Wednesday, April 28, 2010

tulang rusukku

Selisih malaikat lalu didepan dan belakangku,
Niskala terpegun memandang senyum membunuhmu,
Menggoncang jasad serta jiwaku,
Alahai..meruntuh nafasku..mengugat nadiku.. tiba-tiba terjerit suatu akta.
Menuntut haknya yang satu..ujar manja akannya “tulang rusukku”.

Ada hari mawar bertaburan diangkasa,
Ku kira dapat dipetik jadi kado buatnya,
Asyik biasanya namun kini seperti sia-sia,
Belum ada yang abadi..Semua serba sementara..dan ada kata ianya Istimewa?

Kadar hidupku menghitung mati,
Menyelam laut terdalam-bermandi keyakinan,
Semakin lemas dadaku semakin meruap-ruap keinginan,
Mendaki ke puncak tertinggi-meredah kemungkinan,
Semakin rimas kepalaku pada ketahyulan semakin membakar akalku pada kepastian,
Ku cari…
bila menanti itu satu kemalasan yang tak mesti jadi ikut-ikutan….
Tidak! tidak Cinta menggolek dipintu penantian.

Perjalananku hilang imbangannya,
Adakah kerana tiada akan mu..adinda?,
Bulan dan bintang terkadang celika-celika,
Demi dan kian atas fikirku yang dihujung binasa..barangkali semua mendahagakan punca?,

bersama waktu yang membusukkanku,
dinding kamar menyaluti kalimat karamahnya namamu,
dan ia menyatakan kejelitaanmu..anggunmu hingga ku dipasak pilu,
disamping mendendangkan tembang bisu..tersentak seketika oleh syahdu,
alunan buat fahaman ku..mengungkap sepetala rusuhan kerinduanku..terhadapmu,
doa-doa yang diadui agar dicantum kembali..
keibuanku..
kekasihku..
tulang rusukku.
ku rujuk padamu.

Dipetik dari koleksi peribadi saya: Lalu lauh mahfuz berkata..

Thursday, April 22, 2010

apa dapat tak dapat?

apa yang kamu ndak tapi tak dapat,
tapi yang tak ndak dapat..
kita marah sebab tak dapat.
tapi sedar tak pada apa yang kita dapat?
tetap dapat itu sebiji buah yang enak untuk dimakan adalah kurniaan dari yang maha esa maha menjadikan.

Wednesday, April 21, 2010

sahaya sa-urang satirawan

disini,
ku pencherita sasakala,
sa belum lena,
dan dirodok dek saratan yang nyata keliru-keliru dibuatnya.

itu hak hamba sahaya,
dengan cela,
dengan hina,
dengan nista,
sahaya tetap berkata,
tanpa kebimbangan,
Tuhanku tidak pernah melarang ku berdoa,
akan kemuliaan.

biarlah ku dihala kebencian yang menjelekkan,
sahaya tetaplah satirawan.

dunia dan narkobanya

udzur sudah Dunia,
tua,
berkepala namun seperti tak berkepala,
bongkok kerana usia,
tetap disolek cantik oleh pendandan yang setia,
sarung chincin emas berpuluh karatnya,
siapa nikah siapa?

diagih tagih bagai nak rak amalannya,
mati pun mati..tak apa..
diumpamai sempurna..bahkan syurga bagi sa-setengah jiwa,
apa itu sebetulnya kita?

antara kamu dan bahu yang sentiasa dijangkit-ungkit,
jawapannya ku pohon berbangkit.

tenteram #2

bila bayang hilang,
aku jadi tak tenteram,
mana bulan?,
mana sinaran?

bila sayang bertandang,
satu menjadi dua,
ingatan jadi kenang-kenangan,
kalam sebati sebut-sebutan,

paling dalam dari hati,
aku.. tenang.

fatahilah

urusan yang diurus setia,
kepada untuk demi untuk,
kita serta bersama kita,
lama..tlah terlalu ianya suntuk..

bila manusiawinya kini yang dimimpi-mimpi akan benar terbentuk?

usul usia serlahlah segala gagah uswah,
Hal Perihal Tuhan dan manusia usahlah jadi usilan,
usai usaha usunglah jejak kelana beruzlah,
itu utusan..dan itu lah satu-satunya jalan..

biarlah gagal dari membuta berserah,

Aku Fattahilah!

Tuesday, April 20, 2010

tenteram

sekeping kertas jernih salju,
yang diterima menghenjak................konyok meretak,
belas..sungguh aku malas,

risau yang dituju semata-mata menghalamu,
yang disambut tidak........kau tepis dengan kehendak,
belas..sungguh aku malas,

celaru cemburu membimbangi diriku,
yang pergi pun tiada....yang datang pun tak ada,
belas.. sungguh aku malas,

atau mungkin saja aku puas untuk malas,
sementara mengharap tuas,
mencurah beras,
ah..malas.
malas!
ya
salam,
aku nantikan tidur yang paling aman,
jauh untuk dipinta mahu dipinjam,
agar tiap kata ku telan,
dengan kebenaran,
kerna ku malas,
teringinnya,
tenteram.

gua #1

gua itu taman,

buat para kehampaan,

tidurlah hai rakan taulan,

maka satu hari dibangkitkan..

sementara ku menanti..dalam penuh kesabaran.

