kita rasa takut maka takut lah yang akan teman kita, dan kalau kita berani, maka beranilah kita. Kalau nak faham bab hakikat kedalaman tentang gua ni sangat lah dalamnya, bayang gini dahla, ibarat kita mencari semut hitam, didalam gua yang tersangat hitam kelamnya, semut hitam itu pulak berada diatas batu yang tersangatlah hitamnya. Soalannya, dapat ke kita cari semut tu?
Rata-rata akan jawab tak lah, namun kalau kita bersatu dengan kegelapan, kita akan dapat merasai kehadirannya, kerana saat gelaplah kita akan mula belajar menghargai apa kita ada, mata masa tu berkelip-kelip tercari-cari sesuatu sungguhpun kita takkan nampak, akal fikir kita terfikir-fikir mencari sumber apapun untuk dinilai, kalau tiba-tiba ada bunyi-bunyian didalam kegelapan maka telinga yang mendengar akan direct pada otak kita paling cepat menilainya dan cuba bertindakbalas, hidung menghidu pun mula mencari-cari bau-bauan untuk dikesan dan berbagai lagilah yang berlaku pada seluruh anggota tubuh pada waktu itu.
Namun begitu apa yang penting adalah apa yang kita mahukan dan sejauhmana kita berpegang pada pegangan, itu penentu dan kita nilailah sendiri waktu tu kerana tak ada sesiapapun yang dapat mempengaruhi diri. Yang ada hanyalah diri kita, kegelapan dan Tuhan. Pengantaranya hanyalah hati, kalau kita benar beriman maka fikirkanlah bagaimana nak beriman, dan adakah saksinya kita pada kalimah syahadah itu sebenar saksi ataupun kata-kata sahaja? Kalau basically kita cakap dan akui sesuatu yang kita sendiri tak saksi, itu namanya Munafik/penipu. Kalau dalam Mahkamah dah dikira Saksi Palsu. "abistu, boleh ke naik saksi adanya Tuhan bernama Allah dan akui Muhammad itu pesuruh Allah?" Maka jawab saya, ya. Kerana Agama itu Kebenaran belaka didalamnya, tak pernah ada kebengkokan. Nak jawapan maka carilah ia dengan jaga niat tu dengan sesungguhnya. Kerana Allah tidak akan menyesatkan orang yang ingin mencariNya, Allah akan menguji keinginan kita..
Kaitan gua dengan perut ibu pula, saya jangka sekarang anda dahpun faham conceptnya bagaimana setelah membaca hal diatas tadi? cuma keadaannya sedikit berbeza kerana penciptaan Bayi ini terhasil daripada persetubuhan dua pasangan yang saling sayang menyayangi, maka dari situ tercetuslah sperma yang ditembak masuk kedalam rahim wanita dan apabila telah sebati dengan ovum maka berhasil lah yang dinamakan janin, maka melalui beberapa proses seterusnya akhirnya menjadi bayilah ia. Dikandung dalam perut berbulan-bulan lamanya pula dan akhirnya dilahirkan. Saat didalam perut itulah dikatakan Alam Ijsan(Perut ibu). Dimana kalau rujuk kitab Hakikat Insan pula ada 7 perjalanannya(yang saya rasa pada masa ini elok jangan dibaca kalau tiada guru yang mursyid dan dah bermaarifat, bagi saya kitab ini ada logicnya didalam proses kejadian kita sebab itu saya mengambilnya).
Maka dikatakan semasa di Alam perut ibu inilah kita dibentuk hasil daripada apa yang ibu kita amalkan, benar ada sesetengah kata segalanya atas ketentuan dan ketetapan Tuhan, namun begitu ketentuan dan ketetapan Tuhan terletak pada dua cabang "pilihan" yang kita buat. Allah bekalkan Akal untuk Fikir, buat keputusan, sebab itu kita(lelaki) dikatakan Khalifah dimukabumi dan wanita adalah permaisurinya, bukanlah saja-saja diletak begitu..
