Asslamualaikum diucap pada semua pembaca setia blog saya,
Hari ni, Jumaat 30 Januari 2009.
Pejam celik kita dahpun bakal mengakhiri Bulan pertama didalam tahun 2009 ini.
Pelbagai perkara telah saya pelajari didalam amali kehidupan seharian saya.
Yang paling saya rasa agak terkesan adalah pada hari kelahiran saya, ya'ni pada 9 Januari yang lalu. Saya menyambut harijadi saya di Bilik Jenazah bersama rakan saya kerana ibunda nya meninggalkan dunia akibat serangan Strok yang memakan masa hampir seminggu terlantar di atas katil hospital tanpa menyedarkan dirinya. Menjelang sebelumnya pertemuan saya dengan kawan saya ini, saya ke hospital untuk menemani adik saya, Syafik Aqwa, berusia 16 tahun yang juga Koma akibat kemalangan motosikal.
3 hari rasanya setelah saya berada di hospital menunggu dan menemani adik saya ini selepas itu barulah saya berjumpa dengan kawan saya ini, yang saya rasa saya ingin merahsiakan nama keluarganya. Namun wajarlah kiranya saya berkongsi cerita ini untuk dijadikan pedoman pada diri kita sesama..
Ceritanya bermula begini, kawan saya ini hidupnya tergolong didalam orang susah jugak. Setelah ibunya bercerai dengan ayahnya, dia hidup bersama ibunya sahaja. Ibunya bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran disini. Adik beradik yang sama ibu hanya dia sorang je, yang sama ayah kalau tak silap sayalah ramai, dihimpunkan semuanya 10 orang adik beradik. Ayahnya pula, jenis yang nikah ramai.. Kawan saya ni pulak kerja on di Kerteh, tapi on call. Nak dijadikan cerita, masa dia cuti haritu diapun baliklah ke KT, menurut dia pula katanya rasanya dah memang lain macam. Tapi dia tak tahu apa yang tak kena, namun yang pastinya dia tahu yang dia nak sangat duduk dengan mak dia..
Rupa-rupanya pada satu pagi tu waktu mak dia nak pergi kerja, arwah duduk didalam bilik air lama sangat, hingga timbul rasa ada benda tak kena. Dipanggil lah neneknya untuk pastikan, dibukalah pintu bilik air tu dan kelihatan arwah dah pengsan dan tak sedarkan diri.
Dibawanya ke hospital dan didapati mengalami penyakit Strok peringkat kritikal, status kesihatannya yang tak menentu. Ada hari tekanan darah n denyutan jantung ibunya ok dan ada hari keritikal.. Kesian tengokkan kawan saya ni, dari pagi sampailah tengah malam baru balik kerumah, itupun tak dapat tidur nyenyak.
Hinggalah hari ke 5, doktor yang in charge jaga ibunya ni nak jumpa dia, saya ada waktu tu bersamanya. Apa doktor kata harapan ibunya untuk hidup sangat nipis, dan kalau di hospital luar negara, mereka dah cabut alat bantuan pernafasan tu kerana bila otak dah tak berfungsi bermakna dah tak ada lah tu. Sebab otak lebih penting daripada jantung sebenarnya, kalau jantung bermasalah, kita masih dapat menyelamatkan pesakit namun kalau otak dah rosak ibarat processor dalam computer yang dah terbakar ataupun rosak. Macamtulah, dan saat doktor explain pasal penyakit serta keadaan tu, muka kawan saya langsung berubah, airmata dia dah tak boleh nak tahan, sebak dia tu jelas kelihatan pada raut wajahnya.
Saat inilah dia perlu membuat keputusan, apatah lagi anak tunggal didalam keluarga yang ditinggalkan oleh ayahnya.
Bagi saya, saya rasa tak betul lah apa ayah dia buat tu. Paling tidakpun bantulah dia, anak dia jugak. Walaupun dia bekerja, namun dia masih tidak mampu untuk menampung perbelanjaan sebegini. Apatah lagi adhoc macamni..
