Saturday, December 27, 2008

diatas cebisan hamparanMu ini....oleh ku bad

Suasana sunyi sebentar,
hati dijiwa begetar-getar,
menadah tangan terketar-ketar,
mengharap,memohon dan mengimpikan semangat yang mekar,

sewaktu bumi dahulu menari dengan riangnya,

Dilapangan sawah padi mereka tega,
dilautan terik mata api bersemangat kekar,
menebas segala kekusutan yang meleka,
menyelam mencari sebutir nilam nan bersinar,

namun itu sekadar kisah yang telah lama dipisah,
kini itu semua tidak diendah,
hanya kerja yang hina dan tak berfaedah,
hanya pada yang "pemalas" seperti mereka yang tiada berijazah.....

Wahai pemilik pribumi gusti pangeran Allah,
diatas cebisan hamparanMu ini,
ku menanggung dengan penuh kifarah,
kebodohan yang mereka gila-gilakan kini,

taksubnya pada Harta,
gilanya merebut Takhta,
hinanya mendemikan hidupnya kerana Wanita,
akhirnya berendam darah pada Senjata,

Pernahkah kamu perdengarkan,
akan suara Alam bertanya,
yang semakin bosan mempertontonkan,
"Apalah inginnya kamu Manusia?",

betapa malunya burung-burung bertebaran tiap dinginhari,
ayam mengokok mengejut Subuh pagi,
itu juga belum tentu kau sedari,
bahawa Tuhan itu Maha memperhalusi,

tengah hari..berhentilah seketika disini,
disatu sudut aku mengiring setia menanti,
ku tunggu juga tidak kau kemari,
betapa ruginya aku menangis seorang diri,
andailah aku bisa bersuara seperti manusia-manusia ini,
aku sanggup dipijak....demi untuk kau temui yang maha Illahi,

petang tiba..pulanglah mika,
ujar ibunda....tak terlaksana juga,
saya ini dan saya itu alasan yang dikemuka,
begitu malu ku melihat makhluk yang berlalu dari sini kesana,
untunglah mereka yang tak berakal namun taat pada suruhanNya,
kambing dan lembu pulang kekandangnya..anda pula dimana?,

seru agung..Allahuakhbar! kalimah pertama,
Allahuakhbar! tetap diulang semula,
tidakkah sedar wahai manusia,
jangan kau sombong dan bongkak pada titik usaha,
kerana itu semua lahir pada izinNya semata,
kamu itu pelupa..tak usahlah berlaku bijak dalam bodoh yang nyata,

saat embun turun berderai diatas dada dunia,
dimasa itulah Tuhan menyingkap tabirNya,
saat itu kau bermimpi dengan penuh leka,
alangkah sayang seribu nikmat didusta..
usah disalah pada mereka,
kerana bebalmu itu yang tersangatlah jelasnya.

diakhir qalam ku pohon buat julungkalinya,
simbahkan mereka seberkas lautan sadarkan mereka,
jika itu yang terbaik buat kita semua,
untuk kembali membeza dan menilaikan yang mana,
permata ataupun kaca,
agar kembali semula,
berbaiah pada Mu hai yang maha Perkasa..Tuhan Gusti Pangeran Allahurobbil Alamin.
diatas cebisan hamparanMu ini,
ku pohon dengan penuh hinanya.....agar Bangsaku kembali beragama.

Friday, December 26, 2008

kita mungkin baik tapi...

kita selalu fikirkan bahawa apa yang kita buat itu baik,
ada takut berbuat baik kerana kawan-kawan,
ada yang buat baik untuk sesuatu perkara selagi belum tercapai apa yang diingininya,
namun pokok pangkal nya sudah tentu nak kebaikan atau jadi baik..proses pemulihan dari kejahatan,kezaliman dan kebatilan selalunya dikaitkan oleh ke baikkan, thoyyeb, jayyid dan sebagainya..
namun apa itu BAIK?
apakah harus dan mestinya apa kita lakukan itu kita sendiri merasakan bahawa apa kita buatkan itu kita merasakan baik?
perlukah kita rasa diri kita baik?
jika kita lihat dari tafsiran, definasi atau pengertian daripada baik itu bermula dari Niat yang kemudiannya disebut Niat yang Baik. Tidak dinafikan juga apa yang dibuat akhirnya kita juga menuntut hak balasan kebaikan juga, cuma ianya dari secara langsung ataupun tidak langsung, sebagai contoh:

kita berbuat baik pada diri, kita mengharapkan diri kita menjadi lebih baik.
kita mengamalkan kebaikan sesama manusia, kita mengharapkan agar apa yang kita inginkan itu tercapai juga akhirnya,
kita mensyariatkan nilai kebaikan pada makhluk serta alam, kita mengharapkan naungan dari sesuatu kuasa yang jauh lebih maha kuasanya dari kita, maksudnya kita harap bahawa ianya mendapat pandangan dari Allah (bagi kita yang meyakini pada Islam),
kita mewakafkan hidup kita pada Agama untuk menabur kebaikan serta kemuliaannya, kita mengharapkan Khusnul Khatimah (akhir yang baik),kita mendoakan Syurga bagi destinasi akhir kita setelah kita telah mati kelak.
walaupun ada yang kurang setuju dengan kenyataan ini, namun ia ataupun tidak yang pastinya apa sahaja yang kita buat pastinya kita inginkan sesuatu kembali.

Anda tidak percaya?

saya minta 10 minit untuk anda yang membaca untuk diam sebentar dan fikirkan apa yang tlah saya katakan tadi. saya pasti, APA sahaja yang kita amalkan pastinya kita inginkan sesuatu semula sebagai pulangan agar kita tahu betapa berbaloinya apa dibuat dan ianya tidaklah sia-sia..

Saudara dan saudari,

Apakah benar kebaikan itu adalah baik sebenarnya, saya selalu bayangkan bahawa selalunya perkara yang baik hanyalah rahasia yang kita tidak ketahui akan perkara sebenarnya, ini adalah kerana bila kita tahu takut jadinya Riak,Ujub dan Syirik pada diri pula yang timbul. Kehalusan didalam Agama yang bergelar Islam ini memaksa saya untuk akhirnya tidaklah menilai apa yang kita telah amalkan, sungguhpun kita dijadikan dengan penuh sifat-sifat terpuji dan mulia Allah namun begitu amatlah payah sekiranya kita sendiri menilainya, apatah lagi mengetahui akan apa kebaikkannya yang kita kerjakan. Kita tetap tidak sempurna didalam apapun yang kita kerjakan sungguhpun apa yang cuba diusahakan adalah demi mencapai tahap Insanul Kamil. Berdasarkan kitab hikam lama, sebelum menjadi Insan Kamil(Insan Baik,Suci ataupun Mulia) kita perlu hadapi 6 semacam ujian Nafsu, bermula dari Amarah, nafsu yang umumi ada pada kita sejak usia kenakalan kita, Malas adalah no 1 nya, keselesaan adalah kehendaknya, tamak sifatnya dan adakalanya kewarasan kita jadi taruhan sekiranya ia tidak terkawal. Saya enggan mengulas lagi tentang makam-makam nafsu ini, InsyaAllah andai ada waktu sesuai kita akan bincangkan. Tapi ketahuilah bahawa untuk menghadapi Amarah-Muhalmah-Lawamah-Mutmainah-Radiah-Mardiah-Kamilah adalah satu ujian yang sangat-sangat berat sekiranya kita hidup tak berguru, membaca sahaja bukan caranya sahaja, untuk melaksanakan kita perlu penilaian dan pemerhatian dari orang-orang sebelumnya dari diri kita. Terbaik, bergurulah pada guru yang Arifbillah (Tahu akan siapa Tuhan) atau lebih tepat, yang Maarifat.

Dizaman sekarang, kita didatangi oleh pelbagai jenis manusia yang menggelarkan dirinya Ustaz,Syeikh,Tuan Haji, Tuan Guru dan sebagainya. Saran saya, dengan berbekalkan ilmu dan kefahaman yang jelas tentang Agama, silakan. Dan yakin lah pada Allah, bukan Manusia setahun jagung umurnya itu, faham dan buatlah demi Allah dan janganlah lupa untuk selalu maintain niat Mengenal Tuhan @ Mencari Tuhan dan jangan cepat menjatuhkan hukum bagi sesuatu, ingat! kita berguru dan sebagai murid tertibnya perhati dan cuba fahami kenapa ini dan kenapa itu. InsyaAllah, Tuhan itu tidak akan menyesatkan kita sekiranya kita mencariNya, pada yang tidak ingin mencariNya, selamat menikmati kehidupan Dunia ini yang serba sementara. Akhir segalanya, faham dan dalami apa erti, Baik.

Baik, lalu apa inginnya pada dri kita? Dahlah nak capai Insan Kamil begitu payahnya dan banyak berdalihnya, jadi bagaimana nak jadi baik sebagai manusia yang separuh "alien" ini. Kenapa "Alien"??
Mudah, kalau kita Manusia yang pada kejadiannya dijadikan daripada Tanah, berunsurkan Api,Angin dan Air sudah tentu logic akalnya kita cukup faham akan kehendak Alam. Tapi cuba kita tengok sekarang,
bangunan dipacak sana sini dibuat demi kemegahan diri, kebangaan yang ntah hapa-hapa, dahlah sifat popular kita yang suka membazir satu hal. Haiwan, Tumbuh-tumbuhan dan semua makhluk diusir jauh-jauh.. Jadi
tanyalah diri sendiri, apa faedahnya??
tepuk dada, tanya dimana keyakinan(iman) kita..
yang pastinya kebaikkan banyak positifnya didalam kehidupan. Tapi jangan tertipu juga, kebaikkan ada kesan negativenya juga pada kehidupan, hal ini sering berlaku bila kita sebenarnya diuji. Ya, nak mencapai kebaikkan itu bukan senang, adakalanya untuk mendapat kebaikkan kita harus kerja keras untuk memperolehnya, pepatah orang putih ada kata, You have to fight to earn.
Kesimpulannya, untuk berbuat baik, ianya selalu bertentangan dengan kehendak nafsu dirinya.
Adakalanya kita kata "berat hati" untuk bersedekah, dalam bag duit ada RM100.
Nak beli macam-macam, pastu ada pulak member yang berada didalam kesulitan. Nak mengelat satu hal pulak, akhirnya kita ter"paksa" bagi..kita "berat hati" sebab digenggam oleh nafsu-nafsu kita. Jadi menanganinya susah sebenarnya, tapi itulah satu langkah besar untuk berbuat baik dan diiktiraf "Ikhlas" oleh Allah sendiri, adalah perlu diingatkan bahawa Ikhlas itu BUKAN penilaian bagi kita untuk kata suka-suka, ikhlas itu pengesahan dari Allah. Bagaimana nak tau ianya sah atau tidak?
Tak payahlah nasihat saya, maksud ikhlas sendiri pun dah jelas, Berbuat baik tanpa menuntut apa kembali..Kecuali apa Allah nak bagi.

Dizaman sekarang, kita hidup serba mewah, serba senang dan serba serbi adanya disekeliling, bak kata pepatah, campak mana-manapun kita tetap dapat hidup, tu tak kita bicarakan hal kedamaian yang kita ada didalam komuniti, masyarakat ataupun tempat kita ini andai ingin dibandingkan dengan kehidupan di tempat lain. Iklim kita yang lembap macamnipun kira rahmat yang tak ternilai, bukan nak bandingkan nikmat Syurga namun saya rasa seperti Tuhan sengaja membocorkan sedikit Syurga buat kita rasai pada Diri ataupun seisi Langit dan Bumi.. Pagi-pagi kita tengok langit, SubhanaAllah,
Tengah hari panas terik, masih ada angin ditiupkan..tetap SubhanaAllah, memaksa kita selalu ingin bertasbih terhadapNya..
Malam pula, walaupun ada masanya bulan dan bintang timbul tenggelam tetap yang ada hanya Lailahailallah..
namun sayanglah, kita sekarang seperti membenci pada apa Tuhan jadikan, dah panas nak sejuk, dah sejuk nak panas, mengeluuuuuuuuuuh saja kerja, tak cukup dengan tu ada pula cuba melawan hukum Alam,
apa agaknya yang kita nak sebenarnya??

