Sunday, February 27, 2011

hiburan

.dan mereka tahu, hancurnya dalam diam,
serta terpejamlah dalam,
hidupmu ,hidupku dan hidup mereka jadi kelam,
pada ketika itu usah persalahkan Tuhan,
kerana kamu begitu kejam.
inilah habuan yang didahagakan,
kau kata "hiburan"..maka

INI lah

kebenaran.

KBD 5:42 27|2|11.

Wednesday, February 16, 2011

.

dalam hidup ini..
tiada ada-nya yang layak buatku berjanji,
kerna karib-ku adalah mati..
demikian janganlah mendesakku untuk memberi,
suatu hal yang tlah ku curi,
dari satu Tuhan yang aku Cintai.

KBD.
Khamis.3:13.17|2|11

Thursday, February 10, 2011

madu yang termaudhu

sa-dunia memperakui kemanisan madu,
semanismana kata rasa itu hendak di laku,

tak siapa terasa perlu membenarkan sedangkan..
yang ini
dan itu,

apa yang kau mahu,

sementara yang terburu
..kita pejam,

yang bersekutu
..kita diam,


kejam,

kejam,

kejam,

ialah kamu beribu-ribu usia selama kehidupan,

inikah angkara permintaan,

yang suatu masa dahulu pernah terduga untuk dibahagi-bahagikan?

tiliklah balasan pada kebaikan yang disangkakan,

kejam

padha : Ha #8

tahukan susah payah, sebelum berputih darah,
kenalkan yang lemah, selepas melawan arah....

maka fahamlah dia akan "Anugerah" , yang ada tersedia sudah diatas lapangan fitrah.

10|2|11