SABAR- sa biji buah yang diberikan moga kau tak kelaparan..dalam perjalanan.

[kamu dan daku]

terdahulu,
mencanai usia hanya begitu..

pilu

bilamana meneliti zuriatnya yang bakal ditelanjangi malu,
tidak inginnya:
[kamu dan daku]

menjadi begitu,

maka ku kurungkan bersama "dan" selalu,
disulami zirah kalimat MARWAH dan gelar akannya..baju,
tiga...dwa...satu,
patah palang kepercayaan dan hancur berkecai harapan,
TIDAK!...tidak semudah itu,
kau angin yang merempuh tuju,
kau api membakar dinginnya salju,
kau air menjirus padu,
dan pada perihal tanah yang membangkit.. kau cahaya sebelum malapnya aku,
begitulah umpamanya dirimu,

namun..ujar lemah dan layu,

mereka tetap dizaman itu.
masih kuat mengukir fikir dibalik dinding guanya yang usang..
menyusun tangga kebijaksanaan meniti hujung waktu,
sa demi satu,
berjalan mengheret usia yang tak terlesai,
oleh kerana ianya untukmu..maju,
dan yang hebatnya riwayat ini tidak kerana keramatnya yang kuat,
akan sebenarnya rahasianya yang diikat-rapat,
demi umat,
tapi kau tak kunjung untuk beringat!
abailah segala darah keringat.

urang dizaman malu seribu,
angin yang lalu pun tunduk malu..
usahkan cahaya mendekati kulitmu,
dan disengajai agar didharurati segala ilmu,
lika liku-liku membeku..kini menguap jemu,

syahadan,
penafian tetap ditumpaskan,
larilah sejauhmanapun kau inginkan,
bakalan,
akan dikembalikan,
pada keadaan,
yang saling bertentangan,
dalam kurungan:
[kamu dan daku]

Monday, April 19, 2010

penulis gila #12

dihujung telunjuk memaksudkan kekaguman,

oh keindahan!

itu nyata dari kayangan,
ditaman hati yang serba tentram,

sementara disini..aku kelaparan,
melayan tidak berkesudahan,
dengan hidangan kesyukuran,
meneguk kehausan,
pada sebalang penderitaan,

sambil mencari jalan,
untuk pulang ke kampung haram,
suasana menelan suram..kelam,

si penulis gila ini,
kini di perantara dua alam,
pena nya patah lantas dijadikan jarinya sebagai kalam,
serta darah sebagai gantian,
mengukir ayat-demi hikayat seribu satu salam,

diberita akan keindahan,

hingga kebingungan,
sedang akhir tetaplah keseorangan,
disini..
meniliklah diri dalam bayangan pada bayangan..

Thursday, April 8, 2010

kitab Prang Seni :#09

Berkurun lama,
naik turun ke sini kesana,
tiada dijulang pada yang menjelang,
yang dihembus subur benci tetaplah berakhir dikubur.

antara mati dan hidup.
hari trang dan redup,
kini melihat dengan gayat giat umat mati demi sendiri,
yang mereka rasai itulah yang abadi..

kemudian apa nasibnya kepada kehidupan saling memberi?,
sedang prang kita kini bukan letaknya pada besi atau keluli,

ayuh! kesini!...kita berprang seni.

Kitab Prang Seni. muka surat: #9
dipasaran 5 Mei 2010 ini.

Wednesday, April 7, 2010

sifir sir

Sungguh adil serta saksama,
Dari sifar jadi pertama..
Satu membilang berdua,
Bersahut-sahut mencetus yang ketiga,

Sementara ini bukanlah ilmu hisab..
Yang mengajarkanmu untuk mencongak semula,
Aku hanya berhajat kau sedar akan semua,
Hidup ada tolak-tambah-kali serta dibahagi..baharu sama rata,

Dibumi..bukan milikan peribadi,
Kenapa hasad dengki.. jadi mimpi yang diimpi?
Kalau semuanya buat sendiri,
Bagaimana rentaknya ingin diberhenti….mimpi yang serba ngeri ini?

satu bertemu satu menjadi satu melahir satu kembali kepada satu berakhir dalam bulatan sifar.
Sa belum sifar melingkar,
Dan disama dengan,
Kita dibilang.
Untuk bilang dan membilang agar jadi terbilang.
Dan sifir sir nya akan terus dijadikan hitungan…hingga ke akhir tiupan.

Friday, April 2, 2010

kirana #99

takluk jajah apa ada padanya,
sekadar megah dengan begitu sedikit upaya,
tunduk gajah bukan bahana bijaksana,
adalah kerana kirana keramatNya.