Saudara kita sana sini, menjulang nama Islam namun tiada identiti baiknya, adapun sedikit ataupun sekadar muslihat untuk bertopengkan pada agenda sebenar, akhirnya kita akur dan tunduk gila-gila pada apa yang Dajjal tunjukkan, sistem dunia segalanya yang bertepatan dengan Nafsu kita pertahankan, Dalil dan Nas yang disyariatkan di olah-olah, hukum hakam suka-suka di ubah tanpa sedar didalam diri sendiri memelihara berhala keujuban diri..keakuan yang bodohnya.
Saya bukanlah membela agama lain, namun cuba kita ambil iktibar akan usaha-usaha yang cuba mereka lakukan.. Disana sini, ada saja kerja kebajikan dibuat, Mangsa Banjir, Mangsa Tanah Runtuh, Perlindungan Kanak-kanak, Wanita dan sebagainya. Yang paling kagum saya lihat mereka tak kira agama tapi memikirkan soal kemanusiaan, kesejagatan yang dipulihara amat jelas dan jauh andai kita nak banding dengan apa progress yang sedang kita lakukan. Itu sebenarnya cara kita berdakwah kalau benar kita kata ia Dakwah. Menepati ciri-ciri Siddiq, Amanah, Fatonah serta Tabligh.
Yang kita sibuk adalah buat Masjid berlambak-lambak dengan satu imam bermakmumkan 3 orang sahaja. Menjelang tahun baru ini, yang sibuk adalah upgrade pejabat-pejabat agama untuk dijadikan serba canggih katanya,
yang menurut protokol, dan bersusunan,
Apa yang nak persoalkan adalah dimana dan sejauhmana hak rakyat-rakyat dilaksanakan padahal bukankah itu yang Nabi amalkan, walaupun usaha itu kecil namun disisi Allah siapa tahu melainkan diriNya sahaja. Apa yang kita ingin capai adalah Akhirat dan Dunia sekadar persinggahan semata-mata.
Jadi perlukah kita berada didalam keselesan bila ada dikalangan rakyat yang bergelimpangan hidup dalam kesusahan.
Tidakkah kita fikir ianya perbuatan yang bazir namanya??.. dan tolonglah saudara-saudari sidang pembaca,
saya tidak pro ataupun con pada kerajaan, saya hanya berdiri pada diri saya sahaja, bukan ayah saya dan saya amat merasa bahawa ini yang nenek moyang saya inginkan. Kita berada didalam satu lingkaran kebersamaan yang Aman, Damai, Sejahtera dan Sentosa.
Pada akhir kali, fikirlah dengan cuba memahami apa itu Baik pada sisi diri, manusia, kehidupan serta Allah dan Rasul kerana dengan bermulanya niat yang Baik itu menyalakan cahaya pada diri, dan apabila diri bercahaya dan disampaikan pada yang lain pula kita akan bertambah bercahaya, akhirnya menyalakan malam yang kelam dan menghidupkan hati yang tidak tenteram.
InsyaAllah.
sampai disini dulu saya ucapkan selamat berazam, menjelang Tahun baharu 2009 yang disambut merata dunia, wajarlah kita mulai dengan azam baru dan membuktikan bahawa Islam itu bukan apa yang mereka-mereka sangkakan, Islam itu penuh kasih sayang, pedoman dan kebaikkan.
Berazamlah..untuk menjadi Baik.
salam sayang.
Ku Bad
wallahualam.

Tuesday, December 2, 2008

....aku menangis seorang lagi oleh ku bad

Matahari melancar cahaya seisi bumi,
Ianya menari-nari..hawa tertajali,
Burung melayang-layang..kesana kesini,
Udara melebar segar buat dihirupi,
Alangkah indah hidup yang kita hidupi kini?...
Segalanya mudah tidak dipintai,
Namun sejauhmana disyukuri,
Bertanyalah pada diri sendiri,
Tanpa kusedari..airmata mengalir halus dipipi,

Malam menanti..siang pun pergi,
Perantara alam dua serangkai bertukar ganti,
Jauh dari kekacauan kini..aku memencil diri,
Berseorang sejenak bersama persoalan yang dihantui,
Kurenung akan ciptaan setinggi dan sedalam mana mampu dinilai,

Bersama usapan sang bayu membawa rasa ini,
Seakan-akan pulang kepada yang Maha Memahami,
Tanpa kusedari..airmata mengalir lagi,
Amat merasai tertanggungnya kekuasaanmu..yang maha illahi,

Alangkah indahnya andai,
Aku dapat merasai,
Ketenangan yang abadi,
Didalam sejenak..aku pintai,
Agar dapat ku fikirkan jelas akan apa sebenarnya sedang berlaku kini,
Manusia yang tiada lagi mau mencapai kehormatan diri,
Tanpa kusedari semuanya….aku menangis seorang lagi.

Monday, December 1, 2008

Amarah oleh Ku Bad

Hari ini..kelmarin serta kelmarin-kelmarinnya,
Ku menatap wajah dunia dengan penuh hiba,
Anak-anak kita sesaudara ataupun sekeluarga,
Mempergadai nyawa….hanya begitu sahaja,

Kenapa? Ku Tanya..
Didalam hati mereka-mereka,
Seolah-olah ianya berkata,
Demi “Tuhan”ku,

Aku bertanya…”Siapa Tuhan mu?”,
Lalu dengan penuh malu,
…ia berkatalah,
Amarah.

Aku bingung..tergaru-garu,
Dalam haru biru aku berkata,
“Siapa pula si Amarah itu?”
Dalam penuh tersiksa ia menyapa,
“Yang sentiasa menjamin Kepuasan diriku”..

Aku jadi tercengang,
Kerana memikirkan betapa bangang,
Kisah ini,
Dan aku tertanya-tanya..mengapa aku menulis perihal ini,
Sedangkan apa Nabi mahfumkan tak dipeduli,
Apatah aku yang bersuara kecil ini.

Bersediakah kita? oleh Ku Bad

Zaman berzaman…kita menanggung pelbagai kesalahan,
Kesalahan nenek moyang kita,
Namun benarkah ia adalah suatu kesalahan dan bukannya kebaikan yang digelar hikmah?,
Andai ianya pula satu kesalahan..ingin aku tanyakan,
Bersediakah..bersediakah kita? Memperbaiki kesalahan tersebut agar tidak kita ulanginya lagi?
Atau bersediakah kita meneruskan kebodohan demi kebodohan diri yang tidak ingin menoleh kebelakang walaupun sekejap?
Bersediakah kita?

Riwayat yang lama telah pun kita tutup..bahkan mungkin kita sekadar melingkup,
Hikayat yang baru entah kemana maunya dimulakan..
Hakikatnya diri berada diantara,
Kebenaran atau kebohongan,
Kenyataan atau kemayaan,
Kebaikan atau keburukan,
kecintaan atau kebencian,
Ujar sang gembala..tepuklah dada tanyalah iman,
Namun kosong sekosongnya bagai mengetuk tin yang kesepian,
Hanya mulut rancak menadakan rentak namun tiada perasaan,
Berjejak tiada berganjak namun kenapa pun susah untuk dijawabkan..

Adapun sebuah kisah yang tidak masuk akalnya,
Dikatakan perintah Tuhan untuk korbankan anaknya,
Semua kerana bukti Cinta,
Masakan itu perkara yang gila segila-gilanya?...
Mengapa begini rupanya?
Bukankah agama ini agama yang mulia?
Yang mengajar dan menyusun erti hidup menuju Sentosa,
Anak yang dihembuskan nyawa dengan udara Kasih berdua,
Dari kecil hingga dewasa dibesar dengan kehendak yang katanya Tuhan yang maha Esa,
Jadi kenapa memangnya sekarang baru mahu dibunuh pula?
Si hamba pula kebingungan dan kekeliruan,
Adapun sebelumnya dianggap Matahari itu Tuhan namun jua terbenam,
Bila Bulan diyakininya layak dipuja kerana keindahan malam,
Tetap juga tenggelam,
Semuanya tidak masuk akal,
Kini adapun Tuhan digelar Allah disuruh menyembelih anaknya pula,
Apa sebenarnya dah terjadi didunia ini??
Dimanakah keindahannya kalau semuanya serba kusut?
Namun tidak mustahil jika ia ujian..tapi memang kenapa harus begini rupanya?
Apa hikmah yang inginku pandangi?
Mungkinkah cerita ku ini akan dijadikan rujukan?
Akhirnya..”Ibrahim” ini dengan berat membuat keputusan,
Dengan ini lihatlah Tuhan! Kerana inilah erti segala korbanku!!
Walaupun kedua-dua belah tanganku bagai dipasung oleh hatiku,
Meskipun sudahpun hilang kekuatan dan kudratku untuk menghunuskan mata pedang ini dileher anakku yang satu ini,
Ambil lah Ismail ku ini,
Ambil lah….Wahai Tuhan yang maha Cemburu,
Kerana ku lakukan ini demi Cintaku padaMu dan untuk anak-anak Bangsa ku nanti,
Agar mereka faham bahawa inilah maksud Pengorbanan..
Dan moga mereka menghargai Agama Mu yang tlah kau turunkan kebumi ini.
….sungguhpun Tuhan itu maha membenarkan apa yang bakal berlaku,
Namun diperintahkan dan gantilah Kibas,
Ibrahim menangis kerana terharu..terharu kerana didalam keberatannya untuk melaksana,
Tetap Tuhan yang bernama Allah memandang secebis kesanggupannya,
Terbuktilah bahawa Dia lah Tuhan yang memiliki segala alam yang kita berpijak kini,

Kini..itu hanyalah termaktub kisah akannya,
Dan diciptakan hari yang sangat istimewa bagi mengenangnya,
Itulah Ibrahim Alaihissalam dan Ismail Alaihissalam,
Ayah yang sangat-sangat meyakini Tuhan yang tiada terlihat wajahnya pada nyata,
Dan anak yang mentaati ayahnya dengan sangat setia tanpa curiga,

Tuhan itu maha Fatonah,
DIA menyuruh kita berfikir sedalam-dalamnya didalam melaksana,
Bukan duduk bodoh,mengeluh dan mengalah,
Akal yang ada..gunakan sewaras-warasnya,
Letakkan kepentingan pada Allah bukan Amarah,
Manfaatkan demi Nya tanpa menuntut apa-apa,
Itulah semulia-mulia hamba yang pasrah.

Dan janganlah kisah ini dilupakan begitu sahaja,
Ambil lah ia..riwayatkanlah bila masa tiba,
Katakan pada Anakmu bahawa inilah Ibrahim antara yang dimulia,
Begitu besar kisah pengorbanannya hingga didalam diam mendidik kita,
Menjadi hamba pada yang maha Esa,
Dengan penuh kemudahan yang ada,
Syukurlah pada setiap degupan jantung yang bernada,
Dan diakhir malam usahlah berbaring sahaja,
Tanyakan pada diri kita,
Bersediakah kita?

Wednesday, October 22, 2008

Kau yang aku amat kasihi

telahku nukilkan resah,
untuk ku abadi kan terindah,
telahku tuliskan rindu,
pada setiap penjuru waktu,

bezanya dikau antara,
jaga dan lena,
aku tetap menanti,
pada nyata,
agar kau tahu,
betapa dalamnya perasaanku,

kau ku beri seri,
kau ku hiasi pelangi,
pada hidup serta mati,
padamu..aku amat kasihi,

Thursday, August 28, 2008

Jalan oleh Ku Bad

Ada hari pengembala runsing,
Amat runsing pada fikir yang pusing,
Manusia kini tak reti berjalan seiring,
Ada kekiri dan ada kekanan,
Merubah-rubah haluan hingga pening,
Padahal haluan ditengah selalu dan tetap ada.. namun dilupakan,
Yang wujud sekadar yang berhati kering,
Perjuangan,
Perlaksanaan,
Dimana kedua-duanya berada sebenarnya?,
Tiada..yang ada hanya dua kesombongan yang berpanjangan,
Walhal, ketahuan saja,
Dan adakala yang nyata didepan mata itu hanya maya..
Kalau tertipu, itu dirimu sendiri tersiksa,
kerana hidup kita didunia,
didunia memang selalu menipu kita,
antara kita tetap sama,
adakala berdosa dan adakala berjasa,
usahlah diukur siapa lebih atau siapa kurang,
itu membuang masa,
kerana semua itu Kerja Tuhan,
bukan kita untuk tentukan jawapan.
Kalau ada kekuatan pandang pada kelemahan,
kalau ada kelemahan pandang pada kekuatan,
Hujung mata pedang bukan kunci pada penyelesaian,
Darah serta kekerasan bukan pintu pada penghabisan,
adalah baik begitu sajalah dijadikan panduan..
Kerana tak semua kejahatan adalah kejahatan pada permulaan,
Ingat itu kerana inilah Jalan,
Untuk kita kembali didalam kesejahteraan..

