Thursday, January 28, 2010

as shakur

galak benchana,
meruntuh kota dan singgahsana,
negeri hilang raja..dimana rakyatnya,
jajahan takluk kering kontang rakyat..siapalah sang penguasanya?,
ngeri daku merenung nasib melanda kota Melaka,
ibarat dituding jari hantu kerna tiada telunjuknya,
hingga kini masih belumlah sejahtera apatah lagi mencapai ia ke arah sempurna,,
lihat kami dan kita,
seperti satu bahasa dan sekata,
tapi tuntutan dihati tak pernah terbela-bela,
hancur berkecai sugul sengsara,
apa sengajakah oleh kita?,
inginkah begini sahaja?,

galah dihulur,
maka jolokkan buah itu,
dibantu bukanlah memilih siapa saja sembulu,
Allah tak pernah pilih kasih sungguh Dia Maha Cemburu,
aku dan kau tahu maka usahalah itu jadi tetanggamu,
keikhlasan nan jitu penunjuk jalan yang satu,
sekarang ini bukanlah lagi zaman mengangkat bahu,
dan janganlah diguling nasibmu kepada dadu,
hidup ini meluas..melangkahlah menghadap di luar pintu,
diterimalah perubahan itu ke arah kebaikan prilaku,
manusia berjuang bukan setapak kedepan kemudian terkaku.

golok keramat,
menghentam khianat,
langkah kalimat,
seruan kiamat,
makin hari makin rapat,
belum puas berehatku tiadalah sempat,
relanya hidup bagai wong merempat,
diajar umpat maka aku umpat,
dididik jilat maka aku penjilat,
bodoh dan hinanya hamba ini takkan pernah kau terlihat,
hinanya termaktub didada surat,
inilah nasib kepala otak yang berurat,
siang malam menyusun ayat,
tapi gagal memahami para mutasyabihat,
akhirnya jadilah aku seperti pepijat,
dah mati..berguling..tahunya pun lewat.

gila aku bertafakur,
gila aku bertafakur,
makin gila aku bertafakur...terbujur mati nanti ku diliang kubur.
apa yang ada hanya Syukur.

Tuesday, January 26, 2010

keliru

Jemaah ditanah Melayu.
dilanda banjir membuntu,
disana dan ada pula disitu,
berpuak-puakkan..asak-asakkan membuta dan melulu,

Kota Melayu..kini pekat,pekak dan padatnya dengan suasana tak tentu,
entah hilang hilai tawa kemana..ayahnya pun kelu,
disangka pesta kalang katu,
dihimpitkan melihat jutaan manusia bagaikan kutu,

yang disangka kini disanggah malu,
betapa ramainya orang mengisi setiap penjuru,
umat kita yang lebih cenderungnya penyakit kepada meniru,
dikoreknya liang lahad itu gunakan sudu.

terkapai-kapai leka dek waktu,
bila tidur abadi menjemputmu..
bermulalah sandiwara bapak khianat menipu,
seolah-olah Allah itu tiga suku,
jijiknya Melayu kini,
malu,
mengalahkan hantu.

bukanlah diriku_006

binasa seluruh kota kelakian ku,
belum selesai merenungi akan nasibmu..
yang pasti meroboh pintu keinsaniah ini,
bergenang bergetaran ka dua blah mata kini,
dadaku menyempit seolah menghempap lemah nadi,
gemuruh darahku bagai segerombolan angkatan, bergelutan diantara kenyataan dan penafian yang ingin aku kemukakan,
betapa dalam lohong kasihku kepadamu diumpamai,
tapi masih titah difahami,
susah bak payah, payah bak gawat, gawat bak rumit,
dimanakah dan ke manakah?
itu tanya sapa seorang teruna,
oleh kerana hidup mati kepada ungkapan susunan segala semesta suku katanya,
tersirat kemestian yang ingin diwartai,
tapi masih disini,
aku lakukan semua buat kalian,
bukanlah diriku..tapi kamu.

