Friday, October 14, 2011

Pra-Jna Cinta #2


bila waktu jadi berharga,
mati datang menyapa..
dan menjadi ibarat perawi yang tiada namanya..
agar kau,aku dan mereka mengerti bahawa Hidup ini bersandarkan Harga,
sementara Mati hanyalah Habuan buat segala laksana..

rahsia ku buat makhluk curiga,
ia mengejar hingga ke taman lena,
aku terbangun ditengah di-ini-kala,
bersujudlah dengan apapun kerja,

runtuh kota kerana bencana,
petaka disengaja orang yang sama,
makna bersama jadi sangka-sangka,
aku sendiri jadi terpaksa untuk bertanya "siapa-kah dalangnya?",

kupikat malam..pagi tiba,
cahaya kupendam..petang bertanya,
apa indah kah masa?
balas-lah daku

"tidak..INDAH itu yang maha segala..kita berkadar tak akan hampir pada makna sebenarnya meskipun ia hanya kata yang cuba menyerupai yang sebenarnya",

pertemuan kau..tak pernah dariku sangka,
disini ada kamu..disana aku berada,
Cinta dan akal tak bermain rasa,
ia semua..seluruh dan tlah ku jatuhkan ia diatas seretan darah tergelap mampu ku ungkapkan,
agar belaka jadi belaka,
agar celaka ditelanjangkan mulia..

bukit tinggi saksi syahadah ketika ku hirup udara,
terbelah dua tepat bersatu didalam ketenangan jiwa,
imbasan otakku adalah wajahnya,
retak cemburu memikirkan dunia,

tak ingin ku bawa kau mengenal yang sedia ada,
kerana aku sungguh ingin membawa kau jauh dari biasa,

cuba sahaja kau umpamakan kataku ini jikalau benar aku menipu sahaja,

saat dunia terpikat oleh langkah kirimu,
mereka mengejar mu bagailah memintas sang kejora,
tidakkah itu hanya kata-kata yang cuma?
atau sah dari mereka sanggup bangun dari singgahsana nya agar menyelamatkan Agama mu?

saat dunia terikat oleh langkah kananmu,
mereka terbang ke arah mu melebihi pantas nya masa yang mampu dikerdip akan indra-mata,
tidakkah itu hanya pengibaratan yang melampaui warna?
atau benar dari mereka itu adanya yang berusaha membakar keseluruhan Masa,Harta, Kehidupan dan Nyawa untuk menjadi Pembela, Pembimbing, Pemberi dan Penjaga?

aku anggap itu maseh Dongeng dari suara dan rupa-rupanya seekor jantan yang buas jiwanya,
ia memberontak ketika kau ucapkan kemahuanmu,
merusuh ketika kau sampaikan keinginanmu,
membenci ketika kau lemparkan senyum mu,
apatah tipu daya mesra itu maseh tidak bermakna apa-apa kecuali bernoktahkan Jemu,

dan dunia akan mengajarmu bahwa Syurga seakan akan ada,
yang dapat dirupa oleh barang yang mereka punya,
mereka menyeret mu kemana-mana sahaja,
mereka menyiat-yiat pakaianmu dengan pakaian cantik mereka,
mereka berbohong didalam keikhlasan mereka sangka,
sedangkan hakikatnya, mereka terlalu takut dengan kehilanganmu,
hanya dengan alasan keberadaanmu disisinya adalah "kebahagiaan"..

sementaranya,
aku tidaklah seperti yang demikian kamu mampu sangka,
aku adalah apa kau tak sanggup jangka,
atau kandung didalam kepala,
bahkan pada kata-kata,
hatta bersemayam didalam Istana Hati milik Nya,
kau adalah diriku,
jikalau kau kunjung terima bahwa aku adalah "Sulaiman-mu" hai sang Ratu penguasa Jelita,

walaupun kau tidak benar bersama,
dan belum pada inginpun menerima,
aku hanya pasti pada satu perkara yang bahawa kau sudah tahu dimana tempatnya bakal kita disua,
dan kepunyaan Tuhan bahagiku itu lah yang maha tahu dari kebaikkan yang terbaik
bahagi Kita.

biarlah aku korbankan dirimu bahagi makna "Kita"..
asalkan tidak kau pulang lagi kepadaku diakhir segala Cerita.

kau Hilang demi impianmu, tidak mengapa..
asal tidak kau Hilangkan Cinta yang sebenarnya adalah milikku,
buat-Nya.

