yang dilahir dari titis baka asrar maha asyik memuji semesta terbiar, mekar bunga menari dengan jari serta kaki yang berlari-lari di maha bumi akhbar, yang terlupa di ingat, yang ingat maka terimalah pingat, sa-orang insan itu pencari yang benar..mereka tegar dalam sangkar, mengular bilamana songo ke sa..masih kembaliannya kepada sifar.
Wednesday, March 11, 2009
Pernikahan Shahirah dan Syahrul part 2
photo by syuk
http://www.flickr.com/photos/xuk/3340007331/
bersambung lagi kita....
setelah selesai majlis bersiram, kami buat final soundcheck hingga jam 1220 tengah hari.
orang dah ramai sampai. Kamipun rushing bersiap sedia. Setelah selesai diberi briefing oleh Ayahnda Ku. Kami berjalan beramai-ramai menuju ke medan perjuangan kami, diatas stage. Kali ini perjalanan kami melalui jalan yang jauh, bermula dari pondok kami dihujung sebelah kanan Aryani, melalui entrance depan hinggalah ke belakang stage.. Saya duduk didepan sekali diikuti adinda Ayie dan seterusnya sahabat-sahabat Dendang Anak saya.
Saya rasa sangat bangga membawa angkatan Dendang Anak, saya bukanlah ketua kumpulan ini namun Zul adalah Amir kami, namun Ayahnda Ku memberi tanggungjawab pada saya untuk tampil ke hadapan untuk menceritakan Apa itu Dendang Anak,
Dendang Anak...Kami bukan Celebrity namun kami adalah orang yang berseni, Dendang...Anak...Kami berdendang untuk Anak-anak, agar generasi akan datang tidak lupa Usul diri kita, dimana Jiwa kita, apa Budaya kita dan kemana Martabat kita sebagai orang Melayu.
Perjuangan kami bukan rasis, kami berjuang untuk menampilkan Identiti kita sebagai orang Melayu, MELAYU yang padanya Mim Muhammad pemimpin, Lam Alif pada Kalimah Layar La ila ha Il Allah, Ya pada Maqam/Tempat kesucian, yang menjamin Kekudussan kemudi Wau kita..MELAYU itu perjalanan pada tarikahnya, MELAYU itu sebuah pelayaran..dan tidaklah Tuhan menciptakan manusia itu berbangsa-bangsa adalah untuk kita saling kenal mengenal.
itulah kebangaan saya bila bersama Dendang Anak.
setiap langkah saya adalah diatas kesyukuran dan kebanggaan.
kelihatan orang ramai dari atas balai ketibaan semua bertumpu pada kami yang berjalan mengikut barisan, dengan bertanjak hitam, berbaju putih,bersamping hitam dan berseluar hitam warna Trangganu Darul Iman.
hinggalah tiba di belakang pentas..
setelah mendendangkan lagu medley "Penghijrahan,Al-Baqi dan Keroncong Untuk Ratna" bagi mengiring ketibaan pengantin perempuan dan lelaki terus selepas itu mengiringi pengantin mengadap Tengku Ampuan Intan Zaharah dari Terengganu dan Tunku Azizah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar, Tengku Puan Pahang dengan lagu Beraneka Bunga selang seli dengan tarian dari Briged Seni Terengganu dan Permainan Gamelan sekaligus menimbulkan suatu suasana yang saya rasa terkembalinya kepada era kegemilangan Melayu dahulukala.
Atas izin Allah juga kita berpeluang mengalaminya dan memainkan peranan yang penting juga. Dengan perhiasan pelamin oleh Raja Alfirafindra daripada Siak, Saudara jauh saya dan Azhari Ibrahim/Angah yang banyak pengalamannya membuat prop dan wardrobe untuk teater kebudayaan termasuk PGL Musical. Diikuti pula dengan bantuan sahabat-sahabat suffah saya yang berpejuangan sama mengenakan pakaian melayu lama dengan rambut panjang dan janggut melengkapkan identiti Melayu sebenar.
Pokoknya hari itu sudah 96% kemelayuan itu ada cuma tolak para tetamu yang berpakaian kemeja dan sebagainya..
Selepas majlis merenjis, kami mendendangkan lagu Ulik Mayang,Usul Bangsa dan selepas itu sepatutnya sudah selesai. Namun atas permintaan Tengku Puan Pahang, kami mendendangkan satu lagu lagi iaitu lagu wajib kami...Puja Puji.
setelah selesai semuanya kami menerima pelbagai penghargaan dari semua pihak termasuklah YB Datuk Zaabar Mohd Adib bahagian Kebudayaan Terengganu, Datuk Johari Salleh iaitu pakcik saya adik kepada Bonda saya seorang pensyarah bahagian muzik di Malaysia, yang terharu sekali kakak saya iaitu Pengantin Perempuan yang benar-benar menyatakan rasa bangganya pada saya dan ayie didalam penglibatan Dendang Anak.
Alhamdulillah semuanya dari Allah hu rabbil Alamin, bukan saya ataupun sesiapapun, kami hanya asbabnya sahaja, bahkan mungkin kami hanya minority yang kecil sahaja... Semuanya Allah dan tetap Allah.
photo by Dome,
http://www.digitaldome.org
Jadi begitulah seadanya, sayapun nak sembang panjang mungkin malam ni saya akan ulas lagi..Saya di Bandung sekarang buat pengetahuan pembaca. Saya akan pulang bagi menghadiri jemputan Dendang Anak di Kelantan sempena pesta Makanan pada 15hb ini dan pada 20hb pula di Kuala Terengganu di acara Pesta Air di Taman Tamadun Islam.
InsyaAllah..
dan akhir sekali ingin saya ingatkan bahawa dalam hidup ni ada dua perkara sahaja yang kita sendiri tak boleh jangka:
iaitu Ajal dan Jodoh.
selainnya adalah atas "Pilihan" kita. Jadi seruan saya, pilihlah yang terbaik dalam hidup kerana dalam Quran ada berkata:
"Lelaki Baik adalah untuk Wanita yang baik, dan Lelaki Jahat adalah untuk Wanita yang jahat".