Tuesday, March 30, 2010

kosong

.
.
.
.
Kosong,
.
,
.
,
Lohong,
.
.
.
.
BOHONG!,
Bosannya..bila kau menumpang mereka yang sarat isyarat,
.
.
.
.
.
.
Hidup kosong,
Mati kosong.
.
.
.
.
Apa cikgu ajar hari ini?
Ilmu kaji alam?..Ilmu Hisab?..Sejarah? Bahasa?
……….sama sahaja kalau TETAP kau kosong. Kau tetap lombong bodoh yang kosong.

si biri-biri tua.

sebagai satu permulaan,
langkah ke langit disusun atur sehingga kau membilang-bilang,
hingga penat lelah mu yang akhirnya kau membilang ia kembali kepada angka-sa,
yang satu,
yang aku akur seru,
dimaksudkan padanya seteru,
yang hilang tatabahasa kata melainkan ganti aku dan kamu,
merayap-rayap kedalam legapnya alam yang tak ternyata,
kau memandang sedang kau membuta,
kau berkata bila kau terkesima,
kau menarik dan menghembuskan nafas saat jantungmu berasmara koma,
kau terasa sedang kau tak berongga,
kau adalah yang fana!,

adalah seorang pakar ilmu yang membenci Tuhannya,
ia bosan dalam mengkaji akan yang tiada,
padahal dia juga tergolong dari yang tak mempunyai apa-apa,
lantas dinafi akan penciptanya,
dikeji-keji yang berpendirian apabila dia sendiri sifar kepada cita,
inilah manusia yang cerdik kerjanya mengherdik yang maha bijak sana,
secerdik manapun dia tetap yang pendek..dia takkan mencapai had ketinggian dan bijaknya tetap milikan disana,
sedang mereka disini..hanya dapat meramal bila Dia menetapkannya sebelum adanya cakerawala,
cubalah kau perhatikan betapa tingginya langit dari bumi yang dimampat Haq Nya,
apa dapatkah kau memetik bintang yang sememangnya jelas dimata?,

kerana terlalu pandai mengandai..maka dikirakan semua,
yang dihitungkan berapa hingga kau membebali diri semula,
demikian.
tammat sudah sebuah kisah manusia yang dianggap cerdik tapi bengap,
merangkak-rangkak hingga membongkok-bongkak...meraba dan merangka asyik membilang bulu si biri-biri tua.

Saturday, March 20, 2010

anjelik

alangkah begitu mudah kalau emas dihempas sungguh hina cara penyampaiannya,
demi Duit semuanya... tak apa.
bahkan Nabi pun ditempeleng dan kita pula yang menggiling kepalanya..
apa yang bagus itu kita lah?
sungguh meluat kalau dengar kisah wanita yang sanggup bertelanjangan biar anak suami menanti nya disuatu sudut yang jelas nyata.
apa gila ke? ya iya.. dan setan pun hairan. kelihatan manusia lebih kehadapan kemajuannya.
tak kisah kemaluannya digantung mana-mana. ambil lah. RM0.10 sahaja atau hadiah.
begitu pelik.
apa "angelic"..dengarnya macam anjing yang jelik.
maka ku beri namanya anjelik.
si pencopet kunci neraka.

Wednesday, March 17, 2010

intiha ku

peliknya diri..
percubaan untuk tetap tak pernah legap,
berani mati..
dan hidup jadi satu perkara yang senyap,
sanggup dibenci..
untuk diriku cukup lengkap,
ada illahi..
segala maksud diredhai demi mengamal dan mengenal yang dihijab.
tidak aku menulis agar tamaknya dipuji..
kerana fahamnya aku terhadap diri yang kadang terlelap,
tertutup hari..
sekali lagi aku meyakinkan yang menguap.
ku pinjam kalimahmu. ku pinjam hikmahmu. ku pinjam wajahmu. ku pinjam sinaran.
agar aku,hamba,patik,beta,dia,kami,kamu,kita,mereka tiada akan pernah lagi tersilap.

