Tuesday, December 29, 2009

loceng maut #3

ding dong! kedatangan syaitan,
ding dong! kelabu sinaran,


api,

neraka,

mati,

dimana?


ding dong! menghampiri penyatuan,
ding dong! itu tipu daya..mengapa dipercayakan?..maka kehancuran,kita kebodohan.

ding!








dong!









kalbumu kosong..
isilah dengan angan-anganmu,
terserahlah apa pun,
kerana itulah kamu

kebingitan bunyi ding dan dong!,
lantas syaitan datang mengepung,
kau tak berbuat apa hanya diam sahaja..
kerana iblis itu karibmu tatkala senang..

dan Tuhan itu sekadar guna-gunamu bila butuhmu pertolongan.

ding!

dong!

loceng maut ini akan kedengaran,
pada hati yang dalam menyelam seluruh jasad kebenaran..

kalau tak nak..sudah!

berapa tahun melangkah,
berbagai maunah bangsa memunggah,
dari lama hingga ke baru...itu sejarah,
namun tiada kurang malasnya yang menambah nisbah,

serang menyerang takkan kita kalah,
tiada tersanggup menanggung walaupun sa jumlahnya salah,
katanya maruah itu bukanlah suatu yang murah,
tapi sibuknya menyeru....daripada menyatu hati-hati yang musnah,

madah berganti madah,
takkan terhenti sebelum perintahNya sudah,
berenang diri dalam lautan gundah,
seorang diri membengkam pasrah,

akhir kalam ku fikirkan terindah,
bagai bala tentera mengiring langkah,
namun sekiranya terlalu indah..pasti adanya padah,
dari mendoakan kebahagiaan..elok saja ku disini menadah ludah!

kerna tersangatlah bijak dikau mengolah,
diserang kepura-puraan warkah maka tak tersangka agama merekah,
apa itu solat? apa itu ibadah? apa yang barakah?,
jikalau kau begitu banyaknya karenah..sedang lagi-lagilah Tuhan kau sepelehkan dan canggah?

besi maha besi,
besi mari dari Mekah,
kemari kalau hendak kemari,
kalau tak nak..sudah!

Monday, December 28, 2009

aku ingin jadi biasa

aku ingin jadi biasa,
seperti rakyat jelata,
bukanlah seperti mereka,
yang tak tahu berbuat apa,

aku ingin jadi biasa,
bukan disembah kerana siapa,
dipayung dan ditandu merata,
basah kuyup dan sakit bahumu biarlah kutanggung sama..

aku ingin jadi biasa,
dari duduk diam didalam kota,
sambil dihiburi gundik istana,
gemuk dan buncit tak tentu hala,

aku ingin jadi biasa,
yang tidak mungkin untuk dibeza,
contohi Muhammad yang Mulia,
baginda melengkapi maksud nama,

aku ingin jadi biasa,
naik kenderaan pacuan empat roda,
siang malam dapatku kembara bersama kertas dan pena,
rakam serta paparkan apa berlaku diluar sana,

aku ingin jadi biasa,
yang menulis dan membaca,
yang keluar pagi sama-sama berusaha,
dan lena dengan senyuman ceria,

aku ingin jadi biasa,
yang mesra disapa,
bukan kerana aku ini yang bernama Raja,
aku dipuja-puja,
tidak..aku tidak mahu ingin jadi biasa,
namun aku ingin,
begitu teringin,
memenuhi maksud biasa.

kecurangan satu keindahan

kecurangan berlaku bukan kerana kekurangan,
tapi kerana kebodohan..
sengaja membiarkan,
kepala dipijak..dihenjakkan.
namun apabila ditinggalkan..siapa nak dipersalahkan?
pada hal sebenarnya masing-masing ada kesilapannya,
ada kesalahannya,
dan mungkin ada yang disengajakan oleh kita untuk hal ini berlaku.

hubungan terdiri dari sesuatu yang bergandingan,
yang wujud padanya seutas benang,
sebagai perantaraan,
zahirnya tampak begitu senang..usah diperdayakan oleh keindahan!
silap-silap haribulan,
benang ketegangan,
dilanda kecelakaan,
sebagai satu pedoman,
nah..kecurangan bertandang tanpa utusan jemputan.

pernah ditanya,
sering ditanya,
akan ditanya,
hal ini..kerana setiap dari kita bakal dilanda.
tapi tetap hasil nya yang sama! atau MUNGKIN...tidak sama.

wallahualam.

tapi apa yang menyebabkan kecurangan?
siapa yang mulakan kecurangan?
adakah patut kita merasai kecurangan?
munasahabahkah baginya untuk difikirkan?

iya.

kerana pohon kecurangan itu meluas maksudnya,
yang sering kita faham,
curang bermaksud apabila buah hati yang dikasihi ada hati terhadap orang lain.

tapi tidakkah kita perasan pada pengertian "buah hati"?
kalau pokok mampu berbuah..inikan diri yang mampu ber buah hati lagi?
yang dirisaukan bukanlah SIAPA kandungan didalam buah hatinya...tetapi APA buah hatinya?
kalau manusia..tak apalah.
cuba kalau..syaitan. atau binatang?

hmm...eloknya sebelum kita kearah itu, tenang-tenang aja dulu.
tak kita rasa CHIENTA kepada manusia, kita tak akan faham bagaimana rasanya,
namun satu hal yang jarang rasanya kita menetapkan,
dimana CINTA milik kepada TUHAN?
..ada orang kata "Tuhan tu lain kira lah..Dia memang mesti dah"
tapi mana maksud yang terlaksana? pada Tuhan yang mana?
kalau dengan manusia kita mampu tunaikan segala yang mampu dibuat.
Shah Jahan dah buktikan Kasihnya terhadap Mumtaz Mahal hingga melahirkan Taj Mahal.

bagaimana dengan Dia?

Adam alaihissalam sanggup memakan buah khuldi kerana Hawa menyuruhnya, hingga mengakibatkan mereka diusir ke dunia dengan keadaan yang berselaput hina.itu baru kerana sedetik kecurangan yang berlaku.

hanya hati yang hancur akan diberikan sepasang tangan yang bernama harapan,
disingkap tabir agar mendapat oleh kita membuka jendela kebenaran,
sebalik itu maka akan dibentangkan... jawapan,
jawapan itu datangnya dari Tuhan!

disitu anda dapat membezakan..
maka tahulah,
dalam ungkapan kalimat-kalimat cacian kerna dicurangkan,
kita lupa bahawa selama ini Tuhan pun kita curangi,
curang itu indah sebenarnya..bukan?
kalau tidak..kenapa buat lagi?

tahu-mahu-tuju-malu?

ramai yang tahu..
tapi buat-buatnya tak tahu.

ramai yang mahu..
tapi hakikatnya tak mahu.

dimulut lancang bersuaralah binatang,
apa salahnya memanggil dia binatang?
kalau gelagatnya tak seperti yang dipandang,
hidupnya semata-mata lakonan.

ramai yang tuju..
tapi paksinya tak tentu.

ramai yang malu..
tapi disuruh buka baju..mahu. diselak kainnya...juga setuju.

alangkah rumitnya untuk dibikin selembar kain tenun,
namun koyak rabaknya pula tidak sampai jangkanya setahun,
aku memerlukan seorang tabib atau mungkin dukun,
melihat dunia hari ini..aku majnun.

begitu sedikitnya yang perlu..
tapi hati merika tak pernah pilu,
kerana janji-janjianMu,
jua disaksikan langit membiru,
aku juga inginkan begitu,
tak pernah luntur walhal membuku,
kerana pastinya aku,
menungguMu.

...biarlah aku digolongkan dari yang sedikitnya itu.

Senja ta

Tabir pagi mulai melabuh,
Jadikan yang gagah bagi menempuh,
Hampir mati namun nasibnya ampuh,
Mampunya berjalan sungguhpun melumpuh..

Bergunung ganang semangat kian meninggi kukuh,
Membakar berapi genggam meneguh,
Titah dijunjung janjianmu ku patuh,
Agar menanggung.. bumbung langit tiada teruntuh,

Belum ada budi tergadai olehnya harta,
Dan tiadalah adanya ia rapat dipandang meskipun membuta,
Janji tuhan bukanlah sekadar ucapan kata,
Diteratak angin ini kelak membawamu mengembarai semesta.

Senja itu zahir kepada ta,
Bahari benarannya cita,
Pada kalimah lahirlah senjata,
Sembah patik pada Ya Malik maha di Cinta,

itulah Senjata,
kelak bila di temu duga,
bertarunglah dengan yang namanya,
durjana.

Sunday, December 27, 2009

.

Gelap.

Noktah dan kata.

Gelap.

Suara dan noktah.

Gelap.

datang dan memburu.

Gelap.

cahaya ku cemburu.

Gelap.

masih gelap.

dimana ayah, dan dimana pula ibu?,

kenapa baru disini, nak kau tanyakan itu..

Gelap-gelita.
mengilai dan ketawa.
hanya sahabat sejatimu adalah hari-harimu.
sudahkah anda menipu?
sudahkah anda merogol dirimu?
akankah kau menjual maruah mu?
dimana..kemaluanmu?
kemanakah kegagahan serta keperkasaanmu yang selama ini kau ancam cemuh oleh senjatamu?

Tiada..

Tak ada.

Hanya yang hadir bersama mu adalah

gelap gelita,

kini sedarnya oleh kita,
berguna nya pelita,
sekarang baru nak meminta?

bantal busuk

...kaya yang sebenar-benarnya kaya adalah bukan kerana apa yang dimiliki..
tapi kerana apa yang diberi,
yang sanggup untuk sering membebankan diri, itulah mereka yang tidak pernah rugi..
mereka senantiasa senang dan beroleh keuntungan yang membukit..bertambun-tambunnya tinggi.
itulah kaya.

sementara mewah yang sebenar-benarannya mewah adalah bukan disebabkan oleh kelebihan yang melimpah ruah..
tapi adalah alasannya yang mencurah-curah didalam memelihara Marwah..
itulah manusia yang mewah,
mereka bertuah.

hari ini,

siapalah yang kisah?

semua diambil mudah.

...alangkah nasi pun melebihi kuah, jangankan menempah diri untuk menjamah secebis SUSAH

Thursday, December 17, 2009

its All about ALLAH

semua yang dibumi tegak memaksi berdiri.
itu bukannya "graviti".
itu maksudnya naik saksi.
andai ada yang tinggi..akan ada yang lebih tinggi..dan ada pula ia wujudnya yang Maha Tinggi..
atas nama ya Musawwir..Allah itu Tuhan yang paling abadi.

Monday, December 14, 2009

sa belum lena

kerna tampaknya sesama begitu sombong dan angkuh,
relanya keji untuk menjadi guru yang taat dipatuh,
najis pula diabadi sebagai satu-satunya contoh,
dan apabila kayangan keyakinan sudah mulai roboh dan meroboh...
tinggalah segelintir yang syahid dalam menempuh,
sementara khayalak menjadi topeng khayalan bodoh..
sebagai Nabi atau mungkin TUHAN!

aku terbaring dan mengaduh..
lalu dipejamkanlah ka dua belah mataku dari menatap yang hodoh,
akhir kalamku berbunyi: "adalah lebih baik aku mati daripada hidup bersama yang rapuh.".

matahari terbenam, bulan memanjat di dinding langit..tak bertali dan tak berkaki,
sudahkah itu cukup untuk dibukti?

Wednesday, December 2, 2009

benam

tenggelam sebutir gumpalan raksasa cahaya,
nama nya matahari..ia bersinaran,
walau tak siapa yang berani menghadapkan ain nya kepadanya,
menjadi ketetapan dari yang menciptanyalah agar terus menyuluh sebelum tiba malam,

adapun ku memerhatikan gelagat kita sesama,
yang terang mengidamkan kegelapan,
yang kelam pula mengimpikan cahaya,
terlintas langsung menghentak benakku..kenapalah yang tiada sering dipinta-pintakan?

mengeluh dan terus mengeluh..inginnya apa sebenarnya?
disini dan sana semuanya tak senang..jadinya kebingungan,
biarkan saja masa mengusirnya,
jika mutlak rindumu pada rembulan,

benam dan suramlah seketika,
detik itu lah melahirkan kebenaran,
siapa Tuhan,
dan siapa kita?..

larut #6

tatkala masalah itu selalu merunsingkan fikiran,
disinilah datangnya bayang yang setia ntuk menjadi teman,
sungguhpun ia tak berjasad apatah hati dan perasaan,
tetap padanya taat hingga bersualah akan dirimu oleh kematian...
sementara itu..izinkan aku mengarut,
kerana aku sedang larut..

Tuesday, November 24, 2009

loceng maut #09

berangka-angka makhluk manusia yang saling percaya ataupun berkepercayaan,
pada arah yang MANA kah keyakinan hendak di hadapkannya..itu masih kekal jadi pertanyaan,
tak kurang sedikitnya jangkaan untuk menunggu saat terhembusnya panggilan sangkakala yang bakal berkumandang..kehancuran akan berkeliaran,
pada kesuntukkan itu,
tiada lagi pertolongan,
tiada lagi kebahagiaan,
tiada lagi ketaatan,
semuanya jadi curang!
dan cuma-cumanya memikirkan dirinya sendiri sahaja.
sekali lagi kutanyakan,
pada arah yang MANA kah keyakinan hendak dihadapkan?
jika Tuhan,
yang MANA kah yang meyakinkan?...dan adakah itu yang kau percayakan?
.........
loceng maut masih berbunyi, dan akan terus berbunyi,
kerana loceng itulah yang setia menghitung hari,
untuk segalanya diakhiri..

larut

kelarutan yang menyebabkan aku melangkah ke sebuah kampung halaman,
yang dinamakan khayalan,
disitu hanya adanya keindahan semata-mata,
bernafasku pada lena,
sesakku didalam terjaga,
..seperti itulah rinduku terhadapMu..