Wednesday, August 27, 2008

INSAN MERDEKA oleh Ku Bad

Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Semakin lama dilaungkan,
Semakin lemah kedengarannya,
Aduh..lalu apakah maunya?,
Kenapa dan Mengapa?
Bukankah sudah 51 tahun tua usia,
Merdeka!
Barakah usaha sama kita,
Kekitaan.. bukan sekadar kemerekaan sahaja,
Kekitaan.. Melayu,Cina,India dan semua,
Selagi ditanah ini..kita tetap bersama,
Bebas dari tangan genggaman setan,
Membaralah Merdeka!!
Duh..lalu masih kuyu dan terlena,
Apakah anda teralpa ataupun terlupa?,
Luka berdarah bercampur air mata,
Mereka?!...
Semua demi kerana Kita?,
Atau maunya gembira yang sementara,
Dari merasa susah senang bersama,
Kerana akhir yang bahagia, sejahtera, aman dan sentosa,
Dengan ini aku berdoa,
Dihujung puncak Benua,
Pada Tuhan seluruh semesta,
Kembalikanlah Mahkota kedaulatan Bangsa,
Kembalikanlah Qitab serta Quran yang maha Mulia,
Kembalikanlah Pakaian Maruah kebangsaan Kita,
Dan Kembalikanlah dan Ceritakanlah pada mereka,
Kerana kaburnya melihat nikmat dengan sebelah mata,
Sinarkanlah Nur Pancaran Suci keseluruh Samudera..
Bangkitlah pendekar maha jasa,
Bangunlah serikandi-serikandi maha terbilang….darah pewira,
Perjuangan kita baharu bermula,
ANAK BANGSA,
DEMI BANGSA,
KOTA,
AGAMA…
Merdeka!
Merdeka!
Merdeka!
Maka Merdekalah mika sebagai Insan,
Bebas dari genggaman Dunia,
Dengan lafaz kalimah Ashhadualailahaillallah,
Ini permulaan bagi kita,
Waashaduanamuhammadarrasulullah itu Pimpinan kita,
Pada Insan yang merindukan Purnama Tuhannya.
Ramadhan..muncul tiba
Maka sempurnakanlah sebaiknya,
Amin aku akhirinya,
Moga anda semua,
Bersedia dengan Fikir yang terbuka,
Hati yang sejahtera,
Itulah sebenarnya makna “MERDEKA”.

31 OGOS 08-Kemerdekaan Insan dan debaran Ramadhan

Menjelang 31 August tahun 2008 ini, kita..rakyat Malaysia bakal menyambut kemerdekaan yang ke 51 tahun. Seperti biasa sebelumnya, sudah menjadi tradisi Negara kita menyambutnya di Ibu Negeri, di dataran bersejarah ya’ni di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Dataran yang menjadi saksi kepada “Kemerdekaan” kita bersama. Saya sendiri pernah juga berniat untuk sendiri berada di Dataran itu untuk menyambut sama-sama hari Merdeka. Teringin juga nak tengok masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya terdiri dari pelbagai latarbelakang berlainan, berbilang bangsa.. Pada haribulan 31 August, turun ke dataran dan menyambut sama-sama kemerdekaan Negara kita. Namun begitu ruang dan peluang senantiasa membataskan saya untuk kesana….
Hari ini, setelah usainya persembahan “Royal & Arts” sempena meraikan event Tribute to Women anjuran Bumiputera Designers Associations dan kerjasama Yayasan Dunia Melayu juga Dendang Anak Enterprise. Alhamdulillah syukur, sungguhpun event tersebut mengalami pelbagai susah payah, namun begitu diatas kejituan dan kesungguhan ianya diberkati dan berjalan lancarlah ia.. Penat memanglah penat, namun begitu apapun didalam hidup, Cabaran itu wajarlah kita sambut dengan fikiran yang terbuka kerana tiada apapun yang maha sempurna di Dunia ini. Kitapun tidak sempurna walaupun merasa sempurna, kita tetap memerlukan bantuan daripada orang lain walau se gah mana kita merasa diri kita. Demikian hari yang dinanti bakal tiba, tahun ini seperti disusun cantiknya kita menyambut Merdeka dan selepas itu Ramadhan Al-Mubarak muncul tiba. Bulan yang dinanti-nantikan oleh seluruh umat Islam diserata Dunia.. Alangkah gemilangnya jika anda semua dapat merasa bagaimana meriahnya didada saya sedang merasa…Penantian itu amatlah ditunggu-tunggu. Seperti menunggu seorang kekasih yang kita rindui sangat-sangat untuk bersama. Penantian itu sangat menyeksakan, tetapi sekarang.. Bergembiralah! Kerana tidak lama lagi ia akan tiba.
Bercakap tentang kemerdekaan yang bakal kita sambut nanti, cuba kita tanyakan pada diri apa itu Merdeka sebenarnya? Adakah Merdeka bermaksud bebas daripada penghambaan sahaja? Jika benarlah ia maka adakah pasti minda kitapun Merdeka? Sejauhmana merdeka kita pada pemikiran kita, pandangan kita terhadap segala aspek norma hidup kita, keperimanusiaan kita terhadap orang lain, nilai-nilai murni yang diajar pada kita semua menepati pada apa yang dituntut agama? Saran saya, cuba check dan renung kembali pada diri.. Kita lemah, namun kekuatan kita adalah pada akal yang sentiasa dijadikan berfikir untuk sesuatu agar mencapai sesuatu. Alangkah sayang jika kita tidak memanfaatkannya.

Terus terang saya katakan, saya amat-amat gembira adakalanya melihat masyarakat di negara kita yang berbilang bangsa, berbagai agama dan bermacam-macam cara hidup yang berlainan namun begitu kita memahami kehendak antara satu sama lain. Saya cuba bandingkan Negara kita dengan Negara-negara luar sebagai seorang rakyat yang tidak bernegara, namun kemesraan antara kita sangat dan cukup membanggakan. Walaupun begitu, sebagai orang Melayu.. Kita harus tahu, tanah kita adalah disini. Jika kaum Mongol ada Negaranya sendiri, India ada Negaranya, Arab ada Negaranya maka dimana tanah kita kalau bukan Malaysia yang dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu?.. Hal ini bukanlah sentiment ataupun hasutan untuk menyemarakkan api perkauman, bukan berniat untuk mewujudkan perasaan “ini aku punya dan itu aku punya” perjuangan bangsa adalah untuk kita kembali menghargai nilai-nilai budaya yang dipelihara sejak turun temurun diatas maksudnya yang tersendiri. Didalam Quran ada berkata: “Tidaklah Aku menciptakan antara dirimu berbangsa-bangsa adalah untuk kamu saling kenal mengenali”.. Maksud saya, setiap bangsa dijadikan Tuhan dengan tanggungjawab masing-masing terutama sekali memelihara amanah demi kesentosaan dan kebebasan untuk beragama. Maka tidaklah menjadi satu kesalahan kalau saya mengajak kita kembali memikirkan dan memetakan usaha agar budaya Melayu kita dijaga demi anak cucu kita nanti. Buat apa nak mencipta ketegangan antara satu sama lain?.. Kita bertelagah namun kita tetap mandi pada sungai yang sama, berpijak pada tanah yang sama. Alangkah bodohnya jika kita saling benci membenci?

Sidang pembaca yang saya kasihi sekalian, pernahkah anda semua tertanya bagaimana dan dimana agaknya wujudnya Isu Rasis ini? Segalanya bermula sebaik sahaja negara kita dijajah dahulu.. Sebelum itu, KITA TIDAK PERNAH bertikam-tikaman! Dalilnya, bacalah sejarah kegemilangan Melaka dan andaikata anda rajin carilah sejarah-sejarah lama Melayu dan anda akan lihat bagaimana kehidupan rakyat pada masa itu. Setahu sayalah, tidak pernahlah pula saya terbaca mana-mana kisah menceritakan keburukkan dan menyuruh kita membenci kaum lain walhal didalam pantun-pantun lagi ada menggunakan “anak Cina”, “orang India” dsbnya. Tak ada pula terbaca pantun, puisi, sajak yang menghina kaum lain.. Diantara contoh yang jelas adalah bukti Melaka dulu menjadi tumpuan dan termaktub menjadi salah satu pusat perdagangan yang dikenali serata Dunia!.. Ikut logic fikiran kita, orang akan datang tak kalau orang tahu kita begitu membenci kaum serta bangsa lain? Dah tu, kenapa Melaka jadi tumpuan jugak? Adakah kerana Ekonomi sahaja, kedudukannya yang strategic ke? Tidak, perkara pertama adalah kerana layanan yang diberi, didalam perniagaanpun mengutamakan “Service” daripada perkara lain. Sebab itu Melayu dikenali sebagai bangsa yang paling lemah lembut dan sopan santun dan juga merendah diri… Namun ada juga suara sumbang mengatakan perkataan Melayu berasal dari perkataan Layu.Alangkah menyedihkan, dan alangkah bodohnya. Setiap kegemilangan ada kejatuhan, itu yang pastinya. Sepertimana yang diceritakan tadi, saat penjajahan orang asing yang datang masyarakat mulai hilang arah tuju, mereka terpaksa akur pada pimpinan yang sangat zalimnya ketika itu. Baik Portugis, Belanda, British ataupun Jepun..Masing-masing punyai niat untuk menyiat-yiat ikatan silaturrahim yang dijalin antara kaum-kaum di Tanah Melayu ketika itu.

Apa yang mampu mereka yang dizalimi pada ketika itu lakukan adalah sekadar bersabar sahaja dan redha pada ujian menimpa mereka. Seabad kemudian, generasi yang baru dilahirkan dan sedikit sebanyak terhakislah nilai-nilai kemasyarakatan yang telah wujud pada kegemilangan Melayu dahulu. Hinggalah penjajah memberi had tertentu pada bangsa tertentu, dan keistimewaan pada bangsa tertentu dan penindasan pula pada bangsa yang tertentu yang dimana mencetuskan ketidak adilan antara kaum induk yang telahpun tinggal di Tanah Melayu ketika itu. Padahal dizaman kegemilangan Melayu dulu semuanya sama, apa yang dipentingkan adalah budaya hidup antara kita tidak bercanggah dengan adat kaum masing-masing kerana yang diutamakan adalah Agama..Pokok pangkal dan akar umbi bagi kita semua. Agama mengajar kita 1001 kaedah bagaimana memuliakan tetamu, jadi jelaslah sedikit sebanyak kiranya saya ceritakan bahawa bukan Melayu yang menyeru anak-anak bangsanya untuk membenci bangsa lain. Ini semua ada gara-gara Penjajah yang telah menabur benih kebencian didalam diam pada diri kita, hinggalah kita mencipta sebuah sempadan antara kita. Peristiwa 13 Mei bukan sahaja sebuah peristiwa gelap pada Kaum Cina sahaja malah Kaum Melayu merasakan begitu, sungguhpun banyak versi yang saya dengar akan cerita 13 Mei ini namun 1 sahaja kesimpulan saya. “Kesyukuran”..kerana semuanya bermula dengan bersyukur, biarpun kita berlainan kepercayaan namun setiap agamapun mengajar kita untuk sentiasa bersyukur dan tidak tamak. Entahlah kalau ada agama lain yang ajar kita untuk tidak bersyukur.. Kejam benar Tuhan mereka. Tapi apa yang saya fahamlah, semua agama mengandungi nilai-nilai murni dan mengajar kita sesama untuk berbuat baik. Tak ke gitu? Kalau masih tidak dan salah jawapan saya, maka anda tidak bersyukurlah pada jawapan itu kerana memohon jawapan yang menagih lebih banyak jawapan lainnya.
Berbalik pada perihal kemerdekaan tadi.. Alhamdulillah, walaupun dengan keadaan yang penuh luka dan derita sepanjang zaman ini tetap kita berjaya menjaga dan memelihara “amanah” yang dikurniakan pada kita demi generasi akan datang. Semua dilakukan demi mencapai kemerdekaan yang sebenar, Kemerdekaan yang dilaungkan tiap tahun itu sekadar titik mula Kemerdekaan sebenarnya, tradisi menyambut tiap tahun mengajar kita untuk menghargai perjuangan dan mencintai dimana tanah yang kita pijak agar dengan keamanan, kesejahteraan, kesentosaan dan kebersamaan kita dapat kita rasai sama-sama TANPA sempadan kebencian ataupun sentiment luaran lagi. Malaysia adalah Malaysia! Itu semangat kita, jangan lupa dibelakang-belakang kita. Nenek moyang kita yang terkorban dan bermandi darah dan keringat untuk mempertahankan kita sekarang. Sebagai orang Islam, wajarlah kiranya kita betul-betul bernazam dengan penuh jisbah untuk menjadi seorang Hamba kepada Allah. Setelah kita melaungkan Kemerdekaan kita sebagai Hamba kepada Penjajah-penjajah Duniawi yang tidak mendatangkan sebarang faedah langsung sekarang kita bersiap sedialah untuk melangkah masuk ke “Alam Ramadhan”.