Jadi gini lah, apabila kita berbalik semula pada Kahfi. Kita akan fahami bahawa tak ada apapun yang kekal buat kita hanyalah diri kita dan apa kita amalkan, berada didalam gua tidak bermakna kita dapat nombor ekor atau bela jin atau kawan dengan syaitan, itu 2 makhluk dah termaktub oleh Tuhan, Jin pengisi Dunia dan Syaitan itu laskar pada Iblisnya. Jangankan kita anggap benda itu tak adapun dan bila dah anggap ada kita pulak jadi taksub gila pulak. haduuuuuihh.....biar balancelah, seimbang dengan apa kita buat, makan seimbang, tidur seimbang semua seimbang baru kita amal kehidupan adil, baru kita adil pada diri, nak cakap adil sebagai pemimpin pula biarlah kita berkawan tak pilih bulu, reti hormat orang dan kehidupannya.
Jadi semasa saya disitu, banyak sebenarnya yang saya fahami, persoalan saya dijawab melalui apa disaksikan. Namun airmata tak dapat saya tahan sewaktu lagu Kepulangan-Dendang Anak dan Hijab Kekasih-M Nasir berkumandang didalam headphone saya.. Sangat pilu dan sembilu rasanya. Anda bayangkanlah, jika tahap kita kecewa dengan pasangan kitapun dah rasa macam akhir hidup dah, apa lagilah ber Cinta pada sesuatu yang tak terzahir, orang kata kita gila, orang caci kita, perjalanan hidup kita didalam mencari cahaya Tuhan tu buat kita rasa semacam perkara yang agak mustahil dikehidupan nyata ini, kita mungkin tidaklah semulia para Nabi yang berjuang dijalan Allah, namun kita cuba menyusuli perjalanan Sirah Nabawiyah ini sebagai panduan tariqahnya, dan tak cukup itu kita ditentang habis-habisan digugat..hingga kini pada pengetahuan pembaca, saya masih menerimanya. Namun pada masa itu, saya menangis sepuas-puasnya(tapi tidaklah sampai meraung)..akhir setelah saya memujuk diri untuk bertenang, saya nekad dan bersumpah diatas bumi ini untuk menjadi yang terbaik dari diri saya, serta mendoakan kesejahteraan anak,cucu cicit saya yang bakal tampil di pentas akhir zaman nanti. amin..
Hingga kini masih saya tertanya-tanya, mengapalah perjalanan ini sangat menyakitkan? mengapa kemuliaan itu sanggup ditukarganti dengan kesombongan, keegoan diri?
mengapa kita mencaci pada sesuatu yang tidak kita jelas sendiri?
berbagai bentuk soalan bermula dari mengapa. Seribu satu macam..
Hinggalah baru-baru ini sewaktu saya bermuzakarah dengan sahabat saya seorang ni, dia berkongsilah pada saya apa dia buat malam sebelumnya ya ni dia telah membaca tafsir dari Al-Quran dan ada sepotong ayat tu dia "trigger" semacam katanya, saya sendiri sebenarnya kurang ingat ayat apa, namun maksudnya adalah kalau kita nak mengenal agama, syarat pertama hati mesti hancur berkecai. Saya terkejut besar dan cakap padanya bahawa inilah jawapan yang saya cari-cari sebenarnya. Makna ayat tadinya memberi erti semacam kita tak akan mengenal agama melalui kesenangan, walaupun hidup kita serba senang namun agama itu tetap susah payah.
Kenapa begitu, kerana sangat berbeza jika kita memahaminya dari pembacaan dengan practically /amali.
Sangat-sangat berbeza. Percayalah..
Dan kefahaman saya pada persoalan kenapa isteri perlukan bimbingan suami dan mengapa suami itu pemimpin agamanya terjawablah, ini kerana apa yang bakal dilalui adalah besar ujiannya, silap haribulan nauzubillah..kita sendiri hilang keyakinan pada agama kerana kecetekan kita dalam berilmu mengenai agama.Bottomline, Pemimpin itu lelaki, dan kepimpinan memerlukan keyakinan, jika tidak yakin, usahlah buat, belajar lagi dan lagi agar tak di queen control.. Kita minta jauhlah dalam hal tu belaka.


