satu nama terdetik dengan nada irama,tanpa bunyi kita sendiri mengerti bahawa hidup pentas pada drama dillema dunia,terasa diherdik,disentak sampai terkala terjatuh dan kemudiannya kita merangkak rangkak untuk berdiri pada bumi kita bertapak..
satu persoalan,
kenapa kita KECEWA?
adakah Tuhan membenci kita?
adakah Tuah tidak menyebelahi kita?
adakah Tuan/Puan ditakdirkan sedemikian rupa?
saya dikerumuni persoalan sebegini diajukan,taulan-taulan yang rupawan,kawan-kawan yang dermawan,teman-teman yang setiawan,Sahabat-sahabat yang mulia semulianya penuh dengan pengertian..
KENAPA kita Kecewa?
iya,definition "kecewa" banyak huraiannya...pelbagai pemahaman,
bila pengharapan tidak kesampaian maka itulah kekecewaan.
dihajatkan menjadi tapi tidak terjadi,didambakan dikabuli namun tidak direstui.
saya tidak menafikan bahawa saya tidak pernah kecewa ataupun dikecewakan,
sebagai manusia yang sangat biasa..saya didatangi perasaan sebegini,kerana didalam hati saya ada yang namanya "Pengharapan"..saya berharap,kerana itu saya berdoa.tanpa harapan mustahil saya akan berdoa,mustahil KITA dapat mengenali DOA.
secara tak langsung maka kita tahulah bahwa Tuhan menciptakan Kekecewaan pada diri tiap insan bernama manusia itu atas maksud kita kembali...kembali mengharap,kembali meyadari bahawa TIDAK sempurnanya semua perkara TANPA mengharap padaNYA..
perlu ditegaskan bahawa segala yang tertulis didalam blog ini BUKAN nya sebuah ceramah,BUKAN nya syarahan..saya tidak layak diletakkan pada darjat semulia itu,saya masih belajar dan terus mempelajari lagi ilmuNya..selepas ini harapan saya moganya pada pembaca-pembaca tidak memberikan gelaran sebegitu rupa..saya takut dan saya harap semuanya sedia maklum.saya hanya menulis kerana ini lah fakta yang perlu kita fahami andai benar kita hidup dalam beragama,benar kita mau mengenali siapa Tuhan..atas realitas ini saya harap cukuplah kita memahaminya.
jadi saya sambung kembali yang tlah saya tinggal tadi,
Kekecewaan BUKAN penyiksaan...andai kita faham tatacara bagi menyusunnya,
Kekecewaan BUKAN penganyianyaan..andai kita jelas pada kaedah dalam menanganinya,
Kekecewaan BUKAN penindasan..andai kita tulus dan ikhlas dengan segala belas bersedia untuk mengenal Tuhan,
Tuhan itu maha kebijaksanaan,dijadikan perasaan ini agar kita tidak lupa pada SIAPA kita sebenarnya wajar dihadapkan..bukannya berhala keakuan,kesombongan pada diri,
SIAPA kita sebenarnya patut diharapkan..bukannya manusia pada utamanya,tapi Tuhan adi pertamaNya DIA.
BAGAIMANA mengatasi KEKECEWAAN?
soalan ke dua ni sangat "terkenal" kita dengari,kita saksi..benar,tiap satu masalah yang ada perlu ada kaedah dan tatacaranya untuk mengatasinya,namun perlu ingat bahawa Masalah itu ibarat seperti gelombang Ombak pada lautan,amat mustahil untuk dihapuskan,ia akan terus memukul-mukul perahu pelayaran kita dalam menuju tuhan agar ia tersorong,tersimpang pada arah yang lainnya..
yang perlu kita tahu adalah bagaimana kita mengemudi perahu itu dalam menyelami lautan dunia ini?atau lebih tepat bagaimana mengATASI gelombang itu?
ini adalah sebahagian cara yang biasanya saya amalkan bagi mengatasi Kekecewaan yang mendorong pada lembah Masalah dan Mushkilah:
Pertama:kenalpasti APA? masalah itu dan himpunkan satu persatu.
Kedua:mengerti dengan pastinya dan bermulalah penyusunannya.
Ketiga:fahami dengan pasti akan kepentingannya,jika ianya tiada membawa faedah pada diri.maka saranan saya buangkanlah dengan tidak memikirkannya lagi..yang penting adalah sejauhmana kita JANJI pada diri akan melupainya,mustahil andai kita NEKAD ia akan melekat diubun kepala kita.
Keempat:telusi dengan pasti moga kita dapat menembusi kekecewaan itu..
