Wednesday, May 18, 2011

krjaya hina

demi-kian,
sekalian garapan yang disengaja-akan di isi harapan,
kata bukan menuntut hak keindahan,
kata membuatkan kehebatan jadi kerendahan,
kata bersujud dibawah nama Tuhan,
kata berdiri diatas paksi Tuhan,
kata nan terluah padha kebaikan,
agar kata yang baik dibahagi-bahagi akan,

demi-kian,
sarwa penciptaan ditatahkan berlian,
bernilai padha yang tampak kemewahan,
berharga buat yang nampak-kan kekayaan,
bermata mutu manikam,
dwiaya kilau hilai tawa keserian,
agih biar berselerak-kan berperi-lah sentosanya Insan,

demi-kian,
segala penulisan lalu jadi-lah rujukkan,
pada hati yang tak terpujuk,
tawarkan lah sa-baik mampu kelakuan,

kala-kian,
biarlah sahaya di jadi habwan,
mungkin karna karma sa-titik perkataan..
biarlah hamba di abdi sebagai buruan,
mungkin memburuk mati dengan padah cacian,
kerja hina ini akan terus diperturun akan,
selagi adanya hujan,
bertempat dibhumi milik Tuhan,
biarkanlah..

asal kan,
anakmu-cucumu tiada lagi bersendirian..
kerana sahaya bukanlah Tuhan,
melainkan manusiah..
yang mereput jua didalam menanggung
kelaparan.

warkah akhir

tiada akhir kan kenal bagimu satu permulaan yang wajib diatasku tadbir..
demi lisan nan syakir,

bait..
bersyairlah dengan zikir.

kebenaran..
hancurlah demi-kian mengibar panji maha kabir.

Ya Muawwal-Ya Mu'akhir.
titian takdir..diatas pena menarilah warkah akhir,

berjalan-lah terus,
seraya melaksanakan yang dipamir,
..berhentilah fikir,
tiada yang mungkir,

tiada yang mungkir.