Friday, January 15, 2010

sa belum mati

kukuhkah keyakinan itu kalau kita sandarkan kepercayaan itu hanyalah kerana Islam itu Agama anutan Keluarga?
dipalu gendang,
bila sakit kita tendang,

hari-hari ku fikirkan maksud Islam,
sepertinya aku ini seorang muallaf yang jahil.

ku kira itulah jalan yang terbaik dalam babak keyakinan yang digenggam,
tak nanti jawab kemari,
tak tunggu untuk difahami,
tak buru terlepas nanti,
hidup buat terbaik sa belum mati.

si "penulis dan pembaca"

aku jadi keliru.
antara kalangan penulis dan sidang pembaca,

satu pihak membuahkan satu cabang pemikiran,
yang mengajak,
yang mendesak,
yang menyeru,
yang mungkin berlainan sudut pemerhatiannya,
begitu asli hingga timbul satu kelainan,
ataupun mungkin juga hasil "tempelan" dari sumber ilhami yang dikagumi yang kemudiannya dihuraikan.

manakala satu lagi pihak melahirkan satu bentuk kepercayaan,
yang diundang,
yang diasak,
yang ditemu,
dimana kebarangkaliannya dia begitu menghargai ruang yang ingin disampaikan,
begitu peri sampailah terbit satu kelapangan,
ataupun...barangkali hanyalah sekadar mencari "buah" untuk dicuri kemudiannya diwar-warkan.

tapi akhirnya kita masih..walhal tetap berada disitu,
tetap yang sama,
tak kemana,
sedang perjuangan itu perlaksanaan kata-kata,
tapi mengapa masih tak berganjak untuk sampai ke sana,

dimana kerja?

aku jadi keliru,
antara kalangan penulis dan pembaca,

aku juga menulis,
pada masa yang sama aku juga membaca,
mustahilah bagi aku kalau aku katakan aku hidup tanpa pendirian,
adalah kata yang ingin aku kotakan,
tapi soalnya aku keliru,
salahkah kalau aku tudingkan satu jari ini ke arah yang benar bagiku untukmu
sungguhpun aku mengerti terdapat 9 paksi jari lagi yang dituju buatku menempuh.

aku jadi keliru,
antara kalangan penulis dan pembaca,
lain amalannya..lain perbuatannya,
tapi masih tak buat apa,
ada orang berkata kurang bercakap..banyakkan kerja,
kalau surutlah lisan masakan kita akan memahami maksud kerja,
dan kalau melimpahnya kerja maka dimana ruang diri kita sebagai manusia?

aku jadi keliru,
antara kalangan penulis dan pembaca,
apa mau sebenarnya?,
adakah ia bidang kerja?,
sedang disini kita dimedan perang dunia,
kita bermati-mati didalam mempertahankan Cinta,
dimana Kasih Sayang kita sering teralpa,
dimana semuanya harus seimbang..baharulah ia sempurna.

aku jadi keliru,
ah..kenapa aku harus keliru,
buat sahajalah dua-duanya..
Tuhan tidak pernah menghalangnya,
kenapa harus kita?

Saturday, January 9, 2010

monogami | poligami #1

kebahagiaan tidak berdiri dengan sendiri.
ia harus dibagi-bagi agar nikmat di kurnia tidak didustai,
kebahagiaan bermula saat tiga jadi saksi,
mustahil berdua dapat dibukti..
apabila Allah yang memberi.
siapa kata hidup itu BOLEH tanpa Poligami?
selamat datang tuan-puan, anda semua telah bahkan sedang ber-poligami.

Selamat..Selamat..Selamat..semuanya!

Asslamualaikum,
hari ini 9 Januari. Tarikh kelahiran saya didunia.
pertama sekali diucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan, rakan, taulan, kenalan hinggalah ke sahabat.
ucapan anda saya usuli dengan doa semuanya.
moga dipermudahkan segala urusan, baik hajatnya menuju akhirat.
insyaAllah.
ada yang bertanya pada saya mengenai pengertian ataupun pemahaman saya terhadap apa itu Hari Lahir, Hari Jadi, Hari Ulang tahun?
apa beza nya?
jadi berikut dibawah adalah balasan soalan yang diajukan. Moga ini menjadi salah satu bahan pemangkin untuk kita berfikirkan bahawa setiap suku kata itu ada pengertian yang lain pada perletakkannya.
itu yang saya fahami..bagi saya, adalah bagusnya sama-sama kita fikir.
insyaAllah.

