Friday, January 8, 2010

falsafah sampah!

kerah,
seru serlah,
akhirnya menyerah,
dah diguna tinggal pula sepah,
mana madunya sekarang?

marah,
apabila diambil mudah,
kulitnya surah manakala isinya sirah,
tapi diibarat kain yang dipakai buang.

tak sudah,
itulah,
janjinya mencurah-curah dan membasah,
buatnya tidak...
ada lebih baiknya aku menggali falsafah sampah!

dan falsafah sampah tidaklah akan samanya,
kerana didalam keranjangnya,
kau kan terpandang kepelbagaian,
yang dibazirkan,
yang disingkirkan,
yang berlumuran,
yang berlendiran,
yang jijik..kata kita lah.

namun masih tak pantas baginya untuk meluput dimakan kuman,
jadilah kitaran,

itulah pandangan hakikatnya pada siapa yang kejarnya kebaikan,
menunjukkan arah kebenaran,
mengapa tak pernah ada peluang yang datang tanpa kepentingan?,
siapa yang kejam?