Monday, August 9, 2010

kalau tuhan itu kamu

kuasa mutlak letak pada inginmu,
sejauhmana hendak kau rubah sekeping batu,
agar dibina keangkuhan sebesar mahu,
kau kata kau mampu..kalau Tuhan itu kamu,

yang tertunai merampas sekalian waktu,
semesta masa tlah dibuang begitu,
terulang hari,bulan,tahun,zaman tak siapapun tahu,
kau kata kau perlu..kalau Tuhan itu kamu,

biarkan sahaja yang benar dari swaraku,
apakala yang menentang ada dihujung itu,
akan mereka tahu betapa maha hebatnya AKU,
kau kata ini fardhu..kalau Tuhan itu kamu,

kalau Tuhan itu kamu,
kau pasti,
kau mesti,
ku yakini....WAJIB halal bagiku, untuk ku katakan kau akan jemu akan yang dinamai tetamu.
dan kerana itu kau bukan Tuhanku..dan takkan bisa menandingi betapa Mahanya Dia Allah hu rabbil alamin itu..tetap Tuhanku.

Tujoh tengkujuh

menunggu teman terdiamlah dipinggir kali,
apa ada pada diri..sekadar mulut tak bergigi,

tenunan songket disarung warna warni,
aibmu tetaplah Dia ketahui..kemaluanmu tak perlu ku cari,

melangkah kaki bersilang kanan kiri,
kalau taat hilang dari diri..laknatnya terucap sepanjang hari,

siang bernyanyi maka petangnya menari,
malangnya hati yang sunyi..kerana berlagak sendiri,

madahnya bintang bersungguh memuja yang tersembunyi,
jika nafi itu teramat memberahi..terhijablah sebenar dari dikenali,

lancang sungguh cengkerik berkata dan kodok lantang berpuisi,
andai haram itu babi maka yang menyerupai itu lebihlah menyalahi apa dijadi,

barangsiapa mendindingkan diri asyiknya memadam akan pelita-pelita hati,
akibatnya bakal diketahui nanti..apa yang terang dimaksud oleh hidup ini,

perak dibuang..emas diberi-beri,
berkiranya apa disini..mati masihlah dataran yang sepi,

tujuh rangkap tlah ku turunkan,
tujuh ucap tlah ku himpunkan,
kepada yang tumbang..dibangunkan,
kepada yang hilang..dikembalikan.