sebagai satu permulaan,
langkah ke langit disusun atur sehingga kau membilang-bilang,
hingga penat lelah mu yang akhirnya kau membilang ia kembali kepada angka-sa,
yang satu,
yang aku akur seru,
dimaksudkan padanya seteru,
yang hilang tatabahasa kata melainkan ganti aku dan kamu,
merayap-rayap kedalam legapnya alam yang tak ternyata,
kau memandang sedang kau membuta,
kau berkata bila kau terkesima,
kau menarik dan menghembuskan nafas saat jantungmu berasmara koma,
kau terasa sedang kau tak berongga,
kau adalah yang fana!,
adalah seorang pakar ilmu yang membenci Tuhannya,
ia bosan dalam mengkaji akan yang tiada,
padahal dia juga tergolong dari yang tak mempunyai apa-apa,
lantas dinafi akan penciptanya,
dikeji-keji yang berpendirian apabila dia sendiri sifar kepada cita,
inilah manusia yang cerdik kerjanya mengherdik yang maha bijak sana,
secerdik manapun dia tetap yang pendek..dia takkan mencapai had ketinggian dan bijaknya tetap milikan disana,
sedang mereka disini..hanya dapat meramal bila Dia menetapkannya sebelum adanya cakerawala,
cubalah kau perhatikan betapa tingginya langit dari bumi yang dimampat Haq Nya,
apa dapatkah kau memetik bintang yang sememangnya jelas dimata?,
kerana terlalu pandai mengandai..maka dikirakan semua,
yang dihitungkan berapa hingga kau membebali diri semula,
demikian.
tammat sudah sebuah kisah manusia yang dianggap cerdik tapi bengap,
merangkak-rangkak hingga membongkok-bongkak...meraba dan merangka asyik membilang bulu si biri-biri tua.