PEMIMPI-N

jika benarlah ambe benci Pemimpi tanpa NUN-NYA,
pasti akan terjaga dari lena yang lama..
pengajaran mata menafsir akal agar berbahasa hingga merasa resah dihati yang ditakluk gelap gelita,
Nur ku damba siang-malam ku berkelana,

bangunlah semua..kesilapan bukan diulang,
kesalahan bukan dikesal..ini semua sekadar contoh KEBENARAN,
andai maseh enggan menerima..tidurlah semula,
kehancuran itu pasti datang..sebelum aman digapai bersama.
jadilah "MANUSIA" yang punya NAMA untuk dibuktikan bahaginya sekurang-kurangnya.

Sunday, September 18, 2011

Surat Ulu | 1.7.2


adapun tiada dari pupus jumlahnya yang punya sanggup dengan mengenal Sabar,
dan seperti tujuan Tuhan jadikan kita bersandarkan Asbab..Asbab itulah menjadi Alasan ramai bilangannya yang semakin menyaratkan dirinya agar sibuk usahakan Sorga penting sendiri mereka bertakhta dan bermaharaja-lela lah di Dunia..

tanpa mereka Sedar,
Dunia yang nyata ini adalah Neraka buat Insan yang tersalut Manusia.

maka malam itu aku dengar mereka yang tertanam hidup-hidup menjerit berteriak...

"Celaka-celaka-celaka.
karna-mu, aku maseh tersadai disini.
sedangkan kini aku kenali Kampung Abadi..Akhirat namanya,
dan karna-mu celaka kami ini dicurah airmata Vidhyadari berbalang-balang, berbekas-bekas, hinggakan cawan kami yang satu ini-pun terpaksa kami tadahkan, karna Celaka itu kami yang mengabaikan usaha menyelamatkan mereka yang hidup amatlah kami takuti, benar..
kami begitu Haus menantikan bekalan dari anak-cucu-cicit kami yang maseh berjalan di Bhumi nyata itu..apa sudah kau ajarkan mereka?"

maka aku tangisi air mata zahirku sebagai jawab mengapa aku perlu terkesima, seraya memesan pada yang mati,

"aman dengan kemerdekaan badan hai si-mati,
usaha dariantara murid pangeran Nabi, akan-ku segera cari..maka akan ku pinta padanya,
segeralah kiamat-kan Dunia ini dengan berkat doa-mu hai Kekaseh Tuhan.."

setelah kelana slama pikul lah segunung janji,
hingga keletihan itu tiada lagi dirasai kecuali terbaring kaku melihat langit disentap turun semacam kejora yang berseri-seri..

ia turun padaku bagai haruman yang belum pernah ku ciumi.
dengan telapak kilauan itu ku disambut Salam,

maka terulang bilangkanlah janji itu padanya,
"sampaikan hajat ini"..

maka ia hilang begitu jualah haruman tersebut yang semakin melenyapkan bauannya,
menanti-menanti-menanti,
hinggalah bilapun adalah Sabar ini tetap menguji,

akhirnya baharulah Akalku menyedari,
bahawa punca hari ini tiada lain karna kekalahan demi kekalahan dalam ber-Sabar jualah..

karna membilangkan Sabar itu sudah berzaman-kali,
satu-satunya Wafat, beratusan Mangkat, berpuluhan meninggal atau beribuan bilangnya mati,
yang amalkan hanya sa-kali,
sedang akan Hidup itu setiap hari,

apa itu kah "Sabar" atau kau sedia cabar yang Maha Tinggi?

Surat Ulu ku hulur pada mereka dihilir..
tanyakan mereka dari mana sungai mengalir?

