Monday, June 27, 2011

Nur

tanyakan padaku,
apa pernah hadapi,

makhluk api yang belum membakar diri,
sementara mereka sibuk memerangi erti,

tanpa kenali erti,
yang ajak siapapun mengutuk sendiri,

kerana hanya Dia paling sejati,
dan abadi terkutuk itu berada tepat disini,

Api maseh Api,
Angin mungkin Angin,
Air barangkali Air-lah,
atau Tanah kembali Tanah..

wujud diatas satu punca kekuasaan.

sementara pekanira adalah ciptaan-Nya yang nyaris sempurna,
diletak dimuka Dunia,
agar beri dan bahagi hidup yang saksama,
pesan Tuhan yang Tuan bagi Hamba,

jadilah Orang yang berguna,
Manusia yang berpunya,
dan adalah Insan yang paling sempurna,
bersatu kembali dengan punca.

Nur..hanya kau-lah punca bagi segala-gala-galanya melata.

baik di golongan maya mahupun golongan nyata.

YA NUR
AL MUKMIN