Alam Ramadhan yang dimana sebenarnya “Persiapan Diri Kita Sebagai Hamba”. Dengan 30 Hari menahan Nafsu kita daripada menguasai diri, dengan 30 hari yang pada tiap harinya ada fadhilat yang tersirat didalamnya.. Penuh dengan pengertian didalam pengamalan. InsyaAllah dihari akan datang saya akan update fadhilat-fadhilat yang terdapat didalam tiap hari sepanjang bulan ramadhan nanti. Sebagai permulaan, wajiblah kiranya kita memulakan “Budaya” yang baru ya’ni dengan memohon maaf pada kedua Ibu Bapa kita sebelum menjelang Ramadhan, kerana amalan kita tidak akan diterima bahkan tidak dipandang Tuhan sekiranya kita tidak mentaati dan memohon maaf pada kedua orang tua kita. Pastinya tiada Mereka, tiada kita. Eloklah kita lupakanlah sahaja ke Egoan kita dan segeralah bermohon maaf pada mereka.. Usahlah ditunggu-tunggu dan ditangguh-tangguh kerana esok siapa yang tahu hidup kah atau mati kah?....Tidak seperti sebelumnya, kita mintak maaf dengan mak dan ayah dipagi raya.

Besar harapan dihati saya, saya juga ingin mengambil kesempatan dengan memohon kemaafan diantara kita. Takut apa yang saya kata sepanjang jurnal saya ini menguris hati anda semua.. Maafkan saya.
Kepada pembaca-pembaca setia saya yang hingga kini mencapai lebih kurang 3600 pelawat dimerata dunia, saya ingin merakamkan jutaan terimakasih diatas penerimaan saya diarena ini. Terimakasih diatas kritikan kerana tanpa anda, saya mungkin tidak akan berfikiran optimistic sepertimana saya sekarang. Terimakasih!! Kepada yang sentiasa mengirim Email bertanyakan kemushkilan-kemushkilan kita, saya ucapkan jazzakallah kerana memberikan suatu yang amat berharga bagi saya. Yaitu Semangat untuk sentiasa teruskan celoteh panjang saya ini. Walaupun kesibukkan saya memaksa saya ada kalanya ada dan tiada.

Terakhir kali, Selamat dan Sejahteralah anda semua dimana-manapun anda berada.
Ingat, Ini semua adalah sekadar ceritera saya. Apa yang baik diambil dan buruk dibuang. Namun keutamaannya adalah kaji dan nilai semuanya sebelum bertindak atau berkata apapun.

Salam sayang dari saya,
Ku Bad

Tuesday, August 19, 2008

Bersama Selamanya oleh Ku Bad

kilauan pagi,
kedinginan membasahi,
kanan dan kiri,
diri ini...

kuperdengarkan angin menyanyi,
burung memuji,
dedaunan mengiringi,
temani..jiwa ini,

kekosongan...itu yang dapat ku rasakan,
menanggung erti menunggu..satu siksaan,
dimana berlarinya aku..disitu kita ditemukan,
dialam mimpi..didalam kenyataan,

dan engkau hanyalah..ada dialam sana,
dan aku sekadar menanti dan mengharapkannya,
agar satu hari..pasti kita,
bersama semula,
bersama akhirnya,
bersama selamanya.

Tuesday, August 12, 2008

Perjuangan oleh Ku Bad

Perjuangan itu adalah perlaksanaan kata-kata,
Perjuangan itu bukan Kekerasan sahaja,
Perjuangan itu memerlukan Kebijaksanaan juga,
Perjuangan itu kesanggupan berbuat,
tidak kira,

Masa,

Tenaga,

Harta,

Nyawa..

Jika tiada,
jangan berkata,
timba ilmu seluas benua,
dengan kesombongan didada,

Tetap kau hilang dikegelapan nyata.

Menyukai, menyayangi, mengasihi serta mencintai kesakitan

Sejauhmana kekuatan fizikal dan mental kita mampu bertahan didalam menerima kesakitan?
Tahukah kitaa belaka apa itu kesakitan yang persis?
Pernahkah kita menikmati kesakitan itu dengan penuh rela hati?
Hari ini..kesakitan kita jauhi seboleh-bolehnya.
Kita membenci kesakitan,
Kita tidak mau mengenali sakit itu kerana ianya tidak menyenangkan..
Benar, kita diajar untuk menjaga diri, Agama mendidik kita untuk mengutamakan kesihatan, Nabi pun menuntut kita untuk mencari penawar pada setiap penyakit kecuali As-Sam (Mati) ..
Lalu apakah maksud saya membahaskan topic ini? Adakah Relevan kita membincangkan hal yang jelasnya melawan arus kehidupan sebenar?.. Ikuti selanjutnya…
Dizaman sekarang penuh dengan kesenangan, pelbagai penyelidikan serta penemuan jelas ada didepan mata kita, para pakar perubatan pharmacetual’s dan doctor-doktor bertungkus lumus dan berusaha keras bagi mencari penawar pada setiap penyakit. Pelbagai jenis institusi perubatan dibangunkan diseluruh dunia, beraneka jenis jenama ubat-ubatan diperkenalkan (hingga kadangkala Doktor sendiri tidak tahu untuk memilih mana yang lebih baik), Semuanya diusahakan agar besar harapan semoga usaha dan “research” itu dapat dimunafaatkan kepada keperluan manusia sejagat bagi meneruskan hidup dengan normal dan sihat.
Namun, perasankah kita disaat kita sakit apatah lagi setelah mendapat perkhabaran berita yang tidak baik berkaitan dengan kesihatan kita baru kita mahu ingat padaNya?
Katakanlah satu hari anda mengalami migrain yang berpanjangan, anda buntu dengan ubat-ubatan yang kebiasaannya dapat menghilangkan kesakitan itu, bila anda ke klinik untuk pemeriksaan selanjutnya anda mendapati bahawa anda mengalami Barah Otak dan hanya ada jangkamasa untuk hidup selama 7 bulan sahaja..

Pertama, anda pasti terkejut. Kedua, anda seperti sukar untuk menerimanya. Ketiga, anda akan berusaha keras untuk mendapat penjelasan tentang penyakit anda sehinggalah jelas. Keempat, setelah mengatasi kejutan sebegitu, menerima kenyataan sebegini, mendapat kepastian sebenar, anda akan mula berfikir "waras" dan bertaubat setaubat-taubatnya.. Segala tuntutan Tuhan cuba dipenuhi sebaik-baiknya dengan harapan Tuhan pandang dan terlepas dari segala siksa nanti.

soalan saya:

Mahukah anda menunggu saat-saat seperti ini baru anda baru nak sedar?
Bagaimana dengan sekarang? Adakah masa untuk mendalami Agama ini masih terlalu "Awal"??

Saudara/saudari sekalian, bukan sahaja didunia ini bahkan mungkin pada kejadian kita sendiri telah menimbulkan cemburu pada makhluk Allah yang lain. Kenapa?
Kerana 1, kejadian kita paling cukup lengkap andai dibandingkan dengan makhluk lain. Kebolehan segala makhluk ada pada kita, hanya kita tidak tahu.. Kekasih Allah pun makhluk yang dipanggil Manusia, yang beribu dan berayah, bersahabat, beristeri lagi.. Kenapa tidak Allah buat je makhluk lain yang jauh sempurna dari Manusia untuk dijadikan RasulNya dan NabiNya?.Allah boleh buat belaka, tapi tak dibuat. Kerana Allah nak Manusia ini sedar bahawa kejadian manusia dari Roh hingga Jasad serba sempurna.. Bahkan MALAIKAT sujud pada yang namanya Adam alaihissalam. Ini nak ditunjukkan betapa tingginya darjat kita pada Tuhan, dan ditugaskan kedunia adalah untuk menyusun kembali kehidupan mengikut Sunatullah(Susunan Allah).. Itulah tugas "Khalifah" ya'ni memimpin seluruh makhluk didunia, Syariat ataupun Hakikat.
Tapi sayang, kebodohan antara kitapun masih belum habis-habis. Masih kita bergaduh atas dasar "perasan" pandai dan lebih bijak..

Dikepala kita sering dihantui rasa sakit, kita didalam keadaan yang penuh darurat, kerana disaat kesakitan.. Kita tidak bermaya, tiada upaya, tiada daya..kita betul-betul bertumpu pada sesuatu yang benar-benar berkuasa untuk menyembuhkan kita.. senang kata kita berada didalam “mode”: La Haw la Wa La Quwata Ila Billah..(tiada daya dan upaya hanyalah Allah)..
Persoalannya, adakah adil begitu? Kenapa disaat sakit baru kita nak ingat Tuhan kenapa tidak sebelum ini disaat kesenangan?
Kalau ada yang ingatpun.. adakah kita betul benar-benar mengharap diatas Qadar Illahi? Saya rasa tidak, kerana dulupun kitapun begitu.. Kita benar-benar sibuk menikmati kesenangan, suka tawa, kesedapan yang ada kait dengan Hidup di Dunia. Solatpun tick tock, adakala solat, adakala tidak. Puasapun begitu, tapi kalau ditanya kenapa maka jawabnya entah.. Kerana mungkin rasa macam itu hebat. Dalam tidak sedar kehebatan itu semuanya adalah kita mencabar Tuhan. Nauzubillah. Disaat demam pula, kita makan ubat kerana percaya ubat itu dapat menyembuhkan demam, tidak pernahpun terfikir pada Izin Allah yang membenarkan segala makhluknya didalam badan kita untuk bertindak agar system dibadan kembali normal dan cepat sembuh…
Memang ada relevannya mengapa kita lebih memilih sihat untuk meneruskan hidup, kesakitan itu kebiasaannya tidak berlaku berterusan.. Pastinya sakit itu pernah dialami oleh sesiapa, bomoh kampong, tabib, doctor pakar ataupun bahkan orang terkuat diduniapun..Akan merasai sakit. Bukankah Muhammad sendiri yang menganjurkan kita umat manusia tidak menumpahkan seluruh hidup mati ini kepada yang selain Allah.
Kalau bocor sedikit saja, Syirik namanya. Kalau pada Tarikah pula, lupa sedetik untuk berzikir hukumnya Kafir!.. Perlu diingatkan juga, zikir tidak semestinya dibibir, pengamalan berzikir yang meniti dibibir mulut kita sekadar memujuk Hati kita untuk ingat Allah. Itu Matlamat Tarikah sebenarnya, adalah persiapan untuk ber Hakikat dan memahami alam kejadian disebalik pandangan mata kasar kita. Justeru itu, Zikir itu membentuk Fikir kita agar kita selalu ingat bahawa kita adalah Fakir di dunia demi mencapai matlamat di Akhir.. pada Tuhan, Dialah Ya Muakhir.
Dulu saya selalu bertanya: Mengapa orang-orang tua selalu menganjurkan agar kita membaca selawat Nabi dalam situasi-situasi bahaya? Tidakkah pelik? Disaat genting contohnya seperti berada didalam kapalterbang yang bergoyang-goyang seperti mau terhempas ataupun ketika berada di tengah lautan, diatas kapal yang dipukul ombak, hujan rebut namun kita dipesan untuk berselawat? malah disuruh membaca Selawat yang mendoakan keselamatan Muhammad. Padahal ikut logic masa sekarang, justru kita yang perlu selamat. Sedangkan Muhammad sendiri sudah jelas selamat, terjaga, terpelihara, terpilih di singgasana paling karib di sisi Allah. Akhirnya saya memperoleh penjelasan bahwa konteks bersalawat adalah keseimbangan jual beli kita semua dengan Muhammad. Seperti “give and take”. Kita mendoakan Muhammad, berarti kita “pasang radar” untuk memperoleh getaran doa Muhammad bagi keselamatan seluruh umat-Nya. Muhammad itu agung hatinya, amat kasih kepada semua “anak buah”-Nya di muka bumi, amat merasakan segala situasi hati kita, duka derita kita semua..
Tuhan menciptakan seluruh alam semesta ini seolah-olah hanya untuk suatu permainan birokrasi. Itu menjadi kebingungan pada saya yang sering dihantui soalan-soalan yang saya panggil “soalan bodoh”. Sudah jelas semua manusia, bebatuan, pepohonan, angin, langit, Jin, tidak bisa tidak kembali kepada-Nya, tetapi itu harus ditempuh melalui berbagai aturan permainan sandiwara dan kod etik pengembaraan yang dahsyat di satu pihak dan tentangan di lain pihak.
Akhirnya saya bernekad untuk sentiasa ingat, tak dimulut, dikepala, tak dikepala, dihati.. Maka disegala kesakitan itu dibiarkan saja untuk dinikmati, saya adalah antara kategori yang tidak suka yang amat kepada ubat, bukan nak tunjuk hebat dan kuat. Bagi saya, saya ingin mengetahui sejauhmana keinginan kita mampu pergi? Setinggimana pengertian kita pada perjuangan kita untuk terus hidup?
Alhamdulillah, saya masih menyahut cabaran itu didalam merasa betapa dekatnya diri saya ini padaNya.. Walaupun terkala dinodai dosa, bergelumang dengan najis-najis dunia. Sebenarnya masih ada ruang buat kita, melalui kesakitan, yang gagah perkasa menjadi lemah, yang lupa menjadi ingat, yang tidak sedar adakala menjadi sedar, semua kembali pada awal semula seperti bayi yang tak berdaya upaya dimana mengharapkan kasih sayang serta perhatian dari orang lain.. Namun ingat, segala yang dijadikan pada hidup kita telahpun ditentukan oleh Allah, tiada satupun yang terjadi pada saja-saja. Diatas maksud itu, mohonlah kita kembali untuk memahami, bahawa Sakit itu menyucikan diri kita dari sisa dosa, kerana Sakit itu mengajar kita Siapa yang lebih berkuasa, Sakit itulah sebenarnya pengerat kita pada Nya.. Fizikal ataupun Mental, terserah. Akan tetapi Sakit itu pemangkin perasaan kita yang penuh Nikmat untuk menjadi lebih bersyukur pada Tuhan.. Kerana diakui atau tidak diakui, kita masih tidak bersyukur sepenuhnya. Hati kita penuh dengan penyakit Batin yang tak terusai..

