Sunday, September 9, 2007

tertutupnya matanya dan kita merasa pemergiannya


16hb 8 2007
tarikh ketibaanku di Malaysia. Berpijak aku dengan penuh gembira, kenapa? kerana aku bisa meneruskan lagi perjuanganku bersama-sama sahabatku yang setia menunggu kepulanganku..
Jam 1740 waktu di MAS tertera didalam halaman KLIA.. Dari jauh setelah bagasi semuanya telahpun terhimpun, aku lihat adinda-adindaku yang setia menunggu setelah beberapa jam "delay" flight semasa transit di Singapura.
Setelah selesai solat aku dikejutkan dengan berita yang amat menyedihkan, iaitu berita pemergian salah seorang daripada guitarist awalin Dendang Anak. Mesra dikenali ramai dengan panggilan Che Lan, atau nama sebenar beliau Hazlan. yang tlah pulang kerahmat Allah.disekitar jam 1500 dihari yang sama juga..

Andai diselam kembali lautan zaman,
inginku lakukan,
yang tidak melukakan,
dirinya..ataupun diri sahabat-sahabatku,
kerna kini aku mengerti akan nilai "Sahabat" itu.
sangat tinggi nilainya,
tak terbanding akan yang lain.

Arwah adalah seorang yang sangat-sangat kelakar dikenali oleh kalangan sahabat-sahabat Dendang Anak. Seperti yang saya nyatakan diatas,beliau antara ahli yang awalin dalam titik mula kumpulan kecil bernama "Dendang Anak".. Berusia 42tahun beliau pergi meninggalkan kami dan menggesa kami untuk meneruskan perjuangan ini.Kalau diceritakan kenangan-kenangan bersamanya, banyak kisah-kisah yang melucukan bahkan sewaktu beliau terlantar dihospital pun masih boleh buat lawak walaupun beliau sudah kehilangan deria pendengarannya. Lebih menakjubkan adalah show terakhir dia bersama kami adalah dalam keadaan beliau pekak semata-mata. Tapi masih dapat main dengan baik seperti sebelumnya.
Begitulah serba sedikit ceritanya, saya mohon maaf kerana tak dapat meneruskan lagi kerana percaya ataupun tidak rasa sebak didada menahan kesayuannya masih belum pulih sebenar-benarnya..walaupun sudah 2 bulan berlalu. masih terasa seperti baru kelmarin beliau pergi meninggalkan kami semua.

atas maksud itu, sebagai "hadiah" penghargaan atas jasa-jasa beliau. pada masa mendatang saya akan menerbitkan koleksi-koleksi terhad "Memorial Seorang Sahabat bernama Che Lan" yang bakal dipasarkan dicawangan-cawangan Dendang Anak Enterprise.
Sebarang perkembangan terbaru,saya akan update disini insyaAllah..

tunggu lagu terbaru dari Dendang Anak, Kepulangan. Sebuah "tribute " buat Arwah daripada kami.

Monday, July 30, 2007

Sendiri itu masih teman ku

Usaha bagaimana mengundang petaka,
AKU tetap sendiri bersahaja...
teman suka ramai,
kawan ketawa ramai,
kenalan urusan ramai,
sahabat se saf diculik,
sungguh pelik..
Usaha bagaimana??
memang tetap Dunia akan menentangnya,
dan mereka sentiasa berada dibelakangnya,
bagai hujan aku ditimpa hujah-hujah bijaksananya mereka,
hingga ku tak tahu kemana?
masih..
aku tetap menangis pada Dia sahaja,
yang jauh..yang tak pernah kusentuh,
tak pernah ku tatap dengan rasa penuh,
Cinta Kasih dengan menyeluruh,
dan Dunia mengilai seperti aku sedang berseloroh,
pagi,tengah hari,petang,siang,sore dan malam tetap ku menghulurkan tangan kecilku ini,
ber Usaha agar ku disambut dari kecelakaan Duniawi.
namun,
sedalam mana ku selami,
setinggi mana ku daki,
seluas bumi ku jejaki,
sendiri itu masih teman ku..
selagi masih belum ku diketemu,
pada permulaan dan akhirnya diri Mu yang kurindu.