Kelima:yakin pada diri,bahawa kita dijadikan sebagai umat yang beragama,berprinsip dan berpendirian teguhnya ia..yakin pada Penciptanya.
akhirqalam,kita perlu jelas bahawa TIDAK semuanya dijadikan olehNya secara KEBETULAN yang sering kini diungkapkan..segala-galanya meliputi langit dan bumi dijadikan dengan penuh penelitian,atas nama tuhan,Ya Hakim(yang Maha Bijaksana)..
perlu juga saya jelaskan akan maksud sebenar kerana ramainya kita memberi tanggapan yang salah semata-mata pada pengertian sebenarnya,
KE BETUL AN adalah pengesahan,kita mengesahkan bahawa ianya benar/betul berlaku..
tapi kini kita memahami dalam mengungkapnya dalam keadaan yang ketidakpastian.tidak yakin..lebih tepat,KEBETULAN dimengertikan sebagai sesuatu yang SIA SIA pada kejadian Allah.secara tidak langsung kita mempersoalkan akan kebijaksanaan Allah,kita lebih "terer" dari tuhan,seakan-akan Tuhan itu telahpun buat kesilapan,andai benarlah Tuhan pernah membuat Kesilapan maka tak layaklah Tuhan itu bergelar Tuhan kerana Tuhan itu Maha Sempurna..tapi bila kita sendiri,mengakui dengan confident dalam kalimah syahadah,dalam diam masih mempertikainya..macam mana tu?
KECEWA itu sebenarnya KEBAIKAN
"andai hidup ini senang,
maka itu bukanlah hidup,
gambaran hidup adalah pelangi,
ada kegelapan warnanya,
ada kecerahannya warninya,"
pernah saya dengar dulu makcik saudara saya pernah beritahu,hidup adalah seperti roda yang berguling,adakalanya kita diatas,adakalanya kita dibawah..ada benarnya,ada salahnya juga bila saya imbas kembali sedalam pengertiannya..
tapi itu bukan persoalan yang ingin saya bahaskan,yang mendingnya kita mengertinya dengan membawa kearah yang positif,
oleh kerana kini kita mengerti bahawa rasa Kecewa itu adalah menyakitkan,benar ianya menyakitkan..tak siapa dapat menafikan..tapi lupakah bahawa kesakitan itu adalah NIKMAT kurniaan Tuhan yang mendalilkan bahawa DIA sedang memerhati diri kita?
syukur sangat kerana dikurnia rasa itu..benar saya kata,meskipun kadangkala kita rasa keseorangan,kesepian tak ada orang mengerti keadaan kita.benar.saya tak kata ianya salah..tapi kita lupa satu point,iaitu dalam berjuta-jutaan manusia,bermillion2 trillion yang tiada hentinya bilangan penghuninya makin lama makin sarat dunia dibuatnya..kita "terpilih" antaranya untuk merasakan Nikmat itu.
bukti bahawa Tuhan ingin kita Kembali mengingati kehadiran Nya.
pada masa sama juga,kebaikan disebalik kekecewaan itu,sedikit sebanyak kita semakin MATANG dalam pelbagai segi,cara berfikir kita menjadi semakin kedepan.kita semakin serious dalam hidup.kita memahami antara-antara kriteria-kriteria setiap manusia dalam progress untuk menjadi seorang "Pemimpin".iya,antara "makanan" pemimpin adalah dengan menghadapi kekecewaan..bernafas didalam kekecewaan yang menuju pada arah yang positif maksudnya.contoh yang simple,kita lihat Nabi kita Muhammad Salallahualaihiwassalam sendiri,walaupun baginda digelar Kekasih Allah..baginda sendiri merasai kekecewaan yang bertubi-tubinya sedangkan baginda adalah KEKASIH ALLAH.Kekasih kepada pencipta segalanya,cuba kita bayangkan??andai baginda diletakkan dalam keadaan macamni,apa lagi kita?
moralnya adalah kita contohi,teladani dan usuli perjalanannya..inilah contoh yang sejelas-jelasnya kita boleh lihat.Tuhan menurunkan baginda untuk kita mengerti bahawa Tiada 1ST class treatment dalam usaha mengenal hidup,mengenal agama,mengenal Tuhan..even so,instead kita mengertikan ia dalam negative side.marilah kita mulakan hidup kita dengan memahami bahawa terbaiknya kita mengamalkannya ke arah kebaikkan,sangka baik terhadap segala perkara..POSITIVE..bukannya untuk kebaikkan orang lain,tapi penting..DIRI kita yang merasa,DIRI kita yang bakal menghadapinya..
apa saya nak terangkan adalah kita guna kebijaksanaan dalam melihat kekecewaan itu sebagai satu medium yang memupuk kita untuk terus bangun,bangkit dari rebah itu dan menjadi seorang hamba yang berjaya didunia dan seterusnya insyaAllah..
demikianlah sebuah sketsa,dunia singgahan sementara,pondok yang didirikan dengan indahnya,akhirnya reput dan binasa,segalanya binasa dan kembali pada asalnya,namun kita punya 2 pilihan untuk abadi selamanya bahagia tertawa,Syurga kah?atau Neraka kah?..kecewa dunia tidak mengapa,jangan kecewa pada usaha kita untuk berAgama..jadilah yang terbaik,maka kamu perolehi yang terbaik,jika sekarang masih belum terbukti maka tunggulah nanti,kerana Tuhan tidak pernah LUPA pada JANJI.