Saturday, November 7, 2009

Masaalah

sakit kepalaku bingung tak menentu,
lafaz permasaalahan jadi kebiasaan,
hinggakan orang-orang dikiri dan kanan jadi bosan,
daripada mendengarkan "luahan" satu pertiga tlah ditanggungkan,
rakan ghaibku membisik-bisik ketelingaku,
"mana ada yang akan senantiasa setia dan bersedia untuk mendengarkan masalahmu hai badr, mereka juga punyai hidupnya sendiri yang indah, mana mungkin gundah mampu berubah menjadi indah.. lihat sahaja diluar sana, masalahmu tetap masalahmu."

malam itu, aku membaringkan diri menyorong jalan kepada lenaku,
mimpi ku yang selama ini telah memberikan ku semacam panduan dan amaran...kala nya seperti sepucuk utusan ceritera dari Tuhan, yang menceritakan bagaimana akibatnya jikalau aku masih akur dan degil pada kata-kata rakan ghaibku.
pabila ku terjaga, rakan ghaibku masih berada bersamaku, namun ribut yang menantiku diluar sana, tetap aku harus tempuhinya,
sendiri, bukan berdua.

petang hari telah mengembalikan aku untuk melewati senja,
angin begitu kencang dedaunan menghempas tegasnya,
renyai-renyai air dari langit turun bertasbihan memuja,
hatiku remuk merana, mataku berkaca..namun dadaku tetap terbuka,

kerna karunia ketenanganku terhadapMu,

maha ketenangan yang ku nikmatkan ketika ku mengingatiMu..
gelombang kerinduan ini tlah membutakan mata dan memekakkan telingaku,
segalanya untuk aku terus mempercayai bahwa tiada yang lain,
memang tiada yang lain..tiada yang lain,
tiada yang lain melainkan hanya diriMu..yang maha Satu.

maka ku mengertilah semuanya bahawa masaalah itulah masa untuk bersamaNya,
masyaAllah...itulah kebenarannya Masa-Allah.

Sunday, November 1, 2009

bukanlah aku_009

tlah ku mempersiapkan..oleh karna mu,
sebendang halaman,
didalam yang sarat dengan seribu satu macam keinginan....

katakanlah jikalau inginmu kepada keindahan empat musim itu,
nescaya akan datang memburu padamu,
sebelum terqalam oleh ucapan mu itu,
ia kan hadir melebihi dari yang pernah dijangka olehmu..

tapi itu semuanya adalah hasil kesabaranmu,
terhadapku,
ertikan ia dengan penuh tawajjuh,
ini khas buatmu,
bukanlah aku...

Tuesday, October 27, 2009

karang-karang lah : 0015

shahadan sesudah hujan mulai merenyai,
berselangseli bersami nyanyian dering iringan sang dingin yang menyusuli,
mata pemikiran ku sedang memandang jauh dari tinggi kini,
bergema-gema ketawa keriangan anak-anak muda mudi mengeras hati,

kuala demi kuala kelana ntuk kembali,
daerah hinggalah ke kota hidupnya bukan mainnya berani,
tatkala melihat mahupun berkata.. ayatnya sengsara didalam sastera yang ku tamsilkan kini,
sementara ayat ajal, maut, mampus bahkan mati lagi masih berarti..berusahalah hingga dipanggilmu pergi,

betapa ia sulitnya sementara,
alangkah sakit dan pedihnya membengkam lelahnya,
mataku mendamar dek kerna sang pena,
ingin saja ku tikam dan bunuh belaka jadilah bualan merata,
jika itu jadi susah..jadi harus bagaimana?,

apa?

seorang fakir berfikir akan firatullah fasa akhir,
bilamana fajar dan falak mulai mungkir,
para fajir dan fajirah mula berfasad zahir..kepercayaan apa yang bakal terukir?

Tuesday, October 20, 2009

cahaya

cahaya sri si cahaya,
yang sir mahupun yang nyata,

cahaya seisi cahaya,
buat pencari meraba-raba,

tersesat dari asalnya,
bila cahaya menyinar seluruh semesta,

maka terigaulah akan indahNya,
nian cahaya terimbas sunyi pada purnama,

menyuluh padaku agar tabahku menyilau menyanjung kata,
matiku adalah semata-mata,
yang dipuja,
Allah,
Yang Paling Nyata.

Sunday, October 18, 2009

bukanlah aku _014

satu hari itu nanti..diri mu kan di tandangi,
bersedialah untuk memahami.
diberitahu akan kepada diri mu..
bukanlah ku ini milik mu yang pasti..
yang selama ini menjadi "persinggahan" buatmu dimasa hujan turun lebatnya,
dan manakala matahari bercurah-curahan teriknya..
bila tiba masanya..kau kan dipinang pergi,

diatas "terbaik" itu,
aku jauh dari atau (untuk) menjadinya....kerana apa yang ku korbankan selama ini...sepanjang ini, seumur hidup ini... segala-galanya,
adalah untuk apa yang berada disebalikmu itu,
bukanlah aku....

Monday, October 12, 2009

pasal fasal perihal anggota

segala pujilah Allah itu Tuhan sekelian alam,
didalam alamNya tertimbus berjuta-jutaan kebijaksanaan,
akal dikurnia bukanlah sekadar tadahan keperluan,
ianya untuk diselerakkan agar lahirnya pimpinan..
gunakanlah Kepalamu dengan kebenaran,

maha pemurah dan maha penyayangnya Dia,
digarisi hidup ini dengan pelbagai cabangnya,
tiadalah kebahagiaan tanpa pengorbanan,
pikul lah ia di Bahu mu bagai neraca dengan adil juga saksama.

hai, maha Raja bagi hari pembalasan yang bakal tiba,
betapa indahnya diperdaya pada senyuman lakonan semata-mata,
namun kerasnya ia tak siapa ingin didengarinya,
sulit yang teramat memujuknya..bagai berhala yang terpasak didalam Dada.

hanya Kau yang ku sembah..hanya Kau ku mohon pertolongan,
dengan tangan yang aku makan,
dengan tangan yang aku hulurkan,
semoga Kanan ku ini menjadi saksi pada permohonanku ini.

demikian Tunjukilah aku jalan yang lurus,
dengan terus menerus,
biarpun terkala dibawa arus,
tetap Kiri ku menjiwai telus,

aturan nenek moyang,
primula pengasas kehidupan yang penyayang,
walau usiamu berkurun jauh kebelakang,
mata fikiranmu lebih jauh tajam dari aku memandang,
dengan penuh bermadah dan sulaman mu nan indah,
didalam kata-katamu tersirat kelahiran maksud hikmah,
oleh kerna itu aku tak menentang,
tuntutanmu untuk aku terus berjuang,
langkah kanan aku kehadapan,
langkah kiri ku pertahan.

dengan lafaz amin, moga Al-Fatihah padaku ini dimohon restu perkenan.

andaian sang pelayan api

agaknya siapa lebih berkuasa?,
dia atau kita?
awak atau saya?
belum lagi masanya..jawab yang kau mohon itu tak akan berkunjung tiba.
ketuklah pintu itu sepuas-puasnya..biar hancur terlopong dada,
maka dibiar bergandalah ramainya memenuhi ruang pertanyaan mu,
namun tetap tiada yang masih dapat menjawab apa sedang kau buntui itu.

agaknya berapa lama laginya?,
harus ku terus menonton pada tabir wayang peragaan penglaknat-penglaknat,
sambil disebalik layar itu masih lagi terdapat,
manusia-manusia yang sangatlah mereka khianat,
hari ini hari esok..entah apanya yang baru, entah dimanakah yang maju..
bila dalaman itu tetaplah busuk seperti dulu,
mereput dan terluput..matanya kabur-kabur kerana kepayahan untuk melihat,
sedangku mengilas kain pelikat,
dimana "hadapan" yang diwar-warkan dengan harakat demi harakat?
alangkah lamanya..rimasnya aku pada suasana yang ketat yang amat.

agaknya olehmu masanya yang mana?
detik berketik-ketik hendakkah dirimu menafi lagi yang nyata,
justeru kesibukkanmu untuk terus mengiyakan yang maya,
jam yang meminjam himpunan detikkan tadi pula jadi sebuah penantian yang panjang lebar bagi dirimu untuk bergegas bangun dan teriak padamu
FIKIRLAH SESUATU!
BUATLAH SESUATU!! DAN JADILAH SESUATU!

sesuatu..bukanlah sesuadua,sesuatiga bahkan bukan lagi sesuaempat,
sesuatu yang hanya menempah sewaktu,
seperti selembaran kain yang dijahit kemudian jadilah baju,
semoga sesuatu itu buatmu sentiasa tertumpu pada satu,
dirimu tak terleka dan teralpa kerana kau sudah tahu,
selaras kau lihat hujung sana yang mungkin gelap gelita tapi kau masih terus maju,
pelita yang berjelaga itu akan menemanmu dan kan mengekori apa yang dikau mahu,
disebabkan oleh itu maka kau kini bermaruah dan tidak terpengaruh pada pengkolot itu,
kerana itu kau selangkah maju daripada mereka-mereka yang hanya tahu duduk di singgahsana yang cuma berminat berbicara mengenai cara untuk bagaimana berbohong dan terus berada megah meneladani gerak geri babi.

kini agak lamanya itu tidak lama lagi,
agakkan berapa lama itu anda akan menjadi,
seorang manusia yang tersangatlah ia berani,
bagai api,
berbicaralah ia kini,
dan terus berkata-kata lah demi kehendak yang namanya hati,
moga-moga andaian sang api ini akan membakar hati-hatimu...sampailah ia mati.

Wednesday, September 30, 2009

orang tua yang bodoh!

bodoh,
ish...bodoh ya amat!
meluat!!!
aiii...BODOH! BODOHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!

"apa ni carut-carut bodoh ni?"

tidaklah hamba melihat kebodohan itu melainkan melihat kekurangan diri antara kita didalam menilai kecerdikkan.
bodoh bukanlah carut saudaraku,
bodoh adalah ungkapan didalam meluahkan perasaan geram terhadap seseorang yang sebenarnya bijak,
bagus,
dan wajar dikagumi, namun kerana sesuatu kepentingan yang bersifat sementara jadi igauan.. maka sanggup dia digelarkan orang tua yang bodoh!..

"dimanakah orang tua yang bodoh itu saudaraku?"

orang yang tidak memikirkan langsung mengenai apa yang bakal anak cucu mereka akan teladani nanti dari dirinya. dahlah sombong, bongkak, riak, takabur, ujub dan paling teruk sekali adalah Syirik. entahlah apa sebenarnya di kotak kepalanya sedang fikirkan. barangkali dia sedang memuja yang nama "bodoh" itu.

cuba kita lihat sekarang dan bagaimana fi il antara kita sekarang, banyak bodohnya.
kalaulah bodoh itu sebuah pokok, mungkin pokok bodoh lebih lebat daripada pokok-pokok lain. dan ada kebarangkaliannya buah "bodoh" lebih laris dari buah anggur ataupun kurma kerana khasiat "bodoh" nya yang sangat tinggi.

p/s: saya begitulah tidak faham, mengapa lah kita masih nak bergaduh walaupun rumpun bangsa kita masih sama. sepatutnya kita fikirkan bagaimana nak bersatu dan merdekakan diri dari pemikiran yang begitu sempit..inginkah kita digelar "orang tua yang bodoh" oleh anak cucu cicit kita nanti? entahlah..

janggal

janggal teramat aku rasa,
memerhati dirimu,
malam ku gelarkan ini,
selar rasaku teramatlah ia bezanya,

apa benarkah ia berbeza,
ataupun mungkin terlalu dalam aku terlena?

adalah mungkin tidak semua,
menurut arah matamu memandang ke sana,
biar telunjuk lurus memaksinya,
patah terbatas tumpas ramainya pada petanda,

atau ini mungkin kerana,
terlalu khayal menikmati kuntuman bunga yang padahal akan layu jua akhirnya?

bulan aneh,
kenapa dan mengapa harus aneh?
mengapa istighfar sedangkan ianya hal yang remeh,
remeh lah andai sering sudah, seiring mengenal yang nama Allah?,

bintang sepi,
dimana erti sepi yang diwar-war kini?,
apa yang buatmu takjub seketika kala kau lihat bintang itu satu sahaja?,
teramat ganjil kah ia? dan mengapa tidak kau perhatikan dimasa gemerlapan yang dahulu sering kunjung tiba dengan jumlahnya yang tiada terkira?

matahari indah memancari isi dunia,
bagaimana tahu mu ia ceria? gerangan apakah kaitannya bersama bahagia sedangkan dirimu sendiri tidakpun sudinya memandanginya tepat pada mata api nya?
lantas masih diantara kita sedia menjadi "si mata keranjang" kerana takut pada buta.

cuba dilihat sahaja,

andaikata aku kata Matahari itu Jantung pada jasadmu,
adakah "teringin" bagimu untuk mengetahuinya?

jika aku katakan pula Bulan itu seperti Hati pada rohmu,
akan kah dirimu sedia menerimanya?

maka aku berkatalah pula Bintang itu kini ibarat haluan perjalanan hidupmu,
mahu kah dirimu meneliti segala panduannya?

sedara kan sendiri itu buat sementara,
biarlah ia jadi temanmu yang teristimewa,
walaupun sebentar bicara kalian berdua,
inginku kau fahami betapa benarnya, kau dan semua tiada jurang bezanya....

kenapa harusnya janggal?

Thursday, September 17, 2009

rha nun ngan ku padamu

bismillah hir rahman nir rahim..

dengan ini aku berkata-kata,

Allah itu..mahalah Dia bijaksana,
Dia yang bertanggungjawab beri kita nikmat kesusahan untuk kita fahami betapa tingginya,
nilai kebahagiaan sebaliknya,
tak disini mungkin disana,
tetapi..itu tetap janji..kau harus yakini,
dan Tuhan tidak pernah memungkiri,
Tuhan itu bukan seperti kita,

Allah itu..mahalah Dia Wajeed,
Dia mempersuakan yang satu menjadi dua pasangan untuk kita sama-sama mengamati betapa agungnya darjat,
Suka,Sayang,Kasih berserta Cinta yang mendalam dari Nya untuk kita...
kemudian menjadilah sebuah rangkaian kesinambungan,
wujudnya 3..4..5.. dan seterusnya,
Apa itu masih menanti untuk kita memikirkannya?