dan tidaklah beerti jangan menggunakan ubat terus jika sakit, Ikhtiar itu Wajib bagi apa jenis masalahpun tetapi janganlah ingat Sakit itu satu kecelakaan bagi kita. Tuhan tak pernah laknat kita kecuali kita buat sesuatu yang Dia murkai.. Itupun masih belum dikira laknat pada manusia, kecuali ia mengamalkan apa yang Iblis mengamalkan itulah sebenar-benar Laknatullah..
Setelah Ikhtiar habis-habisan, barulah kita Pasrahkan diri pada Tuhan.

namun percayalah, kesakitan itu adalah nikmat bagi orang mukmin. Kalau kita tak memberi peluang sakit untuk dirasai, mustahilah kita dapat menghargai Hidup. dan Mati tetap akan datang walaupun kita cuba lari dari kenyataan..
Cubalah amatinya dan fahaminya InsyaAllah.

wallahualam

Setakat ini dulu ceritera saya,
Ku Bad

Wednesday, August 6, 2008

Talam Bermuka Dua

Betul ke kita berani dengan Hidup?
kalau betul..mana haluan Hidup kamu ambik?
andaikatalah perjalanan itu ada 2 haluan,
kiri dan kanan.
haluan mana yang dipilih?
adakah anda pasti dengan keputusan itu??
Memanglah..soalan ini seperti menagih soalan lebih banyak.
jawapan yang kita tanya sering meminta jawapan yang lebih banyak.
Itulah manusia, kita sering hidup didalam rasa ingin tahu..keinginan untuk tahu kita jauh lebih tinggi daripada makhluk lain,
tapi apa yang jadi kebingungan sayalah..memanglah saya tak anggap diri ini suci dan baik sangat,
tapi tertanya-tanya jugaklah..
kenapa masih wujud manusia yang talam bermuka dua ni?
Hipokrit.
perasan baik dan tak pernah buat jahat bila kita bersemuka dengan perempuan yang kita nak berkenalan, akhir cerita..orang yang pada mula kita NAK tu ntah kemana, ambik tahu ke tak, lepas tu sedar ke tidak selama ni dah tabur harapan yang tinggi lagi baik punya setting.. dah dapat apa dia nak, Blah!
yang dah berumahtangga pulak. Pasang dua tiga empat. Alasan "Sunnah Nabi"..
wow..sekarang baru sunnah ke? sebelum ni solat, amalan n tanggungjawab ada ambik tahu ke?
setakat baru ke Masjid 2 Bulan tu tak perlulah, itu Hipokrit namanya..
Biarlah Tuhan yang hukum kita, bukan orang. Gitu pulak alasannya, tak macam tadi main nama Nabi sekarang dah berani main nama Tuhan pulak.
Padahal dalam diri tu, bukan tak tahu, hidup menipu saje.
itu antara senario yang sering lah kita dengarkan, baik cerita mulut atau dari akhbar ataupun disaksikan sendiri.

"orang jadi "hipokrit" bila dia perlukan sesuatu yg dapat puaskan Hati dia..entah betul ke tu "Hati" yang puas, bukan Nafsu ke?"

Apa yang menjadi kesedihan bagi sayalah.. Kenapa perlu kita jual Agama untuk penuhkan Nafsu kita?
Kenapa lelaki yang gagah dan jauh kelebihan Akalnya untuk berfikir 9 kaliganda jauh dari wanita yang hanya ada 1 sahaja ni sanggup jatuhkan maruah dirinya semata-mata kerana dan Demi Nafsu.
Tidaklah kata saya Wanita bodoh kerana ada 1 Akal dan 9 Nafsu.
Apa Allah nak kita faham adalah sejauhmana kita nak tahu kita hargai tak pada satu Akal, sekarang nisbah Wanita masuk U,College ataupun Institusi 3 kaliganda ramai dari lelaki. Itu secara keseluruhannya di Dunia tau. Tak percaya hang pi check.
Nak dikecikkan scopenya lagi, saya dalam kuliah pun sorang aja.. Selainnya Wanita bahkan yang mengajarnya Wanita juga. Tengok di Attendancy, lelaki ada je. Tapi memonteng.. Bukanla kata saya ni budak baik.. Wallahi blog saya ni BUKAN promosi "jual minyak".. Ini lah realiti hidup sebenar saya.
Hambar dan hampa rasa fikir, Wanita lebih berminat untuk berjaya dan belajar demi hidupnya. Mereka idamkan Keselesaan Nafsu mereka, tapi dimasa yang sama, mereka berusaha ke arah itu. Hairanlah, tak pasti macamana masa depan nanti.. Sewajarnya lelaki lebih berfikir tentang itu belaka. Kerana mereka bakal jadi Suami,Ayah serta Anak baik yang berbakti pada Keluarga, mereka yang sara dan jaga Isteri nanti. Isteri pulak datang dalam "Package" pulak, keluarga satu set untuk suami tanggung sama.
Nak tak nak, itu hidup. Berdasarkan cara Islam atau bukan Islam, tetap adatnya sama atau seiras.
Kalau nak bersuka-suka time sekolah saya masih rasa ok lah, tapi exam tetap priority sebalik menikmati Zaman Sekolah. Saya sendiripun macam tu, bahkan saya sendiri pernah terjatuh didalam Kegelapan Hidup sewaktu sekolah dulu. Tapi, sampai bila nak macam ni?
Takkanlah untuk masa mendatang kita nak macam ni jugak?
Nak ubah sesuatu bukan mudah, kalau tahu kenapa tak mula cari cara untuk atasi itu belaka? Kenapa Lelaki???

Saya bangga jadi Lelaki, sebab sayalah orang yang bertanggungjawab dimana-mana saja, di Dunia, saya bertanggungjawab atas diri, Isteri,Anak dan Sahabat yang saya Kasehi, Adik, Keluarga,Rakan,Kenalan dan Kawan di Sayangi.. Adalah itu jadi tanggungan saya, kerja saya jadi sebahagian dari orang yang "penting" juga.
Tidakkah kita nak macam ni? Walaupun letih, berbaloilah bagi saya rasa, kerana kita buat Demi menyukakan Tuhan yang di Cinta,orang kita Kasih,Sayang dan Suka.
di Akhirat, saya bertanggungjawab bawa orang ke Syurga, tanpa taat Suami dan Ayah, Isteri dan Anak tak boleh masuk syurga, betul Syurga ditapak Kaki Ibu. Tapi sedar tak kita kalau Syurga tu dah di tapak kaki Ibu, "Siapa" yang menjamin Ibu untuk masuk ke syurga kalau bukan Ayah? Ayah peranan dia lagi besar Allah bagi, Pemimpin dirumah, Pemimpin ditempat kerja, Pemimpin bagi kehidupan demi Akhirat senang cerita..Manakala Ibu Penunjuk jalan di Dunia ini, sebab tu Ibu ditugas untuk menyusukan,menjaga,membelai dan memelihara kesucian Anak, ringkasannya Ibu mencorakkan budaya didalam diri anak didalam persiapan untuk menghadap Dunia nanti.
Sebab itu wanita dimuliakan selalu, Rasul menuntut kita memuliakan kaum Wanita dulu dari Lelaki kerana ini semualah, menjamin kesinambungan akan datang yang lebih baik.

Tak tahulah adakah kita masih clear lagi dengan apa yang ingin saya sampaikan, namun pokoknya adalah untuk kita balik imbaskan untuk diri sendiri. Kalau orang boleh buat sesuatu yang dia nak sangat dengan berbuat separuh mati, mengapa hal Agama kita pegang ni kita tak nak selam lagi. Walhal segala Ilmu ada didepan mata, Pokok yang saya tengok kiri dan kanan masing ada maksudnya sebalik kalimah mereka...Hujan,Ribut atau Tsunami sekalipun tetap berdiri disitu je tanpa berganjak..Itulah "Pendirian" kita harus pegang sebenarnya, Awan dilangit jauh lebih cerah berarak berbanding kita yang masih nak berdendam dan membenci-benci..Itulah Keikhlasan kita sebenar,Rumput yang kita pijak,ludah ataupun cabut hari-hari tanpa ada belas..ada pernah Rumput marah atau mendengki?..Itulah Keterbukaan kita sebenar. banyak lagi yang kita tak perasan, semua ada sebab,bukan saja-saja Allah buat itu belaka.

Adalah bukan niat saya dihati untuk timbulkan masalah kaum mana yang lemah dan kuat, kita sama-sama lemah walaupun kita juara duniapun, pada Tuhan tetap sama.
Namun kembalilah Lelaki pada tempat asalnya, Lelaki bukan Pondan yang suka berselindung dari diri sebenar kerana hakikatnya takut pada hidup, apa-apa berlaku, lelaki harus hadapi demi melindungi.
Siapapun, terserah.. Namun Lelaki, fikirlah.. Sahut cabaran Wanita untuk berjaya.
Pakaikanlah baju Budaya pada maruah diri.
Suatu hari nanti, kita akan bergelar Suami.
Bila? Wallahualam bi sahwa'.

..yang sepi.

Rindu rasanya saat lama,
Kala kau jelma,
Bersama-sama,
Tertawakan hiba,

Bulan purnama,
Cahaya cinta,
Sadarku pada lena,
Tidur yang tersangatlah lama,

Keriangan yang ada,
Ku capai namun tiada kurasa,
Kini baru ku terjaga,
Segala sangat berharga,

Lena dan jaga,
Ingatanku padamu sentiasa,
Pesananmu bergema,
Alunan menyata..erti bahagia,

Termenung tanpa berkata,
Hilangmu bagai bencana,
Dipukul ombak hancur belaka,
Tapi pasti Harapan itu ku kutip semula,

Mungkin masih ada harapan?
Mungkin malai masih bernyanyi,
Mungkin masih wujud kejora yang bekejaran?,
Mungkin kita akan bersua lagi?,
Temani aku..yang sepi.

:catatan ini saya tulis pada 2007, waktu tu saya berada dipuncak Jabbal Nur.Letih mendaki tengah malam pukul 3 pagi tu saya akhiri dengan nukilan ini.
tuju pada siapa, terpulanglah. Apa yang ditulis itu apa yang dirasa.Apa yang pasti, saya rasa tersangat-sangatlah sepi,bukan tak menghargai,namun rasa sepi itu sangat dalam,macam hilang sebahagian diri.. Wallahualam.

Saturday, July 19, 2008

JANJI KITA TERHADAP YANG AHAD..DIMANA SEKARANG?