Sunday, July 29, 2007

dal

Dal itu daya,
daya melaksana,
tuntutan HAK tuhan dari pengabdiNya,
Dal itu dada,
dada menyemai sejahtera,
tenteram nama disebut,disahut...dirasa,
bergema-gema,
Dal itu dalil,
dalil yang berdaya..menyemai aman didada,
dalil yang berupaya...mengubati penderitaan dijiwa,
dalil yang bermaya..menjawab kebingungan dikepala,
dalil yang bersedia...mempersembahkan kenyataan nyata,
dalil bagi berusaha untuk menyempurna,
diri,
kembali,
pada pemilik dan pencipta "Dal" itu sendiri..
130707

surat buat yang namanya "Muhammad"

Muhammad,
Sempurna namamu..Mim menghadap kiblat,
Ha menghembus....Nufus menyerap,
melingkar Mim ketaatan mendakap,
Terduduk Dal..lambang dalil mengharap,
Bersimpuh penuh tertib dan adab,
Muhammad,
Adi pertama sifat,
Sempurna tauladan menjaga sempadan,
agar Ummat diikut dengan penuh pengertian,
Ummat dan Solat sempurna mahligai idaman,
kerisauanmu kini hanya jadi serpihan,
Muhammad,
Muhammad,
Muhammad,
Ku tangisi derita yang dikau rasa,
dalam kebodohanku ini kucuba menaburkan nilaimu disetiap cahaya,
agar kembali mereka dari kegelapan hitam hidupnya,
"sang purnama agama..bangkitlah dikau" ujar dicorong telinga,
sayup-sayup kedengaran entah dari mana,
aku tak pernah berhenti dalam berusaha,
aku tidak lagi takut pada kelam derita,
malam..hantu mahupun untuk ber Cinta,
kerana aku ngerti "Siapa" yang maha mengerti pada diriku yang bersahaja,
didalam ingatan mahupun lupa,
memandangku di singgahsanaNya tamra langit dan buminya,
setelah apinya dibakar aku tidak perlu berduka,
aku YAKIN pada lentera didalam dada,
membawa ku ke mana ingin dibawa,
"biarkan ia"..kerana Iman tidak akan mendusta,
bukan seperti manusia yang entah apa nilainya,
Muhammad,
Muhammad,
Muhammad,
Kini ku fahami setelah kau mengirimkanku sepucuk surat,
akan Dunia mencengkammu erat,
berdarah dan penuh keringat,
dibawa dalam zikirku tanda ingat,
dan kau katakan padaku dengan penuh hasrat,
"bukan DISINI istanamu bertempat",
Muhammad,
Jika dikau ada kini belum tentu manusia dapat kau diterima,
...ummatmu kini semakin BIJAK dalam berbicara,
sangat BAGUS dalam bersuara,
BETUL pada apa dikata,
Merasa BENAR pada sendiri..entah apa yang bisa dibangga,
ilmu secetek air di kemarau kering 7 purnama,
Muhammad,
Semakin hari berganti semakin sarat,
tak ku tulis surat ini anak-anakmu itu telahpun melarat,
dek kerna sibuk...terlambat bahkan sengaja untuk lambat,
Muhammad,
tidaklah hairan pemergianmu diratapi para Sahabat,
kerna penting adanya dirimu dalam memimpin kami yang sering tersesat,
tak tahu sebenarnya dituju..bila berkata itu tak pernah sama apa dibuat...