Kesedihan hati hamba bukanlah kerna kesilapan manusia terhadap tanggungjawab,
kecuali si dia masih punyai nyali untuk berani pelajarinya,
Namun,
kekecewaan hamba adalah kerana zalim kita terhadap kealiman yang perlu dituruti secara amalinya...masih juga tidak dikota-kota kata,
hatta,
masih lagi membenarkan kesombongan itu menyelimuti,
merasuki,menghayati dan mengabadikan didalam jasad dan roh ini dan pada kemudiannya dipersembahkan pula di pentas cerita yang serba sementara,
serba nyata..namun serba hina,
serba benar..namun serba dusta,

Demikianlah dijadikan aku sebuah kisah ini sebagai tauladan pada baja-baja kesadaran didalam akal fikiran kita...
Diharap moga suburlah ia menjadi "Manusia"
yang mulia,
seperti dicerita,
oleh Tuhan dalam nukilanNya,
seperti dicenda,
didalam segala bentuk kejadian yang berada...merata-ratanya.

kembalilah berfikir..dengan waras dan jelas,
kembalilah..untuk melihat dunia seperti unggas yang bebas,
kembalilah..

guane gamok kite? +1

guane gamok kite?
nok tunggu gemok debok ke?
sibuk sokmo isi pale hotok dengan lemok,
koho lama mikiran jadi koho senok,

guane gamok kite?
nok ngadu ke mok ke?
mende kecik tuek jadi kare besor semeste,
abang sulong jadi bolok wok belake,

guane gamok kite?
piye nok bela daripade bale?
sakit ati dekki sokmo kite ning,
dok serik tengok bende hok jadi doh ngaterawe,
eh!....koho ye terbeng wak lagi keje dok ahu kale,
hok nege cara nege,
hok dalang sejik nguppat ngate,
hok alus duk nangis dumoh..tapi mok sibuk wak niste,
ayoh pulok jadi pok turut pade mate,
anok-anok pakak hungga cari nyakit belake,
dok juruh bakpe kite lening??!
orang pakak bahang same sendiri keh berebut tine,
sapar sanggup ye hilang sedare,
nape hok mulie nye?

guane gamok kite?
doh, lening pakat takut ke babi laker,
Allah kabo doh kang ke kite,
doksoh buatlah kare haram..tu kang dose,
bahse babir nye..buleh kuoh dok saje-saje,
pesengan makhluk Tuhan ye jadi ade molek laker,
tapi manusia juru turut ke pe il natang gok...dok leh ambe nok kate menda,
ye wak pale hotok,
ye wi akal,
bakpe yang dok lok jadi selok kere nye?

guane gamok kite?

Monday, September 7, 2009

dimanakah keadilanmu?

arakian menangislah sudah anak cilik itu,
berlari dia kesini dan kesitu,
barangkali kerana keliru,
tak tahu..yang mana ayah dan yang mana pula ibu?
demikian.... dimana keadilanmu?

membasahi dia menderita tidak menentu,
berbisik ketelinga sendiri "bila sampainya waktu?",
untuk kau kunjung tiba dan membantu,
masih jua kau disitu,
demikian....dimanakah keadilanmu?

dikejutkan oleh aku suatu masa dahulu,
sebuah mimpi yang amat menakutkanku,
terdengar suara-suara..meraung-raung dan meronta-ronta,
sudah pasti kerana terlalu siksa,
tiada apapun yang indah didalamnya!,
dalam hatiku yakini ia,
itulah hadiah pada para pendusta,
pada jaga..masih ku melihatmu terkaku,
duduk tanpa menegur sapa,
demikian....dimanakah keadilanmu?

dahulu kau pernah menyapa,
hidup ini bukan sekadar alif ba ta,
harus terusi hinggalah pada ya,
tapi mengapa kau masih disini iya?,
membiarkan ia semua,
berlaku..tanpa berbuat apa-apa,
demikian...dimanakah keadilanmu?

telah ditetapkan kita,
mengucap setiap masa,
solat 5 waktu..pagi ke di ini harinya,
tidak lupa berpuasa itu menjadi wajib buatmu pada tiap Ramadhan yang tiba,
masih kau disini juga,
tidakkah kau menyadari semua?,
Tuhan menjadikan kewajibanNya,
berhari-hari usianya,
untuk kau ulangi dan sentiasa memperbaikinya,
akhir kali..ku ingin kau menjawablah persoalannya,
maka jawablah,

demikian ...hai yang bernama "Keinginan Mulia",
yang terserap didalam tiap rongga,
dada-dada mu itu,
dimanakah keadilanmu??

Sunday, September 6, 2009

begitulah dikau diumpama

tertunggunya aku bersimpuh,
jejariku menjera,
tak inginku menempuh,
walau dikurnia cenderasa,

teramat hamba terasa,
tatkala bermula memukabalahkan,
darjat serta harta,
buat hari ini kemurungan,

dirimu tersangat jauhnya,
bagiku teramat bahagia,
tak pernah menduga sempurna,
letaknya hanya pada tatapan mata,

terduduk menebas rimbunan kata-kata,
agar dapatku jadikan tetangga kebijaksanaan ntuk menjawab soal bagaimana,
dapatnya hamba untuk memetik sekuntum bunga,
yang harum mekar diangkasa,

sungguh tiadalah sanggup oleh hamba,
berhajat untuk membiarkan ia bersahaja,
berlegar-legar diudara,
.....begitulah dikau diumpama.

Friday, September 4, 2009

patik berbicara

dicermin jiwaku seperti berkata-kata padaku,
mengapa tiada siapa yang memahami akan dirimu?
mungkin kerana disini bukan tempat untuk kau mengadu,
atau mungkin harus aku memandu,
terusi menjalani..
dengan hanya bertemankan diri dan juga sendiri,
sebagai Kekasih yang sangat dan teramat sejati..
sungguhpun pedih untuk ditanggungi,
adakala ku menangis seorang diri bagi menerima hakekat ini,
mungkin inilah kebenarannya buat masa ini,
kerana teramat mudah aku memahami namun paling susah untuk ditangani...

para pembaca sangatlah patik nasihati,
usah dikejar untuk jadi begini,
berbicaralah kita sementara ada semua disisi,
usah dituruti apa yang ditulisi.
kerana ini sekadar ceritera sebelum saat ku menutupkan kedua belah mata ini.
ceritera mu berbeza dengan ceritera ku..sememangnya, itu pasti.
hargailah apa diberi oleh yang Maha Tinggi.

fahamilah apa yang sedang patik bicarakan.

Monday, August 31, 2009

diserambi Kematian

Bismillah hir rahmanir rahim

dengan ini aku perbacakan olehmu sewarkah peringatan,
agar dikalanganmu tidak lupa padanya akan kematian,
Tuhan yang maha menquddusi nan bersifat Baqa dan Qidam,
yang berkuasa mematikan..sekalian yang bernyawa,
Tuhan yang maha menjadikan Mati serta Hidup sebagai kiasan pada ujiannya,
siapa yang mulia dan siapalah yang hina,
Tuhan yang mewujudkan liang lahad yang sempit,
namun berisi dengannya seluas-luas amaran,
kepadamu..yang hidup,
dan beringatlah bahawa segalanya musnah luluh menyeluruh,
hanya yang ada,
hanyalah WajahNya,

dan pada yang telah mati,
beringatlah bahawa hingga disaat ini lagi,
masih Tuhan menyuruh akan diriku untuk tetap memperingati,
dirimu yang berada jauh dari kesadaran hidup yang nyata ini,
beringatlah kamu pada janji-janji,
dan apa yang tlah dikerjakan selama didunia ini,
itu sahajalah temanmu yang abadi,

dan saat terlenamu,
berbalut didalam selimut putih itu,
usahlah kau bersedih pilu,
maka sebentar lagi bakal bertandanglah pula mereka,
bertanyakan padamu,

Siapakah Tuhan kamu?
yang selama ini menjadi pujaan dan abdianmu,
yang sering menjadi nyanyian jantung dan hatimu,

Siapakah Nabi mu?
yang selama ini menjadi pembentuk pribadimu,
yang selalu sahaja menjadi kekagumanmu..harapanmu,

dan kemudian bakal bertanyakan pula,

akan apa AGAMA mu?
yang dimana pernah kau perjuang,
apakah benar Susunan Hidupmu itu yang kau pegang?,

Apa nama Kiblat yang telah kau hadapkan?
adakah pastinya itulah yang kau sahutnya dengan tujuan,
dan benarkah ia kalau kau ikutinya dengan haluan kebenaran?

Siapakah Saudaramu?
yang tlah kau curahkan mereka dengan kasih serta sayangmu,
atau mungkin saja tidak pernah kau hayatinya kerana kesombonganmu?

Apakah pegangan Iktiqadmu?,
yang membuatkan dirimu teramat nekad,
hinggalah kau mengimpikan semua untuk bermuafakat?

Dan APAKAH...KALIMAH yang kamu bawa dengan mu?
adakah ianya Kalimah yang penuh kebenaran,
ataupun kalimah yang penuh dengan perasaan yang helah?

Hendaklah kau jawabnya dengan kejujuranmu,
kerana kejujuran itu sahaja yang akan membantumu,
oleh itu serahkan ia sebulat-bulat kejujuran dirimu,
yang pernah kau amalkan selama kehidupanmu dulu,

hendaklah kau ingat bahawa semua ini kenyataan,
hidup didunia ini adalah pentas pada lakonan,
di saat kematian,
tibalah masa untuk kau dinilaikan,

Allah itu bukanlah rekaan,
Nabi bukanlah dongeng yang diceritakan,
Malaikat bukanlah kisah yang dibuat-buat untuk ditakut-takutkan,
Iblis itu Bapa pada kejahatan dan Syaitan itu yang menyekutukan,

hanya kau,
diberi akal,hati serta roh untuk menentukan,
dan membuat pilihan,
diatas nama kebijaksanaan,

pilihan yang mana tlah kau buat,
pilihan yang mana tlah kau ikut,
inilah yang akan memperkuat,
apa yang bakal kau sahut dan sebut-sebut,

dan pada yang pergi ini,
ku ucapkan selamat pergi,
tinggal lah kita kini,
yang entah bila dan bagaimana diakhiri,

kerana pernah aku diingati,
cara mati itulah bukti,
pada bagaimana cara kau hidup selama ini,
demikianlah peringatan ini,

aku berundur pergi,
dan sekali lagi,
ingat dan mengingati,
bagi yang bersuara, diajarkan berkata-kata,
bagi yang tuli telinga, dibisik-bisikkan padanya,
bagi yang buta, diajar untuk menghayatinya,
bagi yang bisu untuk berbau, di didik bagaimana bau-bauannya,

kerana dengan ya muawwal wa muakkhir itu telah pasti,

setiap yang bernafas itu bakal dan akan MATI...

WALLAHUALAM BI SAHWA

jom main "Buang-buang" MELAYU!

orang yang hidup tapi bogel..itulah orang yang lupa diri.

Allah cipta tiap bangsa atas asbab untuk kita saling kenal mengenali..bukan untuk bermusuh-musuhan. apa yang buat kita " badi" dan "takut" untuk memperkatakan hal bangsa adalah kerana Mentaliti yang diajar..padahal Bangsa tak pernah bersalahpun. Agama tak pernah melarangpun.

MLAYU dibuang Mim sudah pasti Layu,
MLAYU dibuang Lam Alif, maka jadilah bangsa Miu.
MLAYU dibuang Ya akan jadilah MLAU dan kan terus terpulau,
MLAYU dibuang Wau semestinya jadi MELAI..lemah kerana hilang kemudi,

anda pilihlah mana satu yang ingin anda jadi. moga kembali sedar diri!

ini saya ambil dari comment saya di Facebook tadi, rasanya eloklah saya kongsi juga kepada sidang bloggers juga.

selainnya akan menyusuli,insyaAllah.

Friday, August 28, 2009

bagaimana rasanya apabila "Ibu" anda dihina-hinakan

saya cukuplah pantang bila orang sentuh, mengemukakan persoalan, apa lagi menyalahkan "orang Melayu"..
ada satu scenario yang baru jugak la berlaku dalam hidup saya, salah faham sebenarnya yang berlaku,
tapi adalah si polan tu kata "ini lah orang melayu, suka buat conclusion melulu tanpa usul periksa"..
tiba-tiba jantung rasa tersentap..rasa nya persis seperti ada orang menyepak kepala ibu anda didepan tatapan kedua belah mata anda,

soalan saya.. anda marah tak?

rasanya seperti tercela, terhina, terguris dan sebagainya lah yang menyakitkan diri.
didalam diri, tiba-tiba saya seorang Antagonis terhadap sang Protagonis yang menyuarakan kata-kata itu,
bahkan saat saya sedang menaip cerita ni pun dalam keadaan tangan yang berketar-ketar..
wallahualam, hanya Allah maha tahu apa maksudnya.
tapi disini tujuannya bukanlah saya nak ungkit salah orang dan menegakkan kebenaran bagi pihak saya, mintak maaf banyak-banyaklah.. dah lama saya berpencen untuk menjadi manusia sympathetic.

namun begitu, apa yang nak di kongsi adalah kaitan qalam kita dan hati kita,
dua perkara yang berbeza,
qalam letak pada mulut kita, apa yang dilontarkan menerusi getaran bunyi yang menghasilkan suara.

hati pula suatu yang tidak berbentuk, namun bertempat, tapi tak bersyariat,azalinya pada hakikat. Ia adalah bapa kepada segala anggota kerohanian diri, nadi hati adalah zikir, zikir yang bermaksud "ingatan" pula adalah APA yang anda fikirkan atau ingatkan.. Pernah tak anda melihat atau anda sendiri melatah dan kemudiannya terus mengeluarkan kata-kata yang dianggap spontan? pernah saya diingatkan oleh seorang ahli falsafah yang begitu tinggi ilmunya. Katanya kalau kita melatah, itulah apa yang kita fikirkan. Sungguhpun ia spontan, namun ia tetap datang dari akal yang sedang berfikir secara tidak anda sedari.
Kalau tersepak dan nyaris tersungkur secara tak langsung terkeluar kata-kata seperti "Aduh!" "B**t" dan sebagainya maka itulah yang sedang berada diruang fikirnya, yang paling disukainya dan fikir akan dibawa kepada hati, hati akan merasainya seterusnya dizahir pada qalam mahu perbuatan anggota.

apatah lagi bila kita meluahkan sesuatu didalam keadaan yang luar kawalan ataupun didalam lubuk kesadaran, kejujuran pada qalam tak boleh ditipu. Apa yang ditajalikan adalah kenyataan hakikat diri sebenar.