172
MANDVLIKA

Thursday, September 15, 2011

dodoi buat si buta

diamku adalah rahsia ku,
bilamana terhurai kata,
rahsia ku adalah milikmu..

 dan disaat dini hari,
beradumu.. doaku menaungi..
usulku, agar itu darimu tidaklah menyedari,
kerana dirimu saudari, benarlah rahsia bahagiku..

 adalah puncha dan alasan agar kau ketahui layaknya istimewai,

 benar! kau "Hantu" buat-ku,
yang jalma itu menakutkan-ku,
 kau bakar mahkota warasku,
dan kutip debu sukma mengembalikan miliku..

 disini .tidak aku makhluk puitis, namun aku berkalam buatmu.

 dan aku disalahkan usah.. kerna punyai rasa,
yang sudah dari itu pula ku agih buat Dunia yang hampir binasa,
maka izinkanlah buat sementara ini berada di dalam sa,
 benarkan aku dan kau berdwaya,
 dalam Alam Mimpi yang tiada batasnya..

 Isteri, aku tahu kau sudah hampir..walau ia adalah bayang semata.

 Alhamdulillahirabbilalamin sudah terkalam belaka.

 dodoilah aku hai manusyah yang nyata!

 kerna aku ada-lah yang buta. untuk memaknai Indah dari rupa yang kau semua khabarkan..

Saturday, August 13, 2011

Hati Nyamuk

di serambi Mekah ini,

jadi saksi kerinduan maha-kuat kini,

yang datang dari perasaan sekecil Hati Nyamuk yang sepi..

yang cuba ku dakap bersama janji, kemudian hilang lagi.

antara Hidup dan Mati..enggan lagi berjanji,

melainkan berjalan-lah sendiri..

kemudian kembali,

buatmu yang begitu setia menanti..

Tuesday, July 26, 2011

damai

ada vidhyadari bertandang dari sepi mimpi sendiri,
ia menghimpun aman didalam mati ku ini,
dia pembawa ketenangan yang ku rindui,
kekalutan nyata ku tlah hadapi,
terubat..hanya kerana hadirmu..

janggut tuaku tiada lagi terlihat,
kerana kau tlah merdeka dari kenyataan,

sungguh benar apa kurasakan,
begitu membawa pakai perang-ditengah laman padang membara kehijauan,
yang tiada angin ada disitu kerana cemburu mereka,
tiada air mengalir dibawah atau diatas kerana iri yang tak tertahan,

menyaksikan pertemuan dwaya baqa tanah,
bersilih ganti menyata kata indah,
sumpah-berdarahku,
demi kehidupan putra-putriku..

bakal ku nanti,
setelah Tuhan berkata "Jadi".

dengan NamaNya..yang Pemurah dan Penuh Kaseh.

binasa tlah akal terimamu dari Haq,
yang mencintai-Cinta.

..hingga akhir, ku tunggu walau mengenal akhir harus berakhir.
kita abadi dalam keabadian hidup nan Kabir.

damai.
kita gapai!

Sunday, July 17, 2011

Harga Karya

sesingkat hidup, serba-nilai nya pisang setandan, rosak satu itu-lah sahaya,
ambil tidak akanmu, kerna kepalamu sering meniadakan yang ada,
dan mengada-adakan yang tiadanya pula,
nasib kita, tak apa..

namun seni hamba, akan berharga,

andai ditanya bila?
lalu jawab itu pasti: bila tiada.

inilah Harga Karya..bahagi "KITA"

baik #9

jika pinta baik.
jahat ujianmu..

jika buat baik,
jahat disuruhmu..

jika faham baik,
jahat seluruhmu..

jika kenal baik,
hajat itu..Yakin kau temu.

maka apa sahja barangnya, baikkan sahaja. itu urusan luar dunia.