Seawal era yang penuh dengan “kemodenan” kemajuan yang kita panggil..Kita hidup dengan penuh kesenangan,
Tidak dapat dinafikan, sangat-tersangatlah senangnya..
Bangun seawall pagi diatas persemayaman kita diatas katil dan bantal yang empuk lagi enak,mandi dengan air yang ada heater,gosok baju menggunakan streka dan terus ketempat kerja.
Nak mencari maklumat?..ah,mudah saja,cari saja digoogle ataupun dimana-mana rangkaian internet yang ada dikaca PC kita. Pendek kata,informasi segalanya dihujung jari.
Tidak seperti dulu, kita nak maklumat,harus ke Perpustakaan ataupun di Kedai Buku. Di imbas jauh ke belakang lagi, murid sanggup mendaki gunung ataupun merentas selat untuk menimba ilmu.
Begitu susah dan payahnya mencari yang namanya Ilmu, makanan kepada Akal. Akal itu makanan pada Roh kita agar kita kembali segar dan teruskan hidup penuh dengan keyakinan.
Dulu kita nak tengok anak-anak muda pakai handphone sangatlah payah dan jarangkali kita dapat saksikan, tapi kini budak-budak tadikapun ada guna handphone..
Tak perlu hairanlah, kerana inilah dimaksudkan kehidupan, ada pasang dan surut, yang pastinya menuju ke hadapan dan “updated”.
Namun begitu,persoalannya adakah kita sedar betapa senangnya hidup kini makin menjadi?
Jika tidak, mungkin dinasihatkan agar kita kembali imbas bedanya antara hidup dulu dan kini, kita kembali salami kehidupan nenek moyang kita dahulu.
Sudah tentu ada bezanya… Pada yang menyedarinya maka soalnya adakah kita masih ingat akan yang maha menjadikan segala-galanya ini?
Adakah kita masih ingat akan tuntutan Solat 5 kali sehari?..dan andai kita laksanakan sepenuhnya, maka soalnya adakah kita meninggalkan urusan dunia itu sebentar dikala mempersembahkan
Diri kita ini padaNya?
Jika kita tidak dapat melupakan sebentar, bahkan kasut GUCCI terbaru yang kita tinggalkan sekejap diluar Masjid/Surau itu menjadi kerisauan kita maka haruslah kita kembali memperakui,
Bahawa hubungan kita denganNya semakin jauh. Apatah lagi Ikrar dan Janji kita terhadapNya…

Saudara/saudari sekalian sidang pembaca setia,
Sesungguhnya, dikalangan makhluk-makhluk ciptaan Tuhan. Ada tiga jenis makhluk yang sifatnya degil.
Iaitu Manusia, Jin dan sudah tentu Iblis laknatullah.
Hal ini boleh kita lihat didalam kisah-kisah dahulu, seawal penciptaan Adam Alaihissalam hinggalah ke era kita duduki sekarang di Nusantara, ya’ ni Era Melayu.
Kita tak dapat lari dari sifat Degil ini.. walaubagaimana kita cuba menafikannya, akhirnya kita terpaksa akui bahawa kita ini DEGIL. Degil adalah sifat dan ianya bukan sikap selagi ianya dilakukan berulang kali,
Dimana letaknya Degil itu pada diri?..maka jawabnya pada Nafsu kita sendiri. Perkara ini dapat kita lihat bagaimana degilnya Nafsu untuk memperakui siapa Tuhannya, direndam didalam api neraka masih tidak mengaku.
Namun Allah itu Ya Hakim(maha bijaksana) dalam meng Al-Hakam(maha menghukum)kan makhlukNya , akhirnya mengakui bahawa Nafsu adalah Nafsu dan Allah itulah Tuhannya.
Dapat kah kita membayangkan apa yang Allah ingin sampaikan? sudah tentu mudah bagiNya untuk menundukkan Nafsu, tidak perlu 3000 tahun sepertimana ditunjukkan. Tapi Kenapa ya?
Kenapa itu bukan soalan kita pada Tuhan, Kenapa itu soalan untuk kita sendiri fikirkan. Jangan kufur pada kurniaan, ada akal fikirkanlah..

Cuba kita duduk sebentar, renungkan ia..
Segalamacam perkara dikurniakan, nak makan, macam-macam ada depan mata. Halal ataupun Harampun masih ada pertimbangan andaikata kita berada didalam suasana yang darurat.Kelonggaran tetap ada,tapi masih dapat Makan.
Sesat dalam hutan, ada je yang dapat kita jadikan makanan. Terdampar di tengah lautan, ikan-ikan tetap ada didalam laut. Tidak pernah tiada pun, Allah tetap adil untuk kita tak kira kafir ataupun yang meyakini akan adanya Dia, TETAP ADA!
Maka masihkah Tuhan dipersalahkan dalam hal ini? Masihkah Tuhan kejam terhadap makhluknya?...Saudara/saudari, pernah tak sekali kita merasai akan keterdesakkan untuk makan ataupun minum?
Saya rasalah, tak pernah lagi bagi kita di Tanah Melayu yang kini dipanggil Malaysia ini. Mungkin ada segelintir sahaja, namun nikmat yang Tuhan turunkan pada kita sangat-sangatlah istimewanya jika kita nak bandingkan di Negara-negara lain.
Di Indonesia ataupun Negara lain yang popularitinya berduyun-duyun penduduknya hidup sangat susah, rumah setinggan dan banyak “preman”. Perlu diingatkan, bukanlah niat saya untuk menceritakan keburukkan Negara-negara jiran kita ini, namun kisahnya itu patut dijadikan iktibar pada kita.
Tapi percayalah, perihal seperti ini berlaku bukanlah niat sebenar mereka. Ada banyak kemungkinan,mungkin juga berlaku kerana pentadbiran yang tidak seimbang atau cacat membuatkan mereka terdesak dan ada sebahagiannya lari ke Malaysia untuk mencari rezeki.
Di Negara-negara saudara kita di jazirah Arab pulak, orang berebut-rebut untuk mendapatkan sebiji roti saja,boleh kita gambarkan macamana susahnya? Itu tak kira dengan rakyat yang kebuluran ataupun yang sakit tapi tak mempunyai duit yang cukup untuk menampung
kos untuk berubat. Disebabkan itu, mereka dibiarkan mati macamtu aja. Yang sedihnya adalah nasib anak-anak kecil yang baru nak hidup melihat dan mengenal kebahagiaan,macam kita..bila difikir balik kan, susah nak faham kenapa budak-budak jadi mangsa,dua kekasih yang konon-kononnya sehidup semati yang belum ada apa-apa ikatan yang buat seks dimana selepas itu melahirkan anak,dibuang dalam tong sampah juga..tau buat,lepas tu tak tau nak tanggung,sebelum nak buat tak fikir,lepas buat baru nak menyesal,Tuhan dah bagi peringatan banyak kali,dalam Quran dalam Kitab,dalam Kehidupan,fikir sebelum bertindak tapi langsung tak ambik peduli, begitu juga dengan masalah anak didalam sebuah institusi keluargapun yang sepatutnya dipersalahkan sebenarnya adalah salah ibu bapa,tapi anak tetap menjadi salahnya..susah kadang nak digest kan dalam kepala otak ni, perihal sesama kita ni tak pernah habis... tapi nyatanya kebahagiaan mereka ini tidak layak untuk diraikan di Dunia..Dunia penuh najis,
korupsi,putarbelit,penting diri dan hipokrit..mereka lebih layak berada disisi Allah kerana itulah mereka pergi. Untuk berada disisiNya, menonton tingkahlaku dan kebodohan sesama kita di dunia ini..
Ingat, ini sekadar sketsa yang perlu kita balik tengok dan kenang akan Nikmat berada disini pula. Tak dinafikan, disinipun berlaku perkara-perkara sebegitu juga tapi tak ramai. Walaupun begitu, mahaguru didalam kesabaran adalah mereka. Kita masih berada didalam
keadaan yang selesa lagi kalau nak cerita bab makan minum dan tempat tinggal.
Tapi kenapa masih dalam keadaan macamni kita masih menghina Rumpun Usul kita?..mungkin pada perkataan kita tak buat, mungkin pada perbuatan.. Kita buat Tuhan tu macam buta je, kita buat Tuhan macam tuli dan bodoh je. Kita menipu dalam solat, kita cakap tapi kita buat perkara yang bertentangan dengan apa di janjikan didalam solat 5 waktu kita. Dimana kedudukan Agama itu pada kita?
Tak cukup dengan itu, Bangsa yang mulia kita perhina-hinakan, merosakkan nilai-nilai seni bahasa, memperkecil-kecilkan adab serta adat,memperolok-olokkan dan memutarbelitkan sejarah sendiri demi keuntungan sendiri,
siapa pengamal perosak bangsa kita sendiri?tak usah kita salahkan orang kafir yang datang menjajah bumi kita, kerana memang dasar mereka untuk mengaburkan diri kita sebenar, semangat dan jati diri Melayu sebenar dan wawasan Melayu itu..tapi apa yang menjadi tandatanya adalah kenapa kita tidak berminat langsung untuk kenal kembali diri kita dan kenang perjuangan sebenar kita? Melayu ni kolot sangat ke? Melayu ni Layu sangat ke? Layu lah kalau kita tak ada pemimpin, Layulah kalau tak ikut apa yang Muhammad ibni Abdullah ajarkan pada kita. Akhirnya, kita hilang identity kita sendiri. Kita manusia yang unik tapi kita bangsa yang tak berbangsa. Ibarat ada harga diri tapi tak berbaju, itulah yang dimaksudkan ada agama tapi tak ada bangsa.
Saudara/saudari sekalian,
Mengenal Tuhan itulah mengenal Diri,mengenal rahasia diri adalah mengenal rahasia Allah yang ada tersirat didalam, diri kita penuh dengan nama-namaNya, gerak geri kita penuh dengan kalimah-kalimah dan mengenal bangsa kita sendiri adalah bukan sama sekali isu rasis sepertimana yang slalu dikatakan, Tidaklah Allah menjadikan manusia ini berbangsa-bangsa,berkaum-kaum adalah untuk diperkenal-kenalkan, Kita mengenal Bangsa kita untuk menghargai dan hormati bangsa lain,bukan untuk benci membenci, Melayu sendiri adalah bangsa pada ciptaan 3 bangsa(Arab+Cina+India)..maka masihkah kita ingin hidup didalam ketidakjelasan yang tak tahu untuk apa hidup dan kerana apa hidup?
Artikel kali ini adalah untuk mengajak semua untuk merenung sejenak pada kata-kata kita,
Inna sollati,Wanusuki,Wamahyaya,Wamamati lillahi Robbil Alamin.
Demi sesungguhnya,Solatku,Hidupku,Matiku adalah kerana Tuhan sekelian Alam.
Itu janji kita padaNya,kita sebutnya tiap kali kita solat,
Maka adakah Solat yang dilaksana adalah ikhlas demi keranaNya ataupun kita buat kerana takut orang kata?
Hidup kita dijalani adalah ihsan kepada yang lebih memerlukan ataupun kita buat kerana nak nama?
Mati kita diingati sama ada mati kita dalam beriman ataupun tidak?
“KERANA TUHAN” SEMUANYA DIBUAT KERANA TUHAN ITULAH PEMILIK SEGALA-GALANYA..adakah kita benar berpegang pada janji?tak usah tengok janji kita pada Tuhanlah, macamana kita dengan manusia.
Menipu itu munafik,munafik itu suku pada murtad dan murtad itu layak dilaknat.
Jadi dimana sekarang?...dimana janji kita pada yang Ahad?

akhirkata dari saya,
ini sekadar peringatan..buat diri saya dan juga kita,
hidup ini wajar dilalui dengan gembira kerana kita berpeluang untuk melaksana yang terbaik kerana peluang hidup adalah sekali sahaja,
oleh itu persembahkanlah dengan yang terbaik agar kita tidak lagi tertipu dengan dunia.
wallahualam,
salam sayang,
ku badr

Friday, July 11, 2008

Katakanlah oleh Ku Bad

Katakanlah..andai angin yang ditiup ini sebenarnya bukanlah angin,
Maka apakah ia?
Katakanlah..andai api yang membakar ini sebenarnya bukanlah api,
Maka apakah ia?
Katakanlah..andai air yang mengalir ini sebenarnya bukannya air,
Maka apakah ia?
Katakanlah..andai tanah yang dipijak ini sebenarnya bukanlah tanah,
Maka apakah ia?

Garuda terbang dan membelah udara,
Ianya besar membara memekar bakar semangatnya,
Tidak semudah disirami hujan mahupun ribut sebenua,
Malah masih kalah dan tumpas pada tanah akhirnya..

Katakanlah..andai kita dikurnia amanah yang tiada tertanggung ribut untuk merebut,
Tiada termampu laut untuk bertaut,
Tiada terlaksana matahari untuk menyahut,
Maka sedarkah betapa dekatnya diri ini bersama yang Maha Maujud?

Penantian Ini oleh Ku Bad

Sejauhmana rasa ini menghuni rasaku,
Semakin jauh..semakin rindu,
Meruap menusuk mencengkam kalbu,
Mengisi ruang kebisuan sesejuk salju,

Melayang kesini dan kesana,
Terbayang wajahmu dimana-mana,
Haru Biru Sakitnya teramat kurasa,
Rinduku padamu..tersangatlah sempurna,

Duhai Kasih..bila kan sampainya waktu,
Untuk kita kembali menyatu,
Sungguhpun masih kita belum bertemu,
Penantian ini..masih ku tunggu.