Berang, memang saya berang apabila senang-senang Melayu dituduh sedemikian rupa. Yang mengalir didalam darah daging kita, nenek moyang kita yang selama ini syahid ataupun mati katak demi kerana memelihara bangsa sendiri...KITA SEMUA!
Kita mudah anggap Sejarah satu hal yang remeh dan sudah lama lepas namun pada masa yang sama kita juga mengulangi sirah dan kesilapan yang sama seperti Sejarah telah ceritakan berkurun-kurun dahulu.

Membenci sejarah bagi saya, sama sahaja seperti membenci Al-Quran. Senang saja, tendang sajalah Al-Quran itu kalau benci dan boring nya pada Sejarah.
Kenapa saya kata gitu? kerana Al-Quran itu juga Sejarah!! Bacalah dan fahamilah ayat-ayatnya, bukankah itu semua kisah-kisah dahulu juga?

Kejadian yang tlah berlaku pada saya ini mungkin satu scenario yang sangat kecil andaikata nak dibandingkan dengan kejadian yang lebih parah dan dahsyat. Sedikit sebanyak menambah kefahaman saya akan keadaan sekarang, dari sudut Mentaliti.
Kita terlalu memandang rendah pada orang dahulu kerana mungkin "kemajuan" yang kita maksudkan itu masih tiada di era dahulu. Tak langsung, timbul lah rasa riak dan ujub didalam diri. Senang-senang kita mengubah tiap apa yang ada dan panggilnya "kemajuan". Yang lemah makin lemah dan yang gagah jadi makin bongkak. Yang kaya makin beraya, yang miskin semakin menganggur. Lahirlah "pengemis" yang ada kalangan kita juga membenci dan menolak-nolak akan kewujudannya.

Soal kemajuan, cuba kita fikir apa kemajuan sebenarnya yang kita ndak dari dunia ni? Berjuta-juta spesis haiwan, tumbuh-tumbuhan tlah kita ranapkan demi kepentingan kita buta-butanya. Pembalakan, meruntuh dan menaikkan semula bangunan baru kita dah panggil kemajuan?..Saya rasa itu satu pembaziran dan satu perbuatan kebodohan. Tak cakap lagi mengenai pencemaran yang kita telah izinkan, letupan demi letupan lombong untuk mengorek emas dan sebagainya, kita tuduh haiwan liar seperti harimau mengancam manusia.. Tidakkah kita rasa kita yang mengancam kehidupan mereka? Sejak bila Tuhan kata dunia ini kita punya? Bukan kah asbab Adam dan Hawa dikeluarkan dari Syurga dan dihantar ke dunia kerana sebuah kesilapan? Dan kerana Asbab itu maka Allah beri Peranan Adam untuk memimpin seluruh makhluk seterusnya 24 Rasul serta beratus-ratus Nabi dilahir untuk menyusun semula kehidupan disini? tak cukup lagi kerana perihal manusia ini semakin bermacam-macam, Allah lantik Khalifah, Wali, Ulama dan Mujahid pula demi memperingatkan kita semua bahawa disini hanya persinggahan sahaja. BUKAN milik kita. BUKAN HAK kitapun.. Raja, Menteri, Sultan atau Rakyat disisi Allah SEMUA SAMA. yang di ukur tetap amal,ibadat,peranan dan tanggungjawab kita...tak akan ada maknanya VVIP atau VVVVVVVIP pun..

Jadi mengapa soal kemajuan duniawi ini kita sibuk sangat kejarkan, tapi bukannya soal kemajuan DIRI sendiri, kemajuan DIRI dengan keluarga, DIRI dengan Sahabat, Kawan, Teman, kemajuan DIRI dengan kehidupan.. Mengapa itu bukan di utamakan tapi masih kemajuan sektor perindustrian, pembangunan bla-bla-bla...masih tidak cukupkah bagi kita atas apa kerosakkan yang tlah sama-sama kita sumbangkan?

Sering saya di ingatkan, berjaga-jagalah ketika berkata. Ada pepatah berbunyi, kerana mulut badan binasa ini semua berlaku kerana qalam kita tak dijaga. Tak perlu dipukul atau disepak, lambat laun Kifarah itu akan dapat. Allah akan adilinya sendiri. Tidak perlu tunggu sakit untuk dipanggil Kifarah, contoh paling nyata adalah dikalangan "orang gila" ataupun istilah doktor: Sakit Jiwa. Itupun Kifarah, namun ingatlah bahawa "orang gila" yang kita benci itu adalah antara orang-orang yang akan masuk syurga paling awal bersama yang Syahid, Anak Yatim dan sebagainya yang tlah difirmankan oleh Allah taala.

beringatlah ketika kita memperkatakan sesuatu, menghina dan memperlekehkan rumpun bangsa sendiri sama sahaja seperti menghina Ibu dan Ayah kita sendiri kerana Ibu adalah pemimpin dari sudut Bangsa dan Ayah adalah pemimpin Agama.
dan didalam kes saya lalui ini, menyalahkan bangsa bukanlah alasan pada kesilapan, itu mentaliti individu empunya diri, bagaimana dia berfikir.. Jangankan kerana kita rasa kita dah Master dalam Sejarah kita perasan telah ariff pada semua, zaman sekarang telah berlaku banyak kekeliruan dan banyak kekusutan.
Saya sendiri melaluinya dan menghadapinya bahkan akan meredahinya lagi, anda tak percaya anda cubalah laluinya sendiri.
Baik dari segi ideologi kita, Matlamat ataupun Sejarah sendiri. Kebenaran yang benar tidak semudah diminta, kebenaran akan datang pada hati yang nekad inginkan kebenaran..dan saya bukanlah disini menunjuk-nunjuk serba tahu dan alim. Kita semua hidup dalam belajar, maka jadilah muridNya yang murad menyampaikan hikmah dan menceriterakan serba kebaikan mengenai yang menjadikan kita, bukanlah diri ini.. saya sekadar seorang Antagonis yang melawan Protagonis masakini yang berbondong-bondongnya.

moga dimengertikan bagaimana rasanya apabila "Ibu" anda dihina-hinakan.

"tak apa..semuanya akan indah".



"tak apa..semuanya akan indah",
ku pujuk diri setelah duduk dan terus menadah,
memohon kekuatan agar perjalananku terselamat dari semua tipu helah,
mengeluh pada hati yang serba gelisah, tiada menentu dan gundah,
menangis itu tidaklah menjadi suatu yang salah,
selagi yang mendengarnya hanya Allah..Allah..dan Allah,

kerna ternyata memang tersangatlah susah,
bagi memahami jiwa manusia..sering saja ku mengalah,
wujudnya disampingku hanyalah sementara..dijadikan sekadar tempat untuk mereka singgah,
helaian demi helaian terbakar oleh masa..tak pernah ada sebuah halaman yang tersempurna dan abadinya didalam satu kisah,
mencuba menarik nafas yang lega dan memujuk lagi diri.."tidak apalah..semuanya akan indah",

kepalaku sering saja jadi pening..hingga memikir itu buat otak ku nak terpecah,
menggengam tangan pendirian mereka-meraka yang sudah tentu berubah-ubah,
jatuh bangun kiranya aku mengharap pada mereka masih tetap merapuh dan merebah,
apa kenanya kalangan yang merasa hebat, sombong dan egois walhal itu semuanya intipati pada Amarah?,

demikian aku harus berdiri sendiri dengan gagah!,
tetapi terduduk juga kembali..berkaca retaknya rupa hati dan akhirnya remuk lagi,
keranamu yang buat saktiku tersakiti..dan jasad ku terus melemah,
mengerang kesakitan yang tiada tara dan akhir menanggung padah,
dengan titisan demi titisan air dari kedua belah perigi pancainderaku,
kemudiannya menjadi lelehan sungai yang menerusi segala dinding-dinding batu kekebalan yang jarangkali tertumpah,
akhirnya aku mengalah,
dan padaMu Allah..ya,bagiku terserahlah......
pada getaran alunan suara yang cuba ku qalamkan,
sebaknya tak usah kau andaikan,
buat terakhir kali aku memujuk diri,
"tak apa..semuanya akan indah".

gelap?,

terang?,

susah?,

senang?,

"tak apa..semuanya akan indah".

suka?,

benci?,

sayang?,

diselingkuhi?,

"tak apa..semuanya akan indah".

sebabnya biarlah aku kehilangan semuanya, jangankan aku hilang sedetik masa untuk tidak memperingati CintaMu,
Ya Allah.

Wednesday, August 26, 2009

Air mata ku

Anak-anakku,
duhai jiwa suci,
engkaulah yang maha suci,
tiada nilai ganti,
hai anak-anak pewaris janji..

Anak-anakku,
lama mana harus ku tunggu,
mengisi ruang dan menanti hadrimu,
namun begitu,
tetap ku yakinkan diriku,
suatu hari akan tiba dan menjelma dihadapan kedua mataku,
disaatku menyingkap jendela melihat kedatanganmu,
hasil doa restu yang terdahulu..

Anak-anakku,
ketahuilah bahwa ini saja pesananku,
aku mungkin penyair namun tak dapat berlagu,
aku mungkin pejuang namun tiadalah ingin bagi diriku,
untuk dikenali ramai..usahlah kau tanyakan namaku,
aku akan hilang..hanya begitu.
kerna ku tahu..akulah dalang itu,
yang membuatkan mereka marah hinggalah aku diburu,
segalanya kerana hadirmu,

Anak-anakku,
Tuhan tidak mengajar kita untuk membenci,
....usahlah mereka itu dikau sertai,
dengan Tuhan tersiratnya sebuah janji,
.....yakinlah hanya itu sahaja yang wajib kau patuhi,
Tuhan itu Allah hu rabbil alamin,
oleh itu waspadalah dengan segala tipu daya,
jangan terlena pada mentera dusta,
berjaga-jagalah kala membawa lentera,
jangankan ia terpadam seluruh semesta.

Anak-anakku,
pahlawanku...serikandiku,
mujadid-mujadidku,
saat inilah yang ditunggu-tunggu,
bangkit dengan keperkasaan Imanmu,
berdiri tegakkan Agamamu,
dikaulah sebenar-benar Melayu,

yang diperlihara pada maksud Kebenaran,
hai Pejuang Agama..Akhir Zaman.

Tuesday, August 18, 2009

apabila kita mempersoalkan cara untuk memiliki Dunia didalam dakapan.

baru sahaja kelmarin berlalu,
adalah aku ditemukan seorang pemuda ni.. lingkungan baya saya juga lah,
tapi terlalulah dia semangat didalam mengutarakan hal-hal serta isu politik ini.
saya malas lah nak bagitahu pemuda ini penyokong mana, baik dari pembangkang ataupun yang tidak dibangkang.
bagi saya,
1,
politik itu kekarutan-KOTOR,
dan tidaklah saya pula menyokong pemerintahan monarki,
darah dan nama tetap kerana siapa nenek moyang saya,
tapi itu bukanlah alasan mengapa saya harus menyokong mana-mana pihak namun bacalah sendiri riwayat-riwayat dahulu bagaimana jayanya pemerintahan saat kegemilangan Sultan Malikul Saleh,Sultan Muzaffar hinggalah ke Raden Fatahillah sebelum jajahan.
Keruntuhan dahulu juga bukan kerana pemimpinnya, tapi salah antara sesama sendiri juga.
pokoknya, saya orang Melayu yang sama seperti anda. Pengiktirafan itu dari Tuhan, bukan saya untuk tentukan.

tapi disini bukanlah saya nak mengutarakan hal-hal yang berbaur sentimen tidak baik.
tapi tujuan utama saya sekadar cuba menjernihkan apa yang keruh.
keutamaan saya adalah soal diri..bukan majoriti.

berbalik pada kisah tadi,
adalah celotehnya yang berjela-jela juga panjangnya, semua lebih kearah kesilapan.
kesilapan demi kesilapan yang berlaku, apa yang patut dan apa yang tidak patut dilakukan.
Sambil mengeces gulungan tembakau, saya hanya mendiamkan dan mengamati luahan rasa tidak puas hatinya. Saya jangka, andai anda berada dimeja sebelah. Kemungkinan besarnya anda akan sangka dia sedang menceritakan hal "gaduh dengan awek", kerana raut mukanya begitu kusut dan seperti ingin menangis. Hal sebenarnya adalah hal politik, yang mungkin menjadi prime obsession nya didalam hidup....
Bab 2 ke bab 3...terus ke bab 4. begitulah lamanya, didalam hati saya ada jugak bertanya, "mamat ni..tahu tak aku ni tak minat langsung cakap pasal politik?"
oleh kerana dasar hormat, saya cuba dengarkan saja lah apa nak dikatakan.

