Asslamualaikum,
hari ini 9 Januari. Tarikh kelahiran saya didunia.
pertama sekali diucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan, rakan, taulan, kenalan hinggalah ke sahabat.
ucapan anda saya usuli dengan doa semuanya.
moga dipermudahkan segala urusan, baik hajatnya menuju akhirat.
insyaAllah.
ada yang bertanya pada saya mengenai pengertian ataupun pemahaman saya terhadap apa itu Hari Lahir, Hari Jadi, Hari Ulang tahun?
apa beza nya?
jadi berikut dibawah adalah balasan soalan yang diajukan. Moga ini menjadi salah satu bahan pemangkin untuk kita berfikirkan bahawa setiap suku kata itu ada pengertian yang lain pada perletakkannya.
itu yang saya fahami..bagi saya, adalah bagusnya sama-sama kita fikir.
insyaAllah.
Hari lahir adalah hari kelahiran. Sepertimana yang tercatit pada tarikh saat kita celik untuk melihat dunia buat kali pertama, hari itu ada baiknya kita jemput kembali diri kita sejauhmana kita tlah kembara merentas masa dan jadikannya sebagai asbab kenapa kita dilahirkan?
Soalnya: "Apa yang hendak di lahirkan?"
hari jadi adalah hari lahir yang disambut dengan azam baru buat diri. Ianya janji pada sendiri setelah di renung dalam tajam kepada usia yang semakin usangnya. Dari segenggam tanah maka jasad dijadi manakala dari segumpalan darah maka hati pula di jadi..dari bahang neraka, nafsu pula kita diisi.. Semata-mata buat keselesaan diri yang menyamai keseimbangan hidup didunia ini.
Fikirnya "Apa nak kita jadi?"
Hari ultah iaitu singkatan dari "ulang tahun" adalah hari yang disambut secara tahunan atas maksud meraikannya. Ia mungkin satu peralihan tapi ia adalah satu budaya Manusia abadi lagi azali. Perlunya ia diingati dan diamali berulangkali agar benar ia difahami.
"apa yang tidak dan nak diulangi?"
Kemegahan diatas kemenangan sekadar sementara, bulan bukan milikan buat sendiri.. Harusnya dibahagi, itu poligami Hidup. Maka dihari lahir yang tlah kita dizahir untuk dijadikan maka akankah diri mengulangi kesilapan yang sama itu lagi? Berubahlah, demi yang Maha Tinggi kerana Dialah ya Musawwir. Berbagi lebih baik dari menerima.
Wallahualam