Thursday, July 26, 2007

Malam

Angin menderu diufuk utara,timur,barat,selatan malam,
Meninggalkan mereka berteraburan,
Bila kita berada dilena beradu aman…
Diselimuti segala keinginan,
Nikmat dikurnia turun bertaburan,
Tidur…dibelai jauh ke alam mimpi yang tiada kesudahan,
Mimpi disangka..padahal angan-angan,

Bila aku masih terjaga,
Entah mengapa..
Atau mungkin
Ingin merasa betapa hebatnya,
Ciptaan makhluk tuhan maha sempurnanya Dia,
Aku cuba belajar untuk setia,
Setia pada bulan dan bintang indah memancari pada kita,
Tidak kira dingin mahupun panas cuaca,
aku tetap akan menjadi
Yang mencintai Nya…

Aku mengadu…damba belaianNya,
Aku mengeliru..dalam berkata-kata sempurna padaNya,
Aku hanya terasa..hanyalah DIA,
Dalam lena..mahupun jaga,
Setiap saat,setiap detik,setiap kata yang ku petik,
HANYA DIA

Biar salakkan anjing memekakkan malam indahku,
Tetap kan ku coba setia menunggu Mu,
Walau diluar kenyataan impian dibuku,
kan tetap ku seru...NAMA MU

Wednesday, July 25, 2007

EL KHAMIS 260707-ISU ADAT

Kelmarin harinya,saya ada berbicara dengan seorang pelajar Muslimah dari Ireland.Pada awalannya,bicaranya manis belaka.Kemudiannya bila berbicara tentang hal ADAT Melayu,dia sangat-sangat tidak bersetuju dan menentangnya sekeras-kerasnya.Pelbagai tomahan-tomahan yang kesat dilontarkan kepada saya.Dan apa termampu saya buat adalah hanya membacanya,jari-jari saya kaku.iya,saya cukup tersinggung.dan hingga kini,saya dapat rasakan rasa bersalah itu masih menghuni diakal fikiran saya.Kerana saya mengakhiri perbualan itu dengan salam dan terus menutup perbualan YM kami.Dan berfikir sejenak..Kelu dalam berkata,Buntu dalam memikirkannya.Hingga kini saya menyapanya,masih tidak dilayannya oleh dia.wallahualam saya hanya mengharapkan akan sifat keterbukaanya untuk mencelikkan matanya akan alam kejadian dan kebijaksanaan Sang Maharaja Tuhan pemilik dan pencipta segalanya yang adanya dan tiadanya.

Demikianlah ianya,moga ada munafaat dan syafaat dari Nya bila post ini dibuat..

Kali ini saya ingin mengupas berkenaan adat-adat melayu. Mengapa adanya adat-adat yang merumitkan? Adakah benar orang Melayu merupakan bangsa yang rumit dan jumud diselimuti dengan adat-adat yang mengongkong? Pertamanya perlu dijelaskan, kita menghukum dan menilai selama ini melalui hasil penulisan dan kajian berat daripada orientalis dan individu-individu Melayu yang terpengaruh dengan gaya orde melayu baru (didikan British dan orientalisme) .

Adat bersendikan syarak,
Syarak bersendikan Kitabullah,
Syarak mengata, adat memakai,
Cermin yang tidak kabur,
Pelita yang tidak padam.


Perbilangan diatas menunjukkan hakikat adat dan cerminan kehidupan dibawah kesultanan Melayu Melaka. Mengapa kita sebutkan Melaka? Perlu diketahui bahawa pemerintahan melayu berhakikat aspirasi melayu Islam berhubung rapat dengan Khilafah Uthmaniyyah serta menjadi asal-usul kepada kedaulatan negeri-negeri melayu Islam yang lain adalah Melaka. Melaka adalah sebuah negara umat Melayu yang melaksanakan hampir kesemua sistem Islam termasuk hudud dan ekonomi Islam TANPA riba'. hal inilah yang perlu disedarkan melalui pukulan-pukulan penulisan dan wacana sedar yang ikhlas. Saya hanya menyerikan lagi temasya kesedaran ini melalui penulisan saya yang mungkin terbatas domain pembacanya.

Adakah Islam melarang adat?

