Monday, May 7, 2007

siapa kita?.....



Cuba

kita kenangkan pada peristiwa,

Yang berlaku dimerata dunia,

Cuba

kita fahami akan segalanya petaka,

Kekuasaan Allah taala…tiada menandinginya,

Segalanya bermakna belaka..

Namun yang sedihnya dikenang semula,

Kemusnahan,kehancuran ini semuanya bukannya perihal binatang,

Tetapi kita….makhluk yang sepatutnya bergelar khalifah dimuka dunia,

Makhluk yang mengajak alam kepada Nya,

Makhluk termulia pernah dicipta,

Makhluk bergelar manusia…

Sahabat-sahabatku sekaliannya ,

Demi sessunguhnya,

Pernah saya terbaca,

Pada sebuah keratan kitab termaktubnya,

Sekerat kata,

“Seluruh mahkluk dimukabumi ini taat dan tunduk akan perintahNya,

Kecuali dua makhluk yang ingkar pada Dia,

iaitu jin dan manusia”,

maka benarlah ia,

kita dikurnia akal dikepala…..tidak dimanfaatkannya,

diamanahkan anggota tangan…dihancurkan segalanya,

dirubah akan segalanya yg mampu dilihat oleh pandangan mata,

dikurniakan kaki…tapi di henyak binasa,

disepak mahkluk yang tak berdosa,

dikurnia hati….dibinasanya dgn dusta,

diluka dan terus meluka,

Tanya diri kita….dimana perletakkannya?,

Angkuhnya kita,

Sombongnya kita…berlagak seperti tuhan didunia,

Bertikam lidah…merebut kemewahan,

Bertikam badan inginkan kuasa,

Siapa kita?

Siapa kita sebenarnya????....

Bukalah mata hatimu,

Fikirkannya,renungkanlah sedalamnya…


(diambil dalam koleksi "Bila Hati berbicara tentang CINTA" :qu bad)