Saturday, July 16, 2011

arca angka-sa

dentum dada tak kurasa,
denyut petala bergema vichara,

alam berbahagi kuasa,
antara binasa yang biasa,

yang diam dari tumpahan rahsia manungsya,
sudahlah tahu semurah nyata,

sarwa itu-lah adanya tetap berketurunan sementara.

dari terbit dan tengglam berbalik-lah kita,
adinya kerana tiada isi bhumi sa-kali pun trima akan pria nan mahdeka,

di-atas paksi persembahan skelian mata-saksi jadi pertarungan yang julung kalinya..menang atau kalah. beradat akan Dunia.

barang Harta gahra bah-akan sahaya, makna tindak ada terkira biaya buat hal maha Esa,

demi-kian, kisah amarah Bhumi sarat Ibu Pertivi. nescaya tahu ia padha amarah Langit nan selesai-lah sa belum cabar-akan, seyogya madah vichara lesap-lah belaka kerna celaka.

mendarat-lah arca angka-sa..tepat dikepala Tuan nan mulya lagi pilihan dwaya indra yang membaca

Friday, July 15, 2011

LA-ras

sudah tahu maka ingat,
sudah faham maka sampai,
letakkan ia kembali,
pabila berdiri itu maknanya dwi bilangnya kaki,

itu kanan dan ini kiri,

langkah memandu arah bersilang seni,
tiada lagi berjalan diatas sirat tali,
kau teguh dan kau perkasa menguasai petala 7 bhumi..
"Perjuangan" menyusun tangga untuk kembali..ber-Illahi.
7 petala mimpi dan impi,

bermula dari Ali.

Thursday, July 14, 2011

Nanti

ada Sir yang hilang dalam berbilang,
kecuali dipecah maka jadilah temberang,
dari tembelang doa-doa yang terhalang,
kenyataan yang kau pergi kemudian ku datang,

tak dapat ku kata-kata kan,

ya.. Rahsia,
kunci yang kau perintahkan Jibril jaga,
agar pintu Ridhwan itu rapi terperlihara,
bocorkan agar dapat ku intai darinya,
sekali pada kadar sementara.

Ghafur lah diri-ku dalam menantikan Pertemuan yang dijanji-janji kan selama ini..

diriku, sendiri dan dirinya, yang saling dahaga..demi-kian,

kembalikan,

NANTI

AL-GHAFUR - YA-WAJEED

Wednesday, July 13, 2011

ghaib

ghaib tiada ku sangka mati,

ghaib ada disebalik mimpi,

ghaib pusaka kerana menanti,

ghaib yang hilang bakal ku cari..

akan berganti..biar malam itu sepi, biar pagi itu api,

ada dwa pada ta,

yang ghaib,

kau sebut-sebutkan semula,

jadi bahang bicara, antara siapa dan siapa..

ghaib bukan rasa, bukan kata, bukan dikepala..ghaib itu nyata tanpa kamu memperakui ada akannya.

ghaib itu tenaga yang mempadukan kuasa,

ghaiblah segala,

bila kau asyik bertanya..dimana?

Monday, June 27, 2011

Nur

tanyakan padaku,
apa pernah hadapi,

makhluk api yang belum membakar diri,
sementara mereka sibuk memerangi erti,

tanpa kenali erti,
yang ajak siapapun mengutuk sendiri,

kerana hanya Dia paling sejati,
dan abadi terkutuk itu berada tepat disini,

Api maseh Api,
Angin mungkin Angin,
Air barangkali Air-lah,
atau Tanah kembali Tanah..

wujud diatas satu punca kekuasaan.

sementara pekanira adalah ciptaan-Nya yang nyaris sempurna,
diletak dimuka Dunia,
agar beri dan bahagi hidup yang saksama,
pesan Tuhan yang Tuan bagi Hamba,

jadilah Orang yang berguna,
Manusia yang berpunya,
dan adalah Insan yang paling sempurna,
bersatu kembali dengan punca.

Nur..hanya kau-lah punca bagi segala-gala-galanya melata.

baik di golongan maya mahupun golongan nyata.