Dalam perundangan Islam, sumber hukum yang menjadi antara sumber yang relevan dan kena dengan nilai kemanusiaan adalah uruf atau adat tempatan yang sebenarnya wujud secara fitrah. Fitrah ini muncul semestinya akibat faktor geografi, cuaca dan nilai ekonomi sesuatu bangsa dan kaum. Hal ini mewujudkan cara untuk mereka menunjukkan rasa sayang, hormat, marah dan berkomunikasi harian. Islam bukanlah agama bangsa Arab walaupun bahasa Arab adalah jelas bahasa ahli syurga dan bahasa Al Quran untuk kita semua. Sunnah nabi yang bersifat praktikal adalah berdasarkan Rasulullah sebagai manusia berbangsa Arab dan wajar diikuti walaupun kita berbangsa Melayu memandangkan konsep ittiba’ As Sunnah adalah konsep yang jelas dalam Al Quran itu sendiri. Walaupun begitu, Islam datang dengan membawa ‘sesuatu’ untuk mengisi kerangka ‘adat’ dan uruf yang sedia ada walaupun menasakhkan juga beberapa adat yang bercanggah dnegan ‘fitrah’ insani. Membunuh anak perempuan adalah adat tetapi adat yang tidak INSANIAH. Jadi Islam me Nasakhkannya (menghapuskan) .

Maksud A D A T.

ADAT kalau kita petik dari WIKIPEDIA bermaksud "gagasan kebudayaan yang terdiri dari nilai-nilai kebudayaan, norma, kebiasaan, kelembagaan, dan hukum adat yang lazim dilakukan di suatu daerah.

Apabila adat ini tidak dilaksanakan akan terjadi kerancuan yang menimbulkan sanksi tak tertulis oleh masyarakat setempat terhadap pelaku yang dianggap menyimpang."

kalau diikutkan dari segi pemahaman dan penfsiran usul bahasa Arab itu
""Adat" berasal dari bahasa Arab Adah yang berarti "kebiasaan-kebiasaan dari masyarakat".Jalaluddin Tunsam (seorang yang berkebangsaan Arab yang tinggal di Aceh dalam tulisannya pada tahun 1660)
Menurut saya sangat mudah,
"ADAT" adalah Penyesuaian mengikut keadaan,zaman dan era pada masa itu.ADAT ditubuhkan untuk diselenggarakan rakyatnya agar kita ADA satu FIKIR yang memanjat pada erti bersatu menuju Agama yang sejahtera,aman,sentosa.
dan kalau mengikut "definition" era sekarang(Menuju WAWASAN 2020 kononnya)
"ADAPT" dalam bahasa orang putehnya(yang BANYAK MENIRU BAHASA MELAYU dan berniat untuk menjatuhkan martabat bangsa lainnya,bangsa berdarah daging Islam paling tepatnya).

Secara jelasnya,kita faham bahawa ADAT termaktub bukanlah untuk berlaku kejam terhadap sesiapa,malah membantu membentuk diri yang berprinsip dan berwawasan.
Wawasan Akhir Zaman.

Adat-adat Melayu.

Bezanya Melayu daripada bangsa lain adalah, Melayu menganggap undang-undang sebagai adat yang mendisiplinkan manusia, membentuk norma positif serta baik pekerti. Kedatangan agama Hindu telah mengisi keinginan tersebut melalui prinsip karma dan dharma Hinduisme. Kedatangan epik-epik daripada Thailand dan India telah mewarnai seni dan adab melayu melalui penerapan adab, adat serta sikap taat kepada pemerintah melaluinya..

Risalah Hukum Kanun Melaka (jenayah dan undang-undang awam), Hukum Kanun Pahang, Undang-Undang 99, Hukum Kanun Brunei, Kanun Kelantan, Undang-Undang Laut Melaka dan lain-lainnya adalah tanda bahawa Tamadun Melayu telah membina suatu struktur perundangan bertulis yang mendasari setiap perintah dan keputusan raja dengan dibantu penafsiran undang-undang berkenaan melalui majlis ulama’ dan mufti serta pemegang adat melayu iaitu "Bendahara".

Bila disebut "BIAR MATI ANAK JANGAN MATI ADAT" selalunya pemikir-pemikir kontemporari yang pro kepada pemikiran modernisme akan menyalahkan pepatah ini dan menyamakan Melayu sebagai bangsa yang taat membabi buta. Menilai prinsip melalui hanya melalui pembacaan Hikayat Hang Tuah adalah terlalu tidak adil memandangkan konsep sastera[1] tidak sama dengan konsep hakikat sebenar Melayu itu sendiri. Marilah kita meneliti beberapa sendi adat melayu agar kita cakna dengan tomahan negatif terhadap bangsa yang menjadi tuan kepada negara ini sebenarnya.

