Wednesday, April 21, 2010

dunia dan narkobanya

udzur sudah Dunia,
tua,
berkepala namun seperti tak berkepala,
bongkok kerana usia,
tetap disolek cantik oleh pendandan yang setia,
sarung chincin emas berpuluh karatnya,
siapa nikah siapa?

diagih tagih bagai nak rak amalannya,
mati pun mati..tak apa..
diumpamai sempurna..bahkan syurga bagi sa-setengah jiwa,
apa itu sebetulnya kita?

antara kamu dan bahu yang sentiasa dijangkit-ungkit,
jawapannya ku pohon berbangkit.