Hari lahir adalah hari kelahiran. Sepertimana yang tercatit pada tarikh saat kita celik untuk melihat dunia buat kali pertama, hari itu ada baiknya kita jemput kembali diri kita sejauhmana kita tlah kembara merentas masa dan jadikannya sebagai asbab kenapa kita dilahirkan?
Soalnya: "Apa yang hendak di lahirkan?"

hari jadi adalah hari lahir yang disambut dengan azam baru buat diri. Ianya janji pada sendiri setelah di renung dalam tajam kepada usia yang semakin usangnya. Dari segenggam tanah maka jasad dijadi manakala dari segumpalan darah maka hati pula di jadi..dari bahang neraka, nafsu pula kita diisi.. Semata-mata buat keselesaan diri yang menyamai keseimbangan hidup didunia ini.
Fikirnya "Apa nak kita jadi?"

Hari ultah iaitu singkatan dari "ulang tahun" adalah hari yang disambut secara tahunan atas maksud meraikannya. Ia mungkin satu peralihan tapi ia adalah satu budaya Manusia abadi lagi azali. Perlunya ia diingati dan diamali berulangkali agar benar ia difahami.
"apa yang tidak dan nak diulangi?"

Kemegahan diatas kemenangan sekadar sementara, bulan bukan milikan buat sendiri.. Harusnya dibahagi, itu poligami Hidup. Maka dihari lahir yang tlah kita dizahir untuk dijadikan maka akankah diri mengulangi kesilapan yang sama itu lagi? Berubahlah, demi yang Maha Tinggi kerana Dialah ya Musawwir. Berbagi lebih baik dari menerima.

Wallahualam

2010.1.1 Melaka Darul Salam

dijendela kamar gelap bersuluh api-api terbang meninggi,
teriakkan itu buatku malas untuk ber"so-sial-is",
maaf..aku bukan sepertimu ku pujuk akan pendirian,
sungguh ia mengecewakan jiwa "muda" ku,
2010 tak menjanjikan apapun padaku sungguh ia tahun yang baru,
mungkin kerana dunia itu semakin tuanya ia..

tintaku kekeringan lagi..
berabad, ratusan tahun usia penciptaan "pena" sehebat Raqib & Atib,
yang taat didalam mencatat,
tak pernah kecacatan apatah kekeringan,
haruskah ia dicatitkan pada kitab ini?
sedangkan kalam mu tidak pernah terlewat untuk memungkiri,

mengalahkan jelmaan demi jelmaan para mimpi?

tintaku kekeringan lagi..
namun ilhamku belum luntur melekat diakal ini,
hanya menunggu saatku beli,
dan kemudian gegarkan atau mungkin....mengusik hati?

Friday, January 8, 2010

falsafah sampah!

kerah,
seru serlah,
akhirnya menyerah,
dah diguna tinggal pula sepah,
mana madunya sekarang?

marah,
apabila diambil mudah,
kulitnya surah manakala isinya sirah,
tapi diibarat kain yang dipakai buang.

tak sudah,
itulah,
janjinya mencurah-curah dan membasah,
buatnya tidak...
ada lebih baiknya aku menggali falsafah sampah!

dan falsafah sampah tidaklah akan samanya,
kerana didalam keranjangnya,
kau kan terpandang kepelbagaian,
yang dibazirkan,
yang disingkirkan,
yang berlumuran,
yang berlendiran,
yang jijik..kata kita lah.

namun masih tak pantas baginya untuk meluput dimakan kuman,
jadilah kitaran,

itulah pandangan hakikatnya pada siapa yang kejarnya kebaikan,
menunjukkan arah kebenaran,
mengapa tak pernah ada peluang yang datang tanpa kepentingan?,
siapa yang kejam?