1) Adatullah
Inilah adat yang sebenar-benarnya adat. Melayu mengatakan syarak itu adalah adat. Perinsip Fiqh juga menyatakan bahawa Adah Al Muhkamah. Akan tetapi prinsip ini menyatakan bahawa adat (URUF) setempat boleh dijadikan sebagai hukum. Sebaliknya adat yang disebut Adatullah ini ialah meliputi kesemua FURU’ agama yang diterapkan oleh ulama’ Islam ke dalam istana. Biarpun terpaksa mengorbankan Fatimah Az Zahra, Baginda Rasul sanggup asalkan syara’ terbela. Bukankah itu prinsip agama yang diserapkan dalam perbilangan melayu lama? Salahkah pepatah itu?

2) Adat istiadat
Adat ini adalah suatu ritual keagamaan yang diadakan demi melambangkan protokol melayu sebagai bangsa beradab dan berprinsip. Islam tidak pernah melarang adat-adat penabalan Sultan kerana prinsip syura dan baiah yang ditinggalkan Nabi SAW adalah bersifat konseptual yang sesuai dengan kehendak setempat. Kita melihat bagaimana Muawwiyyah Radiallahuanhu telah melengkapkan istananya di Damsyik dengan kemewahan dan protokol yang ketat memandangkan bumi Syam memang menjadi tumpuan Rom dan Parsi serta menjadi maruah Islam yang perlu dijaga.

Lantaran itu sikap Muawwiyah tidak boleh terlalu mudah dihukumi oleh kita walaupun terdapat sedikit kelonggaran yang beliau laksanakan dalam pemerintahannya. Adat dan kehebatan serta “izzah” Islam dan lambang Melayu sebagai bangsa beradat bersendikan agama perlu dipaparkan melalui adat istiadat yang kemas. Bayangkan Melayu semasa Hindunya kelihatan hebat dan izzah akan tetapi dengan hadirnya Islam, Melayu kelihatan lemah dan tiada kedaulatan berbanding sebelumnya. Justeru boleh menimbulkan kelemahan dan membantutkan penyebaran Islam yang sebenarnya rancak melalui diplomasi Sultan-sultan melaka yang berdaulat, izzah dan hebat di mata orang lain.

3) Adat yang diadatkan.
Adat ini adalah umpama “Siasah syariyyah” di dalam konsep pemerintahan Islam. Sebagai contoh akta-akta dan ijtihad ulama’ dan umara’ melayu telah menggubal suatu perlembagaan yang membantu melicinkan pentadbiran bandar, zakat, kehakiman, perdagangan dan sebagainya. Inilah undang-undang yang boleh kita lihat sehingga kini. Adakah adat atau perlembagaan ini bercanggah dengan syarak’? Mari kita lihat beberapa bukti lain. Fasal 41 Risalah Hukum Kanun Melaka menyatakan bahawa selagi mungkin undang syara’ boleh digunakan, maka undang-undang lain wajib dikemudiankan. Fasal 33 dalam Undang-Undang Minangkabau menegaskan bahawa Al Quran, Hadis adalah sebagai rujukan utama iaitu sumber undang-undang Allah.

4) Adat jahiliyyah.
Adat-adat yang telah berakar umbi sejak pra-Islam telah menjadi sebahagian daripada kelakuan harian bangsa Melayu. Segelintir besar orientalis telah menuduh adat melayu sebagai punca “kemunduran” kerana majoritinya daripada adat Hindu dan Buddha. Benarkah tuduhan sebegini? Melayu hari ini tidak kenal beza adat dan sikap melayu yang sebenarnya. Mereka keliru antara adat dan sikap. Mereka hanya tahu cerita tentang melayu (bangsa mereka sendiri) melalui pembacaan buku orientalisme, buku sejarah mengikut kerangka British serta tidak melalui pengalaman bergaul dengan oang-orang tua. Akan tetapi kita wajar mengakui masih banyak adat Hindhu yang masih diamalkan kita serta wajar dibenteras secara hikmah.

dan setelah kita menelaah serba sedikit atas tadi,adakah orang melayu dulu itu MEMBABI BUTA atau KITA yang MEMBABI BUTANYA dalam memperkatakan sesuatu TANPA ada usul periksa dan pemahaman yang jernih dan dalam?

