Mengapa kita sengaja,
Siapa pembela? Siapa penguasa?
Kepada nasib anak-anak yang semakin hari semakin hilangnya,
Pakaian bangsa sudahpun kita carik-carik dengan suka,
bagaimana dengan hati kita yang sudah ataupun bakal kita ubah pula?
Mengapa kita sengaja,
Mereka..Mengubah apa yang tidak sepatutnya diubah,
Walhal diri kita kaya dengan fatanah,
Kita menyangka adakalanya..yang dicari dan dipuja adalah Allah,
Namun dalam diam hanyalah tidak lain hanyalah perasan yang betul benar dan gah.
Pujaan kita hanyalah diri kita sendiri.."syok sendiri".
Begitulah kita,
Yang hidup didalam penafian,
Menafikan segala ketentuan,
Menafikan segala ketetapan,
Menafikan segala kenyataan,
Tapi bagus didalam mengadakan ketiadaan..
Hari ini, kita merasa dan berkata-kata sesama kita bahawa dunia didalam keadaan yang tidak tentu hala dan huru hara sehingga menjejaskan kehidupan seharian kita.
Aku hairan juga adakalanya, mengapa kita selalu complain, complain dan terus complain sedangkan dah jelas firman-firman Allah dan sabda Rasulullah, tak cukup dengan itu Nabi, Sahabat, Khalifah, Ulama, Mujahid hinggalah Waliullah diutus oleh Allah untuk menceritakan bahawa Dunia ini sebenarnya tiada nilainya, sangat kecik, namun yang menjadi nilai pada Allah adalah sang Manusia yang sentiasa ingat padaNya..
Tapi hari ni, apa saya lihat dan dengar selalunya bait-bait yang tidak puas hati..Ada saja yang tak betul, kalau Sejuk..kita sibuk nak Panas, dah Panas kata Panas sangat lah pulak, kadang-kadang rasa orang yang selalu mengomel ni rasa nak sangat jadi Tuhan..Abes, dah rasa terer sangat cakap pun kerek semacam.
Itu masih belum lagi rasa bagaimana susahnya kehidupan ditempat lain, contohnya paling hampir difikiran kitalah..Kita tengok macamana kehidupan di Indonesia, penduduknya ramai hinggakan tidak kurangnya yang menganggur..Hingga berlaku samun, rompak dan pembunuhan semata-mata kerana wang..kerana terlalu terdesak.Tapi adakah ini salah Tuhan? betul semua berlaku diatas ketentuan Tuhan namun ingat dan ingat! Manusia dibekalkan "Pilihan" kerana HANYA manusia ada AKAL..
Jadi saya tanya, adakah salah Tuhan atau salah kita? There you go, the point of making deceisions itu sangat penting..its ours, but only Allah who have the rights to execute it or not.Tapi ada lagi yang tak puas hati, kalau boleh nak sambung je sampai 7 hari 7 malam bahas sampai tak tau nak cakap apa dah.
Baru-baru ni kita sibuk dengan perihal Israel menghentam Gaza, saya dan kumpulan Dendang Anak pun ada buat busking khas untuk mengalakkan orang ramai untuk memberi bantuan. Namun sepertimana statement yang dikeluarkan oleh Akhbar Sinar Harian Terengganu tu, saya ingin perbetulkan. Kami TIDAK mengumpul dana khas, tapi memberi galakkan untuk mengisi dana yang sedia ada seperti dana NSTP,TV3 dan media-media mana yang menghantar bantuan kepada rakyat Gaza.Malam persembahan tu, penuh dengan kesyahduan.. Kami mendendangkan lagu-lagu yang membawa kita untuk berhenti, rehat, fikir dan buat pertimbangan diatas kekejaman yang berlaku diatas insan-insan yang tidak bersalah yang terkorban begitu sahaja. Maksud saya BUKAN sahaja korban nyawa, namun korban maruah dan harga diri.
Saya kalau ikutkan mendengar lagu Dendang Anak ni dulu masa belajar di Mesir sorang-sorang selalu rasa sebak aja apatah lagilah sekarang pulak diberi kepercayaan untuk menyanyikan bersama sahabat-sahabat yang lain...ikut hati, huu...tak jadi Dendang agaknya..haha
Namun begitu, secara peribadi saya cuba menghayati bagaimana perasaan anak-anak kecik di sana yang baru je nak kenali Dunia, tapi tak berpeluang untuk merasai apa yang kita pernah rasai.
Bayangkan,
kita diumur 4 tahun,
bangun esok pagi tengok mayat mak dan ayah kita didepan pintu rumah yang separuh berkecai terkena bom.
Bagaimana perasaannya? Begitulah perasaan yang dirasai oleh beribu-ribu mangsa disana.
Tapi kita hanya duduk diam tak boleh nak buat apa,
hanyalah melihat nya dikaca TV.
UNTUNG..
Nabi Muhammad salallahualaihi wa salam meninggalkan pada kita wasiat sebelum baginda wafat,
Solat dan Ummat.
Kita sekarang hanya tengok TV,baca paper dan apatah lagi ada kemudahan internet ni untuk memahami apa itu fikir ummat, mudah sangat. Tapi orang dulu-dulu pernah kita terfikir tak macamana? Yang merantau hampir ke hujung dunia untuk memahami hidup..kalau sekarang, kita cuma perlu tempah ticket untuk kemana saja kita ingin pergi.
Dulu orang mengerjakan haji dan umrah mengambil masa yang agak lama untuk membuat keputusan dan apatah lagi untuk pergi..Perjalanan yang mengambil masa selama hampir 14 jam didalam flight memudahkan kita tapi orang dulu-dulu naik feri dan lebih terdahulu..mereka naik kapal.Itupun tidak tahu pemergian itu akan menjanjikan kepulangan kembali atau tidak di tanah air.
Kita cuba renung balik akan ke sangat kesenangan kehidupan kita sekarang. Bagaimana dalil kita menyatakan kesyukuran itu? eloklah kita fikirkan.
Usahlah kita kembali mempersoalkan soalan mengapa kita ini lagi, kerana kita mampu mengubah. Jangan mudah mengambil jalan pintas.
Bangunlah.. jangan jadi Malas!
sampai disini sahaja dulu,
salam sayang dari saya,
Ku Bad