Monday, January 24, 2011

Malam Dwa Dwa Satu dan Satu Satu

suatu malam ku terdengar,

semesta berswara dengan bahasanya..

mereka seraya berbisik ke telinga Dunia:

"Yang bernama Tuhan itu MASIH ADA"..



tetapi kita,

menjadi orang itu keliru adakalanya,

sudahlah perintah agar dipuji kebesaranNya taatnya tiada,

ummat khianat negara neraka pula dibina,



kau kaji Dzat Nya hingga alpa sehingga terbelah,

pecah,

bahkan kita dijajah,

di batas segala amal..akhirnya didalam Agama tercipta pula Agama lainnya,

dan didalam Agama lainnya..kau cipta Agama yang lain lagi,



kau biar anak isteri tetanggamu menerima padah....



diantara mimpi dan bukan mimpi..



Ridhwan memanah tepat pesannya buat ku dengan rasa,

sadar dan lena..

ketahuilah Sorga itu ADA,

Sorga itu buat semua yang ingin berSAMA,

sabar dan sedia..

masa itu kan memujukmu untuk kesana,

dan didalam Sorga itu ada yang menunggumu..

dan DIA-lah TuhanMu dan TuhanKu.



Bukanlah angan sungguhpun kata-kata ini sedia untuk menjadi "dongeng" untuk kau mudah sangka atau curigai,



....setelah baca,

jangan bicara,

tamsilkanlah ia dengan getar rasa,

kerana ia belum pernah sekalipun dalam hidup ini mencurangimu.



suatu malam itu lenyap kerana hari,

mataku terpejam hatiku bersayap kembali,

jasadku ditinggal..hanya diriku yang pergi.

Ya Salam! kau sungguhlah murni.



KBD

22|1|11

0432