harap dengan intiha ku kini, diganggu sebentar demi satu lagi hari.

isteri

siapa yang datang..dari berlari,
aku kemari..berhenti mencari,
dulu kau dibendung benci,
sekarang..tidak lagi.

sepenggal waktu yang dicuri,
cipta asli mencurah peri,
membutai kekaguman kini,
aku disini hadir tanpa dipintai,

tak ku minta pergi,
kalau ia sudah dijanji,
aman didakapan hati,
simpan untuk suatu hari,
mungkin selar ku kan gelar akan mu dengan penuh kehormatan dan kerinduan serba abadi..sebagai sa orang isteri.

punca

memang tak ada punca,
dari mana air itu menjadi air...
ketetapan ia untuk mengalir..maka tetaplah ia mengalir,
alif ya rha= itu air. bagaimana namanya air? sifir ini tak akan pernah terfikir. sungguh ia cerdik dan mahir,

tak usah kau kaji betapa Musawwirnya Dia.
carilah diri untuk kembali mengadap baginda,
moga bakalan bekalan yang dibawa,
selayak-layaknya kau tidak kekal disini..namun disana.

memang tak ada punca,
dari mana Cinta itu mencair kedalam perasaan..
sedikit demi sedikit tetap hingga kini jadi kedahagaan,
kerana ia datang dari suatu punca yang tak pernah kau akan kunjung sangka.

sehingga sangka itu berkala-kala,
maka jawapan Cinta itu akan kau fahaminya.

kita-kita ke kitaan

kita tamak dan begitu gila babi.. tak cukup nisbah melimpah diistana pula dibawa lari permaisuri,
cerdik dikepala tak bermakna kalau ilmunya mengherdik anak gembala,
betepuk tangan kanan dan kiri. ..apa yang didengari melainkan perbuatan datang dari diri?
rintik hujan diturunkan bukan cuaca semata-mata cuaca..itu perintah sang pemilik alam semesta,

kita mabuk dan begitu iseng sendiri.. jalanan simpang siur menyempitkan pandangan mata hati,
kaya setara manapun sungguh kota jadi milikan buat apa kalau Haji Bakhil jadi ikut-ikutan,
menghentak kaki sebelah menyebelahi.. kawat apapun ia siapa yang menyertai itukan pilihan sendiri?
kering kemarau tidak musim itu melaratnya.. hanyalah temasya ajakan Tuhan maha Tuhan untuk kita berpesta dalam kesabaran,

kita terlalu kekitaan.. terlalu berpuak puakkan,
terlampau ke awak-awakkan,
sana kumpulan-sini kumpulan,
dan telah dianggap Jemaah itu benteng perpisahan,
seperti dinding sempadan Gaza hingga bertabrakan,
disamakan,
dibanding-bandingkan,
Agama apakah ini ku saksikan?,
didalam kebebalan,
kita,
berfikir sendiri..dalam keramaian berkenaan kejadian demikian.

dengarlah ia berserta hembusan sihir sang Syaitan.
maka berbongkaklah "kita" hingga kebongkokan.

Friday, March 12, 2010

ada untukku adalah

kagum aku kepada seorang ini,
pada kata-katanya,
hidup..aku rasa sungguh dihidupkan kembali,
aku merasa..ia menyerap penghayatan,

ajarkan aku berjalan,
maka aku ditatih untuk melangkahkan kaki,
didik aku untuk berkelan,
maka aku dilatih dengan melepaskan tali,

tapi hati..sering dekat,
selalu rapat,
"hidup ini singkat",
ilmu yang paling berharga aku dapat,

namun dunia.. membencinya,
digelar keji langkahnya dimana-mana,
apa dibuat serba tak kena,
aku tak peduli.. SIAPA dunia?

aku ada SYURGA!