memang tak ada punca,
dari mana air itu menjadi air...
ketetapan ia untuk mengalir..maka tetaplah ia mengalir,
alif ya rha= itu air. bagaimana namanya air? sifir ini tak akan pernah terfikir. sungguh ia cerdik dan mahir,
tak usah kau kaji betapa Musawwirnya Dia.
carilah diri untuk kembali mengadap baginda,
moga bakalan bekalan yang dibawa,
selayak-layaknya kau tidak kekal disini..namun disana.
memang tak ada punca,
dari mana Cinta itu mencair kedalam perasaan..
sedikit demi sedikit tetap hingga kini jadi kedahagaan,
kerana ia datang dari suatu punca yang tak pernah kau akan kunjung sangka.
sehingga sangka itu berkala-kala,
maka jawapan Cinta itu akan kau fahaminya.