Tuesday, February 9, 2010

Muqadimah Mandalika

Sedorlah diri,
kata bayangku kepada jasadku,
menegur antara salah satu tak pernah mengeliru,
tapi bila kelam diambang pancar sinar cahaya,
gelap buatku untuk membezanya,
kerana disitu terangnya aku ntuk menilai yang mana,
disitu..aku hanya yang disaksi tidak pada mata..kerana aku buta,
tak didengari bisikannya.. kerana tuli telinga,
tanpa aku mampu menciuminya.. kerana harum hilang pekanya,
entah kemana........

sedorlah diri,
kalau aku adalah anak tanpa bapa maka kemana pula bonda?,m
dua-duanya tiada,
tapi mujurlah dipinta adam itu wujudlah hawa,
jadilah gandingan yang berpunca,
sa belum berupa,
aku setitis mani,
dicerna pada rahim untuk menjadi,
kata disatukan maka terciptalah sebuah bulatan senyawa yang suci,
jalinan seratan demi seratan pujian maka uri itu menyelimuti,
janin se susuk lembaga digelarkan ia pula "bayi",
maka siapalah aku yang tidak bernama?,
tak berjantan mahupun berbetina?,
rautku masih yang terbelenggu dan dirahsia,
sungguh...aku ini siapa?

sedorlah diri,
garis lah tetap itu tepat pada jangka hari,
izin illahi maka kun fa ya kun ia,
tercampak olehku awal kenal dunia,
kudrat bonda dilahirlah sejasad hamba,
kecil dan daif usahlah usaha itu dikerah olehnya,
tidak kan terbangkit melainkan satu demi satu menunggu kesabaran paling mulia,
maka hikmah dicenda kurnia tercipta,
bila bercakap kelak diajari lah akannya molek berbahasa,
jiwa nan celaru jika campur aduk ia bersama,
akhirnya sendiri merana,
jadi durhaka,
siapa aku yang dituduh durhaka sedang syaitan itu menghasut sahaya?,
salah siapa makanya?,
anta atau ana? saya atau dia?
tapiu siapa anta siapa ana, siapa saya dan siapa dia?,
bagaimana dengan kalian atau kau sungguh kamu bahkan kita?
macam mana pula dengan nasib nya aku?,
siapa aku?

sedorlah diri,
aman itu sebenarnya hasil curi,
dari lubang syurgawi yang pernah dibocori,
bukanlah sebut "indah" itu milikannya disini,
dimana adanya yang tiada susah akannya tapi nikmat itu bergolek kemari,
jari itu himpunan congak diri yang tersorok sunyi,
kalau satu itu dituding disana pada maksud membela kebodohan diri..demikian usah dihairani,
kalau aku kata sembilan itulah kesilapanmu disini,
kerna itulah pena ini tunggal matanya mengukiri sifatnya,
tauhid Allah belum selesai bagi ku untuk menembusi,
itulah sebab mengapa hamba masih disini,
setajam mana hirisan kalimahku kini,
belum tentu dunia ini mampu mengamati,
disini... alam adalah sahabat paling sejati,
belum pernah berkata "Aku lah yang menyuburi",
"Aku lah yang memenuhi",
"Aku lah yang menyinari",
"Aku lah yang membasahi"...
kerana aku ini hanya aku yang mulai,
dari muqadimmah hinggalah dititik noktah bakal ku akhiri,
aku tak lekang di diri,
mengapa bukan Allah itu diAKUi?,

kembali kepangkal karamah kejadian,
sungguh aku itu kata sapaan,
tetap aku itu olok-olokkan,
sedorlah diri..disini lah warkah primula kesadaran yang ingin hamba budi bicarakan,

yang benar benaran,
hamba,
Mandalika.