yang dilahir dari titis baka asrar maha asyik memuji semesta terbiar, mekar bunga menari dengan jari serta kaki yang berlari-lari di maha bumi akhbar, yang terlupa di ingat, yang ingat maka terimalah pingat, sa-orang insan itu pencari yang benar..mereka tegar dalam sangkar, mengular bilamana songo ke sa..masih kembaliannya kepada sifar.
Friday, October 14, 2011
Pra-Jna Cinta #2
bila waktu jadi berharga,
mati datang menyapa..
dan menjadi ibarat perawi yang tiada namanya..
agar kau,aku dan mereka mengerti bahawa Hidup ini bersandarkan Harga,
sementara Mati hanyalah Habuan buat segala laksana..
rahsia ku buat makhluk curiga,
ia mengejar hingga ke taman lena,
aku terbangun ditengah di-ini-kala,
bersujudlah dengan apapun kerja,
runtuh kota kerana bencana,
petaka disengaja orang yang sama,
makna bersama jadi sangka-sangka,
aku sendiri jadi terpaksa untuk bertanya "siapa-kah dalangnya?",
kupikat malam..pagi tiba,
cahaya kupendam..petang bertanya,
apa indah kah masa?
balas-lah daku
"tidak..INDAH itu yang maha segala..kita berkadar tak akan hampir pada makna sebenarnya meskipun ia hanya kata yang cuba menyerupai yang sebenarnya",
pertemuan kau..tak pernah dariku sangka,
disini ada kamu..disana aku berada,
Cinta dan akal tak bermain rasa,
ia semua..seluruh dan tlah ku jatuhkan ia diatas seretan darah tergelap mampu ku ungkapkan,
agar belaka jadi belaka,
agar celaka ditelanjangkan mulia..
bukit tinggi saksi syahadah ketika ku hirup udara,
terbelah dua tepat bersatu didalam ketenangan jiwa,
imbasan otakku adalah wajahnya,
retak cemburu memikirkan dunia,
tak ingin ku bawa kau mengenal yang sedia ada,
kerana aku sungguh ingin membawa kau jauh dari biasa,
cuba sahaja kau umpamakan kataku ini jikalau benar aku menipu sahaja,
saat dunia terpikat oleh langkah kirimu,
mereka mengejar mu bagailah memintas sang kejora,
tidakkah itu hanya kata-kata yang cuma?
atau sah dari mereka sanggup bangun dari singgahsana nya agar menyelamatkan Agama mu?
saat dunia terikat oleh langkah kananmu,
mereka terbang ke arah mu melebihi pantas nya masa yang mampu dikerdip akan indra-mata,
tidakkah itu hanya pengibaratan yang melampaui warna?
atau benar dari mereka itu adanya yang berusaha membakar keseluruhan Masa,Harta, Kehidupan dan Nyawa untuk menjadi Pembela, Pembimbing, Pemberi dan Penjaga?
aku anggap itu maseh Dongeng dari suara dan rupa-rupanya seekor jantan yang buas jiwanya,
ia memberontak ketika kau ucapkan kemahuanmu,
merusuh ketika kau sampaikan keinginanmu,
membenci ketika kau lemparkan senyum mu,
apatah tipu daya mesra itu maseh tidak bermakna apa-apa kecuali bernoktahkan Jemu,
dan dunia akan mengajarmu bahwa Syurga seakan akan ada,
yang dapat dirupa oleh barang yang mereka punya,
mereka menyeret mu kemana-mana sahaja,
mereka menyiat-yiat pakaianmu dengan pakaian cantik mereka,
mereka berbohong didalam keikhlasan mereka sangka,
sedangkan hakikatnya, mereka terlalu takut dengan kehilanganmu,
hanya dengan alasan keberadaanmu disisinya adalah "kebahagiaan"..
sementaranya,
aku tidaklah seperti yang demikian kamu mampu sangka,
aku adalah apa kau tak sanggup jangka,
atau kandung didalam kepala,
bahkan pada kata-kata,
hatta bersemayam didalam Istana Hati milik Nya,
kau adalah diriku,
jikalau kau kunjung terima bahwa aku adalah "Sulaiman-mu" hai sang Ratu penguasa Jelita,
walaupun kau tidak benar bersama,
dan belum pada inginpun menerima,
aku hanya pasti pada satu perkara yang bahawa kau sudah tahu dimana tempatnya bakal kita disua,
dan kepunyaan Tuhan bahagiku itu lah yang maha tahu dari kebaikkan yang terbaik
bahagi Kita.
biarlah aku korbankan dirimu bahagi makna "Kita"..
asalkan tidak kau pulang lagi kepadaku diakhir segala Cerita.
kau Hilang demi impianmu, tidak mengapa..
asal tidak kau Hilangkan Cinta yang sebenarnya adalah milikku,
buat-Nya.