Kalau tak silap sayalah, paling akhir didalam celotehannya itu, dia ada kata bahawa ideologi-ideologi yang bukan-bukan sekarang..itu semuanya salah atasan,
yang membiarkan ia menular. Hingga kini kita kehilangan maruah, kita kekeringan budaya dan adab kerana mereka..SEMUA SALAH MEREKA!

mengerut letih mukanya setelah itu, air yang sudah surut diganti dengan segelas lagi Nescafe.

sunyi melanda pada jangka 5 saat rasanya, akhirnya saya pula bersuara padanya.

saya tanyakan pada dia, "saudara, apa sebenarnya yang saudara marahkan?"

dia jawab, "saya kesal kerana pemimpin yang sambil lewa, yang mendengar rintihan seperti hiburan, mungkin mu dok rase susahnya sebab mu tergolong juga dari golongan "atasan" "

nah, itulah dia silap kita.. terlalu cepat untuk percaya kata-kata manusia yang tak berkepala, selalu saja buat kesimpulan dengan suka-suka, Kesusahan- kita tak nak dengar, Kesenangan- mudah-mudah saja nak jadikan "modal" untuk di iri hati kan...pernahkah kita fikir bahawa pembahagian rezeki itu telah ditentukan oleh Tuhan buat kita, hanya jangka kemahuan itu terletak pada diri?

saya jelaskan padanya maksud politik, dan politik apa yang Nabi galakkan.
adalah ia politik yang bersih itu bukan politik yang menindas kalangan yang lemah dan mentakir-takir golongan yang kuat dengan harapan satu hari akan ia rebah,
Nabi ajar politik tidak untuk menceritakan keburukan serta keaiban sesama kita, kerana diakhir segala-galanya adalah tetap kita mim alif nun sim ya - MANUSIA!
Tujuan reka bentuk politik itu wujud untuk membentuk sesebuah institusi yang berwibawa, yang pandai memilih dan pandai membuat keputusan agar kita tetap kekal YAKIN pada apa yang kita buat, YAKIN pada apa yang kita sokong, YAKIN pada mana pemimpin yang kita pilih, bukan ke YAKIN itu maksudnya IMAN dalam arab? Jadi pokok nya tetap YAKIN. Silap membawa ideologi-ideologi bukan-bukan itu bukannya silap mana-manapun kerana dizaman sekarang, tak dapat yang membendungnya kecuali dengan keYakinan..apa yang kita pegang itukan keYakinan kita..terserah pada apa pilihan dibuat.tetap keYakinan itu jadi soal utamanya.

namun sedih rasanya kita lihat sekarang, saya pembaca setia kepada karya budayawan dan pendakwah bebas indonesia, Cak Nun, Emha Ainun Nadjib.
Pernah disatu artikel nya, saya cukup tertarik kepada kata "Rakyat itu Kanak-kanak abadi"
ya, itu sangat cukup dan jelas bagi saya untuk fahami. dan selama 22 tahun melihat sana sini kehidupan, rasanya saya dapat simpulkan bahawa Rakyat itu sama seperti Kanak-kanak sifatnya,
benar saja ada diantara kita terkandung dari orang dewasa ataupun tua, yang bijaksana didalam bidang kerjaya nya, namun didalam konteks atau himpunan yang menyatukan individu pada kumpulan besar masyarakat bergelar "Rakyat".

Rakyat ibaratnya seperti sebuah sosok jasad, ada dikepala, ada dikaki, ada di tangan, ada didada, ada dibahu. Rakyat adalah anggota, juga sama lah seperti terciptanya nama TERENGGANU.
percaya atau tidak, kebetulan atau rekaan, saya seru anda semua fikirkan sejenak mengenai Negeri saya ini,
yang kalau di kaji padanya ada 7 daerah kesemuanya.
Ta bermula di Besut,
Rha-Setiu,
Nga-Hulu Terengganu
Ga-Kuala Terengganu
Alif-Marang
Nun-Dungun
Wau-Kemaman
..insyaAllah di hari akan datang, kita bakal ceritakan mengapa dan apa membuatkan setiap daerah itu mewakili setiap abjad jawi TRANGGANU.
namun apa yang ingin saya terangkan disini adalah jika sesebuah daerah itu mewakili kelompok kecil penduduk,
yang kemudiannya digabungkan pula menjadi satu nama, maka terciptalah sebuah Negeri.

Apabila wujudnya sebuah negeri maka terlahirlah lembaga "Rakyat". lebih jelas, jasad rakyat.
andai pemimpin yang berperanan sebagai "Ayah" melaksanakan tanggungjawabnya dengan baik maka baiklah ia, jika tidak maka segala hormatnya tergolonglah dia didalam kalangan yang curang terhadap sejarah.
Apa lagi yang kita nak pada Sejarah kalau kita tak belajar darinya?

Maksud Kanak-kanak abadi yang dita'rifkan pula, cuba kita rangkumkan kesemuanya.
tenung betul-betul setiap sorotan yang berlaku disekeliling kita,
saya cukup pasti anda juga akan tertanyakan "bila rakyat itu dewasa?"
diberi satu benda, jadi rebut-rebutan.. selalu saja ada tak puas hati.
susah amat untuk bersatu.

Namun begitu, adakalanya kita perlu berhenti..
pusing,
dan lihat diantara kita, bukanlah menggali silap serta malu peribadi..
"idea" kita bukan itu, selalunya fikir pada arah membantu diri ini sebagai seorang yang lemah dan rapuh kala sendirian didalam wilayah yang gelap.
Ubat yang utama didalam merawat kebingungan ini semua adalah kembali kepada mempersoalkan APA tuhan mahukan, bukan APA kita ingin kan..
cukup-cukuplah mengarutkan impian kosong,
dah terlalu banyak rasanya kita berpinta-pinta hinggakan mengorbankan tiga suku nyawa-nyawa untuk kembali Agung konon-kononnya "itu aku punya".

walhal selalu jelas,
apa yang ada bukan kekal dikedua belah tangan,
bahkan menggengam tanah itupun belum tentu kita sanggup buat selama-lamanya,
ada juga akhirnya rasa seperti satu perbuatan yang bodohnya,
ada juga merasa tercabar dan ingin membuktikan kebenaran yang disangka olehnya namun masih tumpas juga,
dah itu?,
jangan pula dibicarakan soal tanah yang berekar-ekar luasnya,
tak usah lagi lah nak kata memiliki benua,
apa lagi,
apabila kita mempersoalkan cara untuk memiliki Dunia didalam dakapan.
bukankah itu kerja Tuhan?

besar harapan saya moga dimengertikanlah semuanya secara positif, dengan kelapangan dada dan kesejukan jiwa untuk menerima dimana silapnya diri.
agar satu hari anak-anak kita selamat untuk beragama.
wallahualam.

Sunday, August 16, 2009

SELAMAT PITAM, SELAMAT KELAM, SELAMAT HITAM, SELAMAT MALAM!

helaian demi helaian usia berderai didalam andaian...
kesampaian kita ke haluan hikmah serta kebenaran..
ramadhan demi ramadhan..kalau masih tiada perubahan
maka kesilapan itu telahpun jadi kesalahan
dan pada kesalahan itu tiadalah murka
sekiranya ia disengaja-sengajakan.
-170809 01:51AM

Saturday, August 15, 2009

katanta berahi

menyebut namamu,
penuh dengan senyuman,
terasa nyaman,
didalam kekalutan..

ku alunkan sewarkah mentra,
terkandung padanya puja-memuja,
seindah-indahnya ku berkata-kata,
mendendangkan dzikir yang hadirnya berkurun lama,

kedua belah tanganku menggengam kuat,
mencengkam hinggalah ke belikat,
keberahian..nafas turun dan meningkat,
rohku kini melompat-lompat,

menuju pada yang Maha Satu,
pemilik tiap rongga yang ada,
Maha Satu..pengisi segala ruang hidupku,
mustahil lah kesempurnaan wujud pada dua,

Ya...Hu!,
Ya...Haq!!,
memanggil-manggilmu,
kala keseluruhanku ini adalah milikmu...

dan katanta berahi ku ini, ku sembahkan pada kesetiaanku.

"pelacur"

saat terlewati olehku pada sebuah pesta kolokan,
kiri dan kanannya masih belum pasti yang mana perlu diberatkan,
adinya aku hairan lantas zahir satu persoalan,
barangkali mungkin kerana INI ramai dikalangan,
sangatlah obral didalam hal "pelacuran?",
pujian demi pujian,
hinggalah terbawa pergi mentajalikan kata pujaan,
yang benar disalahkan,
yang salah diperbetulkan,
ataupun dibela-bela kan,
hingga terlahir lah kalangan pelacur,
pelacur dan merelai untuk dilacuri,
melacur hinggalah mengorbankan maruah serta harga diri,
jadi balingan-balingan oleh si bajingan,

teringin saja aku ludahkan kahak berdarah ini pada muka mu,
yang hanya mengerti akan keselesaan dirimu,
bagaimana anak-anakmu itu?,
siapakah yang menjaga saat tidur mereka jadi serba sengsara?,
siapa yang membela saat pergelutan fikiran bercanggah antara kita sesama?,
siapa yang sepatutnya menjadi ayah yang berjasa?,

betapa haru,
mereka menanggnung kezalimanmu,

tercela akhirnya terjadinya kecelakaan,

jangan dibilang kotor-kotornya bahasa,
usah dibicarakanlah kata-kata kesatku di meja mesyuaratmu yang jelik itu,
berhenti,
dan cubalah fahami,
siapa pemalang yang digelar jalang ini,
dan mengertikan bahawa tiap malam mereka tlah menumpahkan sebekas airmata,
yang padanya memiliki nilai dan niat mulia hanyalah untuk menjadi insan mulia,
sepertimu juga,
namun kerana serakahmu,
mereka tetap begitu,
terbiar oleh mu leka terhadap tanggungjawabmu.

Friday, August 14, 2009

kedaluwarsa baginya dan mungkin bagimu juga

Telahpun senja mengundurkan diri,
beredar dari suatu sudut pandangan hingga menghilang dan melabuhkan kapi,
lantas malam menjelang mengepak-ngepakkan sayap biru ke hitamannya,
bermula satu halaman cerita,
seorang hamba,
yang murung bermurung bersahaja,
bersimpuh remuk jiwanya,
serba celika,
celika terhadap segala-galanya,
baginya..
dia telah tersangatlah bosan pada para fajir fajirah itu,
yang sering menunjuk-nunjukkan padanya untuk menambungi,
bukan sahaja pada diri..bahkan pada kedua orang Tuanya...

oleh kerana itu..dia disini,
dia sedang mencoba untuk melakoni apa yang gustinya Tuntuti,
di hatinya bukan sahaya mendenyutkan kata "Aku ingin mengquddusi diri ini"
bahkan jikalau kau pendamkan telingamu kedalam,
ia mendenyutkan ungkapan yang sememangnya selalu hadir,
pada tiap diri insan yang tiada cenangga,
slalu memaksa darah untuk beredar mengikut rentaknya,
yang juga menunjuk kepada asbab mengapa diri ini tersangatlah diimbangi,
hanyalah pada satu nada bunyi,
"dup..dup..dup...dup!"
yang tak akan berhenti sekiranya ia disuruh untuk di henti,
hakikatnya adalah
"Allah..Allah.. dan Allah semata-mata"

hamba itu menitik air matanya,
kerana tersangat merasa,
betapa dekatnya dia.. pada yang dipuja,

kedaluwarsa baginya dan mungkin bagimu juga untuk kembali berakal,
dan tidak hanya cenderung pada khayalan Cinta tipu daya yang sengaja-sengaja..

Monday, August 10, 2009

siapa yang gila?

siapakah yang lebih gila?
adakah diri mereka yang digelar gila?
ataupun diri kita yang sering tergila-gilakan pada sesuatu yang bersifat material dan tidak kekal?,
diri kita yang sering mengharapkan akan kemustahilan,
siapa yang lebih gila?

bagaimanakah kita tahu persis akan kewarasan diri yang sebenar?
apakah LAYAK bagi kita untuk menilai diri yang tidak seberapa sempurna kini?
siapa kah diri kita yang TIDAK gila ini?
dimanakah bukti yang kukuh bagi memperkuatkan kenyataan kita yang dinafikan kegilaanya?
dimana?
dan siapakah yang lebih gila sebenarnya?

adakah diri mereka yang berpakaian compang camping serta tidak terurus itu yang digelar gila?
ataupun diri kita yang berpakaian kemas dan sangat terurus namun sangat dan teramat memuja akan yang namanya kuasa itu?
mereka tidak pernah sesekali bersungut pada ketidakselesaan..
mereka terus saja didalam kehidupan walaupun diri mereka disisihkan,
mereka tidak pernah sesekali mengumpat mengenai seseorang disamping menikam sahabat sendiri hinggakan sanggup mengorbankan maruah dan darjat kemanusiaan,

justeru kehinaan mereka yang sering kita gambarkan,
lebih mulia daripada diri kita yang sengaja-sengaja menempah keruntuhan moraliti,
mati didalam diri sendiri,
bernafas didalam denyutan hati bangkai..

"orang GILA!" "orang GILA!"...LARIIIIII!!!

Aku dengari pada hari yang pernah ku lalui...

namun si dia yang "Gila" itu hanya menoleh dan mentertawakan mereka-mereka yang lari bertempiaran...entah kenapa..

sekarang,

siapa yang gila?

monolog hujan

gerimis rebah manja dipangkuan malam...
ia mengusik dan menyanyikan gemersik keindahan suara alam,
sedangku berqalam...

bayangmu menjelma..memberikan salam,
pabila ku hulurkan kedua belah tangan,
cahyanya langsung terpadam,

buatku mabuk menggila hilang dan karam,
terpasak diri ditanah kini,
terkelu...
terdiam.......

harap yang tlah ku ukir kini menanggunglah akibatnya sendiri,
hinggalah aku terpaksa mendakapi diri ini menyendiri dibawa alunan...sunyi.