Wednesday, July 9, 2008

yang tiada

Wahai Tuhan penegak keadilan serata dunia,
Pemberi nikmat sepenggal syurga,
Pembela yang teranyania,
Maha Penyabar pada kezaliman mereka,
Dengan penuh berharap..
Aku bermohon,
Kau tempatkanlah mereka yang dizalimi agar sentiasa dirahimi,
dan dihimpun,
didalam kampung syurga yang dijanjikan,
kuatkanlah hati-hati mereka agar sentiasa mengingatimu,
sesungguhnya jika itulah caranya untuk mereka mengingatimu,
menyebutmu dengan penuh keinsafan..
kerana aku mengerti..bahawa dikau layak menerima pujian sebegitu,
tidak seperti diri-diri kami,
yang hidup serba senangnya,
yang berlagak lebih bijaknya,
yang merubah hukum mu mengikut keselesaan nafsu semata,
ada kala terlupa kerana terlalu gembira,
yang melakukan amal semata kerana nama,
kerana mata-mata mereka bkn kerana Ya BashirMu yang Mulia,
yang mencaci kerana tidak menghiraukan Ya Samii'Mu yang Jelasnya,
yang hanya mencarimu dikala kesusahan sahaja,
atau yang melakukan keikhlasan bukan kerana takut kepadamu..
maafkanlah kami Ya Allah,
demi sesungguhnya..engkaulah Maha Penyabar dan aku ini hanyalah sekadar memberikan persembahan yang hambar kepadamu.

ADAM

"Allah Dalil Adanya Makhluk"

Tuesday, July 8, 2008

menyuluh diri..mencari dimana HATI?

Beberapa langkah..
sebelum menuju kepada kehancuran,ketandusan yang menyeluruh..
persoalannya,
adakah kita sudah terjaga daripada lenanya yang berabad-abadnya itu?
atau masih membiarkan ketidakjelasan itu menjadi topik perbualan esok dan esoknya lagi?..
dimana dirimu?
Sedarkah bahawa betapa teruknya pemikiran kita dijajah?
sehingga sejarah kita sendiri dikaji oleh para penjajah yang memperkosa segala nilai bangsa,budaya dan bahasa kita sendiri?
apa yang ingin kita buktikan sebenarnya sekarang?kepada dunia ataupun kepada siapa?
cuba kita balik renungkan sedalam-dalamnya..
kenapa kerana kepentingan diri kita lupa akan kepentingan orang lain?

Sudah 3 bulan rasanya kita telah melalui sama-sama kesusahan bersama,
isu harga minyak yang melambung naik menyebabkan lebih ramai orang diserata dunia menjadi risau dan kusut..ada yang bertumbuk semata-mata kerana sebiji roti,ada yang hilang kepercayaan terhadap agama,ada yang putus asa dengan hidup dan membunuh diri,ada yang sanggup menjual maruah diri demi sesuap nasi,dan adakah kita sedar tak semua ini sedang berlaku?
benar..ini semua sudahpun berlaku buat sekian lamanya.namun begitu,sampai bila soalannya?adakah kita dahagakan huru hara baru kita nak bertindak?

yang kaya menjadi lebih kaya,yang susah menjadi semakin susah,akhirnya kita terpaksa akur bodoh dibawah pimpinan yang tidak adil. Persoalannya sekarang bukan politik,saya menulis TIDAK berpihak pada mana-mana parti politik.
Tapi saya mempersoalkan tentang keadilan kita terhadap habluminannas
Soalnya,adilkah kita didalam menunaikan hak kehidupan sesama kita?Bukankah Islam mengajarkan kita untuk hidup saling membantu.Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing?
Isu duit telah lapuk sangat kita dengar bahkan telah terlalu banyak saya sendiri saksikan dan alami sendiri. Sedih adakalanya merenungkan kembali, kerana wang kita BUTA terhadap nilai-nilai murni dan usaha fardhu kifayah. Kita bersedekah demi publisiti dan untuk lari daripada income tax. Saya tak kata ianya salah, kerana itulah cara untuk "hidup" didunia namun "ada kah nilai keikhlasan dipupuk didalamnya?" jawapannya saya serahkan kepada sidang pembaca..
Minyak..oh minyak,
itu yang saya dengar dan alami kebelakangan ini..
RM20 ringgit dulu tahan la 4 hari nak pergi college saya, tapi sekarang RM40 dua hari dah menyala lampu kat meter..
Mungkin saya bodoh didalam hal ekonomi ni, kerana dari dulu saya tak berminat untuk ambik tahupun..Kenapa? Kerana ekonomilah kita saling bergaduh sesama,menipu dan bersaing ntah untuk apa dan macam-macam benda bodoh lagi yang kita tau bodo tapi kita tetap amalkan.
Namun macam apa saya kata tadi la,itu cara untuk "hidup" didunia. Its fine for me, saya yakin dan berpegang pada Rezeki yang Tuhan bagi tiap hari.. Ulat pun boleh hidup dalam batu, tak usah kata manusia. Ada kaki,mata,mulut,akal,otak,tangan..Usaha la.

Saya tak tahulah,adakah orang "diatas" tahu tak orang "dibawah" menanggung beban yang berat dan semakin berat apabila harga Minyak melonjak naik. Dan adakah kesannya itu mereka tahu tak?
Saya rasa mereka tahu, tapi sengaja buat tak tahu.. Sebab apa mereka pentingkan adalah perut sendiri..Ekonomi Malaysia?..hehe,jangan nak bohonglah. Malaysia tidak akan maju macamanapun selagi masalah sesama kita pun belum lagi selesai.
Tak ke kita pikir betapa membazirnya sifat manusia sekarang?
Fitnah sana sini,Kontorvesi sana sini dan cerita yang tak ada dalil yang sah jadi paparan di Media? membazir akal satu hal,membazir kertas satu lagi hal..orang tak tahu berapa juta balak ditebang untuk buat surat khabar yang kemudiannya jadi lap najis kucing dirumah...Kitar semula?hadui..bohong belaka. Berapa peratus je bahan yang kita kitar semulanya,cuba bagitau gak.
bazir dakwat sekian hal..Kalau kat rumah dakwat printer dahla harga berpuluh-puluh.Salah print,buang camtu je..tak ada nilai langsung.

Apa ingin saya ceritakan adalah dimana akhirnya ini semua?
adakah kita ingin hidup kita ini mewah?kereta besar,ada helicopter ataupun banglo 14 tingkat?apakah kepuasan itu dapat diabadikan?
Hidup sekarang jauh banyak berbeza dengan cara hidup saya alami dulu,syukurlah ayahnda saya mengajarkan kami semua dengan penuh fatonah dan siddiq.
Dulu nak Handphonepun, payah. Form 4 baru dapat..namun syukurlah,paling tidaknya kami memanfaatkannya.
Sekarang budak tadikapun dah pakai Handphone dan colour screen wo..tak cukup dengan tu, ada laptop.
Tengoklah tu,cara orang kafir ajar kita.. Makin lama,bukannya maju sebenarnya,tapi Malas..kenapa? sebab kita tak akan hargai betapa susahnya menimba ilmu, orang dulu-dulu sampai ke Cina tapi kita type Http://cina dah sampai sana..
Kalau untuk kebaikan tak apa, tapi adakah sihat soalannya jika kita mengadap pc 24/7?
Tapi nak wat camne kan?
itulah cara "Hidup" didunia.

Makin lama menyepitkan fikiran kita,
makin lama membebalkan otak kita,
makin lama membutakan hati kita,
makin lama lagi..tak tahu mana satu tuhan kita.

Semua ini adalah untuk membawa kita semua balik merenung pada kenyataan,hidup ini tak selamanya,mati nanti kekal sampai bila-bila. Dan untuk mengajak kita-kita semua mengenali kesusahan sebelum menikmati kesenangan. Kita tahu pekerja Indahwater buat kerja paling kotor dan jijik, tapi yang kita tak sedar bahawa hati mereka jauh lebih bersih daripada hati kita dan duit mereka lebih halal dan mendapat kedudukan tinggi di sisi Tuhan..Kita ketawakan orang gila,tapi kita lupa,orang gila itu antara golongan yang pasti masuk syurga..

Hidup biasa saja,
itu pesan saya,
siapa kamu,
biarlah orang menilainya,
tak perlu diminta,
Tuhan itu adil dan saksama,
kerana Dia lah Al-Maliqul Muqsith yang nyata.

Mula Perjalanan

Desiran ombak,
Hembusan pantai,
Didakapan jiwa yang sering memberontak,
Ada ceritera ingin ku sampai..

Diatas rimbunan dedaunan hijau melambai,
Diantara bayu yang berlalu selembut sutera,
Berdiri sendiri dipuncak mahligai,
Terbayang jelas wajahmu tertera…

Kejora dan bintang saling berbalas,
Awan menari-nari dilangit jawi,
Adalah perasaanku terhadapmu jelas,
Hanya engkau yang tiada mengetahui,

Rembulan bersenyuman dikala malam,
Cahayanya suci menyuluh harapan,
Sebati diri ini bersama alam,
Tlah ku titipkan salam,
Padamu tanda perkenalan,
Tanda mula perjalanan…

Sunday, April 20, 2008

Kepada Anak Murid yang Dikasehi..

Asslamualaikum,
ingin saya kongsi sama kisah pengembaraan saya tika Pertandingan Nasyid anjuran Puteri Islam yang diadakan yang dimana kami adalah guru yang mendidik anak-anak sekolah Menengah Cendering yang pada akhirnya Alhamdulillah mendapat tempat ke-2 dalam pertandingan itu,
hari yang agak letih sekali kerana pada masa yang sama,kami sibuk dengan persiapan ke Melaka untuk menghadiri Pesta Gendang Nusantara kami diberi tugasan untuk menyelenggara acara Pertandingan Nasyid juga di Terengganu..
cerita ini bakal saya ceritakan nanti setelah selesai semuanya,kerana sekarang kami sibuk dengan persiapan untuk World Music Festival yang akan berlangsung di Penang sekitar 1 hingga 4 Mei ini.
apa-pun ini sebahagian daripada kerja saya:
boleh dilihat di laman sementara kami,Dendang Anak di:
myspace.com/dendanganak
Album:
Pertandingan Nasyeed Peringkat Sekolah 2008.

sebagai tanda kasih dan sayang saya pada mereka,saya mohon agar kalian yang membaca artikel ini mendoakan kejayaan mereka dalam mewakili peringkat daerah pula..
terimakasih,
sokongan anda amat saya hargai.

Friday, April 18, 2008

Salam Nusantara dari Ku Bad (part1)

Asslamuaalaikum pada sahabat-sahabat setia,
genapnya delapan bulan kini saya tlah berpijak dibumi rumi dan jawi ini..
tanah melayu namanya dahulu,
dan akan terus menjadi tanah pada sesiapapun yang sedia,setia,seia dan sekata mengakui kalimah syahadah tanda abdi, pastinya insyaAllah akan dinaungi oleh diriNya yang esa maha menjadikan..
Disusun jariku yang sepuluh tanda memohon ampun pada semua umumnya, atas kesibukkan saya dan kealpaan saya untuk tidak meneruskan blog harian saya disini.
Maaf sekali lagi saya ucapkan kerana saya amat memerlukan ruang masa yang lumayan bagi memberikan penumpuan 100% pada apa yang bakal dan akan saya ungkapkan didalam isi yang terkandung kerana pada satu silap saja bisa disalah tafsirkan akan pengertiannya dan jelasnya matlamat saya tidak akan tercapai dengan sepenuhnya. Begitulah seadanya..

SELESAI SUDAH PERTEMUAN ANTARA DENDANG ANAK DENGAN NUSANTARA

Tanggal 9 April,itulah tanggal kami menjelajahi dan buat kali pertama seumur hidupku bertapak di bumi Melaka..atau bagi saya,"Madinah" bagi Nusantara.
Perjalanan yang memakan masa hampir 8 jam melalui Pahang dan Johor terus ke Melaka.
Didalam sekilas pemandangan didalam perjalanan. Sayup melambai dan memanggil gunung yang diberi nama Ledang..
namun itu bukan keutamaan bagi kami,Niat kami adalah melebarkan sayap Dendang Anak dan ingin saja memperkenalkan pada semua warga nusantara bahwa inilah Penawar ke arah usaha penyembuhan bangsa.
Pesta Gendang Nusantara diberi nama,buat kali ke 11 ianya diadakan di Melaka,
namun kali ini..pasti ada kelainannya yang kami janjikan,
kerana apa yang kami bawa adalah bukan kuasa formasi gendang yang kami ada namun intipati tembang,bait-bait dan perjuangan yang kami sering lontarkan selama penjelajahan kami selama ini,ya'ni:
"Agama itu Usul kepada Bangsa,
Bahasa itu Jiwa kepada Bangsa,
Budaya itu Raga kepada Bangsa,
Adatullah itu Martabat kepada Bangsa."
yang sudah pastinya Bangsa itu KOTA kepada Agama Ad-din.