YA NUR
AL MUKMIN

Pra-Kenalan Tentra Tinta

askarku adalah seperti askar mu,
askarku adalah kata dan askarmu adalah kata-kata..
prangku adalah bukan untuk membunuh kamu kerana salahmu,
itu kerja ajal, Tuhan yang maha penentu.

prangku adalah diriku,
kutukanku adalah diriku,
agar menghancurkan segala tanah,
melebur jadi air..yang meruap jadi angin,
lenyap kepada awal kejadian api..

api-kalamku bukan kehebatan,
api-kalamku adalah kenyataan,
yang menyala dari bakar bara kebencian,
kamu dan dia, walhal api tetap berusaha memenuhi hak kehangatan..

kamu benci aku, itu tak langsung tiada dipeduli,
namun ambil lah kataku,
yang bukan sebenarnya kataku..adalah pinjam
namun diolah kembali,
sesuai dengan zaman kini..
semoga dimengerti.

selamat kelahiran hai diri..

http://tntratnta.blogspot.com/

Saturday, June 25, 2011

Riang

riang,
berbilang-bilang,
tak terbilang,
akhir..tak siapapun sudi pulang,

barang tumpangan itu riang,

yang dikenang bukan sekadar,
bahkan berkadar-kadar,
pengajaran mendewakan sabar,

tumpah darah periang,
air mata berenang diatas permukaan yang tenang,
mati kerana penghalang,
wal-hal,
hidup mu sendiri seawal wujud yang terang..
usul tak menyuruh siapa pun agar berperang.

hanya belajar pada helang,
terbang..terbang dan terkam mana dianggap keperluan,

setiap awal punya akhir, yang pasti semua ini akan HILANG dalam penuh tinggi makna riang..

tunggulah pada yang menjelang.

Rhapsody Telinga

diatas nama,
keterlampauan rasa,
baur lucah ku lampir bersama,
dengan derap darah nafsu..ku bawa,

puji bersama,

sebutkan nama,
hilangkan semua,
tumpukan aku kepada,
pemilik segala-gala empunya nama,

puja berdua,

aku yang berusaha,
agar menyeret percaya yang ku persembahkan pada keluarga,
agar kembali kita..semula dalam ga yang ada,
namun sperti Nuh yang dipulaukan dalam bahtera,
bawalah pelayaran ini kepada mahkamah karma,

maha pemilik dan pencipta Karya,
keterlampauan rasa,
dalam bahasa,
tiada dalam pustaka,
wujud dari pusaka,
maha mendengarlah akan hamba,
yang berbicara..

keterlampauan rasa,

dari segala harta,
lenyap luluh belaka,
segala barang itu TIADA!

namun ia datang kembali ADA,

berbisik pada telinga,
Ta aku makin BUTA,
Lam aku hilang pada KATA,
YA..aku akui hati ku sudah binasa,
dan NUN yang jauh tapi dekat ku berada,
GArapan ini bukti nya,
Allah. yang semata.

maka puji keterlampauan rasa "wujud" telinga,
hanya dahaga getar nada,
LA LA LA LA,
yang tiada hanya Dia.

kau katakanlah apa sahaja,
aku hanya dengar nama-namaNya.. yang kau pinjam sementara.

Friday, June 3, 2011

pertarungan

maka bertarung-lah kata dan laku,
lalu ditikam-lah akan laku menyebabkan kata menjadi kelu,
tersimbah darah kata yang berbahasa-bahasa rupa-nya..

sementara kata membalas laku dengan lafaz seru sa-ribu dari satu,
membingung-lah laku itu keliru,
bersimpuh-lah ia..cantik tertumpah dari paras-nya,

sambung demi disanjung, sabung menyabung, halilintar bertarung,

namun bergabung mereka apakala "Dia" berkunjung,
"Dia" adalah Kebenaran,

saat kebenaran itu datang di-antara kedwa itu, terkesima lah mereka..

kata terdiam,
laku melumpuh,
karna semua ini pinjam,
dengan jujur mereka akuinya "Sungguh"..

dan kerana Dia adalah Tuhan yang tiada terkalah maka layak-Nya Tahu siapa-lah terbaik dari kalangan itu.
bukan kita,aku ataupun kamu.

nasib & nisbah #3

menjadi Hamba,
bersenantiasa-lah akan ia dalam Usaha,

menjadi Sahya,
bersegera kekal dengan me-Laksana,

dariantara nisbah serta nasib diajak bersama,
dengar-kan kata,

kerana tiada lagi yang terbaik itu..melain-akan ditentu oleh punca Kuasa,
berdiri pada sendiriNya,

kecuali pilihan ingkar itu sengaja,
menyangka "Aku yang Paling Berkuasa"..