Dalam seminggu itu saya berulang alik dari tingkat 4 dengan 8 untuk tengok keadaan masing-masing. Shafik yang mengalami koma juga mengalami sedikit kebengkakan dibahagian otaknya, clavical @ selangkanya patah. Selama 3 hari, dah 3 kali pembedahan dibuat untuk membuang ketulan darah yang berada diotaknya..
Keadaan masa tu jadi tak tentu hala bagi kawan saya ni, termenung panjang saya lepas hantar dia.. Tak boleh imagine betapa teruknya seorang ayah boleh jadi, nikah ramai pastu lepas tangan macamtu.. Macam ternak anak ayam kadang fikirkan, ternak anak ayam ada kalanya tuan dia suap dedak jugak, bagi air. Tapi manusia ni, tak ada perikemanusiaan langsung!
Agama apa sebenarnya si ayahnya??
Jam di handphone menunjukkan pukul 2245, waktu itu saya berada di KFC didepan hospital, isap rokok..Shafik adik saya tu pula statusnya sudah baik alhamdulillah, dah sedar namun masih berehat. Sambil menghisap rokok, saya menerima panggilan daripada kawan saya. Inalillahiwainailaihirajiun.. Ibunda kawan saya telahpun sah meninggal dunia, saya segera ke tingkat 8 dimana terletaknya wad ICU Neuro dan membantunya mengurus jenazah hingga ke bilik mayat.
Tepat jam 0000 @ 12 tengah malam, tanggal 9 Januari 2009. Hari kelahiran saya, sms ucapan selamat hari lahir telahpun diterima secara bertubi-tubi, Jazakallah hanya saya balas. Saya tak nak begitu gembira ataupun terlalu sedih, namun saat itu saya telahpun menanamkan semacam azam yang tinggi untuk berusaha untuk memberi munafaat didalam memberikan kesedaran kepada manusia yang lupa kepada tujuan dan matlamat hidupnya, maksud saya manusia yang tidak mengamalkan apa yang insan dan insani amalkan.
Sekitar jam 1 pagi, saya ke Istana Seni untuk menghadiri sesi latihan dan mesyuarat bersama sahabat-sahabat Dendang Anak saya yang lain, bila saya sampai disana rupa-rupanya kehadiran saya telahpun disambut dengan lagu "Allah selamatkan Kamu"..
seperti yang telahpun saya jangkakan, namun setelah sepatah dua ucapan dari Yang Dipertua Dendang Anak, Ayahnda Ku beliau meminta saya untuk memberikan sepatah dua ucapan, namun sebak didada saya membuatkan saya tidak terkata. Saya rasa tersangatlah bersyukur diatas kehidupan yang indah, beragama membuatkan saya memahami diri,kehidupan,Alam serta Tuhan sangat jelas. Bagi saya itulah "Hadiah" yang tiada ternilai dan tak dapat dibalas dengan ringgit dan wang. Terus terang saya katakan, tak ada keindahan yang paling indah bila kita memperhalusi setiap apa yang berlaku. Dan blog ini adalah antara medium yang akan saya gunakan untuk berkongsi pengalaman serta mencurahkan pengetahuan. InsyaAllah..
walaupun komitmen saya terlalu banyak didalam kerja dan hidup. Saya akan cuba adakan ruang untuk bercerita. Dan pada yang sentiasa setia membaca, amat beruntunglah bagi anda kerana tak semua yang tahu bahawa blog ini adalah nukilan dan curahan hati saya yang sebenar. Kerana mengenali seseorang itu adalah seperti membuka pintu ke satu alam yang lain..Yang penuh dengan ceritera yang tidak kita jangkakan..
PERANCANGAN SETERUSNYA
InsyaAllah..Saya didalam usaha untuk menyiapkan Studio saya, selepas itu saya akan menyiapkan dua Laman Web Rasmi, yang pertama Kumpulan Dendang Anak dan yang kedua adalah fotoblog rasmi saya "MahkotaAlamStudios.com"..
saya akan update pada hari akan datang insyaAllah.
salam sayang dari saya,
Ku Bad