Begitulah seadanya ulasan saya kali ini, andai nak diurai lebih mendalam, saya ikut majoriti balasan email dari anda, jika ia mengizinkan maka saya teruskan berceloteh lagi bagi pandangan dan fahaman saya. Saya tak kata apa ini semua untuk menyesatkan, cuma nak kita buka fikir untuk lihat kehidupan didalam perspektif yang besar, agar pemikiran kita lebih mendalam, itu sahaja. Tak ada untungnya dari saya berceloteh begini untuk jual minyak ke apa, wakakakaka..
Wallahualam tentang Gua ini. Kalau kita tak amal apa kita kata, itu berbohong dan berbohong itu sama sifatnya dengan ular. Saya taknak disamakan sebagai seekor ular. Saya manusia dan akan terus berusaha untuk jadi lebih "manusia" dan insyaAllah Hamba padaNya.. Sama-sama kita cari keredhaan dari Tuhan.

Saturday, April 4, 2009

apa yang kita sering ungkapkan

apabila tlah rebah rembulan di dunia,
bila hatiku dan hatimu saling menatap sesama,
ketahuilah..bahwa inilah nilai yang tak terhingga,
sebuah kado yang paling berharga,
pemberian sang maha pencipta segala-galanya,
yang diberi nama Cinta,

maka dipisahlah oleh bumi,
kerna kekudussannya,
sang pertiwi..menangis lagi,
menunggu tercari-cari menagih kerinduan tak terhingga,
menangis lah dirinya..hilang dalam menanti,
bermimpi didalam berjaga,

inilah kisah teragung,
pernah dicerita,

dan didengarkan ia oleh seluruh makhluk didunia,
nyata ataupun maya,
Tuhan tetap memberikannya yang sama,
untuk kita rasa,
erti pengorbanan..dari apa yang kita sering ungkapkan.

nightingale

nightingale..
please sing me your greatest song,
and amaze me,
all night long.

nightingale..
send me a shining star,
to lead my lonely road,
that i've traveled so far..

nightingale..
ease my sleep with the greatest lover,
to give me hope,
for me..to be able to stand with me together.

nightingale..
how i prolonged the deepest feeling,
that was meant forever and lasts longer than ever.
nightingale..hear me out.

Friday, April 3, 2009

adab kenal mengenal

tok ketuk pintu,
jangan di ketuk kepala,
tok kata rindu,
cu tanya pada siapa,
tok kata tak tahu,
cu garu kepala,
tok bukan penipu,
tapi tok punya rasa,
tok percaya qalbu,
tok tak suka dengar saja,

ambiklah ia bukalah jendela minda,
nak kenal orangnya maka kenalilah kerjanya..
nak kenal siapa maka hulurlah salam padanya,
nak kenal dimana maka usahlah malu bertanya,
nak kenali hati budi maka fahamilah sedalam-dalamnya,
jangan rasa riak dengan apa yang ada,
rugi kalau berlagak..sesen pun tak ada untungnya,
tok mungkin tak bergigi namun masih bersuara,
tok mungkin akan mati namun pesananlah wasiatnya.

Thursday, April 2, 2009

sejenak tentang fakta umur

Dari awal sekolah sekolah dulu, selalu saya perhatikan soal perbezaan umur ni. Yela time tu selalu berlagak tahu semua benda, kerana sering bergantung pada buku-buku yang dibaca. Bahkan saya pun pernah menjadi diantara penentang pada kawan-kawan untuk tidak mencari pasangan yang tua ni kerana takut diatasi andaikata ianya direstui hinggalah berumah tangga. Dulu bermati-matian saya membahaskan isu ini pada kawan saya disekolah dulu. Kalau perempuan elok cari pasangan yang lebih tua, dan yang lelaki baik cari pasangan yang lebih muda. Masa tu, pemikiran orang seperti saya masih belum mampu pergi jauh. Ini kerana pengalaman hidup untuk melihat kehidupan diluar sana yang terhad, hidup dalam routine sahaja 24/7.
Setelah selesai sekolah, isu ini timbul tenggelam didalam lubuk pemikiran saya. Tapi macam apa saya kata tadi lah, kadang ingat kadang lupa untuk cari kepastian sebenar mengenai fakta umur.

Adakah umur itu benar-benar perbezaan antara kita?
itu soalan yang ambik masa hampir 4 tahun, kalau kira tahun logically hidup ni la.
Dan disepanjang masa itu, sering saya bahaskan dengan teman-teman saya yang saya temui didalam kembara saya mencari jawapan yang pasti berkenaan fakta umur ini. Rujukkan dari masa kesemasa di internet, mana ajalah yang berkenaan usia nih..
70% banyak mengatakan bahawa Umur adalah penyebab kematangan seseorang itu. Lebih tua maka lebih matured lah ia.
Hmm..betul ke?
Dalam reality hidup, kita tengok ada je lelaki nikah wanita tua, ataupun wanita bernikah dengan lelaki lebih muda darinya. Walhal Nabi Muhammad bernikah dengan wanita lebih tua dari diri baginda dan bahkan juga bernikah dengan budak yang berumur 9 tahun. Kalau kita bayangkan dizaman kini ada orang buat benda macamtu mesti bertanggapan gila agaknya ye..
Tapi soal umur ni, betul ke keserasian antara kita ni bergantung pada fakta umur?
Eloklah kita buka minda dan fikirkan sejenak.
Bagi sayalah kan, fakta umur ni nombor 2 apa yang penting adalah kematangan kita.
Kalau umur tua tapi masih teraba-raba mencari maksud hidup, tak berguna juga.
Namun bukanlah ia advantage kita untuk tidak menghormati yang tua, hormat itu wajib kerana kita memandangnya sebagai orang-orang yang terdahulu dari kita. Hormatlah kerana kekuatannya untuk terus hidup dalam apa juga keadaanya.
Hormat itu kunci kepada darjat diri kita sebagai manusia, kalau kita nak dimuliakan maka hormatilah semua dengan sama rata, kalau nak dihina, berlaku biadaplah pada siapapun namun janganlah salahkan nasib kepada Tuhan kerana kita yang memilih untuk begitu.
bagi mereka-mereka yang selalu menggariskan had pemikiran,
anda dinasihatkan agar
jangan sibuk bertanyakan BERAPA LAMA anda telah hidup, tanyakan KENAPA anda hidup?..kerana itulah beza sebenar antara kita. Sejauhmana kita menghargai apapun dalam kehidupan kita.