nasib & nisbah

antara nasib dan nisbah,
martyapada,
kekurangan yang benar itu tiada,
karna karma Tuhan sudah-lah sempurna,
ia taat berada untuk ditimbang padha mizan-Nya,

kadarnya,
pemilih nasib dan nisbah,
membuat bual itu payah dikira,
pekanira bertanya padha soalan yang sedia-punya jawabnya,
Mengapa?

akhir diam dan sakit itu menjadi guru,
kenal sudah "Siapa",
dalang pemberat bahu neracha petala,

yang hanya "Kita",
yang sahaya pada hakikatnya,
penakut atau pemalu sepenuh masa,
untuk terima, bahwa kenyataan sebenar buatnya itu "hamba"..

itulah punca, "Mengapa, Susah Semua"

Wednesday, June 1, 2011

demi kebenaran

dan demi lah yang nama kita panggil "kebenaran",
kebohongan disorokkan,
kecurangan terselindung dibalik tabir kebaculan,

demi yang peri..dipanggil ia "kebenaran",
kemenangan dicemburui,
dikejar sang tuju-tuju..yang musnah dalam kehancuran,

kebenaran tiada,
melainkan kamu benar yakini Cinta itu ada,

kerana tiada Cinta yang layak wujudnya..selagi nama nya Dunia.

Wednesday, May 18, 2011

krjaya hina

demi-kian,
sekalian garapan yang disengaja-akan di isi harapan,
kata bukan menuntut hak keindahan,
kata membuatkan kehebatan jadi kerendahan,
kata bersujud dibawah nama Tuhan,
kata berdiri diatas paksi Tuhan,
kata nan terluah padha kebaikan,
agar kata yang baik dibahagi-bahagi akan,

demi-kian,
sarwa penciptaan ditatahkan berlian,
bernilai padha yang tampak kemewahan,
berharga buat yang nampak-kan kekayaan,
bermata mutu manikam,
dwiaya kilau hilai tawa keserian,
agih biar berselerak-kan berperi-lah sentosanya Insan,

demi-kian,
segala penulisan lalu jadi-lah rujukkan,
pada hati yang tak terpujuk,
tawarkan lah sa-baik mampu kelakuan,

kala-kian,
biarlah sahaya di jadi habwan,
mungkin karna karma sa-titik perkataan..
biarlah hamba di abdi sebagai buruan,
mungkin memburuk mati dengan padah cacian,
kerja hina ini akan terus diperturun akan,
selagi adanya hujan,
bertempat dibhumi milik Tuhan,
biarkanlah..

asal kan,
anakmu-cucumu tiada lagi bersendirian..
kerana sahaya bukanlah Tuhan,
melainkan manusiah..
yang mereput jua didalam menanggung
kelaparan.

warkah akhir

tiada akhir kan kenal bagimu satu permulaan yang wajib diatasku tadbir..
demi lisan nan syakir,

bait..
bersyairlah dengan zikir.

kebenaran..
hancurlah demi-kian mengibar panji maha kabir.

Ya Muawwal-Ya Mu'akhir.
titian takdir..diatas pena menarilah warkah akhir,

berjalan-lah terus,
seraya melaksanakan yang dipamir,
..berhentilah fikir,
tiada yang mungkir,

tiada yang mungkir.

Sunday, February 27, 2011

hiburan

.dan mereka tahu, hancurnya dalam diam,
serta terpejamlah dalam,
hidupmu ,hidupku dan hidup mereka jadi kelam,
pada ketika itu usah persalahkan Tuhan,
kerana kamu begitu kejam.
inilah habuan yang didahagakan,
kau kata "hiburan"..maka

INI lah

kebenaran.

KBD 5:42 27|2|11.

Wednesday, February 16, 2011

.

dalam hidup ini..
tiada ada-nya yang layak buatku berjanji,
kerna karib-ku adalah mati..
demikian janganlah mendesakku untuk memberi,
suatu hal yang tlah ku curi,
dari satu Tuhan yang aku Cintai.