Saturday, July 18, 2009

hawa

Begitu banyak cerita..
Warna warni bahagia,
Ingin ku ukirnya,
Jadi airmata pada senyuman ceria,

Dari mula menatap muka,
Terkenang sentiasa,
Soalan mengapa,
Telah jadi biasa-biasa sahaja,

Indahnya kamu,
Azali ditemu,
Hawa namamu,
Wanita pertama pernah aku rindu,

Penyuluh bahagia,
Penghibur kala hiba,
Penuh manja dirinya..
Pencetus Cinta..

sumpahan babi

Barangkali…kita sudah terkena lagi,
Wabak disana sini..kembali menjadi-jadi,
Kerana begitu gila sendiri,
Yang milik bersamapun telah ditaruhkan pada meja judi,
Yang amanah malah cerdik mengaji…belajar bagaimana ingin jadi babi,

Barangkali..kita masih terkena lagi,
kebenaran kini masih tak dapat dicari,
kerana begitu memuja diri,
yang mulia sudah kita sama usir-usir pergi,
yang zalim bagai dijulang-julang tinggi…keikhlasan diudara…..hilang hari demi hari,

barangkali..kita masih terkena lagi,
topeng dipakai…ketakutan kita diselimuti,
kerana begitu suci rasanya hati,
yang busuk pun sudah dianggap paling wangi,
yang setan-setanpun sekarang dikagumi melebihi nabi,

ah! sudahlah kini,
tidak jelas, sungguh meluat dan membenci,
barangkali benar lah kata-kata karutku ini,
kita terkena…bahkan akan selalu menjadi sumpahan babi lagi dan lagi,
kerna kita tidak reti-reti untuk berfikiir dan berhenti.

Sunday, July 12, 2009

indah

kesuraman,
kegelapan,
kebisuan,
sunyi..sepi ketakutan bergelimpangan,

sedangku duduk sendiri,
merenung diluar serambi,
nikmati secawan jiwa yang kosong ini..
rapuh pada waktu yang memanggil-manggil untuk kembali,

denyut nadi hanyalah suara yang menyatakan ketakutan,
denyut hati cuba mengungkapkan kata-kata kerinduan,
kepada seseorang pernah ku temukan,
jauh dari dunia yang berisi kenyataan,

terbiarku kini bersama qadar,
perasaan kini sangat luas berlegar-legar,
membunuhku didalam diam yang terbiar,
membakar dan terus membakar,

lantas kehangatan itu menghasilkan sebuah cahaya,
yang padanya melahirkan kepulan bebunga,
yang melilitku..membelitku untuk terbang bersamanya,
dekat dan terbaring aku berguling-guling didada angkasa,

adakala sayup didendangkan syair-syair penuh dengan perasaan,
syair yang tidak pernah terikat pada keduniaan,
hakikinya teramat suci hingga hanya disyurga kedengaran,
aku mungkin tidak tahu malah tidak akan tahu....namun itulah yang diceritakan,

sungguhlah aku ini merindukan,
keinginan tak pernah lagi ku sangkakan,
begitu dalam dan pastinya tak dapat ku taarifkan,
keindahanMu Tuhan..

dahulu pernah ku andaikan,
ini hanyalah kebetulan..
tapi sekarang,
inilah kebenaran.

setelah itu tak pernah aku harapkan,
tak pernah lagi aku laparkan,
apapun daripada dirimu yang bernafas kemungkiran,
adalah lebih baiknya,
ku berlegar-legar mengendarai angin yang bernyanyian keriangan,
hinggalah kutemukan "indah" yang ku ijab kabulkan.

Friday, July 3, 2009

hujan

ini kutulis tika waktu hujan menimpa beratnya,
beratnya hinggalah para manusia berselindung darinya,
curahan jiwa..antara dia dan kita,
diterjemahkan didalam kata berintik-rintik mulia,
adakala disimbah juga percikkannya atas lambaian ributnya,
halus membelai keinginan pada kelembutan rasa,
berlari!...
lari tunggang langgan tarian manusia,
mengeluh pada air dari celahan awan-awan didada semesta,

pada masanya guruh memberikan nasihatnya,
ditutup pula telinga,
diajar padanya takut yang tak menentu hala,
ketikanya aku juga berserta,
setelah sekian lamanya,
jadi tertanya,
orang apakah kita?
yang amat takutnya,

hujan?

ribut?

bahaya??!...

APAKAH?

TAKUT?

orang yang takut kepada hujan adalah orang yang takut kepada kebenaran..
hakikat kenyataan,
bahawa segagah manapun dikata,
sebangga manapun darjat hatta pangkatnya,
jatuh juga akhirnya,
dan terpaksa akur pada kesakitan.

setelah tamatnya perenggan demikian,
aku meneruskan perjalanan,
menembusi rimba perairan yang bernama Hujan,
dan setelah itu juga tak pernah aku sesalkan.

Sunday, June 14, 2009

lagu kematian

gemuruh alam dikegelapan malam,
suram diiringi angin kegelapan,
sesuatu..yang begitu menelan,
jauh diriku ke dalam pedalaman..

duit..duit..adakah satu keperluan?,
bagi kita untuk teruskan,
kehidupan yang begitu disangka kebahagiaan,
bukankah duit itu kini satu kegilaan?,

dahulu burung bernyanyi kegembiraan,
kini mereka kedengaran seperti mentertawakan,
gelagat kebodohan yang begitu memalukan,
yang mendakwa dirimu hidup mendewakan kekayaan,

benarkah sedemikian?

atau masih kita sombong menafikan?

inafisme..begitulah dirimu..kasihan,

entah bilakah mencapai benar pasti pada makrifat,
bilamana kerna helah duit..sanggup digelar musibat,
entah apakah taarifanmu terhadap nilai sahabat,
hinggakan sanggup menggadaikan segala martabat,

yang berwang..semakin berwang kerana terikat,
yang papa kedana..semakin susahnya kerna hakikat,
inilah dunia..kebenaran yang adakala kita tak lihat,
terlalu leka dengan kesenangan..tiada apapun perlu kau hajat..semuanya dapat.

petir sabung menyabung melahirkan bebunga kemarahan,
aku duduk di tengah-tengah ketakutan dan kebimbangan,
amat resah jiwaku diselaputi rasa kesepian,
dalam diam... ku nyanyikan lagu kematian.

semoga kisah ini dibawa pada suatu pengertian.

Tuesday, June 9, 2009

prolog kehidupan

sesuatu yang sempurna tak akan wujud andainya tiada usaha yang berterusan, penerimaan adalah kunci utama didalam berkenalan, kejujuran adalah pintunya, memilih itu kewibawaan diri kita namun menjadi pemilih harus kita guna akal, fikiran dan hati..
demikianlah apa yang saya fahami, berdasarkan pengalaman-pengalaman didalam menimba ilmu didalam kehidupan seharian.

sepertimana yang slalu saya ingatkan, hidup adalah guru pada diri kita, namun hidup yang manakah menjadi guru yang paling setia pada diri kita? adakah hidup lalu ataupun hidup akan datang, atau hidup sekarang..didetik juga saat ini yang sedang anda baca ini sebelum bertemu tanda soal ini?..
bagi sayalah,

hidup lalu adalah sahabat saya,
ia cukup mengajarkan saya mengenai siapa diri saya, ia memberikan saya satu bentuk rupa fikiran yang dimana hujungnya buat saya berkata "saya tak nak ulangi dan saya akan usahakan agar ia tidak berulangan"

hidup sekarang adalah teman saya,
ia sentiasa memberi saya semangat untuk diteruskan, juga adakala mematahkan semangat saya. tapi apa yang penting adalah apa yang bakal kita hadapi serahkan pada guru hidup akan datang mengajarnya, apa lebih munafaatnya adalah menghargai detik yang ada ini dan belajar lah melaluinya.

hidup akan datang adalah kawan saya,
ia mungkin terlalu umum untuk didengari tapi disana nantilah akan menentukan diri kita. Nabi sendiri pernah berkata berkawan dengan penjual minyak attar akan dapat kewangiannya, berkawan dengan pembuat senjata akan terlekat kebusukkan besinya. sesuatu yang jelas kelihatan seperti menunjukkan perbezaannya. dah tentu sangatlah kawan minyak attar tu wangi..orang senang dengan bau-bauan gitu dan bau hangit besi, orang tak senang dan tak suka sudah pasti dijauhilah. tenung ayat tu dalam lagi kita akan faham pula bahawa Nabi tak kata pulak kawan dengan pembuat minyak wangi tu mulia dan buat senjata tu hina. Bau tetap yang syariat pada kenyataan, namun didalam hati?
kita tak boleh bau hati mana wangi atau busuk namun kita boleh nilaikannya.
kita tak akan tahu sekiranya kita tak kenal,faham dan selami seseorang.
syor daripada saya adalah biar kita berkawan dengan tujuan, tujuan biarlah sesuatu yang boleh kita sama-sama kecapi, yang tak berupa dulu dan sekarang..namun akan datang yang membawa muafakat antara sesama kita.
begitulah..

sekarang saya seringkali melihat manusia yang tak lepas dengan percubaan untuk mengulangi kesilapan hinggakan menjadilah satu yang disengajakan. umumnya keadaan didunia rantau kita menatap peperangan berlaku dan sering berbalas antara satu sama lain, hingga menyebabkan begitu ramai kematian manusia yang tidak berbalas. apa yang ketara adalah isu antara Islam dan golongan yang bukannya Islam.
bertahun-tahun, berabad-abad dan berkurun-kurun lamanya isu ini didebatkan namun tiada akhirnya.. hasilnya, lahirlah golongan yang sempit pemikiran atau lebih tepat golongan yang bodoh tetapi sombong.

mengapa saya kata begitu?

kerana diantara kita terlalu sibuk mencari kesilapan dan sebab untuk membenci saudara lain dan leka didalam memberi tunjuk ajar dan nilai mulia pada anak-anak sendiri. yang dikembang subur adalah kebencian, amalan buruk sangka terhadap orang lain dan sebagainya.
sebuah scenario yang menyayat hati tapi benar berlaku didalam reality kehidupan sekarang.
apa digalakkan adalah menghukum sahaja.
saya tak nak lah pergi jauh, tengok didepan mata kita sudah cukuplah. berapa ramai je kalangan orang yang begitu berminat dengan Agama Islam cuba kita renung balik?
sedangkan Agama Islam itu adalah sebuah agama yang tersusun, disempurnakan oleh Rasulullah sendiri dan diajar kita untuk berkasih sayang terhadap sesama kita tanpa mengira Agama manapun.
tapi ramai dikalangan kita amalkan hanyalah sekadar "perasan" suci dan baeeeeeeeeek sangat, hinggakan tiada kebebasan hak untuk bersuara dan yang paling saya benci adalah menghukum-hukum perbuatan orang lain...macamlah dewa sangat dia tu.
hal-hal macamni yang buat saya sendiri adakalanya rasa malu terhadap Agama saya sendiri sedangkan Nabi Muhammad tak pun ajar untuk buat macamtu..
fikirkan, mungkin apa yang saya celotehkan ini hanyalah skop kecil yang pernah saya sendiri lalui.wallahualam..

bagi sayalah, nak berkawan. dengan siapapun boleh berkawan. janji kita tahu untuk apa kita berkawan, adalah bukan kerana kita nak cari buruknya namun untuk memandang kebaikkan mereka. isu Agama, itu atas pegangan masing-masing dan haluan jalan masing-masing akan lalui untuk masa akan datang. apa yang lebih penting adalah kita menghargai kehadiran sesiapapun tanpa adapun garis sempadan.

saya harap dengan penulisan yang tak seberapa ini kita akan lebih "matang" dari segi pemikiran didalam perihal kehidupan sesama kita.
kemana arah kita dan dimana perginya itu harus jelas,
ilmu yang Tuhan beri pada kita melebihi lautan didunia, itupun kita tak tahu berapa kerat je yang kita arifi.
jangan sombong, sebab sombong itu penyakit yang hanya kita dapat ubati sendiri.

sampai disini saja.
akan bersambung.

Sunday, June 7, 2009

kebingungan

duduk terdiam tertunggu,
sesuatu menerkam jiwaku,
merasuk seluruh ruang fikirku,
jadi bisu..membuntu,

duduk terdiam termenung,
kedalam perasaan yang menanggung,
tak tahu berapa lama harus ku sambung,
kisah demi kisah yang ku kandung..didadaku bergunung-gunung,

duduk terdiam terngadah,
tak tahu harus bagaimana ku bermadah,
semua jadi keliru-keliru antara kebenaran dan helah,
termenung tiada sudah,

duduk terdiam mengalirlah air dimata,
kerana perasaan ini sungguh benarnya,
tak dapat ku pendam terlalu lama,
bagai mengejar kejora diangkasa,

duduk terdiam kealpaan,
entah apakah yang sedangku abaikan,
antara kemanisan dan kepahitan,
jadi kehilangan...ketidak menentuan,

aku kebingungan,

duduk terdiam berdoalah diri,
menadah hina memohon di kabuli,
ya Tuhan restulah permintaanku ini,
yang sendiri,
yang tiada dimengerti,
yang sejati,
yang teramat hancurnya hati,
memikirkan nasib kini,
kurnialah kudratMu hai Illahi...agar dapat terus ku berjalan lagi,
di perjalanan ini,
yang penuh sepi.

Thursday, June 4, 2009

riwayat dalang sakti

gerimis diinihari,
turun menari-nari,
dalang sakti,
memuja ilahi,

menunggu nanti,
hingga kini,
wujud saksi,
merayu mati,

nada janji,
bergema lagi,
kiriman hati,
memujuk diri,

dari rumawi,
ke tanah jawi,
rintihan insani,
termaktublah disini,

haruman kasturi,
kanan dan kiri,
laksana mimpi,
indahnya tak terbukti,

nyanyian syurgawi,
menyeru kemari,
tinggalah kini,
serba sendiri..
dalang sakti,
teruslah lagi..

bersedialah menghadapi

para penjangka merangka keruntuhan,
didalam kepalanya sarat dengan kebuntuan,
apa yang ada hanyalah rasa yang serba cerdik bersulam kesombongan,
bertopengkan amal dan kebajikan ..didalam diam menganjurkan kebinasaan,

pembunuhan....darah,airmata dan keringat dikerahkan,
maruah dibela menjadi tercela belaka,
bahasa mulia disalah guna menjadi dusta semata-mata,
hanyalah mahkota bait-bait murni bertatahkan kebencian berkilauannya,

jeritan demi jeritan nan sengsara diperdengarkan,
moga ada timbul akan kita bahasa kesedaran,
sayangnya bahasa itu jarang dibicarakan,
yang timbul hanyalah konsen pada apa dilaburkan,

sering kesalahan itu diadakan pesta keramaian,
diketawakan,dikutukkan dan dihinakan..terserah apa yang dapat diandaikan,
pokoknya tidak pula kita fikirkan,
yang melakukan kesalahan itulah yang mendapat kemenangan,

bersedialah menghadapi kehancuran,
bersedialah menghadapi tentangan,
bersedialah menghadapi kenyataan,
bersedialah menghadapi tandingan,

andai kita menuntut hak kebenaran,
bersedialah menghadapi kematian...kerana mati itulah kebenaran,
yang tiada dapat menafikan.

padamu

berkaca mataku,
tika menatap senyum mu,
wahai pertiwi...ku amat mengagumi dirimu.

terpaku daku,
kala kata-katamu,
segalanya menusuk ruang kalbu ku,

guruh gemuruh dadaku,
menahan sebak disebalik senyummu,
disetiap getir kehidupan..ku amati dirimu,

nyawa terhenti buat seketika,
didalam halus berbicara,
mengenai dirimu..yang ku doakan seluruh semesta,

dingin,
dingin,
terus mendingin,

kabus membutakan mataku,
namun tak pernah ku mematahkan langkahku,
hanya untuk mencapai seteru impianku...Cinta kurnialah kudrat mu.

padamu,
ku coretkan rasa ini,
moga dimengerti.