hanyalah kita semua

siapa kita?
kalau kita tak arif tentang kita ini,
mengapa harus disebut kita?
kalau hati kita saling pecah belah hancur berderai,
mengapa harus dikatakan kita?
kalau suka,sayang dan kasih masih tercerai,
mengapa harus diucap kita?
"kita"
mengapa kita?
coba kita fikir apa itu kita??
yang bukanlah ungkapan pada pengertian antara pihak satu dan dua semata-mata,
kita yang merubah,
kita yang mengubat,
kita yang mengelat,
kita yang mengumpat,
kita yang mendapat..hanyalah kita semua.

Wednesday, April 1, 2009

buat bonda

aku menatap wajah ibunda,
saat dia meluahkan kebahagiaan,
kebanggaannya kerana susah payahnya,
kehidupan yang lama menyiksa jiwa,
namun itu ceritera lama,
kini,
bersama putera puterinya,
ketika itu mendung hari..
ketika itu ku fahami,
betapa deritanya hatinya,
setelah apa kami alami,
terkatup sudah rahasia kita berdua,
hanya aku yang mengetahui,
aku memandang seri cahaya,
cahaya illahi,
yang masih berusaha keras dan terus perjuangkan nilai mulia,
bonda tetap tersenyum ceria,
mengalahkan sinaran matahari,
terang benderang menyuluh istana..
adapun juga di kayangan curiga,
melihat dari langit dikala keredupan dunia,
kerana bonda..keamanan melata,
bonda,bonda dan terus bonda,
penentu budaya,
pembentuk kasih sayang dan kemuliaan,
ingin ku beritahu betapa tingginya darjatmu disisi maha pencipta,
biar dihina,
biarkan menikmati seksa,
biarlah tergadai nyawa,
kerana dirimu,
begitu berharga,
buat bonda ku dan bonda mu jua.

