sibuk kita mencara perihal sesama manusia,
sesama agama,sesama bangsa,
sini sana ditikam tikam merata,
dikata salah dia,
tidak pernah ada rasa menerima,
rasanya benar sesangat-sangatlah ia..
sedangkan kita sendiri tahu ratanya,
kerana KESOMBONGAN..dia dilaknat tuhan,
kerana KESOMBONGAN..dia (ketua bagi segala malaikat)..dicampakkan,
kerana KESOMBONGAN...dia,sang IBLIS laknatullah dijadi akan,
CONTOH pada kita agar kita tiada diikut-ikutkan,
tapi masih kita merancang untuk menjatuhkan sesama teman,
sesama kawan,
yang sebenarnya seangkatan,
akhir pada segala cerita,
jika diri masih sibuk dengan dendam tak terkata-kata,
makanya,
lihatlah pada diri sendiri,lihatlah pada diri empunya,
rasalah didada,
tepuklah ia,
maka terimalah seadanya bahawa SOMBONG itu telah nyata pada diri sendirinya.
wallahualam
qu badr