Sunday, May 31, 2009

dasarku

berjuta ummat,
mohon berkat,
mohon rahmat,
namun kenapa tidak sepakat?,

si buta memahami,
si pekak menatap hidup kini,
si bisu mengamati,
semuanya mengeleng-geleng terkilan sekali,

pewaris menangis,
pengasih menepis,
penguasa berperangai iblis,
khurafat tak pernah terhakis,

yang dianjur dibendung,
yang sengsara kekal dikongkong,
yang dilindung tak terlindung,
yang ketahuan..kenapa tak ditolong?,

hidup kini,
tetaplah mati,
bagaimana ia terjadi,
itulah pilihan diri,

dasarku menulis bukanlah perasan suci,
dasarku menulis demi nasib mereka nanti,
inginkah ianya berlarutan begini,
seperti menunggu kehancuran dengan pasti?

dasarku demi mereka..berfikirlah.

keabadian

gelora,
ratu kau membangkitkan rasa,
halamanku dihiasi oleh serupa nama,
kaulah dewi dan akulah dewa,

gelita,
malam yang memalu jiwa,
indahnya tersangatlah kurasa,
bagai alam memuliakan kita,

kamu adalah indah yang tercipta dari kayangan,
aku hilang nyawa dikala merasa sendirian,
alangkah indah andai kita disatukan,
permaiku..segala kasih akan ku mahkotakan.

kau butai ku dengan keindahan,
selubungi hidupku dengan kesempurnaan,
yang berbudi penuh kedamaian,
kau adalah yang terzahir dari keabadian..

masaalah..

terpecah dan terbelah,
bermandi madah helah,
pembohongan melimpah ruah...
SEGALANYA MASAALAH!

obsesi terhadap kepentingan diri membutakan mata hati,
tiada belas..tiada ihsan terhadap sesama manusiawi,
ku menatap kejelitaan tanpa harga diri...

bergaduh dan berbalah,
tidak pernah sudah-sudah,
kerna nila setitik susunya punah..
SEMUANYA JADI SUSAH!

didalam pribumi penuh warna warni,
sarat dengan pelbagai rupanya benci,
ku melihat kebahagiaan disebalik janji yang dimungkiri,

tertunggu dan ternanti sudah,
mana lah masa yang pastinya ya,
kemanalah pergi segala punca dan arah,
SEGALANYA JADI PAYAH!

MASAALAH!
MASAALAH!
MASAALAH!
YA ALLAH!!!

apa masaalahmu?
adakah dirimu dikecewakan pacarmu?
KENAPA itu jadi BUNTU??
sedangkan Allah itu maha Menentu?
tidakkah anda yakin pada ketetapan yang Satu?

berhentilah dari drama-drama mu itu,
berhenti dan renunglah darah airmata anak serta ibu,
yang meraung-raung kesakitan kerana perangai bodoh mu,
berhentilah dari mempersoalkan tentang apa yang kau mahu,

seandainyalah yang diimpi itu tetap hanya akan wujud,
BUKAN dibumi ini....
tidak sangguplah pula oleh aku membangkitkan diriku ini...
jauh didalam ketenteraman sujud.

Monday, May 25, 2009

Kisah Sa Orang Pengayuh Basikal


kemendungan kota,
namun hujan tiada menitis pula,
gelap separa cerahnya,
tiada tawa yang ceria,
hanya kebingitan kereta...

kemendungan kota,
apakah maunya?,
bingung aku mengamatinya,
dimana ketawa..dimana bual bicaranya,
perhatikan belaka..tilik sedalam-dalamnya,

kemendungan kota,
itulah kenyataan sebenarnya,
berbicara angin berlalu seorang hamba,
datang mengekori jalanan yang tlah dilalui oleh mika,
kusut dan pasrah jelas dimukanya,

kini aku ceritakan kisah sa orang pengayuh basikal pula,
yang hanya bekerja sebagai pemburu Cinta,
hatinya hancur musnah tiada rupanya,
segala bermula kerna makhluk yang paling durjana,
makhluk yang dijaga dengan sepenuh kudrat dirinya,

dibesar dengan penuh manja,
makhluk di lahirkan dengan penuh mulia,
dengan ketelitian serta berjaga-jaga,
bagai menatang minyak yang begitu penuhnya,
namun tiada diduga..babak seterusnya,

bertahun- tahun purnamanya,
berubahlah segala yang tersedia,
berkat usaha si pengayuh basikal..cerdik pandai jadi nya,
berjaya merebut peluang yang tak ternilai dek harta,
maka jadilah seperti yang didoakan oleh si dua,

tamat sudah berkerjayalah pula,
harapan didada berbaloilah apa yang diusaha,
namun tidak sama sekalinya,
"Muttakabir" disangkanya...pulang dengan keangkuhan nista,
seperti meludah kembali apa yang telah disuap olehnya,

ku ujarkan agar usahlah disambungkan oleh nya,
kerna terlalu hina...ter amat hina,
bangsa yang khianat pada amanat Tuhan mereka,
bangsa yang lupa pada apa dipijaknya,
didalam kebingitan itu...air mata menitis diraut wajahnya,

sungguh begitu kisahnya sa orang pengayuh basikal itu tetap harus berjalan...
dan terus berjalan,
hinggalah Allah berikannya kemenangan,
agar dapat merawat jiwanya,
akhirnya..

tidak disini mungkin disana.
kerana Allah itu maha memegang kunci Kebenaran.

Sunday, May 24, 2009

Impian Bodoh

mereka sedang menuju pada sesuatu,
namun apakah ia yang dibingungkan itu?,

mereka sedang memetakan sesuatu,
tapi kenapakah riak wajah itu serba keliru?,

entahlah dimana kebenarannya..hakikatnya mereka benar seteru,
meskipun bingung..walau dikepalanya keliru-keliru,

bukankah itu yang kita perlu,
didalam kehidupan yang bersatu?,

hari ini kita sama-sama menonton cerita terpilu,
sambil memendam perasaan yang penuh terkedu,

manusia kini yang "serba tahu",
tapi tidak tahu malu,

yang menganjurkan pesta kebencian..maka siapa kah itu,
kalau bukan antara kita yang tak ubah seperti hantu,

yang memenuhkan ruang-ruang rumah penuh dengan kedengkian melulu,
hanya mengajar anak-anak agar pandai memilih bulu,

dan hari ini..esok belum tentu,
adakah pasti "impian bodoh" ini diamalkan hingga ke cucumu?,

wahai manusia nan berilmu,
adakah ini yang dikau mahu??...

Thursday, April 30, 2009

kerapuhan waktu

kerapuhan waktu,
gapailah tanganku,
agar dapatku,
berpaut lari dari serba keliru,

kerapuhan waktu,
ia sedang mengekoriku,
didalam ruang debu,
yang penuh dengan kehancuran hatiku,

kerapuhan waktu,
mengimbas nan lalu,
menyingkap yang baru,
membuka halaman rindu,

kerapuhan waktu,
kerapuhan mu,
adalah kerapuhan ku,
kita bersatu,
kita lenyap begitu,

kerana kerapuhan waktu,
aku jadi tidak menentu,
hingga hilang dan buntu,
didalam kerapuhan itu.

Catitan Airmata-Khamis-30 April 2009

Jam 0535 pagi, tiba dirumah.
Pulang dengan perasaan yang serba keliru-keliru.. Adakala terasa sedih, sayu pun ada dan sukar bagiku untuk mengukirkan senyuman yang sungguh hipokritnya.
Kenapa? Kerana terjadinya sebuah kisah yang membuatkan ku terpaksa ceritakannya demi untuk kesedaran kita bersama. Sebagai seorang manusiawi yang berperikemanusiaan, rasanya wajar buat kita fikir-fikirkanlah akan cerita yang bakal diberitahu ini.

Bermulanya ia sekitar jam 2321 malam Rabu, ketika itu malam begitu dinginnya..Tubuhku yang tak tertahan dengan desiran embun yang melimpah halus-halus pada jasadku yang kurang sihatnya..Sepatutnya saya berada dirumah, walhal ada beberapa temujanji ditangguhkan atas alasan nak berehat kerana Demam. Tapi kerana panggilan Sahabat saya, Ahmad yang mengajak saya keluar untuk menonton perlawanan bolasepak UEFA Champions League di Bistro saya rasa saya perlu jugak keluar ambil angin.

Beberapa minit kemudian, Ahmad sampai dirumah saya. Kami keluar dengan Land Rover. Ketika itu lah berlaku satu kejadian, ianya berlaku ketika saya lalu dijalan tepi pantai lama belakang rumah saya. Sekilas pandang ketika berada didalam kereta, kami terperasan ada seorang warga tua berusia dalam lingkungan 70 tahun, bersongkok, janggut beruban, berbaju kemeja collar dan seluar slack dalam keadaan yang kusut sedikit. Bersamanya ada membawa semacam benda kerana tangan kirinya seakan-akan membawa sesuatu yang disimpan didalam bajunya itu.

Setelah berfikir dua kali, kami pun reverse semula dan tanya pakcik tu, dari mana dan nak kemana? Tapi jawabnya lain pulak, kelihatan mukanya agak sedikit keliru dan terkejut. Namun dia mintak tolong kami hantarkan dia balik, so kami tanyalah dia dimana rumahnya? Jawabnya, "Mok kite wi sokmo pitih ke kite dulu, lening takdok doh"... saya sangkakan pakcik ini sedikit masalah dalam pendengaran lah so saya ajaklah dia naik sekali dan pergi minum air dulu sebelum hantar dia dengan harapan agar nanti dia buka ceritalah.Rupa-rupanya dia menghidap penyakit "Demensia" atau nyanyuk..

Bila sampai di kedai, saya orderkan dia secawan Nescafe dan saya pula order Limau Nipis suam.. beberapa minit kemudian, sampailah air. Saya bagitaulah pakcik itu, "Minumlah pok. Karang(Nanti) sejuk dok sedak doh"..tiba-tiba pulak dia nak cuah separuh Nescafe tu dalam air saya tadi, katanya dia tak biasa minum dengan orang dia tak kenal. Saya cakapla kat dia bahawa saya tak ada masalahnyapun, kalau saya nak Nescafe saya akan order lah lagi. Tapi tetap dia berkeras nak jugak tuang, saya pergilah ambil gelas kosong satu dan kemudiannya saya yang tuangkan.. Dah selesai minum, pakcik pulak taknak berganjak dari tempat duduknya itu, puas memujuk sampai saya terduduk diatas tanah terus mengadap dia kerana lama sangat nak pujuk dia ikut kami hantarnya.

Hampir-hampir 20 min ada pujuk dia untuk naik kereta, bila ditanya lain dijawab lain. Tuhan sajalah tahu.. Tapi akhirnya kami berjaya memujuknya, saya pimpin dan bawa dia terus ke kereta. Oleh kerana pakcik itu rendah orangnya dan Land Rover itu tinggi keretanya, saya terpaksa mengangkat dia naik kereta. Bila dah bergerak kami terus menuju ke hospital besar. Sampai disini, saya turun ditempat emergency dan terus ke bahagian pendaftaran. Saya ceritakanlah keadaan saya dan bagaimana saya berjumpa dengan pakcik tersebut. Beberapa jawapan diberi dalam keadaan yang begitu dingin sekali, bagi saya walaupun sungguh bukan bahagian atau department dia pun. Wajarnya dia patut dan wajib fikir bagaimana nak bantu orang-orang begini, dah namapun kerja dengan kerajaan mestilah khidmatnya untuk masyarakat itu priority utama.. Saya akhiri perbualan saya dengan kakak di bahagian registration itu dengan berkata: "cube mu fikir skek(sikit) kalau mende ni jadi ke ayoh mu"..

Langsung terus saya keluar dan minta bantuan dengan orang-orang dibahagian menyambut pesakit kecemasan, saya ceritakan semula pada mereka dan mereka setuju untuk tengok pakcik tersebut dikereta. Setelah bertanyakan beberapa soalan dan check keadaannya. Mereka kata Hospital tak boleh terima warga tua sebegini, berbagailah alasannya diberi (yang saya enggan ulas panjang). Lepas tu, saya mengambil keputusan untuk ke Balai Polis sahaja setelah menerima syor daripada doktor in charge disitu, 10 minit perjalanan daripada Hospital ke Balai akhirnya sampai.

Saya minta sahabat saya pergi masuk ke dalam sementara saya menjaga pakcik itu. Saya tak putus asa dan masih terus cuba bertanyakan dimana tempat tinggalnya. Namun jawapannya tetap sama sahaja, hinggalah seketika kemudian dia diminta masuk ke balai untuk disoal siasat agar dapat dibuat laporan. Saya bawa dia ke dalam balai dan bermulalah satu lagi scenario yang kurang menyenangkan bagi saya, mungkin sebahagian daripada anda setuju menggunakan teknik kekerasan untuk mendapat informasi dengan mesra namun adakah patut agaknya warga tua ditarik-tarik bajunya dan dihembas ke kerusi? fikirkanlah.. Sehingga sekarang, saya masih merasakan bahawa salah itu datang dari saya, kerana tak kiralah apapun kerjaya kita pilih namun kita tetap perlu ada adab serta tertib sebagai manusia biasa.. Saya ulang, tak kiralah siapa kitapun, hormat tetap no 1.