31 March 2009

Dua hari kelmarin, malam 31 March 2009. Sekitar jam 0412 minit pagi. Setelah usai sudah bertungkus lumus siapkan urusan di Terengganu, saya ke Kuala Lumpur pulak untuk siapkan kerja-kerja yang tertangguh disebabkan masalah PC. Saya bawak sekali PC ke branch Dendang Anak di Desa Pandan ni disebabkan data dan file yang terlalu banyak dan makan masa yang panjang untuk transfer kesemuanya didalam external hd..
Perjalanan kami pada mulanya smooth seperti biasa, kalau selalunya ambil jalan melalui Jerangau, kali ni kami ubah perjalanan laluan pantai. Biasanya kalau time cuti sekolah memang jam laluan ni, tapi mungkin disebabkan bukan musim cuti jalan jadi lengang..
Bila dah masuk highway Kuantan, kereta dah mulai meragam. RPM jadi gila dan signal sensor kejap menyala dan kejap mati. Untuk kepastian kami berhenti di tepi highway selepas Gambang, nak taknak kena berhenti walaupun gelap di area tu tak berlampu apatah lagi di lebuh raya. Bila engine dimatikan dan kemudiannya direstart ulang, tak boleh nak hidup dah. Tersedut-sedut jadinya..Hairan jadinya, tak tau apa puncanya pula. Seperti sebelumnya pun kereta ni dah selalu buat hal, tapi kali ni kami semua jadi buntu...hahahaha.
Sekitar jam 0521 masa tu adalah peronda lebuhraya lalu, dia berhenti dan bertanyakan masalahnya, ternyata mereka pun tak berani nak kata apapun. So depa letak cone di belakang kereta agar pemandu kereta lain nampak. Tak adala yang merempuh plak nanti.
Abang peronda tu pun call la Towing lebuhraya. Sayapun apa lagi, bawak keluar camera dan mulai "penyakit" saya..ketap ketup ketap ketup ambik gambar kereta lalu ataupun slalu dikenali sebagai Long Exposure (merakam cahaya pada satu jangka masa yang melebihi dari 1 saat)..Macam-macam dibueknyo,abehtu katanya 20 min sampai. Tapi dah sejam genap baru sampai. Mereka bawak kami diselepas tol Maran, tinggal disitu. Then tunggu brader foreman pulak datang dengan tow trucknya = 1 jam lagi nunggu. Sementara saya pulak rebut ajala peluang yang ada tu untuk berfotografi subject-subject yang ada di situ..hahahaha.
Perjalanan dari Maran ke Batu 42 tak silap saya, dah 30min lagi.
Sampai di bengkel pulak, sementara tunggu masalah kereta dibaiki. Saya kehulu kehilir ar ambik gambar.. Cina towkey bengkel tu tersengih aja tengok gelagat saya, sampai dia saja-saja nak kenakan saya, dia bagitau Ayie je yang dicelah-celah kereta tu ada dia rantaikan anjing. Saya tengah baik pose nak ambik gambar ayam atas kereta pusing-pusing ado anjing.. Gelabah la sekejap sebab terkejut. Tapi pastu ok ajala.
1 jam
2 jam
3 jam
berlalu macamtu je, garing rasanya. Panas mencengkam..sempat juga dicelah-celah tu saya wat renungan yang bakal saya post kemudian lah. Bila kereta dah siap, bayaran pulak macam bedil, dari 1 benda yang rosak ditukar pulak 5 benda lain total cost RM1k..huu..dalam pocket memang ada standby untuk contigency tapi tak adalah sampai tebal macamtu, ditambah pulak dengan payment belum settle job minggu lepas, saya minta orang office ayah pam masuk duit. Jam 1240 tengah hari, muka sorang-sorang dari yang ceria jadi macam kulit kompang kerana kepenatan. Walaubagaimanapun, perjalanan tetap harus diteruskan. Susah payah tu ada hikmah disebaliknya. Sekitar jam 5 petang kami tiba di Kuala Lumpur, letak bag dan patching barang. Ntah macamana semua jadi tertidur petang tu, kul 8 baru terjaga.
Ada kawan saya call, terkejut dia tak sebab tidur petang dan miss maghrib. Saya cerita lah yang saya di KL, bukan di KT. Barulah dia paham, disinilah hikmah Musafir dalam Islam, ada kelonggaran sedikit kerana berjalan jauh..huu..lepas tu kerja terusss....
pukui 8 pagi tadi, masih belum tidur. Saya sorang je masa tu yang berjaga, yang lain masih tidur.
Jadi saya ambil ruang ni untuk imbas balik kejadian kereta rosak tu dan semuanya dari mula perjalanan hinggalah sampai di KL.
Burung pagi-pagi bernyanyi, tapi sebenarnya bukanlah bernyanyi bahkan bertasbih..Tak ke kita lupa semua makhluk dimukabumi ni tunduk pada apa Allah perintahkan, kecuali Jin dan Manusia. Dan didalam perintah Allah ada menyuruh kita untuk bertasbih disiang hari dan berzikir dimalam hari...
Dalam peristiwa tu, saya pelajari satu benda yang baru. Mungkin baru bagi sayalah untuk saya benar fahami, kalau tahu itu dah umumi ketahui. Dan saya akhiri hari tu dengan nukilan ni, yang saya type di hp sebelum tidur. Harapnya ada baiknya kita fikirkan..kerana sesibuk manapun saya, saya cuba jugak post blog saya hanya untuk ajak anda semua berfikir. Sebab itulah saya katakan ceritera, bukan blog Al-Kuliyyah ke apa.. ini untuk umum, semua boleh baca, bukan untuk orang tertentu dan Islam sahaja. Apa saya harapkan hanyalah satu, cuba. Terpulanglah cuba apapun, cuba benci, cuba cari salah saya, cuba fahami tapi biar pokoknya itu cuba.

Hidup ni adil dengan kita, siapa kata tak adil?
Kita yang menentukan keadilan, keseimbangan dalam hidup ini.
Didalam kepanasan..terik matahari kita disiramkan,
kita kata panas, dan kita marah sangat atas ketidak selesaan..
bukankah kita ada pilihan?..
kenapa tak digunakan pilihan itu bagi memikirkan betapa berertinya kehidupan.

8 lebih, baru tidur depan PC,dengan bantal sofa dan selimut kain batik. Kemudian bangun sekitar jam 12 pulak dan sambung lagi kerja, semua mengadap PC..kerja.tak akan habis.