Friday, July 16, 2010

nafi

garapan malam,
terukir bersama cakra semesta alam,
puisi tatasuria bintang,
nukilan awan,
syair dalam hembusan,
gurindam si bulan,
tlah ku nafi,

pagi yang tumbuh dari kelam,
menghijau dedaunan..biru lautan,
pada arah cahya yang berkejar-kejaran,
indahnya pelangi bukan lagi helah agar terus ku hairan,
sepertilah halilintar terlebihlah pantasnya lagi untuk ku sombong menafi,

dari setiap kekusutan yang melandaku,
tiada sedikit pula kehadiran badai tlah diusir pergi,
dan tatkala bayu bersuara ketelingaku,
"ribut hanyalah senda..maka tahulah bahawasanya taufan itu ada semata untuk berkata,
Dialah yang paling berkuasa,"
kerana terbau akan hanyirnya bangga yang dipenuhi..jauh dari kedalaman diri,
tegar ku nafi, lagi dan teruslah lagi, membunuh segala kehadiran

usik ingin marak menyala,
berjanji akannya walau sementara,
kalau semua benda tak selama ada baiknya ku nafi belaka,
marak menyala yang cuba mengisar dan menduga,
terus ku lagi menafi,
biar bakar diri,
namun tidak hati,
maka asyiklah yakin,
kehangatan ini tetap lagi dan lagi ku nafi,

bila iya ku nafi,
bila tiada ku nafi,
hanya yang menunggu itu..

sengaja,

sahaja,

ku nanti,

sungguh sekali lagi diperdayai,

atau berkali-kali..ku nafi demi yang berjanji.