peliknya diri..
percubaan untuk tetap tak pernah legap,
berani mati..
dan hidup jadi satu perkara yang senyap,
sanggup dibenci..
untuk diriku cukup lengkap,
ada illahi..
segala maksud diredhai demi mengamal dan mengenal yang dihijab.
tidak aku menulis agar tamaknya dipuji..
kerana fahamnya aku terhadap diri yang kadang terlelap,
tertutup hari..
sekali lagi aku meyakinkan yang menguap.
ku pinjam kalimahmu. ku pinjam hikmahmu. ku pinjam wajahmu. ku pinjam sinaran.
agar aku,hamba,patik,beta,dia,kami,kamu,kita,mereka tiada akan pernah lagi tersilap.
harap dengan intiha ku kini, diganggu sebentar demi satu lagi hari.