Saya,diberi tugasan yang agak berat.Ya'ni menyelenggarakan dan mengurus ahli.Mungkin ini bukan kali pertamanya,tapi pada peringkat sebegini..Agak berlainanlah tekanan yang akan saya alami.
Syukur alhamdulillah,atas kerjasama yang padu diberi tiada apa-apa mushkilah yang timbul sepanjang Pesta Gendang Nusantara itu.
Cumanya apa yang saya bimbangkan adalah kekuatan kita pada gendang,
benar..kami ada 2 pemain rebana,1 pemain Jidur,1 pemain Dharbuka dan selainnya bermain Kompang.Selama ini kami fikir,kamilah kumpulan yang bisingnya hingga menggangu jiran tetangga dimasa sesi latihan dan persembahan.Namun setelah melihat persembahan dari semua peserta dari Jambi,Siak,Aceh,Palembang,Kalbar,Bukit Tinggi,Dumai,Singapura,Uzbekistan,China,ASWARA,DBKL,Johor dan ramai lagi..Saya agak bimbang juga pada mulanya,namun bila direnungkan kembali Niat,alhamdulillah saya kembali tenang...
Persembahan kami pada hari pertama tidak disambut oleh sesiapa kecuali hanya orang-orang MBMB(Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah) kerana persembahan kami adalah yang terakhir sekali,dan waktu itu semua peserta yang lain sudah pulang ke tempat penginapan...huhu,lucu sekali kalau diingat-ingatkan.
Namun persembahan pada hari pertama yang mencuri perhatian saya adalah peserta dari Jambi yang membawa tarian rentak Zapin,dengan arrangementnya lagi cukup buat otak saya ter immune dengan tarian,rentak dan nyanyiannya.Persembahan Siak pula lebih menjurus ke arah era kegemilangan Islam waktu pedagang Arab datang ke Nusantara(namun itu cuma bayangan yang saya dapat,atas apa Allah bagi) dan yang paling menarik adalah persembahan daripada Sanggar Nol Kilometer Sabang dari Aceh darussalam.
apa yang terlintas pertamakali melihat persembahan mereka adalah saya,secara pribadi dapat merasakan bahawa apa yang mereka persembahkan itu adalah tarian yang Usul..Dengan penari2 wanitanya yang semuanya bertudung dan menari dengan penuh sopan dan bertertib,tidak seperti persembahan yang sebelumnya.namun persembahan dari anak jati Aceh ini semuanya mengubah prespective tarian yang banyaknya dikaitkan dengan unsur2 ke arah "erotica" ataupun menggoda..Maaf kata,tapi ini sekadar pendapat peribadi saya yang adil kiranya.Tarian mereka amat berbeza,dan saya boleh kata inilah tarian yang Islami yang penuh dengan maksud tersurat dan tersirat.
Syabas saya ucapkan kepada saudara saya,Tengku Admiral dan semua yang berada bersamanya..
Bumi yang kaya dengan sasterawan seperti Hamzah Fansuri, Syamsuddin Pasai, Abdurrauf Singkil dan Nuruddin ar-Raniri ini nyatanya membawa satu kelainan pada Maal ini.
Justeru itu bila diceritakan kembali,memang ada pertalian diantara saya(Ku Bad) dan adik saya(Ku Ayie) dengan titisan raja awalin Pasai, ya'ni Sultan Al-Malikul Salleh.Dikenali sebagai Merah Silu kemudian diislamkan oleh Tok Ayah dibumi Terengganu dan kemudiannya pulang ke Pasai untuk menyambung usahanya disana..
wallahualambissahwa'.
namun apa yang hendak diceritakan hari ini adalah rasa yang penuh syukur terhadapNya atas nama Ya-Wajid Nya kami ditemukan kembali.Paling tidak perasaan rindu untuk menziarahi maqam Sultan Malikul Saleh itupun terubat sedikit dengan hadirnya mereka mempersembahkan seni budaya yang berkurun lamanya ini.
Teringat kembali pada kisah waktu saya pergi mengerjakan umrah bersama keluarga saya,waktu itu saya menonton siaran diatas flight,program TV3 Jejak Rasul.Masa itu mereka menceritakan kedatangan Islam di Nusantara.Bila mereka menceritakan tentang sirah perjalanan Sultan Malikul Saleh,dengan tiba-tiba rasa sebak didada saya tak dapat ditahan,menangislah saya kerana rasa rindu dan bersyukur yang teramat sekali....

Kembali kita di Pesta Gendang Nusantara,acara yang berlangsung hampir seminggu itu disambut dengan penuh kemesraan,kemeriahan dan kegemilangan Melayu.Berbagai bentuk kejadian yang terjadi dan berbagai perkara yang kami pelajari.Bermacam-macam cerita kisah hidup yang kita amati bersama saudara dijauh perantauan.
Usainya dengan penuh rasa sayu,kerana tidak dapat berkongsi pengalaman dan cerita dengan mereka2 yang hadirsama..
Namun tidaklah perlu dirisaukan,ada rezeki kita bertemu lagi.Bi iznillah..
CD yang saya hasilkan dan bawa semuanya habis licin dijadikan hadiah.Malahan ada lagi yang bertanya..Barakallah,semuanya syukur pada Tuhan yang telah menjadi penggerak dan penguat niat kami selama ini.Tiada yang rugi bila berbuat baik,tiada yang untung jika berbuat zalim..
kini selesai Pesta Gendang Nusantara,
tiba pula Festival Muzik Antarabangsa..
bagaikan satu perjalanan yang telah ditentukan olehNya,
selesai satu peringkat Nusantara tiba peringkat Dunia.
benarlah apa yang tercatit didalam Sulalatus Salatinnya,
Dendang Anak..Benua yang membawa Jalan,
Bi iznillah..Melayu akan kembali gemilang dimata Dunia,
akan kita buat yang terbaik demi Bangsa pembela Agama kita,
InsyaAllah..bersambung lagi nanti.
dari saya
YM Raja Badruddin Hakim Shah
ibni
YAM Hajj Raja Dato' Kamarul Bahrin Shah.
Dari bumi jawi dan rumi,
TRANGGANU Darul Iman.

Monday, March 10, 2008

pejuang NUH

dengan sangat merasa terkutuk pada diriku,
bukakanlah..
kau bukakanlah pintu hati mereka untuk menerima kenyataan sebenarnya,
dengan sangat merasa jijik pada diriku,
singkapkanlah..
kau singkapkanlah pandangan mereka daripada kejijikan dunia untuk melihat betapa beratnya,
dengan sangat merasa sangat sangat terbelenggu,
lapangkanlah..lebarkanlah isi dada,
untuk mereka merasa betapa hebatnya dosa yang dikendong selama semesta,
Ya Tuhan..Robbul Mashriqaini wa Robbul Maghrib,
tiada ku dengar hanya kutukkan padamu,
tiada ku dengar hanya cerca maki terhadapmu,
tiada ku dengar keindahan agamamu kerna semakin lama agamamu telahpun tenggelam didalam lautan yang teramat dalam,
mungkin akan timbul ataupun akan terus karam,
selamatkanlah pelayaran kami ini,
biarlah kami terus belayar dan mencari,
dimana tempat kami terus hidup..demi untuk MEREKA.
kamilah pejuang NUH,
dan kamilah MELAYU..

Saturday, February 23, 2008

Sekadar Ceritera : 23 Februari Tahun 2008

Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh...

Tanggal 23 Februari Tahun 2008, telah usai Maal(Show) anjuran ADK pada pagi tadi.
Alhamdulillah,pada gayanya kita mendapat sambutan yang baik apatah lagi dengan kehadiran YB Dato Haji Din Bin Adam yang sudi bertandang dan memberi sokongan agar dapat dijalankan dengan baik.
Semasa sound check semalam,
ketika ramai sedang sibuk memasang dan memainkan peranan masing-masing..terlintas saya difikiran bila membaca slogan Maal tadi di Flyers,
di situ ada tertulis "Belia Bangkit Memerangi Dadah"...
hmm..berfikir panjang jugak saya masa tu,
andaikatalah orang datang bertanya pada saya..adakah pasti kita(belia-belia) dapat bangkit memerangi dadah?nak jawab macamana ye..
Yang saya persoalkan adalah DAPAT kah kita BERSAMA dan satu hati memerangi dan menghapuskan dadah?
Ayat memerangi jika kita teliti membawa maksud yang besar,salah satunya adalah membasmi atau dalam bahasa dajalnya "Exterminate" gejala Dadah..
Andai ditanya pada sayalah,tugas ini sangatlah berat untuk dipikul,apatah lagi pada diri individu..Sepertimana yang kita tahu,dadah dah lama ada.Pada awalnya dadah digunakan untuk perubatan..Apabila pengunaan dadah disalahgunakan maka jadilah salahguna dadah.Dengan cara langsung ataupun tidak langsung mereka akan mula ketagih dengan sesejenis ubat yang diambil.itulah dipanggil Ketagih Dadah dan individu yang terjebak dalam kancah ini dipanggil Penagih Dadah.

Kita kena ingat, penagih itu sendiri adalah manusia..Tujuan saya berkata begitu ada bersangkut paut dengan persepsi kita terhadap para penagih yang seringkali kita salah anggap dan berburuksangka, maaf kata..tapi inilah realiti yang pernah saya lihat dan pernah saya selami.

Bagi saya..amat mudah, sesiapa sahaja boleh menjadi penagih dadah. Kerana pengambilan Dadah tidak menunggu pengaruh.Tetapi sebenarnya bermula dari kehendak diri empunya.Kemahuan kita bagi melakukan sesuatu,benar kita terkala terlupa namun kita masih ada akal dibekalkan,mengapa tidak kita pertimbangkannya?itu sebenarnya yang harus ditanya..

Saya hairan,
kenapa ramai dikalangan kita antaranya memandang hina terhadap Penagih Dadah apatah lagi pada BEKAS PENAGIH DADAH?
sedangkan mereka juga tetap manusia,sama seperti kita.
kenapa perspektif atau pandangan kita terhadap mereka terlalu sempit?kita mengincar mereka,kita caci mereka,kita hina mereka seolah-olah kita ini Tuhan yang punya hak untuk menentukan dimana darjat dan tempat mereka pada masyarakat.
Kita membenci Iblis tapi dalam diam kita sendiri mengamalkan cara Iblis iaitu melarang seseorang yang ingin melakukan kebaikan.Kita bicara tentang Agama tapi pada masa yang sama kita merobohkan tiang agama.Kita bangga dengan Bangsa Melayu kita tetapi kita sendiri membiarkan Bangsa kita diperbudakkan,diperkotak-katikan,dirojakkan.
Pokoknya adalah mengapa kita sering mengadu pada ketidaksempurnaan bagi sesuatu namun tidak memikirkan pada cara bagi mengatasinya?

Begitulah seadanya yang terfikir didalam kepala ini,bercelaru sebenarnya..

Kesimpulan pada hari itu tak dapat saya beri keputusannya,kerana kita sendiri yang sihat dan sempurna sifat lahir dan batin sendiri tidak mengizinkannya untuk benar-benar terjadi.Cita-cita kita besar tapi Cara-cenda kita amat sedikit dan sempit..Maaf kata,namun inilah realitinya.

Usaha yang paling baik adalah tidak bermula pada diluar sana,
akan tetapi ianya bermula pada Diri,
andai ditanya dimana..
Maka dengarkanlah dengan ketulusan budi,
meski kita kan tau...Hati,
itulah jawapannya,
Jika bagaimana menjadi tanda tanya,
lihat lah dilangit dan bumi,
seagung maya dijadikan kita,
khalifah peranan yang pasti,
pada Allah yang maha Esa,
itulah inna sollati,wa nusuki,wa mahyaya',wa mamati..

wallahualam


*artikel ini ditulis bukan untuk menyebelahi mana-mana pihak.ia adalah bertujuan untuk kita sama-sama merenungkannya.sepertimana yang slalu dikata,ianya sekadar ceritera saya sebelum saat tertutup mata..

Wednesday, January 30, 2008

persoalan tanpa jawapan..

pernahkah kau tanyakan,
mengapa air jatuh dari langitan,
tapi bukan dari bumi,
pernahkah kau tanyakan,
kemana arah sungai itu pergi?
kemana hilangnya malam yang semalam?
kemana perginya pagi yang kelmarin?...

pernahkah kau tanyakan,
mengapa kita sering tidak berpuashati pada apa yang ada,
sebaliknya mencari pada sesuatu yang kita belum pasti adanya ia..

tamakkah kita?

gelojohkah kita?

sombongkah kita?

....soalah itu tidak harus ditanyapun,
akan tetapi soalan yang satu ini yang wajib ditanya pada diri kita sendiri...
satu soalan yang mungkin tak ramai yang dapat menjawabnya..

SIAPAKAH kita yang selalu saja meminta-minta??

persoalan itu akan kekal menjadi sebuah soalan tanpa jawapan jika kita tidak mempunyai nyali untuk mencarinya.