Jadi perkara seterusnya yang berlaku tidaklah saya salahkan pakcik itu, dia lari dari keadaan disitu kerana rasa diancam agaknya, namun begitu saya cuba pujuk dirinya tetap cakap elok-elok hinggakan sampai kehujung pagar balai pun dia terus berjalan. Saya pujuknya sekali lagi naik kereta dan bercadang untuk bawanya berehat di Markaz Persatuan HATI terletak di Nibung yang tak jauh dari situ.

Sampai sahaja di Nibung, pakcik itu terus beragam. Nak ke warung pulak pada jam 1 pagi..Saya cakap padanya mana ada bukak warung masa macamni. Dia enggan mendengar dan terus melulu ke tengah jalan, Ahmad pergi teman dan pujuk dia sementara saya cuba menerangkan kejadian yang berlaku pada salah satu anak pada tuan rumah dikampung tu. Sebentar lagi, dengar pulak suara pakcik tu dah naik. Dia marah-marah dan mengamuk pulak dan begitu tidak senang dengan tindakan kami, katanya kami ganggu dia dan bertanya pada kami "Apa salah saya?...Mu nok buleh sakit ke?" sambil berlegar-legar ditengah jalan besar sekitar kampung tersebut. Kawan saya macam tak reti dah nak pujuk macamana lagi.. Saya pulak pergi pujuk dia dan menariknya dari tengah jalan, dia naik berang dan marah lagi. Tiba-tiba ada kereta datang pada arah jalan yang kami sedang berada dan pakcik tu pulak betul-betul duduk ditengah jalan. Saya tarik dia dan sekali lagi dia marah, genting betul saat tu kereta dekat sangat dengan dia..Saya pulak bimbang dengan keadaan dia begitu, dia berdegil tiba-tiba saya pulak angin dan marah dia, "dok reti ke ni tengoh jalan??! cuba ingat Tuhan, bawak mengucap panjang!!"...dia tak berlawan tapi terus kan berjalan hingga bermain didepan tanah perkuburan berhampiran situ pulak. Dah mula nak capai dan cari kayu pulak nak bedal kami, kehulu kehilir cari kayu. Kejap pegi terus, kami heret dia ke Markaz dia pergi semula..Hinggakan saya dah naik buntu, tak tahu macamana lagi nak pujuknya. Kami biarkan dia pergi sebentar tengok sejauhmana dia berjalan, kami fikir lambat laun dia naik penatlah. Tapi tak penat jugak, masih main dicelah-celah rumah orang...Sekejap Ahmad pergi dekat dia, saya perhati dari jauh. Sekejap lagi saya pergi dekat dia, Ahmad pulak perhati dari jauh...Begitulah sehingga saya minta kawan saya di Markaz itu ambil kereta saya yang enjinnya belum lagi dimatikan, ditinggalkan begitu saja di depan Markaz..

Sejenak selepas itu, lebih kurang 2 Km dari tanah perkuburan Nibung, pakcik tu duk main-main didalam kawasan rumah orang yang berpagar pulak. Kami tak berani dah nak masuk, kereta sampai dibelakang dan saya naik. Saya dah tak tahu sangat apa nak buat, saya duduk bingung..Kerana tak tahan sangat sebak didada, selepas tinggalkan pakcik tu dan hantar kawan saya di Markaz, sayapun menangis. Iya, buat tahun ini saya menangis buat kali pertama.. Saya tak pasti sebab utama mengapa saya menangis, kerana keadaan yang berlaku sepanjang bawak pakcik itu terlalu bercelaru, penuh dengan rasa kekecewaan perbuatan manusia yang tak ada nilai kemanusiaan, anak yang penting diri, tak ada ihsan dan sangat-sangat hipokrit dengan diri.. Segalanya tersingkap didalam secebis kejadian. Apa yang pasti adalah saya yakin saya mampu bantu dan buat yang lebih baik dari itu, dan meninggalkan dirinya begitu saja menunjukkan saya ini Muslim yang Munafik..Pembohong dan pendusta semata-mata.

Kami sepakat untuk cuba buat terakhir kali, kami pusing semula ke tempat terakhir pakcik tadi berada. Saya turun, dan kemudiannya pakcik itu lari ke rumah belakang pula, dia capai batang penyapu didepan rumah tersebut seperti memberi maksud "jangan ganggu aku" tapi kali ini kami pula yang cuba berdegil. Namun kali ini, ujiannya sedikit dahsyat lah. Dari mula, paling teruk pun pakcik itu hanya naikkan suara sahaja, tapi kali ini dah gertak nak hayun dengan penyapu pulak. Bila kami tak ganggu dia, dia ganggu rumah orang pulak. Dia ketuk-ketuk pintu rumah orang tu, saya tengok di anak tangga selipar-selipar yang ada hanyalah selipar kecil-kecil saja yang banyak dan hanya ada 2 pasang saja yang besar. Menandakan anak-anak kecil ramai dirumah itu, pakcik tu ketuk-ketuk bagai nak gila. Hinggakan saya terperasan rumah-rumah jiran semua menjenguk menyaksikan telatah pakcik itu. Sementara Ahmad berada di rumah hadapan bersama anak tuan rumah menceritakan hal sebenar yang berlaku untuk mengelakkan salah sangka. Saya pulak jenuh memujuk, "Sudah-sudahlah pok, ni rumah orang, jangan buat gitu..mari saya hantar balik"..pakcik tu berhenti kejap, kami heret ke kereta hingga sampai nyaris-nyaris pintu kereta tu kena saya kerana pakcik tu tutup sendiri dengan begitu kuat, terkejut jugak tambah pulak percubaan dia untuk gigit tangan saya berkali-kali. Saya pulak ketika itu memang dah dekat dengan dia, dia tepis dan terus menuju kerumah belakang tu kemudian ulangi lagi perbuatan tadi iaitu mengetuk pintu suruh bukak.. MasyaAllah..saya sampai rasakan seperti seorang anak yang memujuk ayah je. Kalau saya dah sampai gitu fikir, saya rasa tak hairanlah kalau pagi nanti jiran-jiran akan sangka benda yang sama. Kalau abang rumah depan tu tak ceritakan hal sebenar. Dan begitulah hal yang berlaku, kali ini.. Lama sangat ambil masa untuk buat keputusan, saya dan Ahmad bermesyuarat.

Keputusan terakhir setelah berbincang, akhirnya kami sepakat untuk tangkap pakcik tersebut dan masuk kedalam kereta secara paksa. Dengar seperti kasar perbuatannya, namun saya rasa ada baiknya jika saya tinggalkan pakcik ini di tengah-tengah bandar daripada di celah-celah perkampungan. Kalau dah nak ajak balik ke Markaz untuk berehat semalaman pun tak nak dengar, usah kata bawak balik. Alternatif terakhir adalah tinggalkan dia ditengah-tengah pusat bandar Terengganu dengan harapan agar anak-anak atau saudara mara pakcik itu berjumpalah. Untuk "tangkap" pakcik tu, Ahmad terpaksa cuba terkam dia ikut belakang sementara saya pulak kena cepat tarik batang penyapu tu dari genggamannya. Dah buat benda tu, dia buat pulak satu lagi hal iaitu menjerit-jerit minta tolong. Ikut hati, memang kasihan sangat. Cuba anda bayanglah warga emas merayu mintak tolong, tak sampai hati, batal niat kita kalau buat apapun. Namun saya terpaksa berkeras, begitu juga dengan Ahmad.

Dah berjaya masuk dalam kereta, saya minta tolong Ahmad drive kereta sementara saya jaga pakcik itu dibelakang. Siapa kata tak melawan? Melawan lagi, siap gertak nak tumbuk. Saya bimbang kalau dia tumbuk nanti karang saya pulak bertindakbalas semula, jadi saya ambik risiko peluk dia..Berdebar-debar jantung rasanya, teringat pulak kisah Mike Tyson gigit telinga Holyfield semasa saya berpelukan dengan dia. Alhamdulillah tak ada apa-apa, hanya percubaan dia untuk keluar dan mengamuk dalam kereta ajalah. Tak boleh duduk diam, khuatir dia ganggu driver, silap haribulan ketiga-tiga pulak arwah karang...Terpaksalah saya sendal dia rapat ditingkap sampai dia tak boleh bergerak buat sementara sehinggalah sampai di Tanjung dimana kami sependapat untuk tinggalkan dia disitu kerana suasananya yang selalu ada orang.

Apabila sampai disana, kami turunkan pakcik itu. Dan kelihatan ditepi benteng ada beberapa orang sedang memancing, saya pergi kat diaorang dan jelaskan kisah yang berlaku dan bagaimana kami berjumpa pakcik tersebut hingga terpaksa kami tinggalkan dia disini kerana kami fikir disini sahaja tempat yang terbaik. Adapun pemuda disitu, rasanya orang kampung situ cakap dia rasa pakcik tu familiar disini, maksudnya sering dilihat bermain sekitar Tanjung ni. Katanya lagi anaknya adalah seorang peniaga kedai makanan disekitar kawasan ini. SubhanaAllah...dalam hati saya, setelah saya cuba pelajari dan fahami Asma ul Husna, saya yakin bahwa Allah itu Ya Wajid melalui pelbagai peristiwa yang berlaku sepanjang pengalaman hidup saya dan kali ini juga benar lagi bahawa Allah itu Ya Wajid, Allah itu Maha Menemukan..dan tak saja-saja apa dilakukan. Bahkan kejadian inipun dah ditentukan oleh Allah sejak azali lagi, namun perihal diri manusia itu masih masalah kita. Kita tak reti untuk buat keputusan dan kita sombong diri pada Tuhan, kita rasa kita puja Tuhan padahal kita menyembah berhala ke Aku an diri sahaja..

Besar harapan saya, kali ini biarlah kisah ini kita baca dengan penuh penghayatan dan pemahaman, gila atau tak gila, demensia atau tidak itu no 2. Namun ayah tetap ayah, ibu tetap ibu dan keluarga tetap keluarga. Soalnya, mengapa ada diantara kita suka sangat biar tanggungjawab pergi begitu sahaja?
Walhal, merekalah yang mengusahakan kewujudan kamu bahkan merekalah asbab lahirnya kamu. Dimana dalil kesyukuran kita? dimana erti pengorbanan kita dan dimana bakti kita pada mereka? Dimana???

Tambah pulak para cerdikpandai, Ustaz-ustaz dan semua ilmuan yang kebanyakkannya bercakap tanpa berbuat. war-war tentang kebaikan tapi dalam diam sanggup makan bangkai saudara kita sendiri..Yang banyak "perasankan" pada hari depan, padahal hari depan sendiri pun yang semabo.
Pernah tak kita terfikir pada nilai kemanusiaan?
Kalau ada betul, dimana persatuan-persatuan yang ditubuhkan untuk membela nasib mereka-mereka yang inginkan bantuan?
Yang jelas dipandangan mata dan fakta, saya rasa kalau nak bandinglah dengan Islam. Agama lain jauh lebih bersungguh-sungguh didalam membantu sesama kita. Siap hulur bantuan dan beri tempat perlindungan. Kita ada tak?? Mungkin kalau ada pun yang tak berapa bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana tak ada untung, welfare. Tambahan pulak event welfare ni boleh lari dari cukai.. Maksud kita ada tak itu masih belum terjawab lagi, kerana kita sering buat tidak kerana dari diri namun kita slalu pentingkan pandangan orang lain. Dan bila orang lain caci kita, kita kecewa pulak.
Kisah ini mungkin perkara baru bagi saya, bagi anda wallahualam.

Namun itu yang sangat menyedihkan saya..kita diambang kematian pada bila-bila masa saja namun kita masih berlagak seperti esok itu milik kita.
dan moga catitan airmata ini berakhir disini sahaja.

Asslamualaikum.

Monday, April 27, 2009

halaman kerinduan

Aku bagai berpaut pada angin,
yang tak berbentuk..tak berwajah...
Harapanku padamu ku tabur,
pohonan keyakinan..andai dikau jaga subur,
pasti kau kan ketahuan,
Bahwa setiap dedaunan yang hidup dan gugur,
semua tertera kalimah-kalimah kesyahduan,
Aku yang terlalu tunduk dan akur,
Pada hadirnya saat pulangku pada......
halaman kerinduan.

Monday, April 20, 2009

renungan tak bertajuk

aku sanggup,
demi keranamu..
katakanlah jika seurat benang sahaja yang tinggal diatas diriku ini yang pada kemudiannya menjadi sangat berharga,
jika itu dapat menghubungkan jurang antara dirimu,
aku sanggup gadaikannya,

demi keranamu..
walaupun debu hati yang telah hancur berkecai itu dapat memberikan semacam penawar pada kebahagiaan,
aku sanggup hadiahkannya,

demi keranamu..
sungguhpun setitik darahku ini dapat mereda serta menghapuskan api kebencian,
ambil lah,
jiruskanlah ia..akan ku korbankan ia dengan relanya,

kerana aku tidak pernah pun meminta untuk dijanjang, dijunjung, dijinjing ataupun dijulang..
apa yang ku harapkan hanyalah kita,
sesama manusia,
ada keterbukaan, kesyukuran, keihsanan dan keikhlasan.

dan ku tahu airmataku ini terlalu murah buatmu,
kerana itu aku menulisnya bersama tinta dengan titisan kudrat keringatku,
wahai makhluk Tuhan paling mulia,
berhentilah meratapi nasibmu kerana dirimu penentu segalanya,
dan renungan ini akan tiada tajuknya dan akan sentiasa menjadi begini kerana itulah mahunya jikalau kita tidak memanfaatkan sepenuhnya akan kewujudan kepala.