binasa seluruh kota kelakian ku,
belum selesai merenungi akan nasibmu..
yang pasti meroboh pintu keinsaniah ini,
bergenang bergetaran ka dua blah mata kini,
dadaku menyempit seolah menghempap lemah nadi,
gemuruh darahku bagai segerombolan angkatan, bergelutan diantara kenyataan dan penafian yang ingin aku kemukakan,
betapa dalam lohong kasihku kepadamu diumpamai,
tapi masih titah difahami,
susah bak payah, payah bak gawat, gawat bak rumit,
dimanakah dan ke manakah?
itu tanya sapa seorang teruna,
oleh kerana hidup mati kepada ungkapan susunan segala semesta suku katanya,
tersirat kemestian yang ingin diwartai,
tapi masih disini,
aku lakukan semua buat kalian,
bukanlah diriku..tapi kamu.