KBD.
Khamis.3:13.17|2|11

Thursday, February 10, 2011

madu yang termaudhu

sa-dunia memperakui kemanisan madu,
semanismana kata rasa itu hendak di laku,

tak siapa terasa perlu membenarkan sedangkan..
yang ini
dan itu,

apa yang kau mahu,

sementara yang terburu
..kita pejam,

yang bersekutu
..kita diam,


kejam,

kejam,

kejam,

ialah kamu beribu-ribu usia selama kehidupan,

inikah angkara permintaan,

yang suatu masa dahulu pernah terduga untuk dibahagi-bahagikan?

tiliklah balasan pada kebaikan yang disangkakan,

kejam

padha : Ha #8

tahukan susah payah, sebelum berputih darah,
kenalkan yang lemah, selepas melawan arah....

maka fahamlah dia akan "Anugerah" , yang ada tersedia sudah diatas lapangan fitrah.

10|2|11

Monday, January 24, 2011

Malam Dwa Dwa Satu dan Satu Satu

suatu malam ku terdengar,

semesta berswara dengan bahasanya..

mereka seraya berbisik ke telinga Dunia:

"Yang bernama Tuhan itu MASIH ADA"..



tetapi kita,

menjadi orang itu keliru adakalanya,

sudahlah perintah agar dipuji kebesaranNya taatnya tiada,

ummat khianat negara neraka pula dibina,



kau kaji Dzat Nya hingga alpa sehingga terbelah,

pecah,

bahkan kita dijajah,

di batas segala amal..akhirnya didalam Agama tercipta pula Agama lainnya,

dan didalam Agama lainnya..kau cipta Agama yang lain lagi,



kau biar anak isteri tetanggamu menerima padah....



diantara mimpi dan bukan mimpi..



Ridhwan memanah tepat pesannya buat ku dengan rasa,

sadar dan lena..

ketahuilah Sorga itu ADA,

Sorga itu buat semua yang ingin berSAMA,

sabar dan sedia..

masa itu kan memujukmu untuk kesana,

dan didalam Sorga itu ada yang menunggumu..

dan DIA-lah TuhanMu dan TuhanKu.



Bukanlah angan sungguhpun kata-kata ini sedia untuk menjadi "dongeng" untuk kau mudah sangka atau curigai,



....setelah baca,

jangan bicara,

tamsilkanlah ia dengan getar rasa,

kerana ia belum pernah sekalipun dalam hidup ini mencurangimu.



suatu malam itu lenyap kerana hari,

mataku terpejam hatiku bersayap kembali,

jasadku ditinggal..hanya diriku yang pergi.

Ya Salam! kau sungguhlah murni.



KBD

22|1|11

0432

Tuesday, January 11, 2011

11

catatan purvakala terchatit akannya 1 Tuhan bersama 2 pilihan diberi,

3 baktimu sebagai ayah kepada isteri,

lintasi 4 sempadan diri agar hendak itu didakapi,

5 rukun utama dan 6 pra-syarat undang azali,

kalau belum digali 7 isi bumi mustahilah petala itu dapat dilepasi,

8 syukur yang tiada terperi,

9 kembali membayi diri,

10 menyifari diri kepada yang satu..maka sedarlah tatkala "saratan" tiba.



bila 1 bertemu yang sa,

apa yang ada darimu

adakah sekadar rasa, kata atau andaian semata-mata?



satu dan satu..kalau kau begitu, ia akan begitu.



11.1.11

Sunday, January 2, 2011

Istimewa

..wahai Tuhan segala kata,
berikanlah aku sepatah dwa bicara,
agar turun titahmu buat hamba melaksana,
sebaik buat selancang bahasa,

biar senja jadi haru seketika,
biar malam terhenti sementara..

..wahai Tuhan segala kata,
ini hal Sungguh Istimewa,
tak terucap swara,
tak tergarap pena,
tak tertitik tinta,
tak terbisik tari jemarinya,
tak terusik ketegasan bahasa..

beri padaku dwa kata seindah Hu Ahad,

agar padanya wujud kalimat yang berkata..
"sangat Istimewa"