Thursday, February 16, 2012

ter-usir

duhai rahsia engkau adalah mimpi ku,
kalau dibahagi sadarku buatmu,
sebab itu sahjalah mahumu.

laknat sahja-lah ada bahagiku..

ada pun daku rela di bakar dan direjam,
bukanlah kamu difitnah kejam,
ini bukan sekadar kata yang wujud untuk dilupakan saat kau pejam,
beringat-lah akan apa yang dipintakan,

izinkan daku memahami siapa diriku,
yang lemah dengan tiada Nya.
yang patah tanpamu.

biarkan daku, memandu swaraku. sebab nya yang sah..kemana sahja.

kita tetaplah yang ter-usir.

ta tentu

gagak hitam berlari,
gajah terbang mencari,
ikan membaham harimau..
dan ayam pun berkokok lagi,

apakah garapan ini benar buat hari?
apakah layak diletakkan disini?
Akal tetap tidak dapat menerima,
tetapi Hati tetap berkeras meyakini,

kebaikkan pasti ada disetiap Hikmah yang terjadi.
kejahatan bukan dibunuh tetapi diberikan jalan yang benar untuk kembali,

kalaulah tiada dari Usaha,
maka apalah Impian itu hanyalah Mimpi.

Ta' tentu hari ini, orang Zalim diangkat tinggi,
Ta' tentu lagi hari ini, orang Alim dipakatkan membunuh lagi,
Ta' tentu lagi-lagi hari ini, orang seumpama kita, hanya melihat mengguna mata,
yang Ta' tentu lagi dapat dipakai sebaik apa berada di dalam Kamarnya Hati yang satu ini.

Ta' tentu dan Ta' tentu,
kita menganjing..tetapi membuntu,
Ta' tentu dan terus Ta' tentu,
kitalah membiarkan nasib dibunuh diri sendiri.

KBD

Monday, January 30, 2012

Swara Suchi


ya,
teriak itu terbaik untuk sekarang..

teriaklah teman,
teriaklah kerana kerinduan..

meskipun kerana keterlampauan menanggung kesakitan,

teriaklah dalam tangisan,
karna kau bukanlah siapa-siapa..

sa-belum Nyawa terkunci didalam Roh yang ditiupkan.

Berteriaklah semahu mahumu,

Haiyya AlalFalah!