Saya berminat untuk memberi beberapa contoh hubungan erat dan mesra Melaka dengan kerajaan Turki Uthmaniyyah. diantara adat-adat serta perayaan Turki Uthmaniyyah yang diterapkan dalam kehidupan Melayu adalah adat berkhatan, adat merisik, adat berkahwin, adat bersalin, adat mengaji kitab di pondok agama, adat rumah dan tetamu, adat jenazah, adat memuliakan ahli bait, adat tadarus, berzanji dan Burdah serta adat menghormati orang tua.

Semua adat-adat ini merupakan ‘hadiah’ akibat keeratan hubungan Turki Uthmaniyyah dengan Kesultanan Melayu Melaka dan diteruskan oleh kerajan Patani Darul Salam, Brunei, Johor Lama, Acheh dan Pasai. Kita lihat bagaimana kerajaan Turki telah menghantar beberapa kapal perang untuk membantu Melaka berlawan dengan Portugis walaupun gagal sampai ke Melaka akibat dihalang oleh tentera Mamluk (kerajaan Syiah ini bersekongkol dengan Alfonso De Albuque).

Moga ada baiknya dalam usaha kita mengenal dan memahami Bangsa kita sendiri.Perjuangan Melayu itu bukan Rasis sepertimana dikatakan oleh pemikir-pemikir yang kontemporari yang sangat pro kepada modernisme.Kita mempertahankan Identiti kita pada Bumi kita,sama seperti di Negara China, Negara India dan dimana-manapun didunia.Tidak sia-sia sahaja ciptaanNya menjadikan kita dalam keadaan berbeza,suasana berbeza,ADAB yang berbeza dan ADAT yang juga ada bezanya..Pernah dipetik pada blog sebelumnya secebis hadist mengatakan "Dijadikan kita berlainan rumpun bangsa itu untuk dikenal-kenalkan bukan untuk dilaga-lagakan.wallahualambissahwa'
setakat ini dulu saya undur diri.segala pertanyaan boleh langsung sepertibiasa melalui email..dan pada pembaca yang baru,tujuan saya menutup comment box disini adalah untuk memberikan penumpuan yang jitu dan pendapat sendiri tanpa dipengaruhi oleh komen-komen orang lain.Bukan bermakna saya takut pada kritikan..harap maklum

salam sayang
qu badr
25072007

Tuesday, July 17, 2007

THALATHA

Thalatha..
bertandangnya ia berganti silih kemari,
diajak tidak namun datangnya ia menghuni,
Thalatha..
penuh tipu daya,
usahlah kita berurusan dengan mereka,
kerana nyata punya beza,
Thalatha..
angka tiga menjatuhkan umat manusia,
dengan THA sebagai saksinya,
pada Har Tha kita disongsangkan antara,
pada Wani Tha disalaherti saksama,
pada Takh Tha disengsarakan semua,
Thalatha..
peringatan Raja segala Alam terang dan kelam,
moga mengemudi pelayaran,
tidaklah tenggelam diperbudak-budakkan,
maka bertasbihlah tidaklah karam,
bersyukurlah pada perletakkan,
Thalatha..
semoga marak menyala api lentera,
mantera syahadah dibaca dengan penuh sempurna,
pembuka fatihah anggota duniamu sentosa,
sepuluh jari disusun peringatkanlah kita,
bukan bermoco semata-mata,
tunaikanlah ia agar tidak terlupa,
pada langit..dan dibumi berkuasa,
Thalatha..
sesama kita masih berusha,
pada yang dihati bertakhta,
apa pula DIA yang mencipta,
AL-WADUD kita